ALamuT_88's Reading List
3 stories
Terciptamu Bukan Untukku by theflowersnight
theflowersnight
  • WpView
    Reads 778
  • WpVote
    Votes 24
  • WpPart
    Parts 7
Sifat sombong sudah menjadi sebati dalam diri Naura Melissa, seorang gadis yang ditugaskan untuk menjadi guru bahasa Melayu di sebuah sekolah menengah setelah tamat pengajian. Raut wajah serius sering ditunjukkan menjadikan dia guru yang tidak diminati oleh para pelajar. "Awak fikir saya kesah kalau awak semua tak suka saya?" - Naura Melissa Melihat kesombongan guru baru itu membuatkan dirinya ingin mengenali gadis itu lebih dekat. Semakin dingin layanan yang diberikan, semakin sering dia mengganggu sosok itu. Tekadnya hanya satu, dia mahu menjadikan Naura Melissa sebagai miliknya. "Jangan sombong sangat, cepat atau lambat awak akan jadi milik saya juga." - Noah Mirhad Saban hari, hati Naura mula terusik dengan setiap tingkah jejaka itu sehingga hatinya mula berkata ya buat Noah. Lamaran Noah, diterima dengan harapan jejaka itu dapat mengubati semua luka yang selama ini disimpan dan dirawat sendiri. Namun, harapan tinggal harapan. Saat kenyataan itu terbongkar, Naura merasakan rohnya seakan melayang keluar daripada jasad. Hati seakan dicarik dan ditikam dengan berjuta belati. Kata bahagia lenyap dengan sekelip mata. "Kenapa awak nikahi saya sebenarnya?" - Naura Melissa "Saya nak tatap wajah yang saya cintai." - Noah Mirhad Saat cinta yang dihulurkan tidak dihargai, mampukah hati bertahan lagi? Antara cinta dan benci, yang manakah bakal dituruti? Mampukah mahligai yang dibina dipertahankan saat rasa dianiayai?
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,534,441
  • WpVote
    Votes 257,048
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
NIGHTMOON vs ANTS by BUTANGURL720
BUTANGURL720
  • WpView
    Reads 32,156
  • WpVote
    Votes 1,727
  • WpPart
    Parts 46
SYED AIDAN IZUMIE , lelaki beruniform yang terkenal dengan ketegasan , disiplin dan prinsip hidup yang tak pernah longgar. Hidupnya adalah medan kawad , lurus , tegas dan tak boleh dibantah. Tapi segalanya mula retak saat kemunculan NOOR IZARA AISYAH , gadis kampung yang penuh misteri dan luka dalam diam. Izara bukan seperti gadis lain. IZARA seorang yang kasar , lantang dan tak gentar berdepan dengan mata tajam seorang tentera. " suka hati kau je panggil aku kucing bengal , kau tengok aku ada rupa kucing ke ! " - Izara " mungkin sekarang kucing , mana tahu esok lusa aku panggil kau sayang ! " - Izumie Di antara rahsia silam, trauma dan gurauan yang tak dijangka , wujud satu pertempuran yang paling sukar , perang dengan perasaan sendiri. Adakah benteng hati IZARA mampu ditembusi ? Atau adakah IZUMIE sendiri yang bakal tumpas di medan rasa ? " aku tentera IZARA , penuh ketegasan , Tapi mengapa hati aku cepat kalah dengan kau " Izumie " aku tak minta disayangi tetapi mengapa dia hadir saat aku di uji " Izara