🌱
7 Geschichten
ANDIKATMA von blackspadesz_
blackspadesz_
  • WpView
    GELESEN 209
  • WpVote
    Stimmen 28
  • WpPart
    Teile 10
ANDIKA RAJA X ATMA AULEA Di Alam Melayu lama, berdiri megah Empayar Inderaloka, empayar agung di bawah pemerintahan Andra Raja, tanah lahir para pahlawan dan keris pusaka sakti, Taring Rawi Naga. Pada malam penuh daulat, lahirlah seorang putera yang dirai seluruh negeri, Andika, pewaris asli takhta. Cahaya istana yang dijulang dari janin. Namun, takdir yang sepatutnya indah berubah menjadi sumpahan. Putera yang dilahirkan sebagai kebanggaan akhirnya dibuang, dihina, dan dianggap pembawa malapetaka. Dalam dunia yang menyanjung kuasa, dia membesar dengan penuh penderitaan tetapi jiwanya tidak pernah benar-benar mati. Di zaman moden pula, Atma Aulea memiliki segala yang diimpikan orang. Rupa, harta, dan kehidupan mewah. Namun di sebalik kecantikan itu tersembunyi hati yang kasar, lidah yang tajam, dan perangai yang menindas. Saat hidup mula runtuh satu persatu, Atma menerima balasan yang tidak pernah dijangka. Ketika semua orang memandang sinis dan tiada lagi simpati, takdir membawanya menghilang... ke sebuah dunia asing yang wujud berabad-abad dahulu. Di tanah yang penuh adat, rahsia, dan ketegangan, dua jiwa yang berbeza zaman akhirnya bertemu. Si putera bisu yang kehilangan segalanya, dan si gadis angkuh yang dihukum dunia. Pertemuan mereka bukan sekadar kebetulan. Ia adalah ikatan takdir, nyawa, dan pusaka yang telah lama menunggu untuk bersatu. Antara luka dan kehancuran, antara diam dan keasingan, cinta tumbuh dalam cara yang paling tak terduga. Andikatma - kisah dua jiwa, satu takdir.
Reinkarnasi Sang Antagonis (TERBIT) von Lucythenoona
Lucythenoona
  • WpView
    GELESEN 226,133
  • WpVote
    Stimmen 48,011
  • WpPart
    Teile 53
Anya, seorang kutu buku yang menghabiskan sebagian besar waktunya menyelami berbagai macam novel fantasi, tiba-tiba mendapati dirinya terbangun di kamar asing dengan langit-langit berenda. Lebih aneh lagi, ia menyadari bahwa ia berada di dalam tubuh Elara, tokoh antagonis menyebalkan dari novel romansa fantasi populer yang baru saja ia tamatkan! Elara digambarkan sebagai putri bangsawan yang manja, licik, dan terobsesi untuk mendapatkan pangeran tampan yang merupakan tokoh utama pria dalam cerita. Anya yang memiliki kepribadian bertolak belakang dengan Elara, kini harus beradaptasi dengan kehidupan di dunia novel yang penuh intrik dan siasat. Mengetahui akhir tragis yang menanti Elara-dihukum mati karena perbuatan jahatnya. Anya bertekad untuk mengubah jalan cerita. Ia berusaha keras untuk tidak mengikuti sifat buruk Elara, dan menjauhi pangeran. Namun, mengubah alur cerita sebuah novel ternyata tidak semudah membalikkan telapak tangan. Keputusan-keputusan kecil yang Anya buat mulai menimbulkan efek domino yang tak terduga. Hubungan antar tokoh berubah, kejadian-kejadian baru bermunculan, dan Anya mendapati dirinya terlibat dalam intrik yang bahkan lebih rumit dari yang tertulis di novel. Mampukah Anya, dengan pengetahuannya tentang alur cerita asli, menghindari nasib buruk Elara dan menemukan kebahagiaannya sendiri di dunia yang asing ini? Atau justru usahanya untuk mengubah takdir akan membawa konsekuensi yang lebih berbahaya? *** Note: Jangan lupa follow akun ini, tinggalkan komentar dan vote jika ingin cerita ini up lebih cepat. *** Plagiarism is a crime. Respect the author, don't copy-paste. *** Start: 20 November 2024 Publish: 5 Mei 2025 Finish: 31 Juli 2025 Top: # 2 political # 3 fiksisejarah # 1 political # 3 political # 2 king # 3 king # 2 fiksisejarah # 3 princess # 3 historical # 2 prince # 2 princess *** Reinkarnasi Sang Antagonis Copyright © 2025 - Lucythenoona All rights reserved.
