rinaa_su4's Reading List
3 stories
Healer Of The Devils Heart (EBOOK) by Miogazza19
Miogazza19
  • WpView
    Reads 24,395
  • WpVote
    Votes 512
  • WpPart
    Parts 27
Menceritakan enam orang sahabat yang paling erat sejak dari kecil lagi. Mereka ini ibarat air yang dicincang tidak akan putus. Suatu hari mereka dipertemukan dengan dengan seorang lelaki yang tidak mereka kenali yang bernama, Tengku Azrif Zack Lee. Namun, identiti dan status diri yang dipandang orang disembunyi disebabkan suatu peristiwa daripada gadis- gadis itu kecuali tunangnya, Raisya Dian Diana. "Awak berilah saya masa untuk tenangkan diri dan menerima semua ni. Saya janji saya akan balik ke sini semula selepas dua minggu. Tolonglah awak. Saya harap awak faham." teresak-esak Helima merayu kepada Hassanal. "Sampai hati awak hina saya. Awak ingat saya ni murah. KAU INGAT AKU INGIN SANGAT KE DEKAT KAU,JANTAN TAK GUNA. SEKARANG KAU BOLEH HINA,KEJI AKU. TAPI TIDAK SELEPAS INI, MUKA KAU PUN AKU TAK MAU TENGOKLAH. DASAR JANTAN TAK GUNA." antonasi Ishma sudah tidak terkawal lagi. "Sayang aku betul-betul minta maaf. Aku tahu aku salah. Aku dah buat kesalahan yang besar dekat kau. Aku minta maaf Anisya. Tolonglah maafkan aku." Hakim terus menerus meminta maaf selepas sahaja Anisya sedar daripada kejadian tersebut. "Jangan sentuh aku. Pergi kau dari sini. Aku tak mau tengok muka kau lagi. AKU BENCI KAU. AKU BENCI KAU. Mulai saat ini kau dan aku tidak ada apa-apa dan tak kenal antara satu sama lain dan aku harap kau juga buat yang sama. Sekali aku benci orang tu sampai bila-bila aku akan benci."ujar Tasnim. "Kau akan jadi bidadari aku tak lama lagi. Aku sayang kau Intan Nur Wajihah. Kau tak boleh larikan diri dari aku selepas ini. Sekali kau dalam dakapan aku,sampai akhir hayat kau tetap dalam dakapan aku." Apakah kesudahan cerita ini? Bagaimana enam sahabat itu bila berhadapan dengan musuh suami mereka nanti.? Adakah mereka dapat menerima sisi gelap pasangan mereka.? Nantikan kesudahan cerita tersebut dalam novel pertama sama.🥰🥰🥰
Cinta yang Ku Dambakan Bahagia (Re-edit) by Miogazza19
Miogazza19
  • WpView
    Reads 2,568
  • WpVote
    Votes 161
  • WpPart
    Parts 18
Kerana pertemuan di antara abang dan kakak iparnya bermulah kisah perkenalan Nur Haiza Al-Syifa dengan Muhammad Haider Zulkarnain untuk mengecapi bahagia. Berani mengambil langkah untuk mara. Walaupun pada mulanya Haiza hanya sekadar doktor yang merawat adiknya, lama kelamaan bibit-bibit perkenalan itu bertukar menjadi sebuah hubungan percintaan antara dua jiwa. Namun,ketika mana lamaran Haider ditolak oleh gadis itu membuatkan dirinya nekad untuk menjauhkan diri. Dan pada ketika itulah Haiza tersedar dan kembali merebut hati lelaki itu. Apa yang dijanjikan oleh Haider adalah cinta. Apa yang diinginkan oleh Haiza adalah cinta yang dia dambakan untuk mengecapi bahagia. Adakah cinta mereka masih utuh berdiri? Adakah dugaan dan cabaran yang ditempuhi dapat dikongsi bersama?
Cinta Yang Ku Harapkan (BAKAL TERBIT) by Miogazza19
Miogazza19
  • WpView
    Reads 124,195
  • WpVote
    Votes 3,635
  • WpPart
    Parts 90
Ajal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat menyanyangi adiknya, Muhammad Haider Zulkarnain. Lelaki yang ingin disatukan itu pula merupakan merupakan Kapten kepada kumpulan Black Shadow iaitu Kapten Muhammad Ghazi Al Quds serta memerangkap sahabat baik Haider. Setelah disatukan Hayfa menyangka kebahagiaan yang bakal datang namun derita yang diperolehnya.Apakan daya dia hanya menantu hendak menghalang sifat kebencian yang tinggi mak mertua terhadap dirinya. Dia rela. Dia terima. Kehidupan Nur Hayfa Zinnirah tidak pernah bahagia seperti orang lain setelah kematian kedua orang tuanya. Hidupnya banyak menderita. Allah menurunkan ujian kepadanya dan dia pula sebagai hamba sentiasa yakin dan percaya setiap ujian yang Allah beri pasti ada hikmah dan kebahagiaan untuk dirinya pada masa akan datang. Takdir Allah tiada siapa yang tahu. Percaya dan yakin dengan Allah cukuplah sekadar tujuan kita hidup di dunia yang kecil ini. Mampukah seorang Nur Hayfa Zinnirah menjadi seperti keindahan namanya? Mampukah Muhammad Ghazi Al Quds melindungi dan menjanjikan kebahagiaan buat wanita itu? Mampukah Muhammad Haider Zulkarnain menjaga adiknya? Mampukah Nur Haiza Al Syifa menjadi seorang sahabat yang sentiasa mempertahankan sahabatnya? Sesungguhnya kemampuan itu datang daripadaNya. Dan percayalah jika seseorang itu sudah mempunyai tekad dalam diri,dia akan mampu untuk melakukan perkara yang menjadi tujuan mereka kepada seseorang itu dengan izin-Nya.