thecbldn Reading List 2 🤍
126 stories
MEGAT HAFIEZ: HER PROTETTORE [C] by HaniQadeeja
HaniQadeeja
  • WpView
    Reads 33,528
  • WpVote
    Votes 1,393
  • WpPart
    Parts 39
[3rd His series] Pertemuan tanpa sengaja itu mengikat takdir mereka. Aish Qadeeja, seorang wanita biasa yang baru pulang dari tempat kerja, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah kemalangan di tepi jalan. Malam itu, dia melihat sebuah kereta hampir terbabas. Seorang lelaki cemas berusaha menolak anak kecilnya keluar dari kenderaan. Dengan keberanian yang tidak pernah dia bayangkan, Aish Qadeeja menyelamatkan anak kecil itu, Megat Hanif Syazwan atau Hans. Namun saat kereta itu akhirnya terbabas, dia juga menyelamatkan sang ayah yang tidak sedarkan diri, Megat Hafiez. Megat Hafiez bukan lelaki biasa. Dia seorang lelaki berkarisma, tegas, dan menyimpan luka lama yang hanya diketahui oleh dirinya sendiri. Dalam hidupnya yang penuh duka dan tanggungjawab besar membesarkan Hans sendirian, kemunculan Aish Qadeeja bagaikan sinar yang dia tidak pernah pinta. Namun, semakin dia cuba menjauh, semakin kuat takdir mempertemukan mereka. Dari seorang penyelamat, Aish Qadeeja menjadi penjaga hati, bukan hanya untuk Hans, tetapi juga untuk Megat Hafiez. Tapi mampukah Aish bertahan dengan tembok dingin Hafiez? Dan sanggupkah Hafiez melepaskan ketakutannya untuk sekali lagi mencintai? Kerana dalam cinta ini, mereka bukan sekadar pasangan biasa. Megat Hafiez adalah Her Protettore, pelindung yang Tuhan kirimkan tepat pada masanya. [No Plagiat] Hafiez x Qadeeja ♥️
𝗚𝗛𝗢𝗦𝗧 𝗢𝗙 𝗗𝗘𝗖𝗘𝗜𝗧  by lostlynad_
lostlynad_
  • WpView
    Reads 32,644
  • WpVote
    Votes 1,161
  • WpPart
    Parts 40
𝓓𝓻𝓪𝔂𝓮𝓷 𝓔𝓷𝓷𝓲𝓸 - 𝓣𝓱𝓮𝓸𝓷𝓪 𝓕𝓮𝓵𝓭𝓸𝓻𝓪 Drayen Ennio seorang lelaki kejam yang berasal dari Itali . Dia merosakkan seorang wanita yang bernama Theona Feldora , kerana dendam . Selepas dendam nya tercapai , dia bertanggung jawab atas tindakan kejamnya . Namun segalanya menjadi sukar apabila , dia tersedar bahawa tindakannya membuatkan isterinya itu , mengalami kemurungan , dan trauma yang besar. Drayen mula bersumpah , terhadap wanita itu , yang dia akan berubah dan mahu membuktikan bahawa dia mampu menyembuhkan segala trauma yang dihadapi isterinya . "𝑱𝒂𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒂𝒘𝒂𝒌 , 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒌𝒕𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒔𝒂𝒍 𝒂𝒕𝒂𝒔 𝒕𝒊𝒏𝒅𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒌 , 𝑫𝒓𝒂𝒚𝒆𝒏 ." - 𝐓𝐇𝐄𝐎𝐍𝐀 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐎𝐑𝐀 - "𝑷𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 , 𝒎𝒚 𝒍𝒂𝒅𝒚 . 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒎𝒆 𝒇𝒐𝒓𝒆𝒗𝒆𝒓 , 𝒊'𝒎 𝒑𝒓𝒐𝒎𝒊𝒔𝒆 , 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒕𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝒍𝒖𝒌𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒊𝒌𝒂𝒏 , 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏 𝒑𝒖𝒏 𝒕𝒂𝒌 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒍𝒖𝒌𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒌 ." - 𝐃𝐑𝐀𝐘𝐄𝐍 𝐄𝐍𝐍𝐈𝐎 - Adakah Drayen mampu bersabar untuk memulihkan segala trauma Theona , atau Drayen hanya menenangkan Theona dengan mulut manisnya kerana terpaksa sahaja ? KARYA : 1 GENRE : Darkromance | Thriller 🔞⚠️
