ijah8714
117 stories
Dia Kunci Kepada Pintu Hatiku [C] by qstnadamia
qstnadamia
  • WpView
    Reads 45,818
  • WpVote
    Votes 1,461
  • WpPart
    Parts 87
Satu kejadian yang berlaku membuatkan kedua-dua insan itu bertemu. Nur Maisarah Azzahra seorang wanita yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan sedang mencari pekerjaan. Dirinya yang dianggap serba tidak guna dan dibesarkan dengan penuh kebencian oleh darah daging sendiri. Kematian ibubapa diusia yang muda membuatkan Zahra membesar tanpa mengetahui apa itu rasa disayangi atau dicintai. Dirinya mengunci pintu hati bagi mengelakkan dari terluka. Tengku Mikhail Al-Fateh, seorang jejaka yang mengambil alih syarikat keluarganya setelah pulang dari negara itali. Dikelilingi oleh orang yang tersayang membuatkan dirinya menjadi seorang yang disenangi oleh ramai orang. Hidupnya yang dikelilingi oleh lelaki selain ibunya membuatkan Fateh menjadi kekok apabila bertemu dengan mana-mana wanita. Lebih mementingkan keluarga serta kerjayanya berbanding orang luar yang tiada kaitan dalam kehidupannya. Hadirnya Zahra dalam kehidupannya membuatkan jejaka itu menjadi tidak keruan. Tembok yang didirikan Zahra membuatkan Fateh ingin mengenali wanita itu dengan lebih lagi. "Jurang antara kita terlalu besar encik, bukan saya yang sepatutnya encik berikan kata-kata tersebut..." - Zahra "Awak takkan dapat ubah apa yang saya rasa zahra, hanya awak untuk saya..." - Fateh Takdir telah menemukan mereka semula dibawah satu ikatan. Fateh berusaha untuk meruntuhkan dinding yang berada diantara mereka. "Zahra taknak kecewakan abang, izinkan Zahra untuk berundur diri sebelum abang terluka..." - Zahra "Biarkan abang masuk dalam hati sayang, biar abang leraikan rantai yang membelit hati awak supaya abang dapat tunjuk yang hanya Nur Maisarah Azzahra akan menjadi bidadari syurga abang..." - Fateh Adakah takdir telah tertulis buat mereka? Apakah yang akan berlaku? Bolehkah Fateh membuka pintu hati Nur Maisarah Azzahra untuk mengenali apa itu cinta? Start: 24 September 2024 End: 1 September 2025
Aisy Daiyan: Duda Hot [OG] by owlrin_
owlrin_
  • WpView
    Reads 19,472
  • WpVote
    Votes 614
  • WpPart
    Parts 27
SIPNOPSIS Airis Amani seorang yang ambivert, cantik, pandai dan disenangi oleh orang sekeliling. Ramai lelaki cuba mengambil hatinya namun dia tidak mahu kerana ingin fokus belajar dan kukuhkan ekonomi dahulu baru fikirkan tentang kahwin. Jika jodohnya sampai awal Airis tidak menolaknya dan akan pertimbangkan. Tengku Aisy Daiyan merupakan seorang duda hot dan digilai ramai perempuan dari pelbagai golongan sama ada anak dara, janda, mahupun isteri orang. Aisy tidak layan semua perempuan yang menggedik dan laparkan perhatian serta membenci kaum wanita kerana masa silamnya bersama bekas isterinya. Malah dia menutup pintu hatinya untuk semua kaum wanita dan dia berubah menjadi seorang yang beku, tegas, garang, suka menyendiri dan tiada lagi seorang Aisy yang baik, peramah, dan ceria. Baginya semua perempuan mahu dekat dan ingin mengenalinya mahukan kemewahan sahaja. Namun, dengan kehadiran Airis telah menyebabkan dia rasa perubahan pada dirinya yang dulunya bahagia, ceria seperti sebelum berkahwin dan dikecewakan oleh bekas isterinya. Mereka berkahwin atas permintaan Ibubapa mereka namun tidak bagi Aisy kerana dia telah jatuh cinta pandang pertama dengan Airis Amani. Airis cuba menerima takdir dan dia mula jatuh sayang dan cinta pada suaminya. Disaat mengecapi bahagia dugaan demi dugaan datang untuk menguji mereka. Kepercayaan dan hubungan dua hala adalah kunci kebahagiaan di dalam rumah tangga. I love you my precious Amani, I know you are not the first but I want you be the last in my life -Aisy Daiyan I love you my hot husband, saya harap awak adalah yang pertama dan yang terakhir dalam hidup saya -Airis Amani
Luna: Forgotten Souls [COMPLETE] by Dasyaishere
Dasyaishere
  • WpView
    Reads 116,413
  • WpVote
