noralidamd's Reading List
200 stories
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 919,617
  • WpVote
    Votes 35,651
  • WpPart
    Parts 78
[1st romance] Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai?
Mrs. Luth: Bidadari Milik Syaitan || C by chipsmoreungu
chipsmoreungu
  • WpView
    Reads 1,096,494
  • WpVote
    Votes 45,446
  • WpPart
    Parts 79
"abang nak dukung"pinta si gadis sambil menghulurkan tangan. "Malas"balas sang jejaka. "Ala~abang nak--"pinta si kecil. Muka sengaja dicebik. "Ish, ye la. Meh sini"dilayankan sahaja. Gembira tak terkira si gadis bila didukung sang jejaka membuatkan hati si gadis kecil terpaut pada sepasang wajah dingin sang jejaka. Namun sang jejaka menganggap si gadis beban dalam kehidupannya. "Abang nak pergi mana?" "Tak payah sibuk!" Si gadis tidak putus asa mengejar cinta sang jejaka sehingga satu peristiwa yang membuat si gadis membawa diri ke luar negara. ----------------------- Jejaka yang didambakan si gadis seorang yang digeruni kerana muka yang dingin dan sifat kejam dan tegas. CEO dan ketua mafia yang paling kejam. Tidak kira wanita, warga tua, mahupun kanak-kanak pasti dikerjakannya jika mengacau kepunyaannya. Ya. Dia kejam dan diberi gelaran sebagai si syaitan. "Dia dah balik dua hari lepas" "Macam mana kau tahu?" "Aku dapat kesan guna tiket flight, itupun guna nama lain" Kepulangan si gadis menjadi penantian sang jejaka. Bagaimanakah kesudahan si gedik yang rapuh dan si syaitan yang kejam? Start:30/07/21 End:- Status:slow updated NO PLAGIAT❎
Mr. Iceberg Miss Diva|C by aresamr
aresamr
  • WpView
    Reads 36,523
  • WpVote
    Votes 950
  • WpPart
    Parts 52
Dia bagaikan ais-dingin, misteri, dan sukar didekati. Dia pula bagaikan api-berani, lantang, dan penuh keyakinan. Bila dua dunia bertembung, adakah cinta akan mekar atau hanya akan tinggalkan luka? Rayde Isaac adalah seorang CEO yang tenang, dingin, dan terkenal dengan sikapnya yang tidak pernah menunjukkan emosi. Baginya, cinta hanya satu gangguan yang tidak diperlukan dalam hidup yang sudah terancang sempurna. Di sisi lain, Iyntan Valisya-seorang wanita yang anggun, penuh keyakinan, dan agak angkuh. Dia gadis yang semua orang perhatikan, tapi ada satu lelaki yang tidak pernah memandangnya dua kali - Rayde. Namun, takdir punya rancangan sendiri apabila mereka terpaksa bekerjasama dalam satu projek besar. Dari perselisihan yang tiada penghujung, kebencian yang tak terungkap, hingga detik-detik mencuri pandang, mereka mula menyedari sesuatu yang tidak pernah dijangka. Ada sesuatu yang bergetar di hati masing-masing. Tetapi, mampukah Valisya mencairkan hati Rayde yang beku? Atau adakah ego dan prinsip masing-masing akan menghancurkan apa yang mula berputik di antara mereka? "Kadang-kadang, dua jiwa yang paling berlawanan itulah yang akhirnya saling melengkapi." A.A This is my very first piece, so I hope you'll accept it with all its flaws and imperfections. Insya-Allah saya akan terus belajar dan memperbaikinya sedikit demi sedikit
C | MY HEARTLESS WIFE by Dehana
Dehana
  • WpView
    Reads 59,647
  • WpVote
    Votes 2,138
  • WpPart
    Parts 57
Dikhianati oleh kekasih dan sahabat baik sendiri, Laura Medina berubah dari seorang gadis penuh cinta menjadi wanita berhati beku. Tiga tahun hubungan yang dibinanya ternyata hanya satu pembohongan kejam. Zafran tidak pernah mencintainya, malah hanya mendekatinya demi Daria, kawan baiknya sendiri. Cinta pertama musnah. Kepercayaan hancur. Hati berkecai. Tapi takdir seakan bermain permainan baru bila seorang lelaki misteri muncul dalam hidupnya. Senyumannya menenangkan. Tatapannya menikam. Tapi siapa dia sebenarnya? Dalam misi membalas dendam dan membina semula kekuatan diri, Laura tidak pernah merancang untuk jatuh cinta sekali lagi. Tapi bila hati mula bergetar semula, mampukah dia melawan rasa... atau akan jatuh ke dalam perangkap cinta sekali lagi? START - 1 Jun 2025 END - 31 Ogos 2025 EDITED -