saya suka awak, Dato' by karyaNurwateeqa
karyaNurwateeqa
  • WpView
    Reads 35,077
  • WpVote
    Votes 1,319
  • WpPart
    Parts 16
Jatuh suka, pada pandangan pertama. Jatuh cinta, selepas akad dan janji yang diikat bersama. Janji, mereka akan bersama untuk selama hayat yang ada. kisah cinta Dato' Tuah Ezhar yang luar biasa dan Kasih Manira yang serba sederhana, yang bermula hanya kerana kehilangan Rebecca pada hari pernikahannya. Kisah cinta yang biasa, sama seperti orang lain yang menyulam cinta dengan kekasih hati mereka. Kasih Manira yang cuba bercinta dan Tuah Ezhar yang sering meluah cinta setiap masa. dugaan? sentiasa ada, kerana mereka berlainan karakter dan cara hidup. orang kaya vs orang biasa, tentu sahaja berbeza! TETAPI itulah yang mengeratkan kasih & sayang antara mereka. don't worry, cerita yang tenang-tenang sahaja, happy ending semestinya :)
HIS ADMIRE : Cinta Hati Leftenan Kolonel | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 78,957
  • WpVote
    Votes 3,565
  • WpPart
    Parts 19
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
WANITA TUAN GHAZRIL by qashard
qashard
  • WpView
    Reads 206,826
  • WpVote
    Votes 9,248
  • WpPart
    Parts 38
Tuan Ghazril Mikail, si duda terlajak usia yang selalu berwajah masam. Gelaran hot and spicy diusia 39 tahun itu adalah yang tepat untuk Ghazril. Pendek kata, dia adalah lelaki yang sempurna di mata wanita. "Dah 7 tahun kamu menduda, Ghaz. Fikir-fikirkanlah mana yang terbaik." ―PUAN SRI MAISARAH "Pintu hati ni dah tutup serapat-rapatnya. Takkan ada sesiapa yang boleh isi tempat Suri." ―GHAZRIL MIKAIL Dinginnya Ghazril berbicara tentang membina mahligai baru membuatkan Puan Sri Maisarah buntu untuk memujuk anaknya lagi kerana dalam diam, Ghazril tetap setia menjadi perindu pada arwah isterinya, Suri Sophea. "Oh, my gucci! Sejak bila dunia ni ada uncle yang segak dan kacak macam ni!" ―SEROJA MIKAYLA Cinta tak mengenal usia, kalau tidak takkanlah seorang gadis yang bernama Seroja Mikayla begitu berani menyatakan hasratnya tulus mencintai lelaki seperti Ghazril Mikail. "Apa yang susah sangat awak nak terima hakikat ni? Saya ni duda anak satu, umur pun dah terlajak!" ―GHAZRIL MIKAIL Namun Ghazril tegas menolak, bahkan perbezaan jarak usia mereka hampir 18 tahun itu membuatkan dia menolak mentah-mentah cinta dari gadis itu. Bagi Ghazril, perempuan itu terlalu kebudak-budakkan dan terlalu mencabar kesabarannya! "Tapi Seroja betul-betul dah cintakan, uncle! Takkan semudah itu Seroja nak mengalah? Cuba uncle bagi ruang pada Seroja untuk buktikan. Manalah tahu kita ada jodoh?" ―SEROJA MIKAYLA Kata orang cinta boleh dipupuk, tak mustahil dengan izin Tuhan cinta itu akan hadir tanpa dipinta. Dan sekelip mata cinta itu juga telah merubah sekeping hati seorang Ghazril Mikail. "Saya dan awak mampu bahagia, Allah yang buka pintu hati saya dan Allah juga yang hidupkan rasa cinta itu dalam hati saya." ―GHAZRIL MIKAIL Perkahwinan yang disangka membawa bahagia cumalah sekadar pinjaman, kebenaran yang terbongkar melukakan hati Seroja. Siapakah Ghazril sebenarnya? Semudah apa rintangan hidup mereka?
