Aevaxavia's Reading List
6 stories
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,301,086
  • WpVote
    Votes 98,432
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
𝗧𝗵𝗲 𝗘𝗻𝗲𝗺𝘆 𝗜 𝗟𝗼𝘃𝗲𝗱 || 𝗢𝗚 by amyrroses
amyrroses
  • WpView
    Reads 1,287
  • WpVote
    Votes 171
  • WpPart
    Parts 34
Nur Nayla Zafrina - gadis berani, lantang bersuara, dan keras kepala. Cantik luar biasa, tapi sikapnya tegas dan tajam membuatkan ramai lelaki menjauh. Baginya, lelaki egois dan penuh sombong adalah racun yang tak patut wujud. Malangnya, lelaki itu jugalah yang tak henti-henti hadir dalam hidupnya. Muhammad Zarif Haqeem - lelaki berkarisma, dingin, dan penuh keyakinan diri. Sebagai pewaris syarikat ternama, dia terbiasa memberi arahan dan melihat orang lain patuh. Namun, semua itu tidak berfungsi pada seorang gadis bernama Nayla - gadis yang berani melawan setiap kata-katanya. Bagi Zarif, Nayla hanyalah musuh yang menyakitkan hati. Bagi Nayla, Zarif adalah mimpi buruk yang tak pernah berakhir. Namun, takdir bukan sesuatu yang mudah ditebak. "Aku sumpah benci dengan lelaki macam kau!" - Nur Nayla Zafrina, dengan mata berkilat menahan marah. "Benci? Bagus. Lagi kau benci aku, lagi aku akan pastikan kau selalu menderita setiap kali nampak aku." - Muhammad Zarif Haqeem, dengan senyum sinis yang buat jantung gadis itu bergetar. Dalam setiap pertelingkahan, ada debaran yang tak mampu mereka akui. Dalam setiap kebencian, ada cinta yang diam-diam menyelinap. Kerana bagi Zarif, Nayla bukan sekadar musuh. Dia adalah takdir... yang akhirnya menjadi cintanya. Start [4/11/2025] End [ ]
Intern Di Hati Sang CEO by NadhilahRosdi
NadhilahRosdi
  • WpView
    Reads 52,040
  • WpVote
    Votes 765
  • WpPart
    Parts 72
Qeesya Aryssaa Imani, seorang pelajar tahun akhir jurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Universiti Malaya, bukan gadis yang mudah tunduk pada sesiapa. Berlidah tajam tetapi berhati lembut, dia dihormati kerana keberanian dan kejujuran dalam bersuara, walaupun terkadang disalah anggap. Kehidupannya yang penuh kasih sayang bersama umi, abi, abang dan anak saudara kesayangan membuatkan dia sentiasa berpijak di bumi nyata. Apabila dia bersama dua sahabat baik, Zahraa Humaira dan Nurin Ameera, ditawarkan tempat latihan industri di syarikat tenaga terbesar di Malaysia - Imras Oil & Power - hidupnya mula berubah. Hari pertama sahaja sudah menjadi detik permulaan perlanggaran takdir. Rayyan Zafriel Emran Bin Tengku Zariel Shah, pewaris tunggal empayar Imras Oil & Power, lelaki berjiwa dingin yang menyimpan sejarah luka masa lalu. Dia tidak pernah memandang perempuan lebih dari seorang pekerja, dan hatinya telah terkunci sekian lama. Namun segalanya berubah apabila seorang gadis intern dengan gaya berani dan mulut tajam melanggar egonya - dua kali. Perbalahan kecil antara mereka mula menyalakan api yang tidak dijangka. Dari benci, muncul peduli. Dari marah, hadir kekeliruan. Bila mereka dipaksa bekerja bersama dalam projek keselamatan tapak yang mencabar, keegoan dan prinsip diri mula diuji. Dalam dunia profesional yang penuh tekanan, mampukah dua insan berbeza dunia ini menafsir semula erti perasaan? Kerana kadang-kadang, cinta tak bermula dengan senyuman - tetapi dengan perlanggaran yang mencipta percikan takdir.
[C] BODYGUARD ITU BEKAS KEKASIHKU by eeverlyn_n
eeverlyn_n
  • WpView
    Reads 46,979
  • WpVote
    Votes 1,074
  • WpPart
    Parts 50
Selepas sepuluh tahun bercinta, hubungan mereka berakhir secara tiba-tiba. Bukan kerana tiada cinta, tetapi kerana sebuah pengorbanan yang terlalu menyakitkan. Wanita itu memilih untuk memutuskan hubungan tanpa penjelasan, meninggalkan lelaki yang paling dia cintai dalam keadaan terkejut dan tidak percaya. Hakikatnya, keputusan itu bukan datang dari hatinya. Dia terpaksa mengorbankan cintanya demi melindungi lelaki tersebut daripada ancaman ibu tirinya yang kejam. Demi keselamatan orang yang dia sayangi, dia rela memendam luka dan berjalan pergi, walaupun hatinya hancur berkeping-keping. Empat tahun berlalu tanpa sebarang khabar. Takdir menemukan mereka semula dalam keadaan yang tidak disangka. Lelaki itu kini kembali sebagai seorang bodyguard, ditugaskan khas oleh abang wanita tersebut untuk melindunginya. Namun, lelaki yang pernah lembut dan penuh kasih itu telah berubah. Sikapnya dingin, matanya kosong, dan hatinya seolah-olah tertutup rapat. Di sebalik tugas dan jarak emosi yang tercipta, perasaan lama mula bergetar kembali. Rahsia yang dipendam bertahun-tahun perlahan-lahan mula terbongkar Mampukah cinta yang pernah musnah itu disembuhkan semula, atau takdir hanya mempermainkan mereka untuk kali kedua? MY THIRD STORY🦋💋
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,555,741
  • WpVote
    Votes 333,731
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
The Zarif Haikal Possession  by Fiezajungkookie
Fiezajungkookie
  • WpView
    Reads 6,113,631
  • WpVote
    Votes 220,505
  • WpPart
    Parts 91
Zarif Haikal menatap Zara tajam. Gigi diketap kuat menahan perasaan geramnya pada Zara. Zara menunduk diam. Getaran pada badan Zara boleh dilihat dengan jelas. " Jangan harap kau boleh pergi dari aku Zara ". Ujar Zarif sinis. Zara tergamam. Apa yang dia boleh lakukan? Lelaki di hadapan dia ini punyai segalanya. Manakala dia tidak ada apa apa. | 2 July 2019 - 3 January 2021 | MATURE HOPE BIJAK FIKIR SENDIRI. ADE KATE2 CARUT, KATA KASAR DAN AYAT LEPAS. BUT TAK LEBIH. HOPE FAHAM2 SENDIRI. JGN KATE AKU TAK BAGI AMARAN *-* •~• Don't ever plagiat or copy my work. My work imaginasi dari OTAK aku! Kau copy kite jumpe dekat akhirat sana. Time tu kau kire lah dengan aku.