cheese_yo's Reading List
4 stories
IDENTITI by AiJeee_
AiJeee_
  • WpView
    Reads 88
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 12
Mayat reput tanpa dokumen. Tiada saksi. Tiada identiti. Kes yang disangka mudah berubah menjadi simpulan gelap apabila nama seorang rider, Fahmi tiba-tiba muncul dalam senarai siasatan. Sementara Inspektor Hani dan rakan sepasukannya berusaha membongkar misteri pembunuhan itu, Fahmi pula terperangkap dalam dunia yang tak pernah dia pilih. Dari satu petunjuk ke satu rahsia, segalanya membawa kepada satu nama besar - Dato' Fazril, tokoh korporat yang dihormati ramai. Di sebalik gah nama dan amal, rupanya ada sisi gelap yang cuba disembunyikan. Dalam kejaran masa, siapa yang akan membongkar identiti sebenar mayat itu? Dan lebih penting, siapa sebenarnya 'mangsa' dalam kisah ini? IDENTITI - kisah pembunuhan, penipuan dan keberanian, di mana kebenaran mungkin lebih ngeri daripada sangkaan.
[DR6] Gadis Dakwah vs Mamat Pervert? by White_memory
White_memory
  • WpView
    Reads 4,236
  • WpVote
    Votes 162
  • WpPart
    Parts 12
[Karya by:@White_memory] [Genre: teen-fiction, non-fiction, thriller] Published: 2024 Siri: Dakwah Remaja 6 Words: 47,764 ⚠️cerita rekaan yang mempunyai pengajaran ilmu agama⚠️ ⚠️Do not plagiat. Saya takkan halalkan!⚠️ ⚠️💯Idea saya sendiri⚠️ *** "Kau pun suka kan?" - Haziq. Apa misi Humaira pada kali ini? Haziq, pelajar atlet sukan yang mewakili sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan. Orangnya manis, berbadan sado, tinggi. Kacak pula tu. Memang dah macam model. Tapi ada sisi buruk yang hanya perempuan cerdik sahaja yang dapat tahu. Humaira, pengawas garang yang penuh disiplin ini sudah tentulah tidak berdiam diri. Ada pula pengawas baru masuk di dalam pasukannya. Ayden, namanya. Dia lelaki yang agak pelik kerana perangainya yang tidak kurang macam pelajar bermasalah. Tapi bila jalankan tugas, dia berkelakuan seperti Humaira. Garang. Tapi ada rahsia yang tersembunyi. Arissa, pelajar atlet perempuan yang cantik. Idaman ramai lelaki di sekolah. Dia dan Haziq berhubung sehingga hampir hanyut. Dalam masa yang sama, Suhaila dan Razak telah mencuri perhatian geng pengawas dan guru-guru. Makin serabutlah dua pengawas itu. Sementara Humaira dan Ayden sedang sibuk, Haziq pula datang menyerang secara mengejut. Haziq melakukan kerja gila yang akan menyebabkan Humaira berhenti daripada jadi pengawas. Dia tahu tentang trauma Humaira pada masa silam. Ayden juga begitu. Kerana dia tahu tentang identiti sebenar Ayden. Dengan membocorkan rahsia itu, sudah pasti Ayden akan dipecat daripada menjadi pengawas. Dengan hanya satu rancangan sahaja tapi dia boleh jatuhkan dua orang sekaligus. "Aku dah nampak dah semuanya. Jangan nak tukar topik!" - Humaira. "Kau pun suka kan?" - Haziq. "Kau memang syaitan." - Ayden. "Kau tu tak layak dengan aku! Jadi, sedar diri tu sikit! Kau tu hodoh." - Arissa. "Sampai hati awak buat saya macam ni?" - Suhaila. "Kau yang cari gaduh dengan aku!" - Razak.
STALKER by awanwj
awanwj
  • WpView
    Reads 1,942
  • WpVote
    Votes 100
  • WpPart
    Parts 21
MARY, gadis cantik dan juga terkenal di sekolahnya mempunyai banyak fans dalam Instagram. Sifatnya yang peramah membuatkan ramai yang ingin berkawan dengannya malah tidak lupa juga dengan peminat - peminat di dalam sekolah mahupun luar sekolah. Satu hari, MARY mendapat surat dari seseorang. Isi surat tersebut mengejutkan MARY
SELENOPHILE (OG) by lunatrisyia
lunatrisyia
  • WpView
    Reads 962
  • WpVote
    Votes 122
  • WpPart
    Parts 30
Bulan Mikayla, seorang inspektor yang disegani kerana kecekapan dan profesionalismenya, kini berhadapan dengan kes paling mencabar dalam kerjayanya. Sebuah jenayah kejam yang melibatkan eksploitasi seksual terhadap wanita menyeretnya ke dunia gelap yang penuh ancaman. Dalam usahanya membongkar kebenaran, Bulan dipaksa berhadapan dengan rahsia masa lalunya-kenyataan pahit yang selama ini cuba dia lupakan. Di sisi lain, Kashaaf Alqadr, seorang lelaki sederhana yang bekerja sebagai pengubah bunga, terperangkap dalam tragedi apabila kakaknya menjadi mangsa pembunuhan misteri. Desakan untuk mencari keadilan mendorong Kashaaf terlibat dalam siasatan, walaupun ia bermakna mempertaruhkan nyawanya sendiri. "Kalau perempuan itu boleh buat jantung aku berdebar ketika pistol diacukan, aku akan pastikan jantung kau terhenti," ujar Kashaaf dengan senyuman sinis. Ketika Bulan semakin hampir dengan kebenaran, dia dikejutkan dengan plot penuh tipu daya yang mengancam nyawanya. Kehilangannya selama dua tahun menimbulkan kekacauan dalam pasukan, tetapi tekad untuk mencari pembunuh sebenar terus membara. Siapakah dalang di sebalik pembunuhan ini? Apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Bulan? Dalam dunia yang dipenuhi tanda tanya, tiada apa yang kelihatan seperti yang diharapkan. Setiap petunjuk membawa mereka ke jalan yang lebih gelap, di mana kebenaran yang dijumpai mungkin lebih menghancurkan daripada bayangan mereka.