khoirin nikmah
200 stories
KERANA AKU BUKAN PILIHAN (TERBIT FIZIKAL 2024) by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 1,551,414
  • WpVote
    Votes 16,451
  • WpPart
    Parts 14
β„•π•’π•šπ•π•’π•™ π•π•’π•Ÿπ•Ÿπ•’π•™ 𝕃𝕖𝕗π•₯π•–π•Ÿπ•’π•Ÿ π•‚π• π•žπ•’π•Ÿπ••π•–π•£ π•Œπ•₯π•™π•žπ•’π•Ÿ π”½π•šπ•£π••π•’π•¦π•€ π‘²π’‚π’“π’šπ’‚ π’Šπ’π’Š π’‰π’‚π’π’šπ’‚π’π’‚π’‰ π’“π’†π’Œπ’‚π’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 π’‰π’‚π’”π’Šπ’ π’Šπ’Žπ’‚π’ˆπ’Šπ’π’‚π’”π’Š π’‘π’†π’π’–π’π’Šπ’” π’”π’†π’Žπ’‚π’•π’‚-π’Žπ’‚π’•π’‚. π‘Ίπ’Šπ’π’‚ π’‰π’π’“π’Žπ’‚π’• π’Œπ’‚π’“π’šπ’‚ π’‘π’†π’π’–π’π’Šπ’” π’šπ’‚π’π’ˆ 𝒔𝒖𝒅𝒂𝒉 π’Žπ’†π’Žπ’ƒπ’†π’“π’Šπ’Œπ’‚π’ 𝒃𝒂𝒄𝒂𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒄𝒂𝒓𝒂 π’‘π’†π’“π’„π’–π’Žπ’‚ π’Œπ’†π’‘π’‚π’…π’‚ π’Œπ’‚π’π’Šπ’‚π’ π’…π’†π’π’ˆπ’‚π’ π’•π’Šπ’…π’‚π’Œ π’Žπ’†π’Žπ’‘π’π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’• π’Œπ’‚π’“π’šπ’‚ π’Šπ’π’Š. π‘»π’†π’“π’Šπ’Žπ’‚ π’Œπ’‚π’”π’Šπ’‰ π™Άπ™΄π™½πšπ™΄: πš‚π™°π™³ πšπ™Ύπ™Όπ™°π™½π™²π™΄/πšƒπšπ™°π™Άπ™΄π™³π™Έ/π™°π™²πšƒπ™Έπ™Ύπ™½ π™Όπš„π™»π™°: 18 𝙼𝙴𝙸 2023 πšƒπ™°π™Όπ™°πšƒ: 6 π™Ήπš„π™»π™°π™Έ 2023
[C] HATI (Buah Hati #1) by MawaAyfa
MawaAyfa
  • WpView
    Reads 140,652
  • WpVote
    Votes 7,287
  • WpPart
    Parts 62
Hamra Adinda x Tuah Iskandar Hamra Adinda Seorang corporate gurlies berjaya! Hidup makan gaji yang diimpakan untuk mendapat kestabilan hidup akhirnya tercapai dengan bekerja di Wakeem Bank. Salah satu bank yang terkenal dan menapak sekian lama di Malaysia. Namun, masalah yang ditimbulkan oleh keluarga sendiri membutakan dia buntu untuk mencari jalan penyelesaian. "I nak kahwin." "Dengan siapa?" "Kanda." Tuah Iskandar Seorang CEO untuk syarikat konglomerat yang dibina oleh Wan. Sampai satu ketika, permintaan Wan membuatkan dia terganggu. Kahwin? Kenapa dia perlu kahwin. Ketika umurnya ranap 30 tahun dia perlu kahwin, wan suruh dia kahwin. Masalah yang dicipta oleh Wan sendiri membuat dia buntu. Terhenti seketika otaknya ligat mencari idea. "Aku nak kahwin." "Dengan siapa?" "Dinda." "Done and Seal, Dinda." ~ Tuah Iskandar ~ "Done and Seal, Kanda." ~ Hamra Adinda ~ (story ringan and minimal konflik)
ONTI GUN : MILIK UMAN by Itsmechinta
Itsmechinta
  • WpView
    Reads 26,931
  • WpVote
    Votes 2,537
  • WpPart
    Parts 35
Anggun Baiduri x Qief Al Hakim [ COMPLETE : BACAAN AWAL ] Kehilangan cinta pertama bukanlah perkara yang mudah untuk Qief lupakan. Tambahan pula, Siti Humairah pergi meninggalkannya setelah berjuang melahirkan zuriat sulung mereka, Nu'man Al Fateh. Qief makan masa hampir 3 tahun untuk pulih dari luka lalu. Kini tanggungjawabnya ialah membahagiakan Nu'man. Namun permintaan Nu'man padanya kali ini membuat Qief termenung sendirian. "Uman nak Onti Gun jadi mama Uman." - Nu'man. "Jangan nak merepek, Nu'man Al Fateh." - Qief Mampukah Anggun menjentik hati Qief yang sudah beberapa tahun tertutup rapat? Doakan lulus penilaian, ada rezeki kita jumpa kita versi novel ✨
π–π‘πžπ§ 𝐅π₯𝐨𝐰𝐞𝐫𝐬 𝐁π₯𝐨𝐨𝐦 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 126,554
  • WpVote
    Votes 9,064
  • WpPart
    Parts 53
Empat puteri. Empat kisah hidup yang berbeza. Di celah rutin yang berulang, sesