blacktitania
- Reads 313
- Votes 43
- Parts 13
AMREEN HUSAINA gadis berumur 25 tahun yang baru menjadi cikgu Bahasa Inggeris di sekolah menengah. Habis sahaja pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris, keluarganya sudah mula mencari pasangan hidup untuknya. Namun, bagi Amreen dia masih muda dan dia perlukan masa. Topik perkahwinan ini terlalu berat baginya yang masih baru dalam dunia pekerjaan. Tambahan pula, memikirkan mengenai perasaan cinta dan sayang? Perkataan itu tidak pernah sekali pun terlintas dalam fikiran Amreen.
"Ma, konjam neram kodu! Saya masih muda untuk fikirkan soal perkahwinan."
(Beri saya masa mak!)
Alasan demi alasan sudah diberi, tapi hakikatnya masih sama. Amreen perlu kahwin. Perlu! Bukan untuk keluarga tapi untuk dirinya sendiri! Atau lebih tepat, inilah waktu yang terbaik untuk dia berkahwin.
Muhammad Arhan Zubir, lelaki berumur 30 tahun yang bekerja di kedai daging milik ayahnya, bakal mewarisi perniagaan keluarga itu suatu hari nanti. Seorang yang rajin menolong ayahnya dan mementing keluarga. Bagi Arhan, keluarga terdahulu. Everything else comes later! Hidupnya tidak mewah seperti anak raja tapi cukup dengan adanya kasih sayang dari keluarga.
Perkahwinan aturan keluarga. Tiada cinta. Tiada rasa sayang. Semuanya bermula dengan tanggungjawab dan kemudian biar waktu yang menyusun rasa hingga hati sendiri belajar mengenal maknanya.
"Cinta tak semestinya berlaku sebelum kahwin. Marriage kapramum kadhal varalam( Kadang cinta berlaku selepas kahwin). After you find the right person for you. Kavalai padadei(Jangan risau), you adalah amanah yang diberikan oleb Allah dan ayah you untuk I . Insya Allah dengan izin Allah I akan cuba jaga amanah itu sebaiknya."
Ayat itu hanya mempu berlegar dalam minda Amreen. Tersentuh? Ya. Tidak sangka pula lelaki itu pandai berkata-kata manis. Tanpa sedar, Amreen tersenyum nipis.
Setiap perkahwinan mempunyai cabaran, mampukah mereka mengharungi bersama?