kahwin paksa
54 stories
Rintihan Rasa ✔️ by tuliphire
tuliphire
  • WpView
    Reads 463,657
  • WpVote
    Votes 13,851
  • WpPart
    Parts 80
START - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandung lelaki itu. Hanya ibu dan abangnya sahaja sentiasa disisi tatkala airmata menemani tidur Nuha. "Mak, abah tak sayang Nuha ke?" - Nuha Madina. "Mana ada. Abah marah sebab abah sayang." - Mak Asmah. "Nuha kan kuat." - Nadim Muqri. Kematian Mak Asmah memberi kesan mendalam terhadap Nuha. Nuha menjadi seorang yang biadap, keras kepala dan panas baran sehingga mengundang kebencian Nadim. Kasih sayang Nadim mula berubah. Abangnya itu turut melebihkan Nurani berbanding dirinya. "Perangai kau tu yang buat aku jadi macam ni. Jangan nak salahkan Nura. Cermin dulu diri kau. Cuba kau bandingkan diri kau dengan Nurani sebelum nak tuduh aku pilih kasih!" - Nadim Muqri. "Abang... Sudahlah... Jangan tengking Kak Nuha lagi." - Nurani Marisa. Sikap baik dan lemah lembut Nurani membuatkan orang sekeliling menyenanginya. Namun, bukan Nuha Madina. Nurani tidak pernah membenci Nuha walaupun Nuha membencinya. Ammar Huzair, lelaki yang mencintai dan menyayangi Nurani sepenuh hati. Berazam untuk menghalalkan Nurani. Tapi, dirinya diperangkap oleh Nuha. Ammar tetap bernikah tapi bukan dengan Nurani. Nuha merampas Ammar seperti mana Nurani merampas apa yang dia ada. "Aku cintakan adik kau, bukan kau!" - Ammar Huzair. "Aku peduli apa? Aku buat semua ni bukan sebab aku suka kau pun! Aku buat sebab aku nak balas dendam aku pada Nurani!" - Nuha Madina. "Kak Nuha, Nura tak pernah benci Kak Nuha walau apa pun Kak Nuha buat. Tapi, apa yang Nura nak Kak Nuha tahu, sebenarnya kasih abah tak pernah berbeza pun pada kita adik-beradik." - Nurani Marisa. Kebenaran sudah terbongkar. Nuha sesal. Rintihan dahulu kembali lagi. Nurani dah pergi menghadap ilahi. Ammar pula tidak berhenti menguji Nuha.
PERAMPAS ITU AKU (COMPLETE) by fatien_
fatien_
  • WpView
    Reads 359,983
  • WpVote
    Votes 5,079
  • WpPart
    Parts 30
Dari kawan jadi lawan itulah persahabatan antara Erina dan Sara apabila Sara merampas kekasih hati Erina iaitu Aryan Setelah 2 tahun Erina hadir didalam hubungan Sara dan Aryan Strategi Erina bermula untuk merampas kembali kekasih hatinya Apa yang akan dilakukan Aryan?Tersepit antara dua wanita yang disayanginya? Erina tekad untuk merampas kembali hak dirinya Bahagiakah Erina?Menjadi seorang PERAMPAS
Saya Akan Goda Awak Encik Suami ✔ by tuliphire
tuliphire
  • WpView
    Reads 2,382,579
  • WpVote
    Votes 50,663
  • WpPart
    Parts 68
C O M P L E T E ✅ Nawaf Qhaireez yang dipaksa berkahwin dengan gadis bukan pilihan hatinya. Cara dan gaya gadis itu tidak sama langsung dengan ciri ciri yang dimahunya. Banyak kali dia mencuba taktik supaya gadis itu meninggalkannya. Audyna Haszle yang juga dikahwinkan atas kehendak keluarga. Namun, dia hanya bersahaja menerima lamaran keluarga bakal suaminya. Dirinya mungkin belum bersedia untuk menutup aurat sepenuhnya. Tetapi dia mempunyai hati nurani yang tidak semua orang miliki. Kesabarannya untuk memikat sang suami dipupuk walaupun sudah banyak kali Nawaf dingin terhadapnya. Tidak pernah sekali dia berasa jemu untuk melayan suaminya dengan baik biarpun dia tahu suaminya sedang memadu kasih bersama teman rapatnya sendiri. Dapatkah kasih sejati lahir dari pasangan yang berkahwin tanpa cinta ini? Berjayakah Audyna menggoda Nawaf yang memang berhati batu itu? Teruskan membaca Saya Akan Goda Awak Encik Suami.
Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED] by annursyakirah97
annursyakirah97
  • WpView
    Reads 607,055
  • WpVote
    Votes 21,644
  • WpPart
    Parts 30
Tengku Adam Iskandar + Siti Aisyah Humaira. Tentang kahwin paksa antara mereka. Cekalnya hati sang isteri melayani suami yang tidak ingin mengakuinya sebagai teman hidup. Si suami pula sibuk menafikan perasaannya. Nak tahu lebih lanjut? Sudi-sudilah baca. Cliche? Aku tahu. Cuma aku cuba perindahkan jalan cerita dan susunan ayat. Jalan ceritanya in shaa Allah lebih menarik sebab berkaitan dengan agama. Well, bukan sebab aku alim. Cuma, sedang cuba membuang lagha. Tak sudi vote dan comment? Tak apa. Baca pun aku hargai sangat-sangat. Aku harap walau tak banyak, sikit pun korang dapatlah ilmu daripada novel ni. Enjoy!
Please Be Mine ?  by IeqahKazumi
IeqahKazumi
  • WpView
    Reads 107,264
  • WpVote
    Votes 5,111
  • WpPart
    Parts 19
" Dengan sekali nafas sahaja dia menjadi suami aku. Hampir tidak percaya aku dengan kenyataan ini. Bahagia atau menderita kah kehidupan aku yang akan datang ? " - Puteri Yuhana - Jika anda ingin tahu apa yang terjadi dalam kisah ini teruskan lah membaca ya. P/s : Jangan lupa vote selepas baca ya XD - Hak cipta terpelihara 👊 jangan sesiapa pun copy ya 😊
[C] AIANOS | 뷔 ✓ by heitsmehari
heitsmehari
  • WpView
    Reads 327,205
  • WpVote
    Votes 46,854
  • WpPart
    Parts 73
Pernah dengar istilah bersalin tikar? Yup, bila salah seorang adik beradik meninggal dunia dan bekas isteri atau bekas suami mahukan pengganti dalam kalangan adik beradik. Ya, itulah maksud istilah bersalin tikar. Dan aku, Park Haerin sedang menghadapi kemelut tersebut. Dipaksa berkahwin dengan bekas suami kakak sendiri. Gila tak gila? Kim Taehyung, lelaki itu menjadi kegilaan ramai dari sejak aku zaman persekolahan lagi, dia sudah memiliki ramai peminat namun hatinya cuma terpikat pada kakak aku, Park Haera. Dia bila dengan kakak aku, pijak semut pun tak mati, tapi bila dengan aku, huh! Seperti hendak ditelannya saja! "Kau dan Haera tak sama, tolong ingat tu." -Kim Taehyung. "Memang kami tak sama, tapi hati kami terpikat pada orang yang sama." - Park Haerin. Melalui alam perkahwinan yang tak pernah diimpikan Haerin, dia nekad untuk buatkan lelaki itu jatuh cinta padanya. Namun apa yang dia fikirkan tak semudah yang dia sangka bila lelaki itu sendiri yang membina benteng dengannya. "Kita ni, dah kahwin tapi macam orang asing. Baik cerai je, kan?"- Park Haerin. "Haerin, kalau aku cintakan seseorang, cinta itu akan berkekalan, untuk selamanya." -Kim Taehyung. Kepulangan bekas kekasih dari Amerika dan bekerja dibawah satu bumbung buatkan hati Haerin berbelah bagi. Dia mula terpikat pada bekas kekasih namun pada masa yang sama, dia merupakan isteri tak diikhtiraf, Kim Taehyung. "Kembali pada saya, boleh?" "Dia milik aku." You'll be mine, aianos (forever) Siapa yang patut berada didalam hati Haerin? Dia, atau si Dia? Bacalah kalau nak tahu lebih lagi! Rated 18+, hanya untuk pembaca matang saja. Start: 13.03.20(friday) End: 6.06.2020 (saturday) Beautiful cover by bibi / @lejeonjk ❤ Reviewed by @yana_xoxo ❤ ©heitsmehari2020
[C] His Wife | 지민 ✓ by heitsmehari
heitsmehari
  • WpView
    Reads 630,871
  • WpVote
    Votes 51,838
  • WpPart
    Parts 72
