We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
fav one
3 stories
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 303,157
  • WpVote
    Votes 28,055
  • WpPart
    Parts 60
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.
Mrs. King: The Queen From Marhaen by thefatiha__
thefatiha__
  • WpView
    Reads 12,997,120
  • WpVote
    Votes 580,833
  • WpPart
    Parts 74
(COMPLETED) Dia satu-satunya cinta. Sejak pertama kali aku menjejak ke sini, hanya dia menjadi sebab aku memilih untuk tinggal di 'neraka' itu. Menjadi isterinya adalah angan-angan terbesar. Mengapa bukan cita-cita? Angan dan cita berbeza. Cita untuk sesuatu yang boleh digapai. Angan? Dia Si Putera Raja. Pewaris tunggal King of Werland. Tingkahnya dingin, wajahnya kaku. Auranya mencengkam,matanya tajam. Dalam erti kata lain, dia adalah igauan. But, he hates me. Sejak pertama kali bertemu empat mata dengannya-18 Mei sehinggalah sekarang, hinaan tak pernah lepas dari bibirnya. Sehingga satu sebab, dia memilih aku sebagai isterinya.
ZAR |  TERBIT by tihatti
tihatti
  • WpView
    Reads 1,627,781
  • WpVote
    Votes 16,937
  • WpPart
    Parts 11
Terbit PBAKL 2025 Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengapa dirinya menahan diri daripada mengeluh, kata-kata yang keluar dari bibirnya kadangkala menyakitkan hati, dengan loghat pekatnya menyebabkan dia berjumpa gadis ini, " Ni Aku hat besaq ragam laguni hang langgaq, awat hang punya mata tu hang letak dekat kepala lutut ka? Harap muka elok, perangai tu pirahh boleh pergi blah!" Tercegang seketika Adwa Naila, membarah hatinya, bukan niat ingin melanggar lelaki ini, namun belum sempat kata maaf dituturkan, terus lelaki ini menyemburnya dengan loghat yang tidak dia fahami, Garang, Tegas! Dua perkataan ini cukup menggambarkan diri Zar Uzair pada pandangan mata Adwa Naila, Zar lelaki yang suka mengarah itu ini, menyusahkan dirinya namun laki-laki ini juga tetap teguh berdiri tatkala hatinya dipatah- patahkan, "Don't give your whole heart to someone called a man" "Because the heart that we always worship and admire is what will poison us" " Engkau kutip sampah yang aku buang" "Aku tak kutip tapi aku ambil kesempatan yang terlalu lama aku tunggu, dia bukanya sampah melainkan anugerah tuhan untuk aku, dan aku bukanlah bodoh, namun lelaki yang cerdik akalnya untuk sentiasa hargai dirinya" "Adwa Naila, Adwa cahaya, Nailah anugerah, hang tau dak maksud nya terhadap aku?" " Maksud awak?" " Adwa Naila adalah anugerah untuk Zar Uzair" " Dan kalau bukan kita yang pikul tanggungjawab ini, siapa lagi? Anggaplah ini adalah jihad yang paling agung yang kita pernah lakukan" "Everyone want to keep us apart" "All I want is always stay beside you Adwa" "But I can't have you, sebab Adwa bukanlah milik Abang sepenuhnya, namun milik Tuhan yang satu" WARNING: THIS STORY IS PURELY FICTIONAL, IT HAS NOTHING TO DO WITH LIFE AND DEATH START: 29 NOVEMBER 2023 END: 25 SEPTEMBER 2024