cikcee_'s Reading List
156 stories
HUZAIR'S [OG]  by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 616,561
  • WpVote
    Votes 14,358
  • WpPart
    Parts 27
"Saya.. nak badan awak boleh?" -Dahlia Bashira- "Pardon?" -Huzair Haq- Siapa sangka? Hanya dengan kesilapan 'pertanyaan' itu dapat menghubungkan hubungan diantara si pemalu dan si introvert? Bukan.. Dahlia bukanlah seorang yang nakal begitu.. cuma kesilapan dalam bertutur sahaja yang telah membuatkan Huzair tersalah sangka akan gadis itu. "Why? Tadi kata nak ukuran tubuh saya kan? Ukurlah.. apa awak fikir saya nak peluk ke? Boleh juga kalau nak.. meh." -Huzair Haq- Fikirnya pertemuan itu adalah satu kebetulan, namun tidak tahu pula pertemuan itu merupakan permulaan. Bermula dari pertemuan yang tak disangka itulah, Huzair dan Dahlia mula rapat dan mengenali antara satu sama lain. Namun.. rahsia demi rahsia tentang keluarga Dahlia terbongkar selepas Huzair mengenali ahli keluarga Dahlia dengan lebih terperinci. "Abang-abang benci Dahlia ke ibu?" -Dahlia Bashira- "Tak benci.. cuma Dahlia tak perlu la menyusahkan mereka.. Dahlia masuk hospital ni pun kira dah menyusahkan kami tahu sebab kena ulang-alik kesini?" -Puan Dheena- Toksik. Fikirnya abang-abang gadis itu sahaja yang toksik, rupa-rupanya seluruh keluarga itu menyiksa mental gadis itu sehingga Dahlia mempunyai tekanan hidup. "Dimana bapa dia sewaktu dia ingin meluah kesakitan?" "Dimanakah seorang ibu sewaktu si anak perlukan pelukan hangat?" "Dan dimanakah abang-abangnya sewaktu si adik memerlukan perlindungan?" -Huzair Haq- Hadirnya seorang lelaki yang bernama Huzair telah mengubah kehidupan Dahlia. Boleh dikatakan kehidupan gadis itu berubah 360 darjah kerana Huzair setia membantu dirinya setiap kali dia berada dalam kesusahan. Namun mampu ke mereka berdua bertahan jika hubungan mereka itu tidak direstui ahli keluarga? Sampai bila kebahagiaan mereka dapat bertahan jika ahli keluarga Dahlia masih bersikap licik pada gadis itu? Have some 18+ scene. Sexy storyline. NO CENSOR words and scene ⚠️ Don't plagiarism⚠️ Story ini 100% idea saya dan jangan plagiat hasil cerita ini. Thank you❤️
SECOND GLANCE LOVE [OG] by bintangwrites
bintangwrites
  • WpView
    Reads 20,558
  • WpVote
    Votes 1,324
  • WpPart
    Parts 28
UNTUK PEMBACA MATANG! *** SPIN OFF FROM THE PLAYBOY [STAND ALONE SERIES BUT YOU CAN READ THE PLAYBOY FIRST IF YOU WANT] *** Raden Thaqif, seorang lelaki berkulit hitam manis namun memiliki wajah yang tampan. Disukai dan disenangi oleh orang tua-tua di kampung kerana hatinya yang mulia dan bicara yang penuh dengan kesopanan. Tidak kurang juga dengan para anak gadis. Membesar di kampung dan hanya bekerja sebagai penjaga kebun dan ternakan di kandang memandangkan itu merupakan harta sepeninggalan arwah bapanya selepas meninggal di dalam kemalangan jalan raya. Dhia Humaira, kejelitaan yang dimiliki membuatkan dia menjadi idaman para lelaki namun sayang sifat yang dimiliki tidak mencerminkan kecantikan yang dimiliki. Mulutnya langsung tidak berlapik, jika dia tidak suka, dia akan mengatakan dia tidak suka. Jika dia marah, dia akan sembur begitu sahaja tanpa