The Best
2 stories
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,931,468
  • WpVote
    Votes 1,970
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
Adrian Kiara: Her Guardian Angel  by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 6,592,377
  • WpVote
    Votes 337,883
  • WpPart
    Parts 95
[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?" - 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐪𝐫𝐢𝐳 Kerana wasiat yang ditulis dan harta, mereka terpaksa disatukan. "Jagakan dia untuk aku Dree." Tiada siapa yang dapat menjaga Kiara melainkan.. Ya, lelaki kejam itu. Adrian yang banyak terhutang budi dengan keluarga mafia itu harus turuti kata walaupun tidak rela. "Langkah mayat Adrian dulu baru boleh sesiapa nak sentuh dia." - 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐪𝐫𝐢𝐳 Layanan dingin itu membuatkan terbitnya rasa cinta tapi tidak bagi Adrian. "Rian memang tak sayang Kie ke?" - 𝐊𝐢𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐥𝐚𝐧𝐧𝐚 "Aku lebih rela kau benci aku daripada apa-apa berlaku dekat kau." - 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐪𝐫𝐢𝐳 Saat semua rahsia mula dibongkarkan, perasaan benci mula hadir. Saat cinta ingin disemai, perasaan jijik menguasai diri. Dan saat Adrian mula rindu, Kiara mula menjauh. "The real target is your wife, Dree." "Tembak aku Kiara!" - 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐪𝐫𝐢𝐳 Sanggupkah Kiara bertahan setelah dia tahu siapa Adrian Muqriz yang sebenar? "Thank you for making my last birthday the best birthday ever, Dree.." - 𝐊𝐢𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐥𝐚𝐧𝐧𝐚 "𝐡𝐞𝐫 𝐚𝐧𝐠𝐞𝐥 𝐞𝐲𝐞𝐬 𝐬𝐚𝐰 𝐭𝐡𝐞 𝐠𝐨𝐨𝐝 𝐢𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐲 𝐝𝐞𝐯𝐢𝐥𝐬." ⚠️contains harsh words ⚠️strictly no plagiarism start : 19 August 2021 end : 10 October 2021