MRREIAOI100's Reading List
32 stories
Di Sebalik Senyuman [ Completed ] by farhana116
farhana116
  • WpView
    Reads 212
  • WpVote
    Votes 67
  • WpPart
    Parts 40
Di sebalik senyuman manis Irdina, tersembunyi luka dan trauma yang tak pernah diungkap. Kehidupannya yang serba kekurangan membuatkan dia sering memendam rasa, takut untuk berharap lebih. Aisy Iskandar pula, pewaris keluarga kaya yang nampak sempurna di mata orang lain, tapi terkurung dalam bayangan dan harapan keluarga. Hidup mewahnya tak seindah yang disangka bila hati terhalang oleh pandangan orang tua. Mereka berdua jatuh cinta, tapi cinta itu tak semudah yang dibayangkan. Dalam diam, mereka saling menyimpan perasaan, walaupun terpisah oleh jurang yang luas antara dunia mereka. Akankah cinta mereka bertahan atau terkubur di sebalik senyuman?
Dari Hati ke Hati [ Completed ] by farhana116
farhana116
  • WpView
    Reads 116
  • WpVote
    Votes 22
  • WpPart
    Parts 47
Azelia Zyreena, seorang pelajar pastry yang berbakat, selalu berjaga-jaga dengan hidupnya. Semua yang dia buat, dari kerja keras dalam kelas sampai hubungan dengan orang sekeliling, selalu disertai rasa takut tak cukup baik. Tapi bila dia bertemu dengan Ryzan Idrisyan, student kulinari yang hot dan penuh karisma, hidupnya mula berubah. Ryzan, lelaki yang dari luar nampak sempurna, sebenarnya tengah berperang dengan ketakutan dirinya sendiri. Dia nak jadi chef terkenal, tapi takut dia akan gagal. Kawan-kawan dia, Liora Saphira dan Havran Veylan, selalu ada untuk bagi sokongan. Tapi antara dia dan Azelia, ada sesuatu yang lebih. Masing-masing mula jatuh hati, tapi ada halangan besar yang diorang kena hadapi - tak hanya dari perasaan sendiri, tapi juga dari dunia luar yang penuh cabaran. Dengan impian yang berbeza dan ketakutan masing-masing, mampukah mereka bertahan? Atau mereka terpaksa lepaskan cinta yang tengah berkembang?
Seindah 365 Hari ✔️ [Bakal Terbit] by NiahNafisah
NiahNafisah
  • WpView
    Reads 123,866
  • WpVote
    Votes 1,188
  • WpPart
    Parts 11
"Reportlah, teacher. Lagi senang saya nak masuk minang nanti." -Noah Eric - Noah Eric-remaja 17 tahun, anak orang kaya, dan pembawa masalah di SMK Dato' Onn. Dengan keluarganya yang membiayai sekolah itu, dia kebal dari sebarang hukuman. Tiada siapa yang berani menegur raja masalah ini... sehinggalah seorang guru baru muda, Fatma Zaireen, hadir memecah dominasi Noah. Zaireen, 23 tahun, ialah satu-satunya insan yang berani melawan Noah. Tegas tetapi penuh kesabaran, keberanian Zaireen mula mencabar ego Noah. Namun, dari cabaran itu, lahir satu rasa yang tidak pernah Noah jangka-dia jatuh hati pada guru muda itu. Hari-hari Zaireen menjadi medan perang emosi: "Noah, pulangkan buku teacher!" tegas Zaireen. "Boleh, tapi teacher kena cakap saya handsome dulu," balas Noah dengan senyuman nakalnya. Enam tahun berlalu. Noah kini bukan lagi pelajar nakal, tetapi seorang atlet WWE terkenal. Di sebalik kegemilangan hidupnya, ada satu kenangan yang terus hidup-wanita yang pernah menjadi cikgu dan ilham dalam hidupnya. "Teacher Zaireen,awak sentiasa ada di hati saya." Mampukah takdir mempertemukan mereka semula, atau adakah cinta Noah hanya tinggal kenangan yang indah selama 365 hari? ---