DIA Encik Crush Sombong! ✅ by mrsmeandyou17
mrsmeandyou17
  • WpView
    Reads 392,343
  • WpVote
    Votes 28,302
  • WpPart
    Parts 70
(3rd book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I'm the most sombong human being that you ever seen. But, don't you know that I am the most sweet talker that you ever met, love?" CEO OF MENYINGA Apa anda akan buat jikalau big boss di syarikat anda adalah crush lama anda? Yang dulunya anda puja bagai konfirm dia tu jodoh anda? Mesti korang terus minta surat berhenti kerja kan sebab malu tahap gaban? Tapi tidak untuk ANGGUN DELLISYA. Kalau ikutkan hati , lama dah berhenti. Tapi kalau ikutkan akal yang terlebih bijak, manakan mungkin dia akan berhenti kerja. Dia perlu sara keluarganya. So, tak apalah demi kebahagiaan keluarga, dia sanggup buat muka selamba dan berdoa agar jejaka itu sudah terlupa tentangnya. Dan dia juga sudah memadamkan lelaki itu dari memorinya! Bangga tak? HADIF RIZKI. Popular? of courselah! dahla tinggi, putih melepak, mata warna hazel auch! Tapi sikapnya memang iceberg! Dingin nak mati dengan kaum hawa! Sombong tahap pandang perempuan sekilas je.Dia tahu dia mempunyai ramai peminat tetapi hanya seorang sahaja yang berani memikatnya secara berdepan. Gedik? ya! gediknya gadis itu hari hari mesti wajib ada lolipop berbentuk love di dalam lokernya. surat? jangan cakapla ayat manis gadis itu bagi. Rimas? Rimaslah! Tetapi suatu hari semua itu berakhir. Kerana satu salah faham. "Kau kan? Kau minah pendek yang selalu bagi aku surat dan lollipop love tu kan?"- HADIF RIZKI "Maaf saya tak faham apa tuan cakap. Salah orang kut ehem .- ANGGUN DELLISYA Kerana dengki manusia, mereka terpaksa terpisah. Menyebabkan salah seorang menyimpan dendam. "Kau jangan ingat aku tak tahu apa kau dah buat pada aku! Aku benci kau!" Siapa yang benci siapa? Agak agak happy endingkah mereka ni? Start: August 2020 End : February 2021 #1 in cinta #1 humour #1 teen romance #3 crush *go read my first and second book untuk lebih memahami keluarga mereka!
Gibran: Shattered Trust [C] by missnobodyz
missnobodyz
  • WpView
    Reads 108,052
  • WpVote
    Votes 3,900
  • WpPart
    Parts 74
Gibran Ghazi x Nur Arabella Kharisa 3rd The Dementors Series Perkahwinan antara Gibran Ghazi dan Nur Arabella Kharisa bukanlah atas dasar cinta, tetapi hasil aturan keluarga. Dahulu, mereka adalah musuh abadi di Universiti Arkadia, sering bertelingkah dalam setiap pertemuan. Namun, demi menjaga nama baik keluarga, mereka akhirnya disatukan dalam ikatan perkahwinan. Bella, seorang wanita yang tabah dan penyayang, berusaha menyesuaikan diri dalam perkahwinan tanpa cinta ini. Dia berharap, seiring waktu, Gibran akan membuka hatinya. Namun, Gibran masih terperangkap dalam bayangan cinta pertamanya. Tanpa pengetahuan Bella, hubungan masa lalu antara Gibran dan cinta pertama lelaki itu menjadi duri dalam perkahwinan mereka. Apabila kebenaran terbongkar, Bella merasa dikhianati oleh suami yang paling dipercayainya. Hatinya hancur, dan kepercayaannya musnah. Gibran, yang selama ini tidak menghargai perasaan Bella, akhirnya sedar bahawa cintanya hanya untuk Bella. Namun, segalanya sudah terlambat. Bella telah lelah berjuang sendirian dalam perkahwinan ini. Kini, Gibran berdepan dengan penyesalan yang mendalam. Dia ingin menebus kesilapannya dan memenangi semula hati Bella. Namun, adakah Bella masih bersedia memberi peluang kedua, atau perkahwinan mereka hanya tinggal kenangan pahit yang tidak dapat dilupakan?
