reading list
2 stories
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,165,518
  • WpVote
    Votes 87,729
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
DALAM BENCI ADA SAYANG by roese_rosy
roese_rosy
  • WpView
    Reads 2,368,709
  • WpVote
    Votes 60,312
  • WpPart
    Parts 72
Hanya satu kesilapan dua hati yang saling membenci terpaksa disatukan. Bila akad sudah dilafaz satu hati sudah menerima seadanya. Satu hati lagi masih membenci. Masihkah ada kebencian itu sampai bila-bila? Hati yang keras akan cair juga akhirnya. Namun siapa kita yang hendak menghalang takdir Illahi? Bila bahagia sudah menjelma akan adanya pengorbanan yang terpaksa dilakukan secara tiba-tiba. Tegarkah dua hati itu menerimanya? Atau hanya pejamkan mata dan salah seorang beralah demi sebuah kebahagiaan? Jika benci boleh menjadi sayang, apatah lagi sebaliknya.. Ini kisah Tengku Hayden & Dalia Imaani. ❤