Uniform🩶
22 stories
RINDU YANG DICARI [ C ]  by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 421,707
  • WpVote
    Votes 20,107
  • WpPart
    Parts 54
-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia masih berjuang dengan diri sendiri dalam mempertahankan rumah tangganya. "Awak memang nak berpisah ke?" - Isa Khaleed - Seorang wanita yang bekerjaya dalam dunia seni. Namanya dikenali satu Malaysia. Sikap karisma dan tegas membuatkan ramai menghormatinya dalam dunia seni. Namun dia memilih untuk berhenti dalam memperjuangkan rumah tangganya yang dibina selama 2 tahun. "Kita berdua dah hilang rasa. Lebih baik berpisah," - Kaysa Jameela - Dua hati yang dulunya indah bila bersama. Ketawa dan menangis sentiasa ada antara satu sama lain. Tetapi perasaan yang dulunya indah mula menjadi kelam dan menghilang. "Awak dah janji kan? Kenapa tak buat?" - Kaysa Jameela. "Awak ada hal awak. Saya pun sama. Jadi kenapa perlu pertikaikan?" - Isa Khaleed. - Adakah mereka akan bersatu? Selama beberapa bulan sebelum perpisahan dilaksanakan? Start : 21 Julai 2024 End : 28 September 2024 [ Story ke-16 ]
Her Awzar Zayyen by missdiym
missdiym
  • WpView
    Reads 50,961
  • WpVote
    Votes 1,349
  • WpPart
    Parts 20
Editing in progress Di dalam setiap keluarga, pasti tiada yang sempurna. Ada keluarga yang penuh luka, ada keluarga yang penuh bahagia. Dan bagi Helya Azzahra, dia ingin mencari kebahagiaan di dalam keluarga itu. Namun, hingga sekarang, dia tidak temui. Azwar Zayyen, salah seorang anggota Kor Polis Tentera Diraja. Sentiasa berkhidmat dan korbankan masa untuk rakyat. Berkahwin? Bukan dalam senarai dia. Kerana setiap saat dalam kehidupan, fokusnya hanya kepada ibu bapanya.
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C | by Aeyqah
Aeyqah
  • WpView
    Reads 277,302
  • WpVote
    Votes 7,953
  • WpPart
    Parts 44
"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk berjauhan dengan orang tu. Macam sekarang, ia temukan saya dengan orang yang betul" -L.Rayyan Anaqi "Kepuasan! Aku tak suka tengok kau hidup! Lepas kau mati, isteri kau pula kita orang akan bunuh. Berjalanlah di taman syurga bersama-sama" "Abang! Bangunlah! Janganlah takutkan Mayra!" -Mayra Adelia
𝐋𝐞𝐟𝐭𝐞𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐚𝐳 | C by syirahnees_
syirahnees_
  • WpView
    Reads 179,232
  • WpVote
    Votes 9,206
  • WpPart
    Parts 77
PDRM SERIES 3 [Spin-off Inspektor Adzriel & Inspektor Aqlan] ‼️ PLEASE BACA IKUT TURUTAN ‼️ Izinkan aku terbangkan cinta ini melintasi langit milikNya. Berperang mulut bagai tiada titik noktahnya. Asal berjumpa saja mulut melancarkan laser bagai tiada hentinya. Tengok muka saja sudah boleh menimbulkan rasa benci yang tidak terhingga. Begitulah Afina dan Harraz setiap kali bersua muka. Baru pertama kali berjumpa sudah menerima tamparan padu yang pedasnya ibarat baru disapu dengan satu balang sambal belacan! "Hoi, mamat darah penjajah!" - NUR AFINA ARISSA "Dulu kau mat saleh celup kan aku, and now what?!" - HARRAZ HUZAIR Lidah masing-masing betah menembak peluru bertubi-tubi bagi memenangi perang mulut. Sepatah Harraz menembak, seribu patah juga Afina membalas! Sehinggalah satu tragedi tidak diduga berlaku yang membuatkan Harraz terpaksa lafazkan akad ke atas