The Best
160 stories
MANJA LEILA : HIS HOME (COMPLETED) by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 360,182
  • WpVote
    Votes 24,835
  • WpPart
    Parts 54
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE SPIN OFF - TUAN MUDA AYYAZ KHAN PUBLISH DATE : 1/9/2025 - 22/1/2026 ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya. [RANKING #1 ON WATTPAD!]
Mrs. Ariq Ayden by njsyd_
njsyd_
  • WpView
    Reads 568,434
  • WpVote
    Votes 18,546
  • WpPart
    Parts 45
karya pertama saya 🤍 Antara suka dan cinta. Dia sendiri bingung. Adakah dia benar-benar mencintai gadis itu? Atau hanya sekadar perasaanya sahaja? Tengku Ariq Ayden. Dia disuruh rakannya untuk mengahwini seorang gadis yang dikenali sebagai pembantu rumahnya. Dan gadis itu juga merupakan anak angkat kepada pembantu rumahnya, Makcik Salmah. Rose Aleeya Hanina. Ya, dialah gadis itu! Gadis yang akan dikahwini Ayden!Dia menerima lelaki itu untuk menjadi suaminya atas dasar cinta. Dia cintakan lelaki itu sejak pertama kali bertemu. *** Dugaan demi dugaan yang menimpa tidak mampu memisahkan mereka. Sebaliknya semakin kuat ikatan cinta mereka. Hanya ajal yang mampu memisahkan kedua insan itu. Takdir Allah itu indah-indah belaka. 'Kau ditakdirkan untuk aku dan aku ditakdirkan untuk kau.' 'Semuanya sudah tertulis buat kita. Didunia mahupun diakhirat.Inshaallah dengan nama Allah kita akan bersatu.' -BABYGIRL KEPUNYAAN MAFIA- Ingin tahu kelanjutan cerita? Jika ingin tahu, jemputlah menghabiskan masa anda bersama Ayden dan Hanina! ⚠️MEMPUNYAI KATA-KATA KESAT. ⚠️NO PLAGIAT! MAAF JIKA ADA SEBARANG KESALAHAN DARI CARA PENULISAN.
[C] BLOODY DANCER by elvnaa
elvnaa
  • WpView
    Reads 364,422
  • WpVote
    Votes 16,695
  • WpPart
    Parts 77
BLOODY DANCER membuka tirai. KHAIR QAYYUM Seorang jejaka berusia 31 tahun. Hidupnya sentiasa dikelilingi dengan bahaya hanya untuk melindungi orang lain sehingga hampir mengorbankan nyawa ahli keluarganya sendiri. Berkhidmat sebagai bodyguard di bawah BG EliteGuard Protection. "Saya nak berhenti, tuan. Keluarga saya lebih memerlukan saya." - KHAIR QAYYUM Ketika dia di penghujung mahu hentikan semuanya. Dia diberikan tugasan yang terakhir. Tugasan di mana dia harus melindungi seorang penari para VIP. Dia mahu menolak sekeras-kerasnya kerana dia menganggap melindungi seorang penari adalah satu pencemaran terhadap status kerjayanya. "i'll protect you with all my strength, i give you all i have, all that belong to me" - KHAIR QAYYUM AULIYA ZULAIKHA seorang gadis penari. Namanya sering disebut-sebut oleh orang-orang kaya. Dipanggil dengan gelaran murahan sudah membuatnya lali. Tubuhnya dijamah dengan pandangan bernafsu sudah membuatnya mati hati. Seorang gadis yang tidak dapat disangkal, menyimpan 1001 rahsia disebalik wajah mendungnya. Perempuan misteri yang perlahan-lahan menangkap tarikan seorang jejaka bernama Khair Qayyum. "Mama... kenapa Mama masih busuk walaupun Auliya dah mandikan Mama?" - AULIYA ZULAIKHA "Mama... kenapa ulat ni masih ada dalam mulut Mama walaupun Auliya dah buang?" AULIYA ZULAIKHA Hari demi hari, ancaman datang tanpa diundang. Merapatkan mereka sehingga timbul satu perasaan yang disebut cinta. Namun semuanya tak seindah apa yang mereka harapkan. Hadirnya cinta yang harus dikorbankan kerana kepentingan diri. "Saya seorang yang jijik. Darah saya kotor. Awak tak akan mampu hadap siapa saya." AULIYA ZULAIKHA "Jadi beritahu aku. Beritahu aku setiap titik darah kotor yang mengalir dalam tubuh badan kau tu dan aku akan sucikannya. Kau akan jadi wanita paling mulia di mata aku." KHAIR QAYYUM Rahsia besar yang dia tak pernah duga. Betapa kejamnya wahai manusia. "She's sweet poison that I gladly taste." KHAIR QAYYUM
ADDICTED TO HUSBAND (✔️) by xAnnaKay
xAnnaKay
  • WpView
    Reads 3,069,432
