olynn10's Reading List
8 stories
IRIS, MY SWEETHEART (OG) by Anne_Dahlia
Anne_Dahlia
  • WpView
    Reads 5,978
  • WpVote
    Votes 575
  • WpPart
    Parts 20
"Abang Am, Iris suka abang. Dah lama Iris pendam." - Iris Awliya "Terima kasih sebab suka abang, Iris. Maaf, abang terpaksa tolak. Iris masih budak. Perjalanan Iris masih jauh lagi." - Arham Ezri Selang beberapa tahun, Iris berjaya membuka hati untuk lelaki lain setelah pengakuan cintanya pernah ditolak oleh Arham. Tak seindah yang dibayangkan. Saat melalui fasa pertunangan, tunangnya Qais Naufal ditangkap khalwat bersama sahabat baiknya, Ardini Erina. Hancur hati Iris. Dia ingin melarikan diri dari semua ini. Saat dia belajar untuk redha dan menerima takdir, Arham muncul semula. Kemunculan Arham bukan semata-mata sebagai abang kepada sahabat baiknya tetapi lelaki itu muncul dengan pengakuan cinta. Iris bingung. Nama lelaki itu telah lama dilupakan, kini dia muncul kembali. Puas Iris menolak namun Arham tidak kenal erti mengalah. "I'm good at waiting." -Arham Ezri "Tunggulah seorang diri. Biar mereput." -Iris Awliya Akhirnya Iris menerima jua Arham dalam hidupnya. Sejauh mana kebahagiaan milik mereka? Mampukah persahabatan Iris dan Ardini kembali pulih? Sejauh mana Qais menerima segala takdir? Wujudkah si pengkhianat dalam kehidupan mereka?
TAKDIR BERNAMA FAREEQ IMAN (C) by NRa_Latte
NRa_Latte
  • WpView
    Reads 10,602
  • WpVote
    Votes 922
  • WpPart
    Parts 42
Di pejabat, Dahlia Inara adalah Pegawai Sumber Manusia yang dingin, tegas, dan tidak berkompromi. Namun, di sebalik baju kurung yang digosok licin dan wajah tanpa senyuman, dia menyembunyikan sekeping hati yang retak seribu. Parut masa silam mengajarnya satu perkara: Jangan percaya sesiapa. Maka, dia membina tembok. Dia menjadi watak yang paling dia benci semata-mata untuk melindungi dirinya yang sebenar-seorang gadis yang hanya mahu dicintai, yang menangis membaca novel cinta di balik selimut. Sehinggalah muncul Fareeq Iman. Lelaki itu bukan hero berkuda putih. Dia hanya seorang lelaki yang tenang, yang wujud dalam kesesakan tren dan riuh-rendah stesen LRT. Fareeq tidak cuba merobohkan tembok Dahlia dengan paksa. Sebaliknya, dia hadir seperti hujan renyai yang senyap, mendamaikan, dan perlahan-lahan meresap masuk. Apabila takdir menemukan dua jiwa di tengah kota raya yang sibuk, mampukah Dahlia menanggalkan topengnya? Atau adakah peluang kedua hanya wujud di dalam helaian novel yang dibacanya? Stating : 10 Januari 2026 Ending : 22 Februari 2026
SIMBA MILIK ADIB by bungaummara
bungaummara
  • WpView
    Reads 12,172
  • WpVote
    Votes 2,054
  • WpPart
    Parts 28
Kisah ini bermula apabila Adib Rizall yang menyertai program anak angkat anjuran universitinya dan Auliya yang tidak redha apabila dia terpaksa menerima Adib sebagai keluarga angkatnya. "Program anak angkat? Zaman sekarang pun masih ada lagi ke program anak angkat, mak?" - Auliya Sudahlah terpaksa menerima ahli keluarga baru, biliknya pula harus dikorbankan. Auliya berharap dia dapat pelajar perempuan supaya dia tidak perlu menutup aurat sepanjang masa. Lain pula yang terjadi apabila tangannya memilih nama pelajar lelaki, Adib Rizall. "Kenapa kau pandang aku macam tu?" - Adib Rizall "Kenapa awak tua?" - Auliya Dari sinilah bermulanya kisah pergaduhan 'manja' antara mereka. Adib yang tidak habis mengusik, Auliya pula tidak suka diusik. AMARAN - Cerita pendek dan santai
Tanya Pada Hati by AdriSya_Sya
AdriSya_Sya
  • WpView
    Reads 6,686
  • WpVote
    Votes 621
  • WpPart
    Parts 51
Ferhad Danial dan Darin Nadia bertemu di akademi sukan sehingga membuahkan rasa sayang lelaki itu kepada si gadis. Namun perasaan yang dipendam tidak pernah diluah sehingga mereka terpisah 5 tahun lamanya. Selama 5 tahun Ferhad Danial memendam rasa dengan hanya berbekalkan doa dan keyakinan. Mereka bertemu semula setelah 5 tahun namun masih ada harapankah untuk Ferhad Danial atau; "Ini bakal tunang saya, Rayyan Naim", kata Darin Nadia kepada Ferhad Danial.