My Husband Rayyan Adyan |C by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 326,508
  • WpVote
    Votes 11,679
  • WpPart
    Parts 47
1st story:- Kata orang, jangan dilawan cinta pertama. Bagi Rayyan Adyan cinta pertamanya tidak seindah mereka yang lain. Ketulusan dia dalam mencintai pernah dikhianati. Teman wanita sedang bermesra dengan lelaki lain di khalayak ramai tanpa memikirkan halal dan haram hubungan. Hati yang retak itu, Rayyan bawa pergi jauh ke negara luar. Kerana perbuatan cinta pertama, dia nekad untuk menggapai tahta yang tertinggi biar tiada sesiapa mampu menyakitinya lagi. Semangat untuk meraih gelaran atas apa yang diusahakan membuahkan hasil seiringi dengan hatinya yang mula tiada perasaan untuk mencintai mana- mana wanita. Kepulangan kembali ke tanah air tak indah seperti apa yang ada di minda. Dari perlanggaran dengan seorang wanita di lapangan terbang. Belum dikaitkan dengan mama yang tiba- tiba memaksa dia untuk mendirikan rumah tangga. Pilihan mama hanya dua, bawa pulang menantu ke rumah atau mama yang pilihkan calon pendampingnya itu. Pertemuan dengan wanita bernama Nayla Aleena membuka jalan penyelesaian buat Rayyan. Mana mungkin dia bersetuju dengan calon pilihan mama jika dia ada Nayla untuk dijadikan korban? "Kiranya kau tak cintakan dia?" -HARITH- "... selepas dapat anak, kami akan bercerai. Masa tu Nayla akan bebas dan aku tak akan tuntut apa- apa." -RAYYAN ADYAN- Kata- kata perancangan Rayyan telah menjerat dirinya sendiri setelah dia sah bergelar suami kepada wanita itu. Rayyan lupa bercinta dalam hubungan yang diredhai itu indah. "I love you, Sayang. How do I live without you? Oh no! Sayang jangan tinggalkan abang." -Rayyan Adyan- Pada ketika cinta telah mekar, badai menyapa pasangan itu. Rahsia sebenar perkahwinan terbongkar. Adakah perasaan Rayyan kepada Nayla tulus? Atau... yang dilakukan sekadar memenuhi apa yang diingini?
DuDa (COMPLETED)  by Venaindr
Venaindr
  • WpView
    Reads 3,423,078
  • WpVote
    Votes 196,909
  • WpPart
    Parts 46
Danuarta Putra Wijaya, Danu resmi menyandang status duda dengan satu orang anak ketika usianya menginjak 37 tahun. penghianatan, dan perselingkuhan itulah yang membuat pernikahan nya hancur. Mantan istri yang menjadi wanita karier membuat pernikahan mereka terombang-ambing hingga ada orang ketiga di kehidupan pernikahan mereka. Dania Verita Holver, perempuan cantik memiliki karier bagus di usianya yang ke 22 tahun. Putri dari seorang pengusaha di Jakarta. Karier yang bagus tidak membuat kisah percintaan nya berjalan mulus. Bagaimana kisah mereka berdua? Jangan lupa vote and comment ya. thx. Start on 2 September 2021 Finish on 29 Januari 2022 # 44 in wanita (07092021) # 5 in karier (07092021) # 20 in selingkuh (13092021) # 10 in wanita (23092021) # 3 in wanita (08092021) #1 in wanita (24102021) # 3 in kaya (24102021) # 1 in tampan (11122021) # 1 in duda (16122021)
HERO PUJAAN HATI  by CAHAYANAJIHAH
CAHAYANAJIHAH
  • WpView
    Reads 10,133
  • WpVote
    Votes 308
  • WpPart
    Parts 30
Pertemuan setelah 15 tahun terpisah menemukan Hanis Qalesya dengan Arfan Kasyah.Pertemuan yang disangka akan membuka peluang untuk Hanis Qalesya berkenalan semula dengan Arfan Kasyah ternyata hanya angan-angan sahaja kerana Arfan Kasyah cepat menidakkan. Bagi Hanis Qalesya dia tidak akan berputus asa cinta hati yang dia dambakan itu akan tetap dia pikat walaupun orang mengelarnya perigi mencari timba lagipun dalam Era moden benda banyak berubah. Dalam misi memikat hati Kasyah rupanya hatinya yang selalu terpikat kerana Kasyah sering menyelamatkannya.Banyak benda menghalang mengugat rancangan Hanis Qalesya untuk mengejar cinta Arfan Kasyah.Tetapi tanpa disangka Puan Safiyya Umi kepada Kasyah berminat nak bermenantukan dirinya.Kebetulan Aryan Kasyaf nak berkahwin dengan Aimi Hanani sepupu Hanis Qalesya tetapi disebabkan anak sulungnya belum berkahwin keluarganya tidak membenarkan melainkan anak sulung itu berkahwin. "Kahwin bukan benda mainan.Siapa nak kahwin dengan kau"kata -Arfan Kasyah- "Aku tetap dengan pendirian aku 100% sebab aku cintakan dia" kata - Hanis Qalesya- "Kau cinta kan abang aku tapi dia cinta kan kau ke? "kata -Aryan Kasyaf- "Saya adalah terbaik untuk awak berbanding dia"kata - Shahidan Tetapi apa yang susah sangat bagi Hanis untuk mendapatkan cinta Arfan Kasyah aka Hero Pujaan Hatinya .Halangan yang datang mampu menguatkan hati Hanis pada Kasyah atau sebaliknya.