Owierenjy's Reading List
2 stories
[ON-GOING] TERCIPTA UNTUKNYA  by nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    Reads 71,124
  • WpVote
    Votes 1,175
  • WpPart
    Parts 7
Ziyyad Maliq's Love Story "Kenapa awak buat saya macam ni, Qais? Apa salah saya pada awak?" - Afrina Natasha. Pengantin lelaki tidak muncul pada hari pernikahan. Ya... itu semua adalah mimpi buruk buat semua manusia. Siapa saja yang akan bersorak gembira saat pasangan yang berjanji hendak sehidup semati tidak muncul di hari akad nikah? Itulah yang dihadapi oleh Afrina Natasha. Selepas pembatalan pernikahannya, Afrina dibenci oleh ahli keluarga sendiri. Pada semua orang, Afrina adalah punca, punca pada semua malu dan kehancuran keluarga sedangkan gadis itu juga hanya seorang mangsa. Tahun berganti tahun, Afrina hidup dalam rasa bersalah yang menebal. Bawa diri jauh daripada keluarga demi ketenangan jiwa yang hanya kekal buat sementara waktu. "Macam mana kalau kakak cakap... Afrina adalah calon yang akak mahu kenalkan pada Ziyyad?" - Hawa NurIman. "Afrina... pada Ziyyad, orangnya cantik, manis." - Ziyyad Maliq. Perjodohan seringkas itu berjaya huru harakan hidup Afrina sekali lagi. Kali ini, jauh lebih pikuk daripada sebelumnya. Mana tidaknya... dirinya digosipkan sedang bercinta dengan pemain bola sepak harimau malaya! Ketika itu juga, Qais Ibrahim yang lama menghilang muncul di sebalik kekecohan. Antara masa lalu dan pengubat rindu, entah yang mana satu menjadi pilihan hati. Namun, apa yang pasti... selepas bahagia pasti ada dukanya dan ketika itu, siapa yang mampu berdiri bersama Afrina Natasha sehingga akhir?
PELUANG: MotoGP Uzair Abedeen by nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    Reads 4,167
  • WpVote
    Votes 462
  • WpPart
    Parts 13
MotoGP Malay Fiction Dunia perlumbaan moto sudah lama menjadi impian Uzair Abedeen. Berkat pekerjaan bapanya sebagai tim mekanik dalam perlumbaan DTS memberi peluang pada Uzair untuk selami dunia perlumbaan moto terkenal, MotoGP. Seawal usia 15 tahun, Uzair didaftarkan ke akademi perlumbaan, mengasah bakat yang sudah lama terpenda sehingga berjaya membuahkan hasil. Di usia 21 tahun, Uzair berjaya meraih gelaran juara dunia dalam Moto3. Hanya tinggal beberapa anak tangga sebelum Uzair dapat beraksi di perlumbaan MotoGP. Namun, sebaik terima kemenangan pertama, Uzair berubah menjadi seorang yang angkuh. Uzair sesat dalam keseronokan dunia yang membawa dirinya lupa pada keluarga dan agama. Pada Uzair, dia berhak peroleh kebebasan walaupun perkara itu haram di sisi agama. Tiada nasihat yang dapat kembalikan Uzair Abedeen ke pangkal jalan. Tidak sehingga bapanya bertindak untuk batalkan kontrak Uzair dan hantar anak lelakinya itu kembali ke Malaysia demi kebaikan Uzair sendiri. Awalnya, Uzair enggan tetapi apa yang dia boleh lakukan selain akur? Kepulangan Uzair di Malaysia membuatkan Uzair tidak bersemangat dalam lakukan apa-apa. Dia sambung belajar tetapi tidak pernah suka lakukan semua itu. Uzair rindukan latihan perlumbaan di Jerman serta sokongan daripada peminatnya. "Aku perlukan pembantu rumah tapi aku tak nak pembantu aku tu ada 24 jam dalam rumah aku" - Uzair Abedeen "Ambil aku! Aku boleh jadi pembantu rumah merangkap pembantu peribadi kau!" - Afra Seroja Pengenalan ringkas Uzair bersama Seroja memudahlan hidup Uzair. Semua kerja yang diberi oleh pensyarah, Uzair hulur pada Seroja untuk diselesaikan. Urusan rumah juga Uzair beri kepercayaan pada Seroja. Tidak sia-sia Uzair terima rakan kelas menjadi pembantu. Hubungan yang sebatas pembantu perlahan-lahan berubah menjadi akrab. Uzair selesa luahkan segalanya pada Seroja sementara Seroja sering menadah bahu, tidak mengomel saat dengar Uzair bercerita dan perlahan-lahan... melibatkan perasaan.