menghiraukan hati insan yang mendengarnya. Namun, Thaqif masih mencintainya meski begitu. Tidak peduli berapa kali Dhia menghalaunya, menghinanya, Thaqif masih setia berada di sisi, seolah-olah lelaki itu tidak memiliki perasaan. Bagi Thaqif, Dhia adalah cinta pertamanya. Bagi Dhia, cinta Thaqif menjijikkan kerana pertalian hubungan sepupu yang dimiliki oleh mereka. Dek kerana sikap Dhia yang dianggap 'tidak matang' oleh keluarga, gadis itu dipaksa menerima perkahwinan yang diaturkan bersama dengan Thaqif. Kerana bagi keluarganya, Thaqif bisa membantu mengubah sang adik. Dhia memberontak, dia benci. Dia tidak suka diatur! Di tambah lagi, dia memiliki Hud Iskandar sebagai kekasih hatinya. Satu rancangan diatur. Rancangan yang akan mengubah segala-galanya, takdir yang dimiliki di antara dirinya dan Thaqif. *** Start: 1 Jun 2025 End: [Akan diupdate setiap kali waktu lapang]
Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C] by cikchuna
cikchuna
  • WpView
    Reads 96,708
  • WpVote
    Votes 2,920
  • WpPart
    Parts 55
kehadiran jejaka secara tiba-tiba di dalam hidup seorang gadis yang bernama Hanan Dahlia banyak mengubah kehidupan yang sedia ada. menerima tanpa banyak soal membuatkan cinta yang tidak pernah muncul mekar di dalam hari sehingga menjadi sekuntum bunga yang indah. menjalani kehidupan yang bermula dengan sebuah lafaz dari sang jejaka menentukan sama ada kehidupan seorang Hanan Dahlia menjadi bahagia atau luka "Awak ialah bidadari yang datang menyempurnakan kehidupan saya yang semakin kosong..."- "Adakah saya layak menjadi bidadari di sisi awak..? -Hanan Dahlia Pengembaraan sebuah kehidupan perlu dilalui oleh semua orang yang menentukan sama ada sebuah perjalanan itu indah atau tidak.Jiwa dan hati yang kuat dan tabah saya mampu menghabiskan sehingga akhir. "Jangan ganggu saya..tolong.."-Hanan Dahlia "Awak dah tak percaya saya ke?Bidadari saya tolong.." "Keluar..."-Hanan Dahlia Novel ni tak berkait sangat dengan RaydenAmelda: Amore Assasino tau tapi kalau nak tahu keturunan dari awal sampai akhir boleh baca dulu. ⚠️Ini adalah idea saya sendiri segala plagiat tidak dibenarkan.
UNRAVELED SOUL (TERBIT - AKSARALYA EPILOGUE) by ZilaenZhou_
ZilaenZhou_
  • WpView
    Reads 4,766
  • WpVote
    Votes 469
  • WpPart
    Parts 19
"Phii mai dai glap pai. Kao yang yoo." (The ghost never left. It's still here.) Dari tanah Thai, maruah keluarga bangsawan menjerit dalam diam-menuntut kembali nyawa yang dirampas tanpa ampun. Di balik tirai istana China, pengkhianatan disulam halus, membunuh jiwa sebelum sempat kebenaran bersuara. Gabungan tiga set lokasi-THAILAND, MALAYSIA & CHINA
Miss U ❤ Abang Inspektor by DahliaHumaira89
DahliaHumaira89
  • WpView
    Reads 2,125,069
  • WpVote
    Votes 32,403
  • WpPart
    Parts 48
⚠🔞⛔(Mature content) Tuan Inspektor Aneef Anaqi seorang yang tegas dan workaholic. Tidak pernah bercinta dan tidak punya perasaan untuk bercinta.Tapi dengan Dahlia Humaira tiba-tiba dia berubah 360°darjah! Dari tegas➡manja,kasar➡romantik! Kenakalan Abang Inspektor memang tidak terduga! Model illustrasi: Pic sumber google Guilhermo Leao, Nick Bateman & Niena Baharun.
