izzroses_'s Reading List
27 stories
GOLDEN PROMISE | OG by Liohayes
Liohayes
  • WpView
    Reads 268
  • WpVote
    Votes 76
  • WpPart
    Parts 4
Patah hati kerana wanita yang dicintai dalam diam akhirnya berkahwin dengan kawan baik sendiri, Elzar Qareem Iskandar memilih untuk membawa diri ke luar negara. Dia berharap, dengan menjauhkan diri, perlahan-lahan hatinya akan belajar untuk ikhlas menerima takdir. Beberapa tahun berlalu, Elzar menyangka luka yang pernah ditinggalkan Fathya Haneen Nayara sudah sembuh. Namun, sangkaan itu musnah apabila kepulangannya ke Malaysia menemukan dia kembali dengan wanita yang tidak pernah benar-benar hilang daripada hatinya. Lebih mengejutkan, Fathya kini sedang sarat mengandung. Pertemuan itu turut mengejutkan Fathya. Selepas majlis perkahwinannya dengan Hazran, Elzar terus menghilangkan diri dari Malaysia tanpa meninggalkan khabar. "Tak sangka kita jumpa lagi. Makin hensem, makin segak. Welcome to Malaysia, Elzar." - Fathya Haneen Nayara "Awak pun makin cantik. Dah bekerjaya sekarang." - Elzar Qareem Iskandar Elzar sedar satu perkara yang cuba dinafikannya selama ini. Perasaannya terhadap Fathya tidak pernah padam. Namun, dia tahu batas yang perlu dijaga. Fathya ialah isteri kepada Hazran, kawan baiknya. Jadi, melihat Fathya bahagia di sisi Hazran sepatutnya sudah cukup untuk membuatkan Elzar bahagia juga. Bukankah begitu? Sehinggalah Elzar mendengar satu kenyataan bahawa Fathya dan Hazran sudah bercerai. Jika selama ini Elzar memilih untuk mengalah demi persahabatan, kali ini dia nekad untuk memperjuangkan cinta yang hampir empat tahun cuba dikuburkan. Namun, Fathya menolak sekeras-kerasnya. Bagaimana mungkin dia menerima lelaki yang merupakan kawan baik bekas suaminya? Lebih-lebih lagi selepas kegagalan rumah tangga yang meninggalkan luka yang masih belum sembuh. "Saya bekas isteri kawan baik awak." - Fathya Haneen Nayara "Saya tak kisah. Now it's my turn to take care of you." - Elzar Qareem Iskandar Mampukah Elzar meyakinkan Fathya dan membuat Fathya yakin untuk membuka hati semula?
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 381,550
  • WpVote
    Votes 34,922
  • WpPart
    Parts 68
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.
Perjanjian Dua Alam  by Seriitales
Seriitales
  • WpView
    Reads 21
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 8
"Mampukah sebuah perjanjian ditepati, setelah sekian lama dimeterai?"
ATMA AKASA [C] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 802,743
  • WpVote
    Votes 43,745
  • WpPart
    Parts 40
[ BUKU 1 ] "Cuba senyum sikit Encik Muaz , mana tahu air laut yang masin ni boleh jadi manis." - ATMA MALAIKA "Cuba belajar berenang dulu. Biar tak lemas, tak menyusahkan orang cari ikan. Dasar scammer ikan." - MUAZ AKASA Dari kerja di langit, darat, hingga laut. Muaz tak pernah bertemu gadis aneh seperti Atma Malaika. Sangat tiba- tiba dan random. Sangat bertentangan dengan Hakimi, juga Haji Samir. "Siapa jantan tu? Seronok sangat sampai tiap hari kau pergi jumpa dia?" Oh-! Ada sesuatu yang perit kembali mencengkam dada Muaz. Mata bundar Malaika yang berkaca-kaca seakan menghidupkan semula jiwa Muaz yang telah lama mati. Rasa sakit. Sudah lama aku tak rasa sakit begini.. - Ini kisah Muaz Akasa, penghuni bumi yang pernah menumpang di langit. Menyewa di darat, sekarang menetap di tengah lautan. Sepasang sayapnya yang patah seakan tumbuh kembali dengan kehadiran Malaika. Dialah atma, satu-satunya jiwa Muaz Akasa.