Zeyad Mikael: Yang Hilang [C] by eleutheromania____
eleutheromania____
  • WpView
    Reads 54,733
  • WpVote
    Votes 2,270
  • WpPart
    Parts 57
Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan cerita seram. Ini juga bukan cerita action-thriller. Ini hanyalah cerita cinta antara Zakiya Amina dan Zeyad Mikael. Ini adalah cerita tentang Zakiya yang cuba mengambil hati suaminya yang mengalami retrograde amnesia setelah kemalangan jalan raya. "Kau ni umur berapa?" "Yaya muda dari abang tujuh tahun. Abang tahu tak umur abang berapa?" "Aku tiga puluh satu... kau dua puluh empat?" "Ha ah. Pandai pun." Dicuit hidung mancung suami bersama senyuman lebar. "Gila. Mudanya. Aku tak minat perempuan muda sangat macam kau ni." "Time ni je cakap tak minat. Dulu-dulu tu minattttt sangatttt. Sampai peluk pun tak nak lepas!" Ikuti cerita Zakiya dalam menghadapi perangai keras kepala dan dingin encik suami dalam perkahwinan mereka sepanjang lelaki itu menghidap amnesia. Tidak lupa juga kehadiran Ariana, bekas kekasih hati encik suami yang sangat-sangat menjengkelkan hati turut ikut serta menambah sakit dihati Zakiya. ***Read at your own risks ;) *previously known as milik zakiya *unedited version^^
MRS TENGKU MIKHAEL (C) by yayarossz
yayarossz
  • WpView
    Reads 11,740
  • WpVote
    Votes 389
  • WpPart
    Parts 42
Mrs Series 1 MARISA YAMINA- Seorang gadis yang mempunyai kisah silam yang sangat menyakitkan baginya.Namun segalanya berubah apabila bermacam-macam ujian yang berlaku dalam hidupnya 4 tahun Dahulu.Dan sekarang dia muncul sebagai seorang gadis yang mempunyai identiti misteri.Dia merupakan seorang gadis memegang jawatan CEO syarikat papanya dan Ahli Teakwando wanita.Dia mungkin kasar pada kelakuan dan wataknya. TENGKU MIKHAEL LUTH-Seorang lelaki yang mempunyai rupa paras yang tampan.Namun,sikap dingin dan gerunnya menyebabkan ramai orang gerun akan dirinya.Merupakan Seorang CEO syarikat MIK's Holding.Namun,secara tiba-tiba..kehadiran seorang gadis beridentiti misteri muncul dalam hidupnya untuk menyelamatkan dirinya dari diserang musuh. "Takpe,aku akan mula misi aku untuk siasat siapa kau sebenarnya,Beautiful lady." -Tengku Mikhael Luth. "Akhirnya,awak masuk jugak ke perangkap saya.Mr Stalker." -Marisa Yamina. Apa yang berlaku 4 tahun lepas? Ujian apa yang membuatkan Marisa muncul sebagai gadis misteri? Rahsia apa yang terbongkar menyebabkan hubungan antara mereka semakin kukuh? Apakah kesudahannya? Nantikan Mrs Tengku Mikhael... 📌Awas cerita ini hanya rekaan semata-mata. 📌Idea asal author‼️‼️ 📌Tidak dibenarkan plagiat karya saya!!! ‼️PEMBACA MATANG.
DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSION by mrsmeandyou17
mrsmeandyou17
  • WpView
    Reads 624,319
  • WpVote
    Votes 36,088
  • WpPart
    Parts 71
(1st book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I am an iceberg. But don't you realise that I can be like a melting ice when I'm with you, sweetheart?" CEO OF AIS BATU CAMPUR *masih dalam proses untuk mengedit segala penulisan noob UWU. TENGKU ZINNIRAH QISYA adalah seorang yang sangat periang dan kadang kala gedik lah jugak. Akibat bosan kerana kerap ditanya "bila nak kahwin?" oleh ibu bapanya, qisya pindah ke rumah yg baru disewanya . haih lebih aman hidupnya dan roommate nya, dewi. Tetapi suatu hari , qisya terserempak dengan jirannya. JIRANnya adalah lelaki malah handsome dan segak orangnya. Hidung mancung, muka flawless, senang cite memang perfect! MAKA qisya berasa jantungnya berdupdap. First time jatuh cinta, takkan dia putus asa untuk mendapatkan jejaka itu .Tetapi sayang, jirannya seorang yang beku. "Kalau saya kata nak awak boleh tak? hehehehe" -QISYA. " Eh gila ke kau ni?!" -ATHIF "Nama saya Qisya tapi kalau awak nak panggil sayang pun boleh."- QISYA "What?!"- ATHIF "Tapi saya masih tak faham macam mana bidadara syurga macam awak boleh sesat dekat sebelah rumah saya eh?"- QISYA "Dia lah lelaki pertama buat jantung aku tak tentu arah! Ingat aku nak lepaskan?" - QISYA "Tak! Dia milik aku lah!" - MELISSA ATHIF FATTANAH mulanya berasa rimas akan karenah manja dan sikap gedik gadis itu tetapi dia tak sedari Qisyalah kebahagiaannya. "Just keep 'menggedik' with me. Only me. Alright sweetheart?"-ATHIF Tapi Qisya tidak tahu tentang diri sebenar athif. Rahsia yang disembunyikan dari semua orang. "Saya cintakan awaklah."-QISYA "Aku risau kau tak boleh terima diri aku,sayang."-ATHIF adakah hajat QISYA untuk mengawini prince charmingnya akan tercapai? Adakah ATHIF akan menerima QISYA? Bagaimana pula nasib Melissa yang sering mengganggu mereka? Bagaimana pula rahsia athif?AKAN bahagiakah mereka? Start: December 2019 End: May 2020 *epic, unexpected ending, sweet, sad