    Votes 128
  • WpPart
    Parts 1
Siapa sangka? Pertemuan yang tiba-tiba itu merubah hidup Luna Althea sekelip mata. Dia kehilangan semuanya. "Perkahwinan bukan macam plaster yang awak tampal untuk luka dan harap ia sembuh sendiri. Saya tak boleh buat keputusan hanya sebab saya terdesak." - Luna Althea Dia tiada pilihan selain menerima. Perkahwinan yang terjalin antara mereka bukanlah atas dasar cinta melainkan kepentingan sendiri. Luna diburu oleh sesuatu yang mengancam nyawanya. Entah mengapa dia menjadi sasaran dan diancam oleh musuh-musuh seorang lelaki misteri. Sombra. Lelaki misteri yang sentiasa melindunginya setiap kali dia dalam bahaya. "Aku tak nak kau jadi hak milik seseorang yang tak akan pernah anggap kau sebagai manusia. Aku tahu kau tak selamat, Luna. Dan kalau kau lari, kau akan dikejar. Satu-satunya cara untuk pastikan kau selamat adalah dengan mengikat kau dengan seseorang yang lebih berkuasa." -Ash Luqman Namun makin dalam kebenaran digali, makin mustahil ia kedengaran seolah-olah dunia ini cuma ilusi yang penuh dengan cerita yang tak terjangkau akal. Luna makin buntu. Dia seakan terhimpit di antara realiti dan ilusi. "Saya percaya awak, Ash. Saya percaya awak satu-satunya orang yang saya boleh bergantung... tapi awak tipu saya." - Luna Althea Ketika nyawa Luna benar-benar di hujung tanduk, Ash harus memilih sama ada membiarkan dirinya kehilangan wanita yang dicintai atau mempertaruhkan segalanya untuk mendapatkannya semula. "From the moment I saw you, I never wanted you to see this side of me. I never wanted you know. Because I didn't want the woman I love to hate me..." - Ash Luqman Di antara pengorbanan dan sakitnya sebuah kebenaran, mampukah mereka menemui bahagia? Bagaimana jika takdir itu membawa mereka ke jalan yang menyakitkan?
TRAPPED IN LOVE | HIATUS by _darkquill
_darkquill
  • WpView
    Reads 3,066
  • WpVote
    Votes 76
  • WpPart
    Parts 5
🙌🏻 JANGAN BACA LAGI CERITA NI 🙌🏻 Sufi Hayfa, seorang gadis yang cantik manis, bijak dan periang. Tetapi tanpa sesiapa sedar, disebalik senyumannya, ada seribu satu duka yang tidak pernah diluahkan. Saban malam, mimpi buruk itu selalu menghantuinya. "Perlu ke ibu menyesal lepas lahirkan kamu?" - Puan Fadhiah "Kenapa Sufi selalu senyum?" - Muhammad Haziq "Entah... Kenapa tanya? Sufi tak boleh senyum ke? Buruk ke kalau Sufi senyum?" - Sufi Hayfa Cinta? Tidak pernah wujud dalam hatinya. Baginya cinta bakal memusnahkan hidup. Berjumpa dengan Muhammad Haziq, membuatkan hatinya terjatuh suka tanpa sengaja. Dia cuba menidakkannya. Tetapi siapa dia untuk melawan takdir. "Kahwin dengan Haziq" - Muhammad Haziq Disatukan atas desakan lelaki itu walaupun hatinya terdetik curiga. "Kenapa mesti ibu yang mati? Kenapa bukan kau?" - Sufi Hayfa "Sufi, maafkan ayah" - Encik Roslan "Aku takde ayah. Ayah aku dah lama mati" - Sufi Hayfa "Sampai hati awak buat saya macam ni Haziq!!! Apa salah saya? Kenapa sanggup awak permainkan kesetiaan saya??" - Sufi Hayfa "I'm sorry Sufi... Abang tak sangka jadi macam ni... Abang ingat dengan mempermainkan hati Sufi. Abang dapat hilangkan rasa sakit di hati. Tapi nampaknya tak. Sebaliknya hati abang makin sakit bila tengok Sufi kecewa dengan perbuatan abang..." - Muhammad Haziq "You know nothing Haziq... You know nothing..." - Sufi Hayfa "Tolong jaga Sufi. Aku tak sanggup tengok dia sedih lagi. She deserves to be happy" - Nurul Hanis Ujian demi ujian yang menimpa hidup Sufi. Apakah kesudahan mereka berdua? Adakah bahagia milik Sufi setelah apa yang dah terjadi atau sebaliknya? Apa yang patut Haziq buat? Melepaskan atau membahagiakan? 🔞 Bacaan matang ⚠️ Typo bersepah 🚨 Trigger warning 🧠 Original from my brain ⛔️ Grammar error Published: MARCH 2024 Completed: ENTAH
MY NAUGHTY GIRL | ON GOING by _darkquill
_darkquill
  • WpView
    Reads 149,166
  • WpVote
    Votes 6,872
  • WpPart
    Parts 48
