Zyla best choice
168 stories
Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB] by darkofme110
darkofme110
  • WpView
    Reads 156,195
  • WpVote
    Votes 4,080
  • WpPart
    Parts 33
Teacher x Student Pertemuan yang tak terduga menarik Hazreel membuka hatinya pada seseorang. Namun akibat gelaran mereka sebagai guru dan pelajar mereka harus menjaga batas pergaulan. Hazreel Adam, seorang guru di sekolah menengah dengan keterampilan yang segak mampu mencairkan jantung wanita bahkan juga lelaki. Namun sikapnya yang tidak berfikir panjang sering mengakibatkan malang pada diri beliau. Hazfan Mikael atau dipanggil Mika, seorang pelajar di kelasnya yang bersikap keras kepala disebabkan beliau tinggal bersama ayah tiri dia. Ketiadaan ibu dan juga kasih sayang bapa membuatkan dia terdesak untuk raih perhatian. Semakin lama mereka mengenali satu sama lain, ada saja perkara yang keji akan terjadi. "Mika, panggil saya Mika..." - HAZFAN "Kejap. Maksudnya abang dah jadi orang yang special la kan!" - HAZREEL. Benar cinta itu buta, dari status pelajar dan guru kini berubah menjadi kekasih. "Abang janji akan buat Mika jatuh cinta dengan abang! Abang nak Mika jatuh cinta dengan Cikgu!" Saksikan nasib mereka dalam 'Jatuh Cinta dengan Cikgu' ............ ⚠️AMARAN⚠️ - Cerita ini berkisahkan pasangan kekasih LELAKI DAN LELAKI ataupun HOMOSEKSUAL. ......... Start : 12/9/2021 End : 1/3/2023
DON'T TELL OPAH! (COMPLETED) [BL] by edennforyou
edennforyou
  • WpView
    Reads 144,605
  • WpVote
    Votes 4,031
  • WpPart
    Parts 41
WARNING BXB! 🔞 Jatuh cinta di Tinder? Normal... Match dengan sepupu sendiri? Masalah besar! Isa Razeen ingat perkenalannya dengan seorang doktor gigi kacak bernama "Rizq" di Tinder hanyalah kebetulan manis. Tapi segala-galanya berubah bila mereka bertemu di satu kenduri keluarga-dan Rizq rupa-rupanya sepupu jauhnya yang tinggal di Turki! "INI KALAU OPAH TAHU MATI AKU!" - ISA RAZEEN
Taught by Her , Protected by Him (COMPLETE) by atrhyuni
atrhyuni
  • WpView
    Reads 144,273
  • WpVote
    Votes 5,595
  • WpPart
    Parts 56
Ameera Delisha 28tahun.Seorang Guru Bahasa Melayu Yang Berdikari,Petah,Berdedikasi.Tapi Hatinya?Dah Mati Sejak Peristiwa Dia "Diperbodohkan"Oleh Lelaki Yang Dia Cintai.Dia Pernah Setia,Tapi Dibalas Dengan"Aku Sayang Kau Sebagai Kawan Delisha.." Lelaki?Dia Sudah Tidak Berharap,Delisha telah Menanam Dalam Dirinya Prinsip "terlalu banyak kekurangan , untuk menjadi keutamaan" Sementara Itu,Mejar Raja Izz Danial 32tahun,Seorang Pegawai Tentera Yang Tenang Dan Berdisiplin.Sejak Kehilangan Tunangnya Dalam Tragedi 3 Tahun Lepas,Dia Langsung Tak Buka Hati Untuk Sesiapa.Baginya Cinta Itu Melemahkan Tentera. Sampai Satu Hari Mak Ayah Berkeras "Izz Kami Tak Paksa..Tapi Kami Kenal Siapa Delisha,Dia Baik,Mama Dah Lama Berkenan Dengan Dia".Delisha Pun Ditekan Oleh Pihak Keluarga-Bukan Kerana Dipaksa Tapi Kerana Terhutang Budi Dengan Ibu Bapa Mejar Raja Izz Danial Yang Pernah Tolong Keluarganya Waktu Susah. Tanpa Cinta,Tanpa Harapan,Dua Manusia Yang Sama-Sama Patah...Dijodohkan Dalam Satu Ikatan Tapi Siapa Sangka,Dalam Perkahwinan Yang Dibina Atas Permintaan Keluarga.. Ada Perlindungan Ada Luka Yang Sembuh Perlahan Dan Akhirnya..Ada Cinta Yang Tak Diduga
Tepat Memiliki  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 376,038
  • WpVote
    Votes 15,099
  • WpPart
    Parts 66