  • WpVote
    Votes 48,742
  • WpPart
    Parts 74
(TAMAT) SINOPSIS AKU pernah memujanya dalam diam. Dalam kata mudah, dia 'crush' aku sejak sekolah. 10 tahun terpisah tanpa khabar, aku anggap bukan jodoh. Taatku pada orang tua, patuhku pada kata mereka hingga aku terjebak dengan pernikahan aturan keluarga. Ya aku tahu, macam drama melayu. Tapi ia realiti hidup aku, bukan berlandas drama semata. Takdir menguji ikhlasku bila si dia yang kupuja dalam diam memunculkan diri saat hari pernikahanku makin hampir. Aku keliru, buntu, apatah lagi bila sidia mengaku perasaannya juga sama. Mikail, lelaki pilihan keluarga atau; Arel, si pemilik hati sejak 10 tahun lama?? Kata abang "Fy takkan menyesal kalau Fy ikut je apa kata ibu ayah. Trust me baby. Abang yakin 200% nanti Fy suka jugak. Rasanya nanti Fy siap ucap terima kasih kat ibu ayah sebab mudahkan jodoh Fy." "Oh. Nice name la tu. Mudah mudahan dia bukan budak sekolah menengah." - Mikail "Kalau tau kau ni jenis senang berbincang. Dah lama aku lamar kau jadi girlfriend masa kat sekolah dulu." - Arel Fiffy, yang terlampau jujur, Mikail, yang terlalu memahami, Dan Arel, yang suka mengusik. Siapa pilihan Fiffy untuk melengkapi seluruh hidupnya? Apa pula kisahnya bila isu kekeluargaan,pengkhianatan dan dendam mula melanda mereka? #1 in romance #September2016 P/S : READ, VOTE & COMMENTS
Istimewa Kasih Sayangmu [Complete] by mrdhya_
mrdhya_
  • WpView
    Reads 1,201,161
  • WpVote
    Votes 28,118
  • WpPart
    Parts 87
[LIT ROMANCE BOOK WINNER] [THE GREAT LIT WRITER WINNER] Highest Rank:- #16 in Romance [13.4.18] #14 in Romance [23.4.18] Pertemuan antara seorang gadis muda dan seorang duda telah mewujudkan suatu tanggapan yang tidak disangka. Mardiah yang lembut hatinya tersentuh akan seorang bayi kecil yang sudah kehilangan ibunya. Bukan insan itu sahaja,malah bayi itu juga turut kehilangan kasih sayang seorang ibu. Kehadiran Mardiah yang sudi menjadi ibu susuan bayi itu telah mendapat perhatian sang duda,iaitu bapa bayi itu. Azrell mula jatuh hati akan kasih sayang Mardiah terhadap anaknya,Qaysara. Disebabkan oleh amanah Arwah Syazira dan kasih daripada Mardiah, Azrell mengambil keputusan untuk menikahi Mardiah Hampir saja lamaran Azrell ditolak oleh kerana Mardiah masih belum bersedia untuk bersuami. Namun,saat Azrell menawarkan penjualan sebuah kafe yang amat Mardiah idamkan, gadis itu mulai setuju akan syarat Azrell iaitu mengahwini dirinya. "Encik Az, saya kahwin dengan Encik Az pun sebab Sara bukan sebab saya ada hati dengan Encik Az. " - Nur Mardiah "Tapi saya nak awak kahwin dengan saya sebab kasih sayang awak terhadap anak saya walaupun bukan pada saya. Saya akan terimanya. "- Azrell Ameer Memang tidak dapat dinafikan, Mardiah yang dulu buta pada cinta akhirnya tenggelam juga dek kerana penangan cinta majikannya yang sudah bergelar suaminya yang sah. "Mar, selama ini saya buat semua kemahuan awak sebab saya cintakan awak. Tapi, ini yang awak balas pada saya dengan cara kahwin dengan lelaki lain. " - Haykarl Mardiah diuji dengan banyak masalah yang menimpanya. Haykarl yang menagih cinta darinya membuatkan fikirannya jadi kusut dengan Azrell yang sudah hilang kepercayaan kasih sayang darinya. Semua orang yang dia harapkan selama ini lenyap dalam sekelip mata tanpa dia duga. Adakah Azrell akan mempercayai semua penjelasan Mardiah setelah apa yang terjadi?Dan adakah Haykarl tetap akan menanti cintanya pada Mardiah selama ini?. p/s: Cover by @Nraalalaa
ALTAF'S SAVIOUR by starryglossie
starryglossie
  • WpView
    Reads 2,378,304
  • WpVote
    Votes 124,268
  • WpPart
    Parts 77
Nur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan baca❗️ Warning: You came only to find yourself lost in time, and in the end you disappointed more than you mattered.
