LittlePrincess174
Tengku Aryan Mikhael. Nama itu cukup membuatkan ramai gadis terpesona. Berwajah tampan, berkarisma, dan berdarah bangsawan, dia punya segalanya kecuali satu. Hatinya hanya terpaut pada seorang gadis yang sejak kecil menjadi bayangan hidupnya, Tengku Amelia Qaireena.
Namun cinta Aryan bukan sekadar cinta biasa. Ia adalah obsesi. Obsesinya untuk memiliki Amelia sepenuhnya, hingga tiada ruang untuk lelaki lain mendekatinya. Baginya, Amelia bukan sekadar puteri bangsawan... dia adalah miliknya, satu-satunya.
Apa yang Aryan tidak tahu, Amelia juga menyimpan perasaan yang sama. Dia obses terhadap Aryan bukan sekadar kerana cinta, tetapi kerana takut kehilangan. Bagi Amelia, dunia tanpa Aryan adalah dunia tanpa makna.
Pertemuan mereka tidak lagi sekadar ikatan keluarga bangsawan. Ia menjadi pertembungan dua jiwa yang sama-sama obses. Cinta mereka indah, tetapi dalam keindahan itu tersembunyi kegilaan.. siapakah yang sebenarnya memiliki, dan siapa yang dimiliki?
Kerana pada akhirnya, dalam dunia mereka...
"Kau milikku, aku milikmu."