Afina. Meskipun mereka berdua tidak bersalah, bukti tetap ada yang membuatkan dia rasa dia harus bertanggungjawab. Dia bukanlah lelaki berspesies kejam dan lari jikalau bukti ada walaupun bukti itu tidak benar. Hidup selepas kahwin, lagilah lancar mereka bergaduh! Perang bantal, perang lidah, perang dapur, semualah. Masing-masing tidak mahu kenal erti kalah. Tetapi tipulah jika hati lelaki Harraz tidak terusik. Bila mengenali Afina dengan lebih rapat lagi, gadis itu tidaklah seteruk yang disangka. Begitu juga dengan Afina, apabila Harraz terpaksa berpisah sementara dengannya kerana bersuamikan seorang tentera, berjaya menimbulkan rasa rindu di antara mereka. "Saya cuma jujur. Saya rindu awak. Sangat." - HARRAZ HUZAIR "Harraz, awak ni dah kenapa? Sakit?" - NUR AFINA ARISSA Bila kedua-duanya sudah berbahagia selepas mengaku cinta mereka, mulalah satu demi satu bala menghampiri. Tambah lagi dengan kehadiran seseorang dari masa lalu Harraz, membuatkan Afina putuskan untuk melangkah pergi dari hidup Harraz. Meninggalkan Harraz yang menunggunya bagai orang hilang akal dan mencarinya tidak henti.
ISTERI SEORANG TENTERA  by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 435,470
  • WpVote
    Votes 18,324
  • WpPart
    Parts 48
[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis tersebut mencuba untuk masuk jarum. "It takes a strong women for a military man." - HARIZ JIBRAIL Itulah ayat yang sering dia jugakan untuk menolak gadis-gadis yang cuba mendekatinya. Baginya, tiada wanita yang akan dapat bertahan sebagai teman hidupnya. Tugas dia berhikmat pada negara sepanjang hidup. Dia tidak mahu menyiksa mana-mana wanita dengan risiko sebagai pejuang negara. "Aku nak kahwin dengan tentera. Tak langit, darat. Tak darat, laut." - SOFEA ADRIEANA Entah mengapa ayat ingin menikahi tentera sering meniti dibibirnya. Apabila dia ditemukan dengan Hariz Jibrail, seorang barista, dia terpikat dengan jejaka tersebut tanpa mengetahui kerjaya sebenar jejaka itu sebagai tentera laut. "Kau nak ke sampai tua jadi bujang? Tak ada seri nanti! Tak bersinar dimata dunia sebab bujang." - SOFEA ADRIEANA "Moon are alone too, but still shines." - HARIZ JIBRAIL Kalau dah namanya Hariz Jibrail, pasti ada aje alasannya. Tapi sifat Hariz yang itu juga membuatkan Sofea makin tertarik dengannya. Setelah dia melihat kegigihan gadis yang tidak pernah mengalah dalam mengambil hatinya, Allah mendetikkan rasa cinta pada gadis tersebut. "Jibrail. Nama malaikat yang diutuskan untuk sentiasa mendampingi Rasulullah. Dan aku Hariz Jibrail, Allah utuskan aku sentiasa mendampingi kau, Sofea Adrieana." Mahligai yang baru sahaja dibina kian dilanda ombak yang menimpa. Satu demi satu ujian diturunkan oleh Allah. Kuatkah Sofea Adrieana untuk memegang gelaran Isteri Seorang Tentera? Atau menyerah kerana lelah? 𓂃ֶָ֢𓍯𓂃 PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim
ZARITH'S: HER COMMANDO [C] by sdaniella___
sdaniella___
  • WpView
    Reads 843,666
  • WpVote
    Votes 39,079
  • WpPart
    Parts 82
