dahdah96's Reading List
4 stories
MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE} by AmalinBatrisyia
AmalinBatrisyia
  • WpView
    Reads 825,067
  • WpVote
    Votes 24,794
  • WpPart
    Parts 49
COMPLETE Perkahwinan yang terjalin antara Tengku Hayyan Rayden dan gadis kecil yang bernama Nur Izara Elmira adalah secara rela dari dua dua belah pihak dengan kepaksaan keadaan. Terlanjur perahu boleh diundur terlanjur perbuatan apa yang boleh dibuat kan? Kerana tidak mahu malukan muka keluarga, mereka akhirnya jalinkan juga ikatan suci suami isteri. Namun disebalik apa Izara tahu dihadapan suaminya, ada juga disebalik belakang yang tidak dia ketahui. Ketua mafia terbesar. Ketua mafia yang sangat digeruni semua. Namun bagaimana pula Izara? Adakah dia juga memunyai satu rahsia yang besar? Rahsia yang mungkin dia tidak mahu sesiapa tahu? ⚠️ Mempunyai beberapa jenis kata kata kesat di dalam ayat atau perbualan P/s: Merapu sikit, 🥇 story kan Start: OCTOBER 2021 End: MAY 2023 #NOPLAGIAT #TYPOITUPASTI 5- Romance 1- Wattpad Cover by: AmalinBatrisyia
TAKDIR CINTA KITA by CahayaAinn
CahayaAinn
  • WpView
    Reads 582
  • WpVote
    Votes 14
  • WpPart
    Parts 3
"From now on, you are mine and will always be mine." ~ Hilman. Adakah kata-kata itu berupa ugutan? Hampir lima tahun hidup tanpa memori, Tihani kini telah bersedia mahu memulakan hidup baru setelah berjaya menghabiskan pengajian peringkat ijazah kelas pertama. Walaupun mimpi ngerinya masih menganggu lena, namun dia harus teruskan kehidupan. Kerana baginya, semua itu hanyalah mainan tidur walaupun dia kerap kali bermimpikan perkara yang sama. "Semua tu...mungkin mainan tidur aje kut." Akhirnya Encik Taib menjawab. "Mungkin. Tapi, kalau mimpi tu berulang, masih dikategori sebagai mainan tidur juga ke papa?" ~ Tihani. Akur dengan setiap kata-kata papa, Tihani akhirnya cuba melupakan mimpinya itu dan mula fokus pada kehidupan masa depannya. Hasrat mahu bekerja di salah sebuah syarikat gergasi punah apabila Encik Taib telah mengeluarkan arahan supaya Tihani bekerja dengan anak kawan baiknya, Hilman. Walaupun Tihani tak bersetuju, namun dia terpaksa akur akan perintah papanya itu. Namun, entah kenapa perasaan marah Tihani itu perlahan-lahan berubah dan mula bertukar rasa sayang terhadap lelaki itu. Semakin Tihani cuba menjauh, semakin kuat pula perasaan sayang tersebut. Hilman pun tak segan silu meluahkan perasaan sayangnya terhadap Tihani. Semuanya hampir kelihatan sempurna, sehinggalah Tihani dikejutkan dengan berita akan status sebenar Hilman. Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa Hilman bertindak menyembunyikan status dirinya yang sebenar? Apa tujuan Hilman cuba memikat hati Tihani sedangkan dia sendiri masih mencintai isterinya? Dan apa tindakan Tihani apabila mengetahui kisah silam Hilman mempunyai kaitan dengan kehilangan memorinya lima tahun dahulu?