MENCARI YANG HILANG by Ain_Iman
Ain_Iman
  • WpView
    Reads 313
  • WpVote
    Votes 41
  • WpPart
    Parts 20
💔 "Aku... ok." 💔 Tapi selama 10 tahun, Hana sebenarnya cuma... lari. Lari dari trauma yang dia sendiri tak berani nak hadap. Sampai satu hari- dia pilih untuk kembali. Dan dengan itu... semua yang dia cuba lupa, hidup semula. Aqil. Cinta lama yang tak pernah benar-benar hilang. Faris. Lelaki yang sanggup cari dia... walau sampai ke hujung dunia. Antara masa lalu yang masih menyakitkan... dan seseorang yang memilih untuk stay- siapa yang Hana akan pilih? Atau... untuk kali pertama, dia akan pilih dirinya sendiri? Ini bukan kisah cinta tipikal. Ini kisah tentang kehilangan... dan keberanian untuk pulang. - Mencari Yang Hilang
HIS : REA QAYSZA by bungaummara
bungaummara
  • WpView
    Reads 14,322
  • WpVote
    Votes 1,777
  • WpPart
    Parts 10
Naufal Idrees - Pertama kali mata Naufal mendarat pada Rea, dia terpegun. Untuk seketika, dunianya bagaikan terhenti. Dia seperti tidak mahu melepaskan peluang sesaat pun untuk tidak menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini. Rea sangat cantik di matanya. Bukan dia tak pernah melihat gadis cantik malah hidupnya dikelilingi oleh model, artis dan selebriti tetapi kenapa kali ini perasaannya lain? Wajah bersahaja gadis itu yang langsung tidak hiraukannya buatkan dia makin tertarik. Kenapa dia tak pernah tahu Adrean mempunyai kakak secantik ini? Tengku Rea Qaysza - Dia hanya mengukir senyuman sinis apabila Naufal hulurkan tangan untuk bersalam. Bukan dia tak kenal dengan lelaki ini. Saban hari ada saja gambar lelaki ini bersama wanita yang berlainan. Naufal? Memang kacak. Tapi dia tak hairan. Berlambak lagi manusia yang kacak atas muka bumi ini tetapi dia tetap tak hairan. Kerana apa? Kerana dia tidak mencari cinta. Rea lebih memilih kebebasan. "Kakak aku off limit Naufal. Perempuan lain boleh tapi bukan kakak aku." - Adrean Amaran dari Adrean buat Naufal berfikir dua kali untuk mendekati Rea. Gadis itu juga langsung tidak memberikannya ruang untuk mendekat. Namun adakah Naufal akan berhenti setakat ini sahaja? Mestilah tidak. Amaran Adrean tidak menjadi penghalang sehinggalah kemunculan seseorang yang tidak dijangka di antara mereka. Siapa yang muncul di kala Naufal sedang berusaha memikat Rea? Adakah Naufal akan berjaya memikat Rea? Salam sayang, STILL
HIS : KAYLA JASMEEN by bungaummara
bungaummara
  • WpView
    Reads 1,044,051
  • WpVote
    Votes 41,267
  • WpPart
    Parts 59
Tengku Adrean Qays ~ He let her go once but now she's here again. He will prove that their story is far from over. Kayla Jasmeen ~ Her life was a battlefield of grief, yet she walked through it with quiet strength, planting hope where loss once reigned. Setelah beberapa tahun terpisah, hidup Kayla Jasmeen kembali huru hara apabila Tengku Adrean Qays muncul kembali. Bekerja di bawah Tengku Adrean adalah perkara paling terakhir dia mahu lakukan sekarang. Tapi apa yang dia perlu buat? "Awak masih tak berubah kan? Suka paksa orang?" - Kayla Jasmeen "Aku tak pernah berubah untuk orang yang aku sayang." - Tengku Adrean Qays Dari Tik Tok kini ke Wattpad, kita sama-sama baca kisah mereka ! Salam sayang, STILL