The Devil's Wife [EDITING] by irsazalea
irsazalea
  • WpView
    Reads 2,907
  • WpVote
    Votes 103
  • WpPart
    Parts 5
"aku nak kau ganti tempat adik kau" Kata kata itu dalam sekelip mata mengubah hidup gadis bernama Sofia Abrams. Mengahwini lelaki yang dia langsung tak kenal susah untuk dia menerima. Namun kerana terdesak ingin melarikan diri dari bakal suaminya dia sanggup ambil jalan yang berisiko untuk diri sendiri. Tidak dia jangka, keluar mulut buaya masuk pula mulut harimau. Tapi lelaki itu bukan sekadar harimau malah seseorang yang mampu buat apa yang dia nak. He's powerful and dangerous. "Cinta? Itu hanya alat untuk mereka yang lemah" "Jangan terlalu meremehkan cinta. Saya takut awak yang tersungkur nanti" Mereka saling tidak mengharap tentang cinta namun kerana 'sesuatu'. Ace membuka langkah maju mendekati Sofia. Sofia pula terpaksa menerima dengan hati yang terbuka demi selamat kan diri dari bekas teman lelaki adiknya. Namun kebahagiaan mereka hanya sementara. Hailey Russell tiba bersama rahsia yang di sembunyikan oleh Ace. Seorang demi seorang menghancurkan Sofia dan dia memilih untuk melarikan diri. Namun, rahsia paling besar terungkap. Sesuatu yang mampu buat jiwa Ace runtuh. Siapa tahu bila saat sisi gelap seseorang akan muncul hanya kerana satu pengkhianatan? Atau semuanya dari awal hanya permainan yang di ciptakan? "I was raised to hate you... but my heart never learned how" "If I could turn back time, I wouldn't let go of your hand for even a second"
BIARKAN HATI MENCINTAI by saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Reads 220,983
  • WpVote
    Votes 8,630
  • WpPart
    Parts 55
Gara-gara satu peristiwa, MAIZATUL AQILA memutuskan ikatan pertunangan antara dia dan Irfan. Pada hari yang sama, Irfan disahkan meninggal dunia kerana kemalangan. Tetapi tanpa dia duga, bakal abang ipar tak jadi pula yang masuk meminang. Kerana satu rahsia, dia dipaksa untuk menerima pinangan itu. Hari sepatutnya dia berkahwin dengan Irfan telah menjadi hari perkahwinan dia dengan lelaki bernama HADHIF ISYRAF. "Aku takut harga diri kau makin jatuh. Aku cuba selamatkan sebelum terlambat." -Hadhif Isyraf. Setelah bergelar isteri Isyraf, Aqila harus sabar menerima segala hinaan yang dilontar oleh Isyraf. Dia hanya perempuan murah yang beruntung kerana dapat jadi isteri kepada lelaki mahal seperti Isyraf. Namun dalam sinis nada bicaranya, Isyraf juga ada rasa simpati pada Aqila. "Saya nak gugurkan kandungan ni."-Maizatul Aqila "Tak cukup dengan dosa berzina, sekarang kau nak tambah dosa dengan bunuh anak tu pula?" -Hadhif Isyraf. Mana sanggup Aqila mahu membesarkan anak hasil daripada hubungan haramnya. Setelah Isyraf memujuk, barulah Aqila mengalah. Tentang siapa bapa kepada anak dalam kandungan, hanya Aqila dan Isyraf saja yang tahu. Disebabkan kesilapan Aqila sendiri, rumahtangga yang mula mendapatkan cahaya kebahagiaan kini kembali bergelap. Tambahan pula, Suzana semakin berani mengganggu hidupnya. "Kau jangan ingat aku tak tahu siapa bapa anak dalam perut kau tu." -Suzana. Aqila bingung. Siapa sebenarnya Suzana? Banyak rahsia dia yang Suzana tahu. Termasuklah kisah silam yang pernah terjadi antara dia dengan bekas tunang. "Saya rasa lebih baik kita berpisah. Saya dah tak nampak ke mana hala tuju perkahwinan ni."-Maizatul Aqila Aqila nekad mahu berpisah. Tiada guna dia pertahankan perkahwinan ini jika hati Isyraf dah mati untuk dia. Apa pengakhiran perkahwinan mereka berdua? Adakah perkahwinan ini akan dipertahankan? Atau perpisahan menjadi pilihan terbaik buat mereka?
