pvxainq's Reading List
4 stories
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 7,012,724
  • WpVote
    Votes 287,116
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023
Her Protector  | ᥴ (TERBIT PBAKL'26) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 4,610,919
  • WpVote
    Votes 54,314
  • WpPart
    Parts 17
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesiapa pun termasuklah pada bekas teman wanitanya. Takdir yang disusun dari awal, titik sentuh pada garis masa yang bersilang dengan seorang gadis mengubah segalanya. Daisha Sofea, gadis yang tidak beruntuk soal kasih sayang. Setelah perginya insan yang bergelar ibu, dia hilang individu yang menjadi tiang kekuatannya. Layak ke bagi Daisha Sofea untuk memberi peluang pada lelaki lain sedangkan atas sebab lelaki jugalah, hidupnya penuh dengan parut.
Bunga Sofiea [C] by fereissae
fereissae
  • WpView
    Reads 104,073
  • WpVote
    Votes 3,234
  • WpPart
    Parts 91
- BUNGA SERIES #1 Flora Sofiea, seorang gadis berdarah kacukan yang mempunyai sebuah butik tudung yang berjaya dibuka atas usahanya sendiri tanpa mengharapkan duit yang ibu bapanya miliki. Flora mempunyai satu sifat yang dia pamerkan kepada orang sekelilingnya di mana, dia tidak sukakan lelaki. Dia tidak kisah akan makhluk tuhan yang bernama lelaki melainkan keluarganya. Sampai satu saat, ibu bapanya mahu menjodohkan dia kerana kejadian yang berlaku di butiknya dahulu. Flora membantah namun dia juga tidak mahu menghampakan orang tuanya. "The very best relationship has a gardener and a flower. The gardener nurtures and the flower blooms." Flora setuju. Hinggalah.. satu kejadian malang sekali lagi datang menimpa Flora saat dia mula menerima lelaki di dalam hidupnya. Apakah Flora berjaya bangkit kembali dan meneruskan hidupnya bersama lelaki itu? Atau sebaliknya? Jika Flora berjaya, adakah dia masih ingin bersama dengan makhluk tuhan yang bernama lelaki setelah dia mendapat tahu kejadian malangnya berlaku disebabkan seorang 'lelaki' juga?
𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 | [TERBIT] by Missliluna
Missliluna
  • WpView
    Reads 273,920
  • WpVote
    Votes 434
  • WpPart
    Parts 1
[ AFTERBURN SERIES I ] Captain Zayn Chester X Captain Hazi Marilyn ZAYN CHESTER - Seorang kapten bola sepak kelab Thunderhawks yang terkenal dan berjaya. Dia sentiasa tegas dan bertanggungjawab. Di mata dunia, dia seorang yang sempurna dan tiada kelemahan. HAZI MARILYN - Seorang kapten juruterbang yang egois dan keras kepala. Dia akan mewarisi legasi keluarganya sebagai CEO Royal Sky Airlines. Tapi, bersyarat... Tanpa diduga, satu insiden yang berlaku menyebabkan berita palsu melibatkan mereka berdua tersebar di serata dunia. Satu kebetulan yang tak terduga, Hazi memilih Zayn untuk berlakon menjadi teman lelakinya bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh datuknya. "Fake boyfriend?" - ZAYN CHESTER. "Untuk pengetahuan, kau bukan orang pertama dalam senarai aku." - HAZI MARILYN. "Dan kau rasa aku akan setuju begitu sahaja?" - ZAYN CHESTER. "Kau bukan buat kerja amal. I pay you." - HAZI MARILYN "Sadly, I'm a footballer, not an actor." - ZAYN CHESTER Pertikaian berlaku tapi akhirnya mereka mencapai kata setuju. Namun ego masing-masing tidak pernah membenarkan mereka tampil lemah di hadapan satu sama lain. "You think you're special to me? Not even a bit."- HAZI MARILYN "Kau pilih aku berbanding semua lelaki yang dekati kau. Boleh kau jelaskan?" - ZAYN CHESTER "Cukup, Zayn. Aku penat." - HAZI MARILYN "Penat dengan aku? Atau penat dengan perasaan kau yang kau sendiri takut nak hadap?" - ZAYN CHESTER Mengelak dan menjunjung ego masing-masing, akhirnya perpisahan menjadi pilihan. Pun begitu, cinta yang sudah lama tumbuh tak pernah mati. Persoalannya, bolehkah cinta yang dipendam itu mengalahkan ego sendiri? Mungkinkah akan ada ruang untuk mereka kembali bersama? [ rom-com | sport romance | enemies to lovers | fake dating ]