QISS MEDINA seorang penari Ballet antarabangsa yang lincah dan cantik bergaya. Dia juga seorang anak manja yang hidup dalam serba kemewahan. Walaupun dia punya segalanya, tetapi jiwanya seakan inginkan perhatian yang dia sendiri tidak pasti. "Abang, jom teman Qiss main Tennis petang ni." - Qiss Medina "Tak nak aku. Semua tu buang masa tahu tak." - Zarif Adwa ZARIF ADWA adalah seorang doktor pakar bedah yang juga merupakan salah seorang ahli Cloud of Palace yang diketuai Tengku Aqieef Darweesy. Berjumpa dengan Qiss Medina kembali membuatkan hidupnya huru hara. "Kenapa abang suka reject Qiss?" - Qiss Medina "Aku tak suka troublemaker macam kau." - Zarif Adwa "Kahwin dengan anak aku. By hook or by crook." - Dato' Qhalil "Kenapa saya?" - Zarif Adwa "Sebab anak aku suka kau." - Dato' Qhalil "Kau jangan nak mengada tidur sekatil dengan aku." - Zarif Adwa "Kalau abang tak suka Qiss, cakap! Jangan seksa Qiss macam ni! Qiss pun manusia yang ada perasaan lah!" - Qiss Medina "Aku dah cakap awal-awal kahwin dulu. Aku tak cintakan kau Qiss Medina." - Zarif Adwa "Qiss benci abang!" - Qiss Medina "Kau nampak muka aku macam aku kisah ke?" - Zarif Adwa "Qiss, I tahu I salah sebab jatuh cinta pada you. But I want you to know that I really love you." - Mikael "Cinta tak seharusnya memiliki kan? Terima kasih." - Qiss Medina Betulkah tak ada sekelumit cinta Zarif Adwa pada Qiss Medina? Atau hanya ego semata-mata? Dan adakah Qiss akan terus bertahan dengan cintanya atau berpaling pada cinta suci yang dihulurkan Mikael? PUBLISHED: JULY 2024 COMPLETED: -
FOREVER MINE | COMPLETE by _darkquill
_darkquill
  • WpView
    Reads 1,494,222
  • WpVote
    Votes 39,150
  • WpPart
    Parts 79
Dia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sanggup mencederakan diri sendiri. Tidak sanggup melihat keadaan anaknya begitu, Tengku 'Armirul Qarl memilih untuk merawat anaknya dengan rawatan exposure therapy melalui hypnotise. "Along!!! Angah!!! Abang!!! Tolong Adik", jerit budak perempuan itu. Jeritan itu membuatkan Aqieef yang sedang jogging terhenti. Dia menoleh ke arah suara itu. Kakinya pegun untuk seketika. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. "Arghhh", jeritnya kuat. Tangannya pantas mencapai phonenya lalu mendail nombor Adwa. Dia meringkuk sambil memegang kepalanya yang sakit. "I NEED YOU NOW!!!" - Tengku Aqieef Darweesy "Princess?! Are you okay?" - Tengku 'Arwish Qaiesy Qarl "Adik takut", - Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl "What if Ummi pinang kau? Kau terima ke?" - Tengku Aqieef Darweesy "No!! Saya tak nak. Tak ingin la saya jadi isteri awak" - Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl "I'm gonna make you falling love with me" - Tengku Aqieef Darweesy "Don't you dare to touch me" - Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl "Maafkan abang...Abang mengaku abang salah tapi demi Allah abang tak buat" - Tengku Aqieef Darweesy Apa yang terjadi antara mereka? Apa yang 'Armielya takutkan? Kenapa dengan Aqieef? Apakah kesudahan cerita mereka? Adakah pertemuan mereka hanyalah secara tiba-tiba? 🔞 Bacaan matang ⚠️ Typo bersepah ⛔️ Grammar error Published: SEPT 2023 Completed: MARCH 2024
Signore & Signora [Completed] 🦋 by airashroses
airashroses
  • WpView
    Reads 550,671
  • WpVote
    Votes 22,434
  • WpPart
    Parts 63
Nicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai majikan dan juga karyawan. Siapa sangka, tertekan dengan perangai 'hantu' majikannya, Elle menggunakan kesempatan kefasihan bahasa melayunya dengan menyumpah seranah majikan di dalam bahasa melayu. Namun hal yang tidak terduga terjadi apabila majikannya sendiri rupanya fasih dalam bahasa ibundanya sendiri. Pucat lesi wajah Elle. Dari situ, mulalah kisah cerita mereka yang terkadang merapu, sedih, lucu dan juga pelbagai emosi sehingga tumbuhnya bibit cinta antara mereka. Apakah yang akan berlaku selepas itu, dapatkah mereka dapat bersatu bersama-sama atau adakah halangan di dalam perhubungan mereka? 🦋🦋🦋