ZALIKHA [EDITING] by NiahNafisah
NiahNafisah
  • WpView
    Reads 38,406
  • WpVote
    Votes 738
  • WpPart
    Parts 11
"Dia berkahwin dengan duda terlajak tua... demi sebuah dendam." Mallika Zalikha, model antarabangsa berusia 27 tahun, tidak menyangka cintanya berakhir dengan penghinaan. "Aku tak nak perempuan seksi macam kau! Murah! Jijik!" Rayyan Zailan, 28 tahun - anak kepada hartawan ternama, Dato' Rahan Zaidan - mencampaknya tanpa belas. Terhina dan terluka, Mallika bangkit dengan dendam. Langkahnya membawa dia ke pejabat Dato' Rahan, duda berusia 49 tahun. "Apa yang anak saya dah buat sampai awak sanggup datang cari saya?" Suara Dato' Rahan tenang, namun tajam menikam. Mallika tersenyum nipis, matanya penuh luka. "Saya nak kahwin dengan Dato'. Saya nak anak Dato' rasa, macam mana rasanya dikhianati." Pernikahan itu bermula dengan kebencian. Tapi takdir punya cara yang aneh. Dalam marah, cinta tumbuh perlahan-lahan. "Kenapa hati saya rasa tenang bila tengok awak senyum?" Bisik Dato' Rahan, ketika jiwanya mula rapuh dalam kasih. Namun saat cinta mula berputik... satu rahsia lama meledak! "Aku tak halalkan susu aku! Kau anak haram! Kaulah punca aku dibuang keluarga! Patut aku bunuh kau waktu dalam kandungan!" Jeritan wanita yang melahirkannya membunuh harapan yang baru mahu tumbuh. Dan kini, Dato' Rahan tahu segalanya. Cinta mereka diuji hebat. Mampukah kasih itu terus berdiri? Atau roboh sebelum sempat mekar? "Ya... perempuan itu aku." ⚠️ Based on a true story ⚠️
Ariyana with her trauma by aureluck
aureluck
  • WpView
    Reads 358
  • WpVote
    Votes 121
  • WpPart
    Parts 15
Trauma yang menghantui sepanjang hidupnya? Keluarga yang toxic? Hubungan percintaan yang gagal? Difitnah besar-besaran di dalam hidupnya? Semua pernah dilalui oleh seorang Ariyana Qirdina. "Dah! Aku dah tak sanggup nak hidup! Kalau macam ni hidup aku, baik aku mati aje!" Marahnya lalu pinggan kaca itu baling kelantai dengan sekuat tenaganya. "Listen, Ariyana. Selagi aku ada di sisi kau, kau tak perlu untuk risau. Kau hanya perlu percaya aku sahaja!" Dengan Tenang Arlia menenagkan kawannya. Arlia Elvina. Satu satunya kawan yang ada disisinya walaupun keluarganya sendiri membuangnya seperti sampah! Namun... benarkah berita bahawa... Dia..seorang penipu? Tidak percayakah orang padanya? Walau bukti yang kukuh bak empangan air itu... tumpas ditangan orang yang... gilakan duit? Orang yang.... tinggi jawatannya? Mengapa hidupnya penuh dengan malang? Dapatkah dia merasakan apa itu bahagia? Atau... hidupnya akan terus menerus dihantui oleh... kecelakaan?
Burn pattern by xRegiiinax
xRegiiinax
  • WpView
    Reads 7,894
  • WpVote
    Votes 471
  • WpPart
    Parts 25
21 dead. 30 injured. One pristine white suitcase. When a bus crashes outside Las Vegas under suspicious circumstances, grizzled detective Hyunsik Kang finds his own name on a suitcase at the scene. Enter Grete Langford-sharp-tongued, seductive, and too curious for her own good. As bodies pile up and secrets unravel, so does their restraint. Burn Pattern is a tense, addictive crime thriller where every clue cuts deep, and obsession runs hotter than the desert sun. Click to uncover what really happened on that road.
