NRa_Latte's Reading List
10 stories
𝙏𝘼𝙆𝘿𝙄𝙍 𝙆𝙄𝙏𝘼 [𝘾𝙊𝙈𝙋𝙇𝙀𝙏𝙀] by MiaDamisha
MiaDamisha
  • WpView
    Reads 1,270
  • WpVote
    Votes 242
  • WpPart
    Parts 55
Second baby.. Setiap yang bernamanya manusia itu, tidak akan pernah terlepas dari ujian. Setiap orang punya jalan takdir masing-masing. Aira Sofieya, seorang perempuan yang sudah terbiasa kehadirannya tak dianggap oleh ibu tiri dan adiknya sendiri. Dia tidak meminta pengiktirafan cukup sekadar faham, dia juga manusia yang tahu erti rasa penat. Hanya kerana satu malam, takdir menjadikan dia watak yang tak dirancang dalam kehidupan Shahrul Iskandar dan tunangannya Inara Izleen. "Kalau kita tak berniat pun nak buat salah... dan kita terperangkap dalam kesalahan tu... kita tetap dikira bersalah ke?" -Aira Sofieya "Shah datang nak cakap apa?"Nak minta maaf? Atau nak minta saya tunggu? Kalau Shah datang nak minta saya tunggu... tolong jangan." Inara Izleen. "Kau tahu apa hukuman paling sesuai untuk aku? Hidup dengan orang yang buat aku ingat setiap hari... apa yang aku dah hilang." -Shahrul Iskandar. Tiga hati yang bersilang dalam takdir yang sama. Takdir yang tak pernah mereka pinta. Melawan atau berdamai? Bahagia atau derita? Ikuti kisah mereka dalam 𝙏𝘼𝙆𝘿𝙄𝙍 𝙆𝙄𝙏𝘼. Soundtrack🎶 Tiada pengganti - BitoBeyto Cinta terakhir - Aiman Pergilah cinta - Danial Kifli Musnah -Musnah
SATU DESTINASI AKHIR [Complete] by MiaDamisha
MiaDamisha
  • WpView
    Reads 1,732
  • WpVote
    Votes 141
  • WpPart
    Parts 61
Bayangan Semalam Ada luka yang sembuh... Tapi parutnya tetap di sana. Ada janji yang terucap... Tapi akhirnya dimungkiri. Aku seorang perempuan yang pernah berdiri di tepi jurang, memandang runtuhnya dunia yang dibina sendiri. Aku pernah kehilangan segalanya cinta, keluarga, dan diri sendiri. Aku belajar untuk berdiri semula... Membina tembok tinggi agar tiada sesiapa lagi mampu mematahkan hati. Dia pula membiarkan dirinya karam, tenggelam dalam dendam dan rasa dikhianati. Sehinggalah sebuah pertemuan tanpa sengaja membuatkan hatinya berdegup semula. Tapi masa lalu tak pernah berdiam. Ia datang menyapa... menyuntik racun yang perlahan-lahan membunuh kepercayaan. Dan ada satu jiwa lain, yang kembali dengan rasa bersalah yang tak pernah padam. Dia kembali, membawa harapan yang terlambat dan cinta yang kini mungkin tidak lagi punya ruang. Kerana yang pernah dimilikinya kini bukan lagi insan yang sama. Di persimpangan itu, mereka harus memilih terus dibelenggu oleh bayangan semalam... Atau melangkah ke hadapan dengan hati yang mungkin sekali lagi hancur. Kerana yang membunuh cinta bukanlah masa.. Tapi bayangan semalam yang tidak benar-benar pergi. بسم الله الرحمن الرحيم Maaf kalau ada yang terlebih terkurang dalam karya saya yang pertama ini. Hope korang enjoy baca. Kisah dan watak dalam story ni cuma rekaan semata-mata tidak ada kaitan dengan mana-mana individu. Ada typo dekat mana-mana tu sila abaikan ye. 😅
Separuh Aku [C] by naura_modric
naura_modric
  • WpView
    Reads 5,191
  • WpVote
    Votes 687
  • WpPart
    Parts 54
Separuh Aku - bukan sekadar kisah cinta pertama, tapi mungkin... cinta yang terakhir. Zaza Zaibarudin, gadis sederhana dengan hati lembut dan mudah tersentuh. Hidupnya tenang, jauh dari kemewahan - tapi penuh kasih yang tulus. Sejak kecil, dia belajar berdikari dan menyimpan rasa dalam diam. Wafiy Firdaus pula datang dari dunia berbeza. Anak keluarga ternama, dibesarkan dalam kemewahan dan tumpuan. Namun di sebalik nama besar itu, dia tetap rendah hati, tenang... dan sukar dijangka. Pertemuan mereka mengubah segalanya - dua jiwa yang pernah terluka, kini bertemu dalam takdir yang sama.Dan dalam setiap hujan, diam, dan jeda antara mereka... lahirlah cinta yang perlahan, tapi sukar dilupakan.