C | Burn With Me by NAEIKA
NAEIKA
  • WpView
    Reads 6,981
  • WpVote
    Votes 221
  • WpPart
    Parts 66
Cintanya ditolak kerana menyatakan perasaan dengan lelaki yang dijumpai dalam Explore Instagram. Tetapi, lelaki itu menyimpan sejuta sebab menolak cinta Myrra Eloise. Saat dipertemukan buat pertama kali, ternyata wanita itu sepupu dari kawan baiknya. Ada satu rasa menyesal muncul kerana telah menolak cinta si dia dulu. Saat Meo Remiel ingin menebus kesalahannya, cinta daripada orang lain pula memisahkan mereka. Kisah cinta mereka terkandas. Namun, Satu kejadian buruk menimpa menyebabkan Myrra Eloise pulang ke Malaysia dan Meo Remiel mengejarnya dengan harapan dendam akan terbalas. Akankah kisah Meo Remiel dan Myrra Eloise kembali sempurna? Adakah kebahagiaan untuk mereka? Atau takdir bersama bukan tertulis di buku cinta mereka? Nantikan... SLOWBURN || SLOWBURN Characters- Non Muslims 16+ A P R I L
Si Gila dan Si Tergila-gila by babybreath05
babybreath05
  • WpView
    Reads 9,297
  • WpVote
    Votes 431
  • WpPart
    Parts 15
Aurish X Qael Entah bosan
THE RUNAWAY BRIDE [EBOOK] by th3magician
th3magician
  • WpView
    Reads 21,369
  • WpVote
    Votes 59
  • WpPart
    Parts 1
Love Between Snow White and the Poor Guy Anggun Maylea. Seorang gadis istimewa. sejak lahir rambutnya seputih salju, kulitnya pucat kerana kekurangan melanin seperti manusia biasa. Keunikan itu menjadikannya terkenal di peringkat antarabangsa dan dipuja dunia. Namun di sebalik kecantikan yang sempurna itu, Maylea tidak percaya pada cinta. Baginya, cinta hanyalah topeng nafsu yang akhirnya berakhir dengan pengkhianatan. Kerana itu, dia melarikan diri daripada perkahwinan yang telah diatur oleh keluarganya. Takdir kemudian mempertemukannya dengan seorang lelaki kampung. Arjuna. Seorang lelaki sederhana yang tidak memiliki apa-apa, tetapi hadir dengan ketulusan yang perlahan-lahan mengganggu benteng hati Maylea yang selama ini kukuh tertutup. Tanpa sedar perasaan yang asing mula tumbuh dalam dirinya. Namun segalanya berubah apabila kebenaran demi kebenaran terbongkar. Maylea terluka, lalu membawa diri. Tetapi jauh di sudut hati, dia tidak mampu menafikan bahwa jejaka itu sudah pun meninggalkan jejak yang paling dalam di hidupnya. "Aku akan ubah, dari perasaan bencikan lelaki itu kepada cintakan aku seikhlasnya. Sebab aku akan pastikan janji aku pada kau bukan janji murah. Dan waktu itu kau tiada pilihan lain selain kekal bersama aku." -Rian Arjuna
TRAINING WHEELS | draco malfoy ✔️ by dyiansobrien
dyiansobrien
  • WpView
    Reads 20,536,608
  • WpVote
    Votes 402,855
  • WpPart
    Parts 122
[ completed ] In their four years of knowing each other, Draco Malfoy and Amora Buckley have never managed to see eye to eye. However, when the pair are locked in the library overnight together, things start to change between them- and neither of them like it. Throw in Harry Potter's not-so-subtle crush on Amora, the fact that her cousin is Hogwarts' golden boy Cedric Diggory, and that her mother is the Muggle Studies professor, and things are bound to get even more complicated... TROPES/EXTRA TAGS: enemies to lovers, secret relationship, forced proximity, forbidden love, opposites attract, slowburn. TRAINING WHEELS draco malfoy x oc goblet of fire - deathly hallows harry potter series.