Son Hara, gadis yang berusia 20 tahun itu terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki bernama Park Jimin. Namun lelaki itu bukan seorang lelaki biasa. Dia merupakan suami kepada seorang wanita yang dengan sendirinya melamar Hara untuk menjadi isteri kedua suaminya. Bae Mina namanya, cantik parasnya, sopan tutur katanya. Hara jadi buntu, desakan wanita itu buatkan dia rasa tak aman. Penyebab utama perkahwinan hanyalah Mina tak mampu beri keluarga kaya itu anak. Mahu tak mahu Hara terpaksa akur, kedinginan bakal suami buatkan Hara jadi tak selesa. Terpaksa dan dipaksa. Dia dilayan hampir sama dengan perempuan simpanan. Hati beku lelaki itu tak dapat dicairkan dengan kata- kata manis dari Hara. "Aku nak buat rules sementara kita tinggal berdua. Aku tak nak kau ada disekitar rumah bila aku dan Mina ada."-Park Jimin. "Kenapa? Kenapa tak boleh? Saya pun ada hati dan perasaan juga! Tujuan saya hidup ni memang kena ikut semua telunjuk dan kemahuan awak ke?!" -Son Hara. "Cik Hara, pikatlah suami saya. Buat dia jatuh cinta pada Cik Hara. Saya rasa itu bukannya suatu kesalahan. Kalau Cik Hara pandai ambil hati, dia akan sayangkan Cik Hara macam dia sayangkan saya." -Bae Mina. Kerelaan Mina untuk bermadu dengan Hara menjadi tanda tanya. Apa yang buatkan wanita itu begitu yakin yang Hara akan bahagia? "Kenapa sayang? Kenapa awak buat macam ni?" "It's for you." Saksikan sepenuhnya di His Wife! Baca, jangan tak baca! "When I fall in love, it will be forever." +onesidedlove? Beautiful cover by Leon Chim Grapchic / cocokies❤ Started; 1.1.2020 End; 3.3.2020 Rank #1 in romance ©2020heitsmehari
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish] by IeraRoselyn
IeraRoselyn
  • WpView
    Reads 721,692
  • WpVote
    Votes 23,364
  • WpPart
    Parts 67
Lelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak apabila ditiup secebis rasa cinta di dalam hati. Semuanya diluar kemampuan setiap manusia. Kerana hanya Allah Maha Pemilik hati. Kayla Raihana. Demi menjaga hubungan yang baik dan kekalkan persahabatan dia bersama Adam Firdaus, dia sanggup menahan hati dan perasaannya bila Adam Firdaus sudah pun menjalinkan hubungan dengan gadis yang dicintai lelaki itu. Walaupun sakit, Kayla Raihana tetap menahan persahabatan mereka. Dia sanggup kecewa daripada kehilangan lelaki itu. Kerana, sejak kecil dia cuma ada lelaki itu dan keluarga lelaki itu. Dia sudah kehilangan ahli keluarga sejak kecil disebabkan satu kejadian kebakaran yang meragut nyawa seluruh keluarganya. Adam Firdaus. Dia terlalu mencintai kekasih hatinya. Sudah dia tidak peduli akan perasaan dan hati Kayla Raihana walaupun dia tahu akan perasaan Kayla Raihana terhadap dia. Tidak lama, satu keadaan yang memaksa dia untuk menjadikan sahabat baiknya sendiri sebagai isteri kerana kekasih hati melarikan diri sebulan sebelum majlis diadakan. Adam Firdaus menjadikan Kayla Raihana isteri hanya kerana simpati. Kayla Raihana menerima Adam Firdaus dengan hati yang terbuka kerana dia sangat cinta kepada lelaki itu. Satu peristiwa yang telah menyebabkan Kayla Raihana begitu kecewa dengan Adam Firdaus telah membawa dia pergi jauh dari lelaki yang dia cintai. Dia sanggup menjauh dari terus dihina dan dicaci oleh suami merangkap sahabatnya sendiri. Mampukah Adam Firdaus menggantikan perasaan kasihan kepada cinta untuk Kayla Raihana setelah isterinya pergi jauh dari sisinya? Masihkah ada peluang untuk Kayla Raihana bahagia?