H Squared ✓ by hanzerry
hanzerry
  • WpView
    Reads 8,769
  • WpVote
    Votes 1,578
  • WpPart
    Parts 37
𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘏², 2024 Warning: Bacaan 15+ sahaja. Kisah mereka bertukar tubuh di bawah langit bersalji Malaysia. Haifa Auliya, gadis yang berasal dari Kuala Lumpur. Pelajar 17 tahun membawa maksud apa? Ya, SPM. Tetapi kerana sikapnya yang suka membandingkan result sendiri dengan kawan baiknya, dia tidak menyedari tindakannya akan meragut nyawa sendiri. "Kenapa Sofia boleh buat, aku tak boleh?" - Haifa Kim Imani, jejaka yang menetap di STAPS. Rupa parasnya seperti orang KPOP idol memberikannya trauma paling perit di dalam hidup. Setiap kali teringat akan traumanya, dia akan stres dan buat perkara pelik-pelik. "Sebab muka aku kacak macam ni, I got harassed. So I won't take off my mask anymore." - Kim Pada suatu pagi yang bersalji, Haifa dan Kim tiba-tiba bertukar tubuh. Bangun-bangun saja, diri mereka sudah berada di dalam bilik orang lain. "Kau siapa sebenarnya?" - Haifa "Hakim. Panggil Kim." - Kim "Oi kau merokok ke? Kalau ya, aku haramkan kau merokok pakai badan aku!" - Haifa "Aku cuma nak lepaskan stres. In the best way." - Kim Haifa mengingatkan Kim untuk sentiasa berkelakuan baik apabila mereka bertukar tubuh. Namun, lelaki itu telah membuat satu kesilapan paling besar sepanjang dia menjadi 'Haifa'. Haifa berada di ambang maut. Tanpa disedari, Kim dan Haifa telahpun membongkar 'dunia fantasi' mereka. Started: 11 May 2024 Ended: 24 July 2024 Beautiful cover by @harlyz_ 🤍 - DON'T STOP SHARING ABOUT PALESTINE --
Imam Kelas Sebelah ✓ by hanzerry
hanzerry
  • WpView
    Reads 4,950
  • WpVote
    Votes 525
  • WpPart
    Parts 30
𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘪𝘒𝘦𝘴, 2024 , spin-off kepada BDA Semuanya berlaku sejak lelaki itu menjadi imam solat tarawih di sekolahnya. Idna Hensem, seorang pelajar yang baru pindah ke sekolah SHOOW semasa penghujung tingkatan 3. Seorang yang berkelakuan baik, tetapi jika bersama orang yang dia rapat, dia boleh jadi watak humoris. Rasyidah, gadis yang bijak pandai dalam soal akademik tetapi pemalu orangnya. Kadang kala dia berubah menjadi bendul dan juga boleh menjadi baran! Ia terjadi bila ada orang mengungkit tentang kegagalannya dalam subjek Bahasa Arab. "Weh kau kenal tak mamat yang jadi imam malam tadi?" "Oh yang baca merdu tu ke?" - Rasyidah "Nanti... bakal imam sesorang di masa depan la." - Idna Hensem Oleh kerana satu salah faham, Rasyidah telah membaling kasutnya tepat pada wajah Idna Hensem. Si imam sudah memaafkan tetapi apakah nasib Rasyidah apabila sahabat baik si imam ingin membalas dendam terhadapnya? HIGHEST RANKING 9/4/24 #1 islamicfiction #2 lawakhambar #2 ramadhan #4 ramadan #5 novelmalay
His Greatest Property | REVAMP by Ar_nyyn
Ar_nyyn
  • WpView
    Reads 1,041
  • WpVote
    Votes 58
  • WpPart
    Parts 6
Sejauh mana pun dia mencuba untuk menjauh, takdir tetap mempertemukan mereka. Ammara Mikayla tidak menyangka bahawa dia akan bertemu kembali dengan seseorang yang dia tidak mahu ingati bahkan bertemu lagi setelah dia sudah bersusah payah pergi jauh dari hidup jejaka itu serta melupakannya.. dengan terpaksa. Seseorang yang diberi nama Muhammad Amsyar Mijwad. Ammara berusaha mengubah dirinya menjadi lebih baik seiring dengan usahanya membuang Amsyar dari ingatannya. Tetapi, Amsyar muncul kembali di hadapan matanya. Amsyar muncul bukan sekadar untuk menunjukkan