Aumey_
- Reads 10,595
- Votes 854
- Parts 18
Spin-off ASYRAF'S
[ Also known as Staryayan ]
Syed Aryan Ishaan X Ausya Nayella
31 tahun hidup Syed Aryan Ishaan baik-baik sahaja. Tak pernah terfikir dek akal nak berkahwin sehinggalah Puan Khadijah mengaturkan majlis perkahwinannya bersama Ausya Nayella.
Ausya Nayella hidupnya kosong. Kawan pun tiada. Hidup diteruskan jua. 'Follow the flow' kata orang. Kalau ada bahagia, maka adalah. Kalau tiada? Dia sendiri pun tidak tahu.
Perkahwinan yang diatur menimbulkan bibit cinta di dalam dua hati. Sehinggalah satu rahsia tentang Ausya mula terbongkar.
"I already told you, Yella. Bagitahu aku apa sahaja yang jadi. Dah jadi macam ni, apa kau nak buat? Kau nak tunggu nyawa kau melayang sia-sia dengan Black Cipher baru kau nak menyesal ke? Benda ni tak melibatkan kau seorang." -Aryan
Siapa Black Cipher yang dimaksudkan oleh Aryan sebenarnya? Dan apa pula kaitannya dengan Ausya?
"Macam mana isteri kau boleh terlibat dengan Black Cipher?"- Tengku Asyraf
Siapa sangka gadis seperti Ausya pun pernah hampir terjerumus dalam lohong gelap? Oleh kerana itu selama ini Ausya hanya berdiam diri. Tidak mahu lagi melibatkan diri di dalam 'bidang' tersebut.
Namun diamnya Ausya, dia masih dicari. Kebolehan yang dia ada tetap diburu.
"Bersembunyilah selama mana yang kau mahu. Satu hal yang pasti, kami semua akan cari kau sampai ke lubang cacing." -???
Apa sebenarnya yang Ausya cuba sorokkan dari pengetahuan Aryan? Keadaan yang semakin memburuk, mampukah Aryan menolong Ausya jika nyawa yang menjadi galang gantinya?