C || DUDA PUJAAN JANDA DARA  by flwerMoonnnn
flwerMoonnnn
  • WpView
    Reads 197,335
  • WpVote
    Votes 5,594
  • WpPart
    Parts 56
🦂 1st SERIES 🦂 Izzara Ilya, seorang gadis yang berumur 21 tahun yang sangat meminati lelaki yang berstatus duda. Sesiapa yang berstatus bujang akan ditolak mentah-mentah olehnya kerana dirinya mempunyai trauma dengan lelaki bujang. Naufal Rizqin, seorang duda muda yang berumur 25 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki yang berumur 5 tahun. Berkahwin pada awal umur 20 dan bercerai ketika usia perkahwinannya menjangkau 2 tahun. Ditinggal dengan anak lelaki mereka yang ketika itu berumur 2 tahun dan membesarkan anak lelakinya itu sendiri tanpa bantuan seorang isteri. '''''''''''''''' "Kau buta ke rabun ni, perempuan? Tak nampak ke apa yang aku tunjuk?" -Naufal Rizqin "Eh! Mulut tu amboi. Baik sikit eh cakap tu! Aku tak buta lah!" -Izzara Ilya "Semua perempuan menyusahkan," -Naufal Rizqin "Tapi aku tak," -Izzara Ilya "Tak hingin aku dengan kau ni. Fikir aku hamak sangat ke?" -Naufal Rizqin "Ada juga yang kena cili karang mulut tu," -Izzara Ilya "Tolong aku..." -Naufal Rizqin "Apa yang aku dapat lepas tolong kau?" -Izzara Ilya ''''''''''''''' Apa yang berlaku antara mereka berdua? Kahwin? Hanya kawan? Bahagia? Derita? Trauma? ⚠️ SEGALA KATA KESAT ATAU CARUTAN ATAU KASAR TOLONG JANGAN DIIKUT! HANYA SEBAGAI HIBURAN DAN PENYEDAP RASA! mula: 15 November 2023 tamat: 1 Disember 2023 cover: suyang<3
Dia, Mimpi Sempurna (Completed) by evelleyren
evelleyren
  • WpView
    Reads 61,043
  • WpVote
    Votes 2,274
  • WpPart
    Parts 55
Aleia Irdina seorang anak tunggal yang sentiasa dengar permintaan mamanya. Bagi Leia, mama adalah kunci syurganya. Mama jugalah segala-galanya buat Leia. Jadi dia harus sentiasa membahagiakan mamanya. Sehingga diminta kahwin dengan pilihan Puan Lailatul juga, Leia masih turuti walaupun dia terpaksa. "By hook or by crook mama nak Leia kahwin dengan anak kawan mama."- Puan Lailatul. Begitulah sifat Puan Lailatul. Tegas. Namun dia masih seorang yang penyayang kerana Leia adalah satu-satunya harta yang paling beharga arwah suaminya tinggalkan untuknya. Dia juga kadang kala sebersalah mahu menyuruh anaknya turut segala permintaannya. Namun dia juga terpaksa. Demi kebaiakan Aleia. "Mama! Habis kalau Leia tak berkenan, Leia boleh putuskan pertunangan? Tapi rasanya takkan boleh kan. Mesti mama dah atur majlis kahwin untuk Leia pula selepas ini."- Aleia Irdina Dijodohkan dengan Umar Arshah, iaitu jejaka yang pernah dia selamatkan. Tidak Leia menyangka yang mamanya menjodohkannya dengan Shah. Leia pada awalnya memang telah jatuh suka dengan perangai Shah ketika kali pertama mereka bertemu. Dan takdir menemukannya kembali. "Leia berkenan dengan pilihan mama. Boleh cepatkan sikit tak majlis kahwin Leia?"- Aleia Irdina Namun setiap hubungan yang tercipta pasti bakal ada badai yang melanda. Tatkala rahsia yang disimpan oleh Shah tersingkap. Leia ragu-ragu dengan takdir hidup yang dia pilih. "Pergilah kejar bahagia awak sendiri." - Umar Arshah. Benarkah pilihan mama menjadikan Umar Arshah sebagai suaminya? Leia sendiri keliru. Apakah bahagia yang Leia cari? Nantikan kisah perjalanan hidup Aleia Irdina dan Umar Arshah dalam coretan "Dia, Mimpi Sempurna".