We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
coraemon's Reading List
3 stories
[C] LECTURER ITU SUAMI AKU! by iamfathiah_
iamfathiah_
  • WpView
    Reads 443,510
  • WpVote
    Votes 12,219
  • WpPart
    Parts 75
♡BOOK2♡ Khalif Zafran & Dalisha Inara Pertemuan dua insan yang tak pernah dijangka berlaku antara Khalif dan Inara. Khalif, seorang pensyarah yang tegas dan sentiasa berpegang pada prinsipnya iaitu apa yang dimahukan, dia akan dapatkannya meskipun niat tidak menghalalkan cara. "Aku tahu apa yang aku buat ni salah tapi aku tetap dengan pendirian aku untuk halalkan dia walaupun dengan cara yang haram." Inara, seorang gadis yang bermulut murai dan kaki menjawab memang nombor satu! Dia yang sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki selama hampir 10 tahun terpaksa berpisah hanya disebabkan kejadian satu malam yang tidak diingini berlaku menyebabkan angan-angan ingin naik ke jenjang pelamin bersama-sama punah! "Demi Allah, saya tak buat kerja terkutuk tu! Dalam hati saya hanya ada awak seorang aje..." "Tak payah nak guna nama Allah, Inara kalau semuanya dah terbukti depan mata saya!" Hatinya hancur apabila difitnah sebegitu. Lagi sakit tika dia terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tak pernah dia kenali. Bercinta apatah lagi? . . "Saya dah habiskan enam ribu ringgit duit awak harini." "Okay." "Okay? Awak tak marah? Semua ni duit awak tau? Saya tak keluar sesen pun duit saya..." "Buat apa abang nak marah? Lagipun, untuk siapa lagi abang nak bazirkan duit-duit tu kalau bukan untuk isteri abang yang comel ni? Duit abangkan duit sayang jugak?" . . "Selama ni aku tak pernah halang kau keluar dengan kawan-kawan kau... Tapi, jangan gunakan kesempatan yang ada untuk pijak kepala aku!!" PRANGGGG!!! START: 4 JULAI 2023 END: 2023 16+⚠️ 🐾Plagiat? Haram! 🐾Inspirasi? Bagitahu dulu 🐾Jika ada mana-mana scene yang tersama dengan cerita anda, percayalah itu hanya satu KEBETULAN💕 🐾No war✌️ 🐾Maaf jika cerita ini banyak kekurangan kerana saya hanyalah manusia biasa
Han's: His Aching Allure  by aryanasyaa
aryanasyaa
  • WpView
    Reads 86,910
  • WpVote
    Votes 2,377
  • WpPart
    Parts 71
Tengku Aryana Alissa Shah lebih mesra disapa sebagai Syaa. Syaa - Anak kedua kepada Tengku Hayyan Denniz Shah dan Puan Nazliyana. Syaa baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan dan pembedahan di Boston dan kini pulang ke Malaysia. Setelah dipujuk berkali-kali oleh Tengku Hayyan agar bekerja di hospital miliknya, Syaa akhirnya mengalah dan menolak tawaran kerja dari hospital berprestij yang lain. Syaa telah menutup pintu hatinya untuk mencintai seseorang setelah peristiwa 2 tahun lepas, yang berlaku sewaktu dia bercinta ketika belajar dahulu. Namun, pertemuannya dengan seorang lelaki yang dingin dan beku sewaktu dia merawat lelaki itu tempoh hari telah mengubah hatinya. Dia jatuh cinta pandang pertama ke? Lebih parah, mereka selalu terserempak setelah itu, dan lelaki itu membuatkan Syaa tidak keruan. Syaa tidak seperti dirinya sendiri apabila berhadapan dengan lelaki dingin itu. Persoalannya, adakah waktu itu benar-benar kali pertama dia berjumpa dengan lelaki itu? "Kalau Syaa setuju, Han pun setuju," balas Tengku Adrian Darren Han De luca Shah kepada Tengku Arisa Dania. Perkahwinan mereka lebih kepada bercinta selepas nikah. Namun, setelah mereka merasa selesa dan sayang antara satu sama lain, banyak rahsia yang mula terungkai yang mula menggoyahkan hubungan suami isteri itu. Start: 4 September 2024 End: Slow update.
RAFAEL ANAQI by lunabella_01
lunabella_01
  • WpView
    Reads 156,980
  • WpVote
    Votes 2,432
  • WpPart
    Parts 48
Dara Hasrita gadis cantik menjadi model untuk bberapa brand brand terkenal di malaysia. seorang yang soft spoken tetapi kuat tertawa hari harinya hanya di isi dengan kerja kerja kerja dia membina namanya sebagai model dan memiliki beberapa rangkaian pernigaan. Rafael Anaqi seorang yang tenang dalam segala hal selalu mendahului orang lain berbanding dirinya. selalu akur dengan perintah bondanya asalkan wanita itu bahagia itu sudah cukup membahagiakan Rafael.Tegas dan berkarisma namun tidak pernah jatuh cinta ! 2 hati jadi 1 ada rindu ada cinta di keduanya namun masing masing menyembunyi perasaan d hati. mampu kah Rafael membuka pintu hatinya untuk Dara pilihan bondanya? dan bahagiakah Dara dengan pilihan yang di buatnya? haiii ini adalah karya 100% ciptaan saya. kalau ada salah ejaan atau part yg korang tak faham saya minta maaf. saya harap korang enjoy dengan cerita nie.☺️