asmiranis
"I'm exhausted. I gave up with this world. Everyone is bullshit." - TENGKU AYDEN LOUIS
Oleh kerana mukanya yang tampak lemah dan perwatakannya yang baik dia sering dibuli. Dibuli sudah seperti rutin hariannya.
Dia cuba untuk melawan namun usahanya hanya sia-sia sahaja apabila yang membulinya bukanlah seorang dua sahaja. Malah ketua mereka ialah anak orang ternama.
Pembulian itu berterusan sehingga TENGKU AYDEN LOUIS dikejarkan ke hospital akibat teruk dibelasah oleh pembuli-pembuli tersebut.
"I can't fight it anymore. I want to end my life."
"I'm here, my twin. Don't you worry. I'll take the revenge for you."-Mr.A
TENGKU AYDEN LOUIS kembali ke sekolah setelah 3 minggu berehat. Namun TENGKU AYDEN LOUIS yang sekarang bukanlah seperti yang dahulu yang selalu mengalah dan sangat lemah.Dia kembali dengan perwatakan yang sangat berbeza.
"Macam mana kau boleh jadi kuat macam ni hah?!!"
"I'm not Ayden. I'm Mr.A. His twin brother."
Kembar? Tetapi dalam data sekolah menunjukkan bahawa Ayden ialah anak tunggal. Jadi siapa MR.A? Apa yang dia mahukan sebenarnya?