AzzaleanaRose
- LECTURAS 664
- Votos 58
- Partes 9
Karya pertama dari AzzaleanaRose. Revamp story.
Selepas kematian abang dan kawan baiknya dalam sebuah misi rahsia,hidup Nur Afiqa Adelea berubah sepenuhnya.Keluarga membuangnya dan derita perlahan-lahan memakan jiwanya.
Namun,Afiqa tetap kuat menghadapi badai itu.Dia akhirnya memilih untuk meninggalkan Malaysia buat sementara waktu.
Dua tahun berlalu,Afiqa kembali dengan satu tekad,membalas dendam terhadap pembunuh insan-insan yang pernah disayanginya.
Dalam perjalanan dendam itu,takdir menemukan Afiqa dengan Muhammad Khairul,rakan sekelasnya yang dingin tetapi penuh keikhlasan di dalam diri.Antara luka dan dendam,cinta mula berputik perlahan-lahan.
"Kenapa kita kena rasa sakit bila hilang seseorang?"-NUR AFIQA ADELEA
"Itu tandanya kita masih manusia biasa yang sedih atas kehilangan insan tersayang,Afiqa"-MUHAMMAD KHAIRUL
Selepas dua tahun menderita,Afiqa mula merasai erti bahagia semula.Namun kebahagiaan itu tidak lama.Musuh lama muncul semula menghancurkan segalanya.
Cinta hatinya diragut dan seorang demi seorang sahabat seperjuangannya pergi meninggalkannya buat selamanya.
Tiga tahun selepas beberapa kehilangan insan tersayang,Afiqa bukan lagi gadis yang sama.Senyumannya hilang bersama masa lalu, digantikan dengan ketabahan dan kedinginan.Namun perjuangan menuntut keadilan masih diteruskan bersama sahabat-sahabat yang setia berada di sisi.
Dalam perjalanan itu,dia bertemu Muhammad Ammar,lelaki ceria yang penuh gurauan, tetapi punya rahsia besar di sebalik senyumannya.Walau tampak bersahaja,dia bukan orang biasa.Dia adalah ketua kepada sebuah kumpulan mafia, sama seperti Afiqa.
"Janji dengan aku yang kau tak akan bocorkan identiti aku."-NUR AFIQA ADELEA
"Sure,ini janji mr mafia lah."-MUHAMMAD AMMAR
Mampukah Afiqa kembali meraih bahagia setelah lama tenggelam dalam derita? Atau...takdir akan sekali lagi merampas segalanya?
Diantara bahagia dan derita,siapakah bakal bergelar juara?