muqatil von whoaprel
whoaprel
  • WpView
    GELESEN 306
  • WpVote
    Stimmen 20
  • WpPart
    Teile 20
Tiada siapa sangka, masalah yang menyerang negaranya adalah berkait dengan masa silam yang memberi luka dalam hati. "Kita perlu siasat secepat mungkin sebelum jadi lebih teruk." Pertemuan dengan seseorang membuatkan dirinya menjadi tentera yang disanjung. Tetapi... walau hebat bagaimanapun dirinya sekarang, dia masih hidup dengan soalan yang sering berputar di fikiran. "Dia takkan khianat kita." Bertahun lamanya, belum pasti akan terjawab.
Anarchist: The Rising Heroes von Isyazura
Isyazura
  • WpView
    GELESEN 1,430
  • WpVote
    Stimmen 285
  • WpPart
    Teile 70
"Cabaran sebenar, akan tiba." Permulaan dari sebuah persahabatan di alam maya, bertukar kepada misi menyelamat setelah peristiwa hitam menimpa mereka, memberi satu teka-teki yang perlu diselesaikan demi keselamatan manusia sejagat. Anarchist, yang dimaksudkan sebagai huru-hara dan kebisingan menjadi pilihan untuk menyelamatkan negara Sri Jaya, serta keamanan dunia. Tanpa sedar, persahabatan yang terlihat biasa ini telah membawa kepada konspirasi dan konflik yang bakal menyelamatkan dunia dan seterusnya berdepan dengan pemerintah negara. Namun, berjayakah mereka? Berjayakan kumpulan remaja ini memikul tanggungjawab yang begitu besar? Bersediakah mereka untuk menerima takdir dan kebenaran yang bakal terserlah? "From now on, we are Anarchist." -Aiden "I like you too. Like you, like you." -Isya "Aku tak layak untuk semua ni. Aku pengecut." -Wawa "Aku akan pastikan kau terima akibatnya!" -Adam "I wonder why I've been choosen for this." -Arin "Am I finally be the hero?" -Ina "This is all my fault. Maafkan aku. Maafkan aku!" -Rina Update: complete✅ WARNING! ⚠️⚠️⚠️ -have A LOT of cursing words -triggered warning and maybe have disturbing scene? -not suitable for underage [below 13]
Young Genius (Bahasa Melayu) von Fizmanhealer
Fizmanhealer
  • WpView
    GELESEN 162
  • WpVote
    Stimmen 24
  • WpPart
    Teile 8
Dalam hutan yang sunyi, tersembunyi seorang pemuda luar biasa bernama Luqman. Pada usia 15 tahun, dia bukan sekadar remaja biasa,dia adalah seorang genius dengan IQ 500, seorang pemikir yang mampu melihat apa yang orang lain tidak dapat bayangkan. Namun, kehidupannya berubah apabila Sultan Rahman dari Kerajaan Mahligai mengundangnya ke istana setelah mendengar kisah kehebatannya. Tetapi, istana bukanlah tempat yang aman. Pengkhianatan bersembunyi di sebalik dinding megah, musuh bergerak dalam bayangan, dan takhta berada dalam bahaya. Tanpa disangka, Luqman kini menjadi satu-satunya harapan kerajaan. Bersama Putri Aina, puteri raja yang cantik, berani, dan memiliki kecerdasan yang luar biasa,mereka menyusup ke dalam kegelapan istana untuk membongkar rahsia terbesar dalam sejarah Mahligai. Namun, semakin dalam mereka menyiasat, semakin banyak nyawa yang terancam. Musuh bukan sahaja di dalam istana, tetapi juga dari kerajaan luar yang menunggu saat untuk menyerang. Dengan kepintaran, strategi, dan keberanian, Luqman harus berhadapan dengan permainan kuasa yang kejam. Siapakah yang akan menang dalam permainan minda dan tipu daya ini? Adakah seorang genius mampu mengalahkan mereka yang berpengalaman dalam muslihat dan politik? Atau adakah dia sendiri akan jatuh dalam perangkap yang tidak dapat dielakkan? "Di medan perang, pedang boleh membunuh. Tetapi dalam medan politik, satu langkah yang salah boleh menghancurkan sebuah empayar."