C| Healed: Thalea Reanne  by Greenlope
Greenlope
  • WpView
    Reads 1,300,435
  • WpVote
    Votes 33,871
  • WpPart
    Parts 51
[Complete] HEALED: THALEA REANNE by Greenlope "Dia dibuang tanpa amaran. Dikhianati oleh darah daging sendiri. Dan kini... dipaksa kahwin dengan lelaki yang dia tak pernah pilih." Thalea Reanne tak pernah sangka kekasih yang dia rancang nak nikahi selama ni sanggup berpaling-bukan dengan orang asing, tapi dengan sepupu kandungnya sendiri. Hati dia hancur. Harga diri dia diludah tanpa belas. Tapi itu cuma permulaan. Dalam satu insiden perangkap yang hina, dia 'tertangkap' bersama Carl-lelaki yang tak lain adalah tunang kepada adiknya sendiri. Demi nama baik keluarga, demi elak aib lebih besar, mereka dikahwinkan dalam keadaan terpaksa. Thalea benci dia. Carl pun tak sudi. Tapi dalam gaduh, dalam diam, dalam luka yang terbuka-Carl mula nampak sisi Thalea yang tak pernah ditunjukkan orang. Perempuan yang kuat, tapi selalu disalahkan. Yang nampak keras, tapi hati dia penuh parut. Dan satu demi satu... Benci itu hilang. Diganti dengan rasa yang lebih dalam, lebih jujur. Tapi masa silam tak pernah tidur. Rezza, lelaki psiko yang tak boleh terima kenyataan, masih memburu Thalea. Dan kali ini, dia sanggup buat apa saja... termasuk membunuh. "She lost everything... until he became her everything." "Carl didn't just love her. He healed her."
The Dancing Maiden by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 3,512
  • WpVote
    Votes 266
  • WpPart
    Parts 30
Maleeka, Maleeka Hansaa.... Dulunya dia seorang puteri raja yang dilindungi seperti permata berharga, dijaga dan digilap dengan kain sutera sehingga seorang putera raja terkenal dengan kebijaksaan dan paras rupa mahu menyuntingnya. Sangkanya rombongan sang putera membawa emas dan permata, tetapi datang bersama tentera. Sekali gus mengundang malapetaka buat Kerajaan Kalira dan seluruh rakyatnya. Maleeka, hilang segala-galanya. "Biarkan dia hidup dalam dalam sengsara melihat kerajaan sendiri hancur di hadapan mata." - Asura 12 tahun kemudian, Maleeka bukan lagi puteri tetapi gadis penari yang melemparkan maruah diri di dalam lembah dendam yang tidak mungkin dipadamkan. Satu surat jemputan singgah di atas ribanya. Persembahan gah buat Maharaja Asura untuk menyambut ulang tahun pemerintahannya ibarat memperlekehkan maruah Maleeka sebagai gadis penari. "Persembahkan dirimu di hadapan Maharaja Mariya." Asura terpaut dengan kejelitaan dan keasyikan lirikan mata si gadis penari. Sanggup mengenepikan isteri di sisi demi Maleeka. Cinta yang memabukkan itu menyedarkan dia bahawa itu semua adalah dendam Maleeka. "Pentingkah dia?" - Vera "Bakal permaisuriku." - Asura Dan Nazarius, si kesatria yang sentiasa bersama gadis penari itu. Mampu memendam perasaan saat melihat bunga itu perlahan-lahan layu gara-gara cinta. "Beri aku peluang untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai... kesatriamu." - Nazarius