Aiman Zarith x Aufyaa Imani [𓂀 ʙʟᴀᴄᴋ ᴅᴇᴍᴏɴ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ɪɪ 𓂀] ‼️WARNING‼️ - Might contain sensitive issues. Read on your own risks. Sinopsis: Aiman Zarith merupakan seorang anggota pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai VAT69. Serbuan yang dilakukan oleh pasukan yang diketuai Zarith enam tahun lalu di sebuah rumah pelacuran milik sebuah kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Venom telah menjadi titik pertemuan Zarith dan seorang gadis bersama seorang bayi perempuan. "Kau bawa anak kau ke tempat macam ni? Untuk apa? Untuk tengok aksi kau dengan jantan dalam bilik ni?" - Aiman Zarith Aufyaa Imani merupakan seorang gadis biasa yang lahir dari sebuah keluarga yang cukup harmoni. Kematian ibunya akibat kanser mengubah seorang ayah penyayang menjadi bengis, kaki pukul, kaki judi dan kaki minum. Kejadian satu malam yang mencambah kebencian dalam hati Aufyaa terhadap si ayah sehingga dia tidak lagi memerlukan sosok seorang ayah dalam hidupnya. "Aku tahu pandangan orang macam kau pada golongan lorong macam kami. Tapi kau langsung tak ada hak untuk menghina, terutama sekali anak haram yang kau sebut tu." - Aufyaa Imani Sepanjang enam tahun selepas serbuan di rumah pelacuran dan bubarnya Venom, Aufyaa menghabiskan waktunya mencari rezeki untuk menyara diri dan bayi yang dijaga. Sehinggalah takdir menemukan semula Zarith dan Aufyaa selepas enam tahun membawa haluan masing-masing. Takdir apa yang sudah tertulis untuk mereka sehingga mereka dipertemukan semula? Start: 11 MAY 2024 End: 24 MAY 2025
GHADI AQHAR: THE LIONS  by CikInzzz
CikInzzz
  • WpView
    Reads 618,233
  • WpVote
    Votes 20,683
  • WpPart
    Parts 48
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku kepada Naura Qairina. Nak layan mereka yang kemaruk nak makan macam-macam satu hal, nak layan ketua mereka yang sejuk beku itu pun satu hal juga. Ghadi Aqhar si ketua dalam kumpulan itu mula tertarik dengan telatah Naura. Adakah bibit-bibit cinta akan tersemai di antara mereka? Dapatkah Naura menerima Ghadi setelah mengetahui pekerjaan sebenarnya?
JANJI YANG TERPUTUS [ C ] by atiqahzainalll
atiqahzainalll
  • WpView
    Reads 52,480
  • WpVote
    Votes 1,779
  • WpPart
    Parts 40
Muhammad Zayyan Firas, pegawai komando PASKAL. Hidupnya terbiasa dengan medan perang, kehilangan, dan kehilangan semula. Baginya, cinta bukan lagi sesuatu yang perlu dikejar... sehinggalah Allah hadirkan Nur' Atiqah dalam hidupnya. Gadis muda yang tidak sempurna, tapi cukup sederhana untuk menyentuh bahagian hati yang paling dalam. Dengan satu lafaz, mereka disatukan. Dalam ikatan yang bukan sekadar janji dunia, tapi ikrar di hadapan Tuhan. Namun takdir tak pernah menjanjikan jalan yang lurus. Satu misi mengubah segalanya. Satu tembakan memisahkan mereka. Satu kehilangan yang membuatkan rindu bertukar jadi doa. Dan doa menjadi satu-satunya bahasa antara dua jiwa yang terpisah oleh jarak, waktu... dan ujian yang tidak kelihatan. Zayyan masih berdiri di medan tugas. Atiqah masih di katil ujian. Tapi cinta mereka tidak pernah rebah. "Kalau saya tak sempat ada waktu awak buka mata, ingatlah... saya sentiasa tunggu. Dalam diam, dalam doa, dalam setiap detik saya masih hidup." Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah dua jiwa yang dipertemukan atas nama Allah... dan diuji juga atas nama yang sama. Kerana janji yang disebut dalam sujud, tidak akan pernah hilang arah. Ia hanya menunggu untuk ditunaikan. Dengan sabar. Dengan setia. Dengan takdir.