SOLILOVETUDE (Completed) [IDOL SERIES 1] by sofea_sabre32
sofea_sabre32
  • WpView
    Reads 8,179
  • WpVote
    Votes 1,480
  • WpPart
    Parts 75
Atma Hanim - Disebabkan sekeliling manusia yang sering mengambil kesempatan terhadapnya, dia sukar untuk bersosial dan takut dengan harapan manusia. Dia rela bersendiri tanpa mengharapkan sesiapapun, walaupun dia tahu, hidupnya bakal sepi. Dia, seorang gadis yang sukar percaya dengan aneka ragam manusia. Emir Bakri - Bertemu dengan seorang jejaka yang suka menyakat, dia telah menceriakan hidup gadis itu yang serba hitam. Dalam diam, dia telah jatuh cinta pada Atma sejak pertama kali mereka bersua . Dia, lelaki utusan Tuhan yang cuba memulihkan trauma gadis pujaannya. " Asal awak ikut saya eh? Takde tempat lain ke nak pergi?" - Atma Hanim " Kau tu perempuan , tak elok sorang-sorang. "- Emir Bakri " Tak matilah sorang pun, nak harapkan orang lain pun tak guna juga. "-Atma Hanim. Sikap keras dan dingin Atma Hanim membuatkan Emir Bakri semakin jatuh hati padanya. Satu per satu rahsia disebalik keras dan dingin sang gadis itu, telah membuka mata buat lelaki itu. Mampukah Emir buktikan pada pujaan hatinya bahawa dialah penyelamat sehidup semati gadis itu? Disclaimer : Ada dialek pada dialog yang telah dimasukkan ke dalam novel ini. Sesiapa saja tak faham, boleh Tanya di ruangan komen. (Completed)
Dalam Lipatan Hati [Bakal Swaterbit] by doughnad
doughnad
  • WpView
    Reads 19,291
  • WpVote
    Votes 1,932
  • WpPart
    Parts 37
Ada cinta tak pernah hilang, Hanya tersembunyi dalam lipatan hati.
Echoes of Him by doughnad
doughnad
  • WpView
    Reads 226
  • WpVote
    Votes 36
  • WpPart
    Parts 5
Imagine meeting the new girl in your ex-boyfriend's life who wants to learn about his past?
Janji Tanpa Kata (C) - editing by NRa_Latte
NRa_Latte
  • WpView
    Reads 4,800
  • WpVote
    Votes 485
  • WpPart
    Parts 32
1st Story❤️ Aliya Maisara... seorang wanita yang pernah percaya cinta boleh sembuhkan segalanya. Tapi pengkhianatan suami membuatkan dia patah, hilang kepercayaan, dan menutup pintu hatinya rapat-rapat. Hidupnya kini hanya kerja, keluarga dan diri sendiri. Tiada ruang untuk lelaki - lagi-lagi lelaki yang sweet dan terlalu ambil berat. Tapi Zafran Adam muncul. Dengan senyuman tenang. Dengan sabar yang luar biasa. Dia tak janji bulan dan bintang. Dia hanya kata: "Saya tak janji apa-apa, tapi saya buktikan." Saat Aliya mula percaya semula pada kebahagiaan... Muncul pula masa silam, bekas suami yang menyesal dan tak tahu erti putus asa. Konflik, cinta tiga segi dan ego seorang wanita yang pernah dikhianati... Mampukah Aliya melangkah sekali lagi kali ini bersama lelaki yang berani mencintainya tanpa syarat? Mula : 28 May 2025 Tamat : 30 November 2025 Editing : 13 Januari 2026, Selesai : 27 April 2026
Nayla Emilia : Her Silence  (C) by NRa_Latte
NRa_Latte
  • WpView
    Reads 32,532
  • WpVote
    Votes 686
  • WpPart
    Parts 21
Dalam proses editing, akan kembali dengan versi dengan baik dan teratur. Dia punya segalanya. Nama, legasi dan cinta keluarga yang sempurna. Namun teman setianya hanyalah sepi. Nayla Emilia, seorang gadis pewaris yang dipandang semua orang dengan kagum, tetapi di balik senyuman manisnya ada ruang kosong yang tidak pernah terisi. Dia percaya cinta itu ada, tetapi tidak pernah untuk dirinya. Rafael Idzhar, seorang lelaki desa yang sederhana, penuh luka kehilangan, memilih untuk kembali ke kampung setelah meninggalkan dunia besar yang pernah dia miliki. Dia tidak mencari cinta. Dia cuma mahu bertahan. Starting : 5 Sept 2025 End : 25 Sept 2025 Editing : 13 April 2026 - ????
Antara Cinta dan Waktu (TERBIT) by NRa_Latte
NRa_Latte
  • WpView
    Reads 24,938
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 3
Retak Yang Masih Berdetak Ada sesetengah perpisahan... bukan kerana benci. Tapi kerana dua hati yang penat saling menunggu. Menunggu perhatian yang tak datang. Menunggu kasih yang makin surut. Menunggu sentuhan yang makin hilang. Dan lama-kelamaan, masing-masing mula rasa sepi-dalam ikatan yang masih sah. Aku dan dia... bukan tak pernah bahagia. Kami pernah ada dunia kami sendiri. Kami pernah ketawa sampai lupa dunia luar. Pernah bercinta sampai langit pun jadi saksi. Tapi cinta... Cinta takkan cukup bila dua manusia lebih banyak sibuk dari peduli. Lebih banyak berdiam daripada berbicara. Lebih banyak menyimpan daripada meluahkan. Dan hari ini... Aku lepaskan dia. Dengan nama Tuhan yang menjadi saksi, aku relakan dia pergi. Walaupun sebahagian dari hatiku-masih mahu dia menoleh. Masih berharap dia akan tarik aku semula, dan berkata: "Jangan pergi. Aku masih mahu kita." Tapi itu cuma mimpi yang tak pernah dijelmakan. Dan aku... Aku terlalu penat untuk terus berharap. Starting : 1 Ogos 2025 End : 22 Ogos 2025 #1 : Peluangkedua #1 : Berpisah #1 : Tenang # 1 : Kesal