ayuniechan's Reading List
11 stories
MY IDEAL ITALIAN GUY by raenees
raenees
  • WpView
    Reads 600,998
  • WpVote
    Votes 34,913
  • WpPart
    Parts 55
❦ 𝐓𝐡𝐞 𝐛𝐨𝐬𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐚𝐬𝐬𝐢𝐬𝐭𝐚𝐧𝐭 ❦ [ COMPLETE ] NENY ROBIN, pekerja di sebuah syarikat yang terkenal. Sangat lama tempoh si gadis berkhidmat di syarikat itu sehinggakan majikannya memintanya berkhidmat di sebuah syarikat maju iaitu El Qiansilouki Sdn. Bhd. selama empat bulan. Dia setuju. Tidak sangka pula pengurus syarikat itu adalah lelaki dari Itali! KIM ROSSIN STUART, sebaris nama yang Robin membuatkan dia tersenyum. Tambahan lagi, lelaki idamannya jejaka itali. Walau bagaimanapun, mengetahui lelaki itu tiada agama, Robin melupakan hasratnya. "Why you didn't hand shake with me?"-Kim Rossin Stuart. "My religion said forbidden for touching who's I don't married with. Including hand shake or whatever."- Neny Robin. Pada mulanya, semuanya baik-baik dan menjaga jurang hati agar tidak terjatuh hati. Tiada siapa tahu, apabila hati berubah rentak. Robin terperangkap. Terperangkap dengan hati celarunya. Bait-bait yang dia sendiri tutur memakan dirinya semula. Love trap? Mata mereka bertaut. "Then, will you be my imperfect's perfection?" - Stuart "Hold tight, mia amore." - Stuart Segalanya berubah tatkala dugaan menimpa Neny Robin dan dia terpaksa menahan diri kemudian mengingati dirinya bahawa dia tidak boleh sesuka hati mengurangkan jurang di antara mereka. Mereka di antara dunia yang berbeza. "You're just my boss, Stuart... and no one to me." - Robin. Wajah lelaki itu jelas terluka. Namun wajah terluka itu pantas berubah riak menjadi kosong. Dingin. "No one to you? Then, if you say so." Lelaki itu melangkah pergi. Mampukah mereka mengubati duka lara hati yang dibawa pergi? Benarkah takdir mereka sampai di situ sahaja? Ranking achievement 🎖 #4 in romance out of 13.9K story 8/11/20. WARNING♥ This is my first story. It's going to be chessy, mengarut, cliche and cringe. Ayat banyak berterabur. © 2018 Raenees. All right reserved.
Haizel: Ms Astrophile by AshyikinHelvins
AshyikinHelvins
  • WpView
    Reads 1,005,565
  • WpVote
    Votes 36,301
  • WpPart
    Parts 68
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Widelia Haizel hanya mencari ketenangan di pantai, tetapi bertemu dengan Raja Luth Hayyan-seorang lelaki yang tersilap sangka dia sedang merancang untuk membunuh diri. Pertemuan pertama mereka penuh dengan ketegangan dan kata-kata pedas, memulakan hubungan yang tidak seperti biasa. Apabila mereka bertemu semula sebagai bos dan pekerja, ketegangan mereka semakin memuncak hingga Raja Luth terpaksa membuat tawaran yang tidak masuk akal: melamarnya sebagai isteri untuk melarikan diri dari masalah peribadinya sendiri. "Haizel, kahwin dengan aku." -Raja Luth Hayyan. "Saya tak nak kahwin dengan bos. Kalau di takdirkan semua lelaki di dalam dunia ni dah pupus dan bos seorang je yang ada dalam dunia ni, saya tetap tak nak kahwin dengan bos." -Widelia Haizel. Widelia, yang awalnya menolak tawaran tersebut, akhirnya terdesak untuk menerima lamaran itu sebagai jalan keluar dari bekas tunangnya yang terus mengganggu. "Tentang lamaran hari tu masih available lagi ke bos?" tanya Widelia dengan wajah menahan malu. "Kenapa? Kau berminat ke? Dah tukar fikiran?" "Saya setuju bos!" ujar Widelia dengan yakin. Dari perkahwinan yang tidak berdasarkan cinta tetapi atas alasan pelik, Raja Luth dan Widelia mendapati diri mereka terperangkap dalam sebuah hubungan yang penuh dengan konflik, namun penuh juga dengan penemuan diri dan perasaan yang tidak dijangka. Dalam perjalanan ini, mereka mungkin menemui bahawa cinta sebenar tidak selalu datang dalam bentuk yang kita jangkakan. Allah is the best planner. Perkara jodoh itu macam 'Alif Lam Mim' surah Al-Baqarah. Maksudnya, hanya Allah yang tahu.
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] by Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Reads 1,042,821
  • WpVote
    Votes 46,891
  • WpPart
    Parts 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
Intern Di Hati Sang CEO by NadhilahRosdi
NadhilahRosdi
  • WpView
    Reads 52,875
  • WpVote
    Votes 771
  • WpPart
    Parts 72
Qeesya Aryssaa Imani, seorang pelajar tahun akhir jurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Universiti Malaya, bukan gadis yang mudah tunduk pada sesiapa. Berlidah tajam tetapi berhati lembut, dia dihormati kerana keberanian dan kejujuran dalam bersuara, walaupun terkadang disalah anggap. Kehidupannya yang penuh kasih sayang bersama umi, abi, abang dan anak saudara kesayangan membuatkan dia sentiasa berpijak di bumi nyata. Apabila dia bersama dua sahabat baik, Zahraa Humaira dan Nurin Ameera, ditawarkan tempat latihan industri di syarikat tenaga terbesar di Malaysia - Imras Oil & Power - hidupnya mula berubah. Hari pertama sahaja sudah menjadi detik permulaan perlanggaran takdir. Rayyan Zafriel Emran Bin Tengku Zariel Shah, pewaris tunggal empayar Imras Oil & Power, lelaki berjiwa dingin yang menyimpan sejarah luka masa lalu. Dia tidak pernah memandang perempuan lebih dari seorang pekerja, dan hatinya telah terkunci sekian lama. Namun segalanya berubah apabila seorang gadis intern dengan gaya berani dan mulut tajam melanggar egonya - dua kali. Perbalahan kecil antara mereka mula menyalakan api yang tidak dijangka. Dari benci, muncul peduli. Dari marah, hadir kekeliruan. Bila mereka dipaksa bekerja bersama dalam projek keselamatan tapak yang mencabar, keegoan dan prinsip diri mula diuji. Dalam dunia profesional yang penuh tekanan, mampukah dua insan berbeza dunia ini menafsir semula erti perasaan? Kerana kadang-kadang, cinta tak bermula dengan senyuman - tetapi dengan perlanggaran yang mencipta percikan takdir.
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 472,657
  • WpVote
    Votes 18,649
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026