#Rasheen  -  Takdir  yang  Terukir [ɌȺSĦ] by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 673,174
  • WpVote
    Votes 39,366
  • WpPart
    Parts 48
-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mereka rasmi memegang nama sebagai 'suami isteri'. Macam - macam ragam nakal Rash yang harus dihadap. Selicik ideanya, licik lagi idea si suaminya itu. "Aku rasa nak demam. Boleh tak nanti je?" - Ayeen Hazreen "Orang kata, perempuan memang demam lepas make love dengan suami dia if dia virgin luar dalam. Tapi sayang, kau tu belum make love dengan aku lagi. Mana datangnya demam tu?" - Firash Amril Perangai Rash, buatkan Ayeen rasa nak menangis. Itu belum termasuk dengan sikap kuat mengusik dia yang sampai tahap lapan belas tahun ke atas! Lagilah buat Ayeen mahu menjerit! Namun begitu, tatkala hadirnya makhluk yang digelar penyondol, Ayeen tiada pilihan selain daripada menyerah. Untuk terus lari, mungkin dia mampu. Tapi untuk lepaskan Rash... takkan sesekali dia sanggup lakukan. "Love, aku takkan lepaskan kau pada sesiapa. Percayakan aku" - Firash Amril ---- Start; 18/7/2020 End; 27/12/2020 ---- Sweety Cover by @frggie #1 - love •••••••••••••••••• •••••••••••••••••• PENCIPLAKKAN JALAN CERITA INI ADALAH DIHARAMKAN SAMA SEKALI SAMA ADA JALAN CERITA MAHUPUN TAJUK! KALAU DEGIL JUGA PANDAI - PANDAILAH MERAYU DI PADANG MASYAR NANTI / SAYA AKAN REPORT PADA PIHAK WATTPAD! •••••••••••••••••• ••••••••••••••••••
Cinta Milik Kita Berdua by Caron_asnan
Caron_asnan
  • WpView
    Reads 14,236
  • WpVote
    Votes 338
  • WpPart
    Parts 83
Tengku Ryan Adrian x Tiara Uqasha Kerana perjanjian , Tengku Ryan Adrian dan Tiara Uqasha dijodohkan. Dapatkah Ryan menerima Tiara sebagai isterinya atau sebaliknya. "Kau suka lah tu ! Sebab Papa kahwinkan kau dengan aku . ingat !! Kau tu cuma isteri atas kertas jak jadi jangan haraplah aku akan jatuh cinta dengan perempuan macam kau" ~ Tengku Ryan Adrian. "Awak ... Apa salah saya kat awak sampai awak benci sangat dengan saya. Maafkan saya jika saya telah melakukan kesalahan terhadap awak" ~ Tiara Uqasha. Ryan datang mendekati Tiara lalu tangan Tiara dipegang dengan kuat. Tiara kesakitan. "Aku akan pastikan kau menderita kerana sudah berkahwin dengan aku" ~ Tengku Ryan Adrian. "Tak apa , saya faham dengan tindakan awak" ~ Tiara Uqasha. Air mata Tiara jatuh dan membasahi pipinya. Ryan tersenyum sinis melihat Tiara menangis. Dapatkah Tiara mempertahankan perkahwinannya dengan Ryan.
Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED) by ashamrzki_
ashamrzki_
  • WpView
    Reads 219,418
  • WpVote
    Votes 9,586
  • WpPart
    Parts 51
⚠️: Banyak typo. Sorry tau. Qairul Darween dipinang seorang gadis berusia 22 tahun, membuatkan dia hanya mampu tercengang. Dia cuba untuk memberi alasan di mana pinangan itu tidak munasabah, namun Puan Diana sudah tekad untuk menerima pinangan tersebut. "Mama gurau kan?" - Qairul Darween "Mama serius. Angah ni dah lama sangat bujang. Bujang terlajak dah bagi mama. Dan Hayfa ni dah lama suka angah. Sejak dia datang majlis persandingan adik tiga bulan lepas." - Puan Diana "Angah ni, tak sempurna untuk jaga anak orang mama." - Qairul Darween "Mama nak angah bahagia." - Puan Diana. Tidak mahu mengecewakan hati si ibu yang terlalu mengharapkan dia untuk bahagia, Qairul akur untuk menerima pinangan itu walaupun dia masih terasa egonya bagai di calar. Tapi, bagaimana dia mahu bahagiakan si tunang jika dia sendiri tidak tahu cara untuk bercinta? ------- Penulisan pertama yang Asha tulis dalam POV ketiga. Jadi, mungkin kekok dan cringe banyak dua juta ganda.