REVIRA : The Seductive Villain [C] by eryvee
eryvee
  • WpView
    Reads 1,066,951
  • WpVote
    Votes 46,958
  • WpPart
    Parts 105
UNTUK PEMBACA MATANG *** Tiara - Seorang gadis kampung mempunyai rupa paras yang cantik. Bukan hanya itu. She's stunning, seductive and also -irresistible. Misinya : Goda bakal abang iparnya. Bakal tunang kakaknya, Tirah. Tapi itu tak mudah bila mana Han bukan seorang lelaki yang mudah masuk dalam jeratnya. Jadi adakah dia akan goyah? I bet you will not like this villain. Don't read it. - - - © 2025 EryVee. All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means without the prior written permission of the copyright owner. Completed : 3 October 2025
BENAR UNTUKMU [COMPLETE] by bySueHerra
bySueHerra
  • WpView
    Reads 36,746
  • WpVote
    Votes 1,658
  • WpPart
    Parts 40
Nur Qayreena, gadis kampung berusia 26 tahun, hidup dalam tenang yang sederhana menjaga ayahnya yang uzur sambil meneruskan hari-hari sunyi selepas kehilangan ibu. Tamat pengajian dalam bidang perladangan, dia memilih tinggal di kampung, bukan kerana tidak mampu melangkah lebih jauh, tetapi kerana kasihnya pada ayah terlalu besar untuk ditinggalkan. Dunia Qayreena mula berubah apabila ayahnya tiba-tiba menyuarakan hasrat: "Abah nak Reena kahwin dengan anak kawan baik abah..." Bersama rasa berat dan berdebar, Qayreena mula bertanya pada diri sendiri siapa lelaki itu? Kenapa dia? Dan cukupkah waktu untuk mengenali seseorang sebelum bergelar isteri? Soalan demi soalan dilontarkan oleh Hani, sahabat yang paling setia dan prihatin: "Reena... hati kau dah sedia ke?" "Kau tahu apa-apa pasal dia?" "Sekurang-kurangnya... kau tahu dia jenis lelaki yang boleh jaga kau?" Dan Qayreena, seperti biasa, hanya mampu diam dalam resah yang belum pasti. Namun demi ayah, dia reda. Reda yang bukan bermaksud rela sepenuhnya. Pertemuan pertama mereka tak seindah drama cinta. Dengan senyuman yang entah ikhlas entah tidak, lelaki itu bersuara: "Awak betul nak kahwin dengan saya? Saya ni dah lah hensem." Muka Qayreena terus berubah. Kalau ikut hati, dia nak cakap: "Lelaki green flag ke, jangan test aku awal-awal boleh?" Namun siapa sangka, di sebalik ayat 'bajet' itu... tersembunyi seorang lelaki yang tahu menghargai, tahu memimpin, dan tahu menyayangi dengan cara paling tenang. Perkahwinan yang bermula kerana takdir keluarga itu menjadi permulaan kepada satu cerita cinta yang tidak dijangka. Adakah hubungan mereka akan kekal lama? Adakah cinta antara mereka akan menjadi sebuah cinta abadi? Dan... adakah mereka tetap meneruskan hubungan itu hingga ke hujung nyawa?
RAHSIA HATI by ssweetroses
ssweetroses
  • WpView
    Reads 5,127,102
  • WpVote
    Votes 82,758
  • WpPart
    Parts 46
RAHSIA HATI (COMPLETED) (UNEDITED) Editing~ Bersabarlah dalam penantianmu. Berdoalah dalam diammu. Kerana tulang rusuk tidak akan pernah tertukar. Megat Ian Hanif Al-Fateh mempunyai segalanya. Namun hatinya kecewa apabila kekasih hati pergi meninggalkannya demi mengahwini lelaki lain. Sikapnya yang dulu dingin bertambah dingin. Hatinya mula tertutup untuk menerima cinta baru. Hanya bekas kekasih yang diinginkannya. Muncul idea gila lelaki itu yang ingin mempunyai anak, darah dagingnya sendiri untuk mengisi ruang kosongnya. Namun siapa yang sanggup mengandungkan anak Megat Ian? Dan rela untuk dipergunakan lelaki itu? Bahagiakah Megat Ian bila hasratnya sudah tercapai? *********************************************** Nur Aaira Medina seorang gadis yang polos dan ramah. Namun kehidupannya tidak seindah yang disangka. Membesar dengan neneknya menjadikan dia lebih berdikari. Namun ujian pula hadir mengujinya. Disebabkan desakan wang dia rela melakukan perkara yang boleh memakan diri sendiri. Mahkota yang disimpan diambil oleh lelaki yang tidak mencintainya. Bagaikan dia menjual maruahnya. Mampukah Aaira mendapat kebahagiaan? ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Kepada yang cukup umur dan berfikiran terbuka sahaja. SELAMAT MEMBACA Please only 18+ readers 🔞⚠️ Second book Start : 28 July 2019 End : 18 November 2022 Author : ssweetroses