Cikza84's Reading List
191 stories
ᴢᴀʏʏᴀɴ ғɪᴋʀɪ: ʜɪs ᴏʙsᴇssɪᴏɴ by Aynxreine
Aynxreine
  • WpView
    Reads 8,008
  • WpVote
    Votes 390
  • WpPart
    Parts 20
Hi this is my first story Zayyan Fikri: His Obsession. Cerita ni bertentang seorang lelaki yang akan mengambil risiko demi wanita yang dia sayang. -----⋆. ୨୧˚⋆ ----- 𝘈𝘺𝘯𝘹𝘳𝘦𝘪𝘯𝘦. 𑁍ܓ🌷˚₊ Hope you guys read well!
Zahir Rayyan:The Possessive Husband(HIATUS) by _CERLEEELYN_
_CERLEEELYN_
  • WpView
    Reads 9,229
  • WpVote
    Votes 1,984
  • WpPart
    Parts 16
"Cemburu? Bukan style aku. Tapi apa yang aku punya... tetap akan jadi milik aku. Faham?"-Zahir Rayyan
𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇 by schaazz
schaazz
  • WpView
    Reads 10,257
  • WpVote
    Votes 553
  • WpPart
    Parts 7
‎"Saman?" ‎ ‎KASYAF AL-TABRANI | berumur 28 tahun, santai orangnya namun sikap itu tak pernah ditunjukkan di sekeliling orang yang tidak dikenali. Inspektor polis, itulah peranan yang dijuluki dalam jabatan yang ditugaskannya. ‎ ‎BUNGA LAURA | berumur 22 tahun, sikapnya semanis namanya namun kebaikan yang dilakukan sering disalah guna oleh orang di sekelilingnya. Dia satu-satunya pelumba MotorPrix yang berjantina perempuan. ‎ ‎Bahu jalan merupakan tempat pertemuan pertama mereka. Tidak begitu indah bukan? Namun untuk Laura, dia rasa pertemuan itu indah dan menjentik satu perasaan dari tangkai hatinya. Takdir terindah dalam hidupnya. ‎ ‎"Terima kasih tuan sebab dah saman saya." -Laura ‎ ‎"Kau pasti tak ada kad lain selain ic?" -Inspektor Kasyaf ‎ ‎Bagi Laura, Kasyaf umpama cahaya yang menerangi gelap hidupnya. Pertemuan yang dijangka cuma berlaku sekali, nyatanya berkali-kali apabila hidupnya kerap ditimpa kemalangan dan Kasyaf sentiasa ada. Hakikat sebenarnya, Kasyaf yang lebih lama memendam perasaan terhadap gadis itu tanpa disedari. ‎ ‎"Kahwin dengan aku, Bunga. Aku jaga kau." -Inspektor Kasyaf ‎ ‎"Huh?" -Laura ‎ ‎Terluhur akad dari bibir Kasyaf, maka terjalin sebuah ikatan. Yang lebih banyak pahit dari manis. Saban hari, Laura diancam dengan maut oleh seseorang yang tidak dia kenali. Namun begitu... ‎ ‎Mampukah dia tempuhi ujian itu? Siapa dalang di sebalik ancaman itu dan mengapa perlu mengaitkannya dengan suaminya, Kasyaf? cover by: @pplyoumayknow ‎ ‎[ON HOLD] [NEW VERSION]
Don't Call Me Angel (Complete) by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 11,890
  • WpVote
    Votes 904
  • WpPart
    Parts 59
2nd book | Guns n' Roses | Sara Angeline | Angel terpaksa mencari kerja lain setelah syarikat lamanya muflis secara misteri. Peluang muncul apabila dia diterima bekerja di Eden Group, sebuah syarikat elit yang hanya dipenuhi dengan kaum lelaki yang berkuasa, karismatik dan misteri. Bermula dari CEO, CTO, COO dan CFO, Angel ditugaskan untuk menjadi setiausaha untuk keempat-empat lelaki itu silih berganti. Dengan syarat, Angel menetapkan yang tiada perkara 'aneh' yang dipinta, dan syaratnya diterima. Pelbagai karenah majikannya yang perlu Angel hadapi, tapi kecekapan dan dedikasinya membuahkan hasil. Namun dunia yang dia masuki jauh lebih rumit daripada yang dijangka. Setiap langkahnya diperhatikan, setiap gerak gerinya diuji. Angel sedar bahawa dia bukan sekadar setiausaha, tapi terjebak dalam permainan politik, rahsia dan strategi yang tak pernah dia bayangkan. Di sebalik kemelut kuasa dan permainan politik yang mengaburi mata semua, mereka terleka dengan satu perkara. Nampak seperti 'malaikat,' tapi Angel merupakan kesilapan terbesar yang dibawa masuk.
Sayap Hati Kita [BAKAL TERBIT] by findaemira
findaemira
  • WpView
    Reads 52,272
  • WpVote
    Votes 1,439
  • WpPart
    Parts 12
SPIN OFF: PELANGI BUAT RIYANA [PBAKL'26]
Rayyan: Alisha's Little Secret by _lunalnk_
_lunalnk_
  • WpView
    Reads 166
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 6
Alisha Aryana, seorang gadis sederhana yang hidupnya penuh dengan prinsip , tidak pernah menyangka bahawa satu pertemuan di tengah hujan akan mengubah segalanya. Dia bertemu dengan Rayyan Zafriel-seorang lelaki kaya, berpengaruh, dan memiliki aura dingin yang sukar dijangka. Rayyan bukan lelaki biasa. Dia misteri, penuh teka-teki, dan setiap langkahnya dirancang dengan teliti. Apabila dia mula menunjukkan minat terhadap Alisha, gadis itu sedar bahawa hidupnya tidak akan pernah sama lagi. Namun, semakin dia cuba menjauh, semakin Rayyan mendekat. Bukan dengan kata-kata manis, tetapi dengan kehadirannya yang mencengkam-seolah-olah dia sudah menentukan bahawa Alisha adalah seseorang yang harus berada dalam dunianya. Di sebalik renungan tajam Rayyan, tersembunyi rahsia gelap yang tidak sepatutnya diketahui sesiapa. Dan apabila Alisha mula menyedari bahawa dia terperangkap dalam permainan yang lebih besar daripada dirinya sendiri, dia hanya mempunyai dua pilihan-lari sejauh mungkin atau berdepan dengan takdir yang sudah tertulis untuknya. Tetapi... sejauh mana dia mampu melarikan diri dari seseorang seperti Rayyan Zafriel? Kerana bagi lelaki itu, Alisha bukan sekadar seseorang yang singgah dalam hidupnya. Dia adalah bisikan takdir yang tidak akan dia lepaskan.