[Book 9] Dua hati yang berpisah, membawa haluan masing-masing demi memperbaiki diri. Pernah berkongsi memori bersama tetapi takdir memaksa mereka berjauhan untuk memyembuhkan luka satu sama lain. Dalam menjalani kehidupan baru, antara mereka, saling berharap untuk bertemu pada waktu yang tepat agar mereka dapat mencipta kebahagiaan yang lebih berpanjangan. "Akhirnya, kita berjumpa semula." -Asyraf "Awak yakin ke kali ini adalah waktu yang tepat?" -Asyrah Pertemuan yang tidak dirancang, meyakinkan Asyraf akan rencana Tuhan. Inilah masa yang dia nantikan selama ini. Tiga tahun tidak saling bertanya khabar, tak pernah dia sangka mereka akan berjumpa semula secepat ini. Sebaik saja dia jejakkan kaki di tanah air sendiri, Tuhan seakan-akan tidak mahu melengahkan masa lagi. Dia dipertemukan semula dengan lelaki yang pernah bertakhta di hati. Lelaki yang menjadi salah satu asbab dia membawa diri ke negara orang. "Saya tak cintakan awak macam dulu lagi." -Asyrah "Baguslah. Awak tak perlu cintakan saya macam dulu lagi. Saya yang dulu tak layak dapat cinta awak." -Asyraf Dia, Fayyad Asyraf. Lelaki kasanova. Lelaki yang pernah digelar 'pecinta wanita'. Dia takkan berputus asa untuk mengambil hati Asyrah semula. Keperibadiannya yang tenang menghadapi ujian, amat sukar diduga. Dia yang sekarang jauh berbeza daripada dulu. Dia terlihat lebih teguh, matang dan berpendirian tetap. Dia tahu apa yang dia mahukan, dan dia akan dapatkan dengan apa cara sekali pun. "Kisah kita baru bermula sekarang, Asyrah. Kisah yang tiada penamat seperti dulu. Antara awak bersama saya, atau saya akan menghantui hidup awak selamanya." -Asyraf "Sebelum tu, saya belum perkenalkan diri. Saya, Fayyad Asyraf. Tapi, awak boleh panggil saya... Asyraf." Benarkah sekarang waktu yang tepat untuk mereka saling memiliki? Adakah Asyraf dapat mengubah kesilapan lalu demi menambat hati Asyrah semula? Bagaimana mereka dapat menempuh ujian seterusnya jika mereka benar ditakdirkan bersatu semula?
Sekali Lagi Memiliki by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 433,222
  • WpVote
    Votes 14,925
  • WpPart
    Parts 69
[ Book 8 ] Selepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantang bertemu empat mata, pasti ada saja yang mahu digaduhkan. "Kau tak nampak ke aku tak suka kau?" -Fayyad Asyraf "Tuan ingat saya suka tuan? Saya berlipat kali ganda tak suka tuan." -Nur Asyrah Tiada siapa dapat menduga, daripada menjadi musuh, mereka boleh menjadi kawan sehingga menimbulkan perasaan sayang tanpa sedar. Namun, perasaan itu hanya dirasai oleh sebelah pihak sahaja. "Tahniah atas perkahwinan tuan dengan Umaira. Saya tumpang gembira." -Nur Asyrah Apa lagi yang boleh dia lakukan selain daripada mendoakan kebahagiaan rumahtangga lelaki yang dia cinta itu biarpun sakitnya tidak tertanggung. Bagaimana dia mahu menerima hakikat bahawa lelaki itu mengahwini sahabat baiknya? Jika dia tahu, lelaki yang sering disebut-sebut oleh Umaira adalah lelaki yang sama dia kenali, takkan mudah-mudah membiarkan hatinya jatuh cinta pada lelaki itu. Kini, bagaimana dia harus melalui hari-harinya selepas ini dengan hakikat itu? Mampukah dia reda dengan takdir Tuhan? Masih ada peluangkah untuk dia memiliki lelaki itu sebenar-benarnya?
DIANA  by sayamelur
sayamelur
  • WpView
    Reads 1,660,270
  • WpVote
    Votes 68,430
  • WpPart
    Parts 58
COMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perbuatan Cinderella sendiri. Kehadiran seorang 'Putera Hitler' menambahkan lagi ribut taufan sehingga menggoncangkan dunia milik Diana. Namun yang menggoncangkan itu jugalah yang membahagiakan. "Sampai bila-bila pun watak kakak tiri Cinderella macam kau ni orang akan benci." "Habis tu, awak buat apa kat sini? Dah kalau benci sangat dekat saya tu buatlah cara benci." "Aku lain." "Lain apa?" "Aku sayang. Jadi aku buat cara sayanglah."
