theniaa_'s Reading List
3 stories
𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐫𝐚𝐬𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 |𝐎𝐆 by Ariezsya_
Ariezsya_
  • WpView
    Reads 19,034
  • WpVote
    Votes 1,016
  • WpPart
    Parts 46
UNDER AZ SERIES VOL 1 ❝Kau dengan dia ibarat langit dengan bumi.❞ -ARASH ZAYDEN Arash Zayden terkenal dengan sikap dingin dan ego yang mematikan tiada siapa berani mendekatinya, apatah lagi mencintainya. Namun semuanya berubah sejak Seroja Irdina muncul dalam hidupnya. Perempuan itu bukan sekadar isteri yang dikahwini secara paksa, tetapi seseorang yang pernah mengisi ruang hati yang lama dia sangka kosong. ❝Cinta tanpa kepercayaan itu racun.❞ -SEROJA IRDINA Seroja, dengan kesabaran dan kelembutannya, menolak untuk membalas dendam. Dia menjaga Arash tanpa meminta balasan, meski hatinya sendiri terluka oleh penolakan dan sikap ego lelaki itu. Tetapi Arash masih menolak perasaannya sendiri, ego dan masa lalu membuatnya sering bersikap dingin kadang menyakitkan, kadang membuat Seroja goyah. Namun, sesuatu dari masa lalu Arash mula muncul kembali, menguji kepercayaan dan kesabaran mereka berdua. Seroja adalah wanita yang benar-benar membuka hatinya, tapi adakah Arash cukup berani untuk menghadapi dirinya sendiri dan mengakui perasaan yang lama dia simpan? Dalam dunia di mana cinta bercampur dengan ego, dendam, dan rahsia masa lalu, hanya satu yang pasti cinta yang sebenar lahir dari pengorbanan, kesabaran, dan keberanian untuk menerima luka. All right reserved ©Ariezsya_
Takdirku Bukan Kita | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 89,293
  • WpVote
    Votes 3,983
  • WpPart
    Parts 20
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
𝐒𝐄𝐇𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐃𝐈𝐍𝐆𝐈𝐍𝐌𝐔 by _theserra
_theserra
  • WpView
    Reads 455,751
  • WpVote
    Votes 11,896
  • WpPart
    Parts 39
𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐟 || 𝐙𝐞𝐧𝐢𝐚 𝐇𝐮𝐝𝐬𝐨𝐧 [ 𝐇𝐮𝐝𝐬𝐨𝐧 𝐅𝐚𝐦𝐢𝐥𝐲 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥. 𝟏 ] 'Mengapa di saat cinta mula berputik, takdir seakan membawa haluan berbeza?' Mereka bertemu dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Mereka jatuh cinta pada waktu yang tidak sesuai. Dan mereka terikat dalam permainan yang tidak pernah mereka pilih. "Aku datang atas urusan kerja, bukan masa lalu." - Zenia Hudson "Kerja ya? Atau untuk cuci dosa lama kau?" - Aidan Hanif Pertemuan semula selepas bertahun itu membuka kembali luka lama, bersama kenangan yang selama ini cuba dikuburkan. Ketika empayar Hudson berada di ambang kemusnahan, Zenia dipaksa membuat pilihan. Mengorbankan cintanya atau menyelamatkan legasi keluarga. "Aku boleh stabilkan reputasi Hudson." "Tapi dengan satu syarat." - Aidan Hanif "Syarat... apa?" - Zenia Hudson "Kahwin dengan aku." - Aidan Hanif Saat kebenaran mula terbongkar satu persatu, Aidan tersedar bahawa wanita yang hadir membawa cahaya dalam hidupnya adalah orang yang sama hampir memusnahkannya. "Aku tak pernah bencikan kau... aku cuma benci diri sendiri sebab masih pilih kau." - Aidan Hanif Namun, sejauh manakah cinta mampu bertahan saat kepercayaan dikhianati? Antara cinta dan tanggungjawab, mana satu yang patut dikorbankan? Read by your own risk. All Rights Reserved @_theserra [ in revamp process ]