PROJEK CAHAYA : RAHSIA DUA DUNIA von MuhammadAnizamYaakop
MuhammadAnizamYaakop
  • WpView
    GELESEN 78
  • WpVote
    Stimmen 0
  • WpPart
    Teile 17
"Projek Cahaya: Rahsia Dua Dunia" Raihan, seorang lelaki yang pendiam dan penyayang, hidup sebagai pembantu di PrismaKasih, sebuah NGO yang membantu gelandangan. Namun, hidupnya yang sederhana berubah apabila dia mula berinteraksi dengan Pak Sani, seorang gelandangan tua yang lebih daripada sekadar seorang yang hilang arah. Setiap malam, Pak Sani memberikan Raihan nasihat bijak, serta mengajarnya amalan-amalan yang katanya baik untuk kesihatan. Namun, Raihan tidak tahu bahawa Pak Sani adalah pengasas PrismaKasih dan memiliki peranan penting dalam Projek Cahaya - sebuah rancangan rahsia untuk melatih Raihan menjadi seorang penjaga antara dunia nyata dan dunia ghaib. Meskipun sering berinteraksi dengan makhluk ghaib sejak kecil, Raihan tidak pernah tahu bahawa darahnya mengalirkan kuasa luar biasa yang diwarisi dari keturunan penjaga agung. Ketika dunia ghaib semakin mendekat, dan ancaman dari Raja Gantara, penguasa kejam alam ghaib, mula menghantui kehidupan Raihan, dia harus berhadapan dengan kebenaran tentang dirinya sendiri. Didampingi oleh sahabatnya, Nizam, yang rupanya bukan manusia biasa, Raihan kini perlu memilih antara menyelamatkan makhluk ghaib yang terperangkap dalam takdir gelap mereka atau melawan mereka demi melindungi dunia manusia. Sementara itu, Dahlia, seorang gadis ghaib yang menjadi sahabat Raihan sejak kecil, kembali muncul dengan rahsia besar tentang masa lalu dan perjuangannya melawan Raja Gantara. Kini, Raihan harus membuat keputusan penting yang bukan sahaja menentukan nasib dunia nyata dan ghaib, tetapi juga takdir dirinya sebagai penjaga agung.
BANGLO SEKSYEN 12 von hasrudijawawi
hasrudijawawi
  • WpView
    GELESEN 109,536
  • WpVote
    Stimmen 5,057
  • WpPart
    Teile 37
Tragedi pembunuhan enam remaja di banglo terbengkalai itu 15 tahun lalu menyebabkan banglo itu digelar banglo angker. Ada yang mengatakan roh enam remaja yang mati dibunuh di banglo itu masih bergentayangan dan tidak aman sehingga sekarang. Hal itu membuatkan Fazlie, Amir dan Farina yang telah menubuhkan kumpulan penerjah aktiviti paranomal dengan nama Ghost To Ghost bersama tiga lagi ahli jemputan khas mereka telah memilih banglo itu sebagai lokasi mereka yang seterusnya untuk merakam aktiviti paranormal yang ada di sana. Namun, saat mereka cuba merakam aktiviti paranormal yang ada di banglo lama dan terbengkalai itu, satu tragedi yang hampir sama seperti tragedi pembunuhan 15 tahun lalu kembali berulang! Apa sebenarnya telah berlaku? Adakah banglo itu benar-benar angker seperti yang dihebohkan di internet? Siapakah dalang yang sebenarnya di antara mereka berenam? Mampukan Inspektor Hairy dan Saleha menyelesaikan kes misteri ini? "Saya tak tahu. Keadaan gelap gelita, kami tak nampak apa yang berlaku. Saya cuma dengar suara aje. Perkara tu berlaku bila semua lampu tiba-tiba terpadam." ~ Fahmi "Penjelasan apa lagi? Rakaman video yang saya dapat tu dah membuktikan yang dia bersalah kerana membunuh mangsa yang bernama Riena. Video tu boleh dijadikan bahan bukti untuk dakwa dia di mahkamah. Nyawa yang dia dah bunuh bukan seorang tau? Tapi empat orang!" ~ Inspektor Hairy "Makhluk tu macam tak bagi kita merungkai misteri yang ada di sebalik kes ni. 'Dia' macam tak bagi kita bertemu dengan Encik Ismail," ~ Saleha Terbit: NOVEMBER 2016 Penerbit: BUKU PRIMA Harga: RM26 (Semenanjung) | RM29 (Sabah/Sarawak)