KAPTEN ZULU AMRI 2 by hashaulia_
hashaulia_
  • WpView
    Reads 25,621
  • WpVote
    Votes 604
  • WpPart
    Parts 7
"You ni tak boleh jadi normal ke? Semua benda nak diangkut macam guni beras. I manusia. I ada kaki. Boleh jalan sendiri!" - Iris Sakura "I dah lama tak training. Anggap jelah I tengah angkat dumbbell." - Kapten Zulu Amri Dia fikir, bila dah ada anak, Zulu semakin matang. Aih, malangnya tak! Semakin ada anak, semakin merenyam. Penat Iris nak melayan. Semakin lama, semakin manja sehingga Zulu diusik oleh teman-teman. "Mich you, mich you, mich you," - Kapten Zulu "Ish! Serabutlah aku duk mich you, mich you." - Akif "Sejak bila ada kucing sesat ni?" - Joe Semakin gawat bila satu team mula mengusik. Dari kapten no mercy terus jadi kapten oyen. Kehidupan mereka perfect sehinggalah Zulu ambil satu keputusan yang mula menjauhkan mereka. "Brothers always together." Itu yang Zulu ucap namun, dia jualah yang meninggalkan. Tanpa kata, tanpa bicara. Sehingga ada hati yang terluka. "Cukup-cukuplah dengan perangai tak matang kau tu! Sampai bila kau nak bermusuh dengan aku? Aku keluar team je pun! Bukannya kau berhenti komando!" - Zulu "Kau ke, atau aku yang tak matang, tuan? Kau pentingkan diri, kapten. Kau tak pernah berbincang dengan sesiapa pun. Kau buat keputusan sendiri." "Aku buat keputusan ni demi keluarga aku!" "Dan aku siapa?!Aku siapa, Zulu? Aku siapa! Bukan keluarga kau ke? Pertingkahan mula berlaku. Hubungan mereka menjadi retak. Masing masing mula menjauh diri. Masih sayang, namun ego menguasai diri. Ingin bertegur, malangnya kecewa menghalang. Lalu, ego merajai di hati, mengawal emosi. Namun, kasih sayang tak pernah padam. Demi Iris dia buka uniform. Dan demi Akif, dia pakai kembali. Dengan satu prinsip, 'brothers always together.' "Let's bring our brother back, Yodha." - Akif "You are not allowed to die, Kapten. Back to me. Back to Gun. We will be waiting." Arahan itu, Zulu harus patuh! Dia tak boleh mati! Dia tak diizinkan berbuat demikian. Itu syarat yang Iris letak! He need to come back!
KAPTEN ZULU AMRI by hashaulia_
hashaulia_
  • WpView
    Reads 80,550
  • WpVote
    Votes 1,161
  • WpPart
    Parts 15
"Maaf terpaksa tinggalkan kau pada malam pertama kita. Kerana sumpah setiaku pada negara, memerlukan aku tika ini. I will back, in one week." - Kapten Zulu Amri. "Faham. Jaga diri. Jangan sampai I jadi janda dalam masa seminggu." - Iris Sakura Tak pernah terfikir yang dia akan ditinggalkan pada malam pertama mereka. Tapi, itulah pengorbanan yang harus dia lakukan. Namun, tiada rasa pilu di hatinya kerana mereka berkahwin bukan atas dasar cinta. Perginya Zulu, langsung tak memberi apa apa kesan. Kerana yang lebih menyakitkan hati, adalah keluarga sendiri. Hidup dengan keluarga toksik, benar benar buat Iris hilang sabar. Hari pertama bergelar isteri, dia dijemput pulang ke rumah gara-gara duit hantaran! "Mana duit hantaran tu? Duit tu milik ayah. Ayah nak." Kak Mila. Tak cukup dengan itu, segala perbelanjaan di dalam rumah, bil api dan air, serta duit shopping kak ipar, dia juga yang menanggung! "Seronok betul shopping pakai duit orang kan, kak? Tak pernah lagi Iris jumpa kak ipar kurang ajar masuk bilik dan ambil kad atm orang." - Iris "Kau tu kena sedar diri Iris. Selama ni, along yang tanggung kau. Kalau bukan kerana along, kau takkan hidup sampai ke harini!"- Along Dari ayah, sehingga ke abang, serta kakak ipar, semuanya toksik. Lama lama buat Iris menyampah lalu dia memilih untuk keluar dari rumah tu. Satu persatu Iris balas sehingga mereka jatuh terduduk. Dan di saat dia mula mengecapi bahagia, ada satu kejadian tak diduga, bakal meragut nyawanya. "Kapten Zulu code sign Night Ghost. Kamu dikecualikan dari operasi ni." "Aku akan pergi. With team, or without team!She's my wife! I will save her no matter what happened! Safe and sound! Thats how she will live in this life." - Zulu Mampukah Kapten Zulu Amri menyelamatkan isterinya disaat nyawa mereka di hujung tanduk? Dan siapakah Iris Sakura yang sebenarnya? Adakah seorang gadis biasa yang memerlukan CPR dari sang suami tatkala dia kelemasan atau sebenarnya dia adalah punca kepada semua yang berlaku?