[C] Cinta Terakhir by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 115,650
  • WpVote
    Votes 9,451
  • WpPart
    Parts 34
[SECOND BOOK] - PREKUEL HER ANGEL Genre: Family Drama + Healing Romance Qalish Amsyar x Zuheyr Iman + Zahra Imani 🤍 Pertemuan Qalish Amsyar dengan seorang budak lelaki bernama Zuheyr Iman di wad pediatrik berjaya mencuri sekeping hatinya. Kasihnya tumpah tanpa dia sedari. Jiwa kosongnya terisi dengan kehadiran budak itu. Pelbagai usaha dilakukan untuk menambat hati si kecil comel itu. Di kala lelaki sebayanya sibuk mengejar perempuan untuk dijadikan isteri, dia pula sibuk mengejar adik orang. Bila hati terlampau sayang, dia tidak sanggup berjauhan. Dia mahukan budak itu sentiasa dengannya. Oleh itu, keputusan drastik dibuat. Demi si kecil comel itu, lamaran diberi kepada kakak sulungnya. "Kahwin dengan saya. Saya nak jaga awak, Zahra." -Qalish Amsyar- Zahra Imani sebagai anak sulung, menggalas tanggungjawab untuk melindungi adiknya. Masa lalu mengajar Zahra untuk lebih berjaga-jaga apa lagi melibatkan adik bongsunya. Kehadiran Qalish sebagai watak baru dalam hidup mereka membuatkannya tidak senang. Apatah lagi bila si adik mula bergantung dengan 'orang luar' tersebut. Maka satu keputusan dibuat. Si kecil menjadi taruhan. Antara keluarga dan orang baru. Antara cinta dan kasih sayang. Yang manakah pemenangnya? Start: 4/1/2026 End: Highest Rank: #1 Wattpad Malaysia #1 Siblings #1 Healing #1 Love #1 Cute #1 Healing Romance #2 Malay #3 Trauma #3 Keluarga #3 Sayang #4 Family #9 Malay
Seandainya kamulah takdirku. [OG + SLOW UPDATE] by A1naLoves
A1naLoves
  • WpView
    Reads 3,203
  • WpVote
    Votes 113
  • WpPart
    Parts 4
SEANDAINYA KAMULAH TAKDIRKU - kisah tentang seorang perempuan berusia 25 tahun yang sentiasa rasa insecure dengan diri sendiri dan dipenuhi rasa bersalah sebab terlalu banyak melakukan dosa, tapi dalam masa yang sama masih tak ada keberanian untuk berubah... sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki yang nampak charming dan berpegang kuat pada agama. Tanpa dia sedari, lelaki itu bakal mengubah hidupnya untuk selamanya - ke arah yang lebih baik. Tapi hakikatnya... adakah mereka akan hidup bahagia bersama atau akhirnya berpisah?
CintaRemajakuu🤍  (ON GOING) by hasyalerr
hasyalerr
  • WpView
    Reads 13,378
  • WpVote
    Votes 613
  • WpPart
    Parts 37
Alicia dan Adrean sudah saling mengenali sejak zaman sekolah menengah. Namun, yang dikenali bukanlah kenangan manis, tetapi pertengkaran kecil yang hampir berlaku setiap hari. Mereka sering berbeza pendapat Alicia yang lantang dan tegas, manakala Adrean pula keras kepala serta sukar mengalah. Guru dan rakan-rakan sudah lali melihat mereka berbahas walaupun hal yang remeh. Namun, masa mengubah banyak perkara. Setelah melangkah ke alam dewasa, masing-masing memikul tanggungjawab besar terhadap mereka. Suatu hari, satu keputusan yang berat terpaksa dibuat kedua-dua keluarga bersetuju untuk menyatukan mereka. Bagi Alicia, keputusan itu ibarat beban yang tidak pernah diminta. Bagi Adrean pula, ia adalah pengorbanan yang tidak dapat dielakkan. Hari demi hari selepas perkahwinan, hubungan mereka penuh dengan kekok dan jarak. Mereka berbual hanya bila perlu, dan banyak perkara diselesaikan tanpa melibatkan hati. Namun sesuatu yang pelik mula berlaku. Semakin lama mereka tinggal sebumbung, semakin mereka belajar memahami antara satu sama lain. Pertengkaran yang dulu seperti perang kecil kini berubah menjadi gurauan halus yang kadang-kadang mencetuskan senyuman. Alicia mula menyedari bahawa Adrean bukanlah sekeras yang disangkanya, manakala Adrean melihat sisi lembut Alicia yang tidak pernah ditonjolkan di sekolah dahulu. Tapi dalam hati masing-masing, satu persoalan masih belum terjawab Adakah hubungan ini sekadar tanggungjawab... atau perlahan-lahan berubah menjadi cinta?