putrinaarzz
Elena Irdina-seorang gadis berdarah bangsawan-tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah sekelip mata, hanya kerana satu keputusan ayahnya yang menjualnya kepada lelaki asing demi kelangsungan maruah keluarga.
Khai Aleksander-lelaki yang membelinya-bukan seperti lelaki biasa. Dia ketua mafia paling berpengaruh di dunia bawah tanah. Dingin, kejam, dan tidak percaya pada cinta.
Namun, disebalik sisi gelap dan reputasi yang menakutkan, tersembunyi satu rahsia... Khai bukan sekadar lelaki berdarah mafia. Dia lelaki yang menyimpan luka lama, dendam silam, dan satu janji yang tak pernah dimungkiri.
Bila dua dunia bertembung-antara kemewahan, cinta dan bahaya-mampukah Elena terus berdiri teguh dalam hidup Khai?
Atau... akan dia karam dalam dunia yang tidak pernah dia pilih?