bahawa dia sudah berubah, tetapi dengan niat yang ikhlas untuk meyakinkan Ammara bahawa dia sudah berubah. "Kenapa kau muncul balik?" -Ammara Mikayla- "Sebab aku nak yakinkan kau yang aku dah berubah" -Muhammad Amsyar Mijwad- Dia telah berubah menjadi insan yang lebih matang dan bertanggungjawab, mahu membuktikan bahawa masa lalu bukan penentu masa depan. Namun, bukan mudah untuk meyakinkan Ammara. Perubahan yang dialaminya perlu dibuktikan dengan kesungguhan, kesabaran, dan kejujuran yang tulus. Amsyar tidak hanya berjuang untuk membuktikan dirinya layak, tetapi juga untuk menjaga batas dan adab dalam hubungan mereka, memastikan setiap langkah yang diambil adalah dalam kerangka syariat. Dia memahami bahawa untuk memiliki Ammara, bukanlah kata-kata manis yang diperlukan, tetapi tindakan yang tidak terburu-buru dan niat yang ikhlas. His Greatest Property bukan sekadar kisah yang dibina semula, tetapi sebuah pengembaraan jiwa yang penuh dengan ujian kesabaran dan keikhlasan. Cinta yang sebenar bukan hanya soal perasaan, tetapi tentang memelihara hati, menjaga amanah, dan mencari reda Ilahi dalam setiap langkah. Di tengah segala rintangan, Ammara dan Amsyar berusaha membina sebuah hubungan yang kukuh berdasarkan kepercayaan dan penghormatan, dengan harapan agar cinta mereka bukan sekadar milik dunia, tetapi juga bekalan akhirat.
Her Guide | OG by Ar_nyyn
Ar_nyyn
  • WpView
    Reads 154
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 1
Pertemuan pertama mereka setahun yang lalu meninggalkan kesan yang mendalam di hati Achazia Mikhael. Perasaan yang satu itu sudah lama bertandang di hatinya, tetapi dia hanya membiarkan sahaja. Tetapi, atas dasar ingin tahu dan juga perasaanya kepada si gadis, Achazia Mikhael mencari maklumat tentang gadis tersebut dengan bantuan rakannya. Alangkah terkejutnya dia, gadis yang dahulunya berpakaian sopan, menutup aurat dan bertudung labuh itu sudah tidak menjaga auratnya bahkan rambut panjangnya dilepas bebas! "You have changed a lot, Nerissa" -Achazia Mikhael- Dia membuat keputusan untuk terus berjumpa dengan keluarga gadis itu setelah niatnya itu diutarakan kepada ibu dan abahnya. Niatnya direstui oleh ibu bapa si gadis. Ibu bapa gadis itu juga sudah tidak sanggup melihat anak gadis mereka bebas membuka aurat sebegitu rupa di negara orang. Keluarga si gadis meminta gadis itu untuk segera pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinannya bersama Achazia Mikhael. Tetapi dia tidak dapat menerima kenyataan itu lantas berusaha sedaya upaya mengelak dari menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh ahli keluarganya bahkan menolak pinangan jejaka itu. "Baik. Az akan cuba terima dia, tapi jangan pernah tanya Az kenapa Az tak layan dia layaknya seorang suami," -Azkadina Nerissa- Dia menjadi isteri yang sah kepada seorang lelaki yang dia tidak kenali atas persetujuan keluarganya tanpa dia sendiri rela. Selesai sahaja majlis perkahwinan mereka, Achazia Mikhael berjanji kepada isterinya untuk membuktikan bahawa dia akan membimbing wanita itu hingga akhir hayatnya dengan izin Allah S.W.T. "I will guide you until the end, Nerissa" -Achazia Mikhael- Dia tetap tabah mendidik dan menegur segala salah silap gadis itu walaupun isterinya tidak mengendahkan segala tegurannya. Achazia Mikhael sentiasa berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah, tidak kira siang atau malam. Dia yakin isterinya akan berubah juga suatu hari nanti.