Towards Raif Idris [OG] by ilynurna
ilynurna
  • WpView
    Reads 14,473
  • WpVote
    Votes 95
  • WpPart
    Parts 2
RAIF IDRIS Lelaki yang keras dan beku. Tinggi tegap, berwajah maskulin, cukup untuk buat seorang gadis menyimpan rasa suka bertahun lama. Tapi Raif bukan lelaki yang mudah jatuh hati. Baginya, cinta cuma sekali. Dan bila cinta itu pergi, dia percaya tidak akan ada gantinya. Dia tahu erti tanggungjawab. Dia tahu erti menjaga. Tapi cinta? Dia tidak pasti dia masih punya rasa itu. NURIN FAHARA Baru melangkah ke dunia dewasa. Naif dan penuh harapan. Hidup baginya akan lebih indah jika bersama orang yang dia cinta. Tapi dia tak pernah tahu, mencintai tak semestinya akan dicintai semula. Dia tunggu. Dia bertahan. Hari demi hari, hanya luka dan sepi yang menjadi teman. Dua dunia yang pernah berselisih jalan, kini dipertemukan semula. Bukan atas nama cinta, tetapi kerana takdir. Dan takdir... tak pernah memilih yang mudah. "Dia bukan perempuan yang dia cinta. Tapi mungkin... dia perempuan yang dia perlukan." [Love isn't instant. Healing is messy.]
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,550,702
  • WpVote
    Votes 257,259
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
Leo's Sweetest Poison [TERBIT]  by nicawalif
nicawalif
  • WpView
    Reads 724,316
  • WpVote
    Votes 6,554
  • WpPart
    Parts 13
Tengku Daniel Rayden, seorang ahli perniagaan yang hebat menempa nama di persada antarabangsa. Perwatakannya yang dingin mampu menggerunkan sesiapa sahaja yang melihat, apatah lagi orang yang mengenalinya sebagai "Leo". Medina Nisa Lyora, seorang gadis jelita yang berperwatakan lembut dan ayu. Senyumannya yang manis mampu mencairkan hati orang sekelilingnya. Sifatnya yang periang, juga mampu menghilangkan gusar pada hati sesiapa sahaja yang mengenalinya. Siapa sangka, di sebalik wajahnya yang ayu dan manis itu, menyimpan seribu satu rahsia yang hanya dia saja ketahui? Dendam yang dibawa perlu dilunaskan. Start : March 17,2024. End : January 5, 2025. ✨
C| Healed: Thalea Reanne  by Greenlope
Greenlope
  • WpView
    Reads 1,047,873
  • WpVote
    Votes 28,159
  • WpPart
    Parts 51
[Complete] HEALED: THALEA REANNE by Greenlope "Dia dibuang tanpa amaran. Dikhianati oleh darah daging sendiri. Dan kini... dipaksa kahwin dengan lelaki yang dia tak pernah pilih." Thalea Reanne tak pernah sangka kekasih yang dia rancang nak nikahi selama ni sanggup berpaling-bukan dengan orang asing, tapi dengan sepupu kandungnya sendiri. Hati dia hancur. Harga diri dia diludah tanpa belas. Tapi itu cuma permulaan. Dalam satu insiden perangkap yang hina, dia 'tertangkap' bersama Carl-lelaki yang tak lain adalah tunang kepada adiknya sendiri. Demi nama baik keluarga, demi elak aib lebih besar, mereka dikahwinkan dalam keadaan terpaksa. Thalea benci dia. Carl pun tak sudi. Tapi dalam gaduh, dalam diam, dalam luka yang terbuka-Carl mula nampak sisi Thalea yang tak pernah ditunjukkan orang. Perempuan yang kuat, tapi selalu disalahkan. Yang nampak keras, tapi hati dia penuh parut. Dan satu demi satu... Benci itu hilang. Diganti dengan rasa yang lebih dalam, lebih jujur. Tapi masa silam tak pernah tidur. Rezza, lelaki psiko yang tak boleh terima kenyataan, masih memburu Thalea. Dan kali ini, dia sanggup buat apa saja... termasuk membunuh. "She lost everything... until he became her everything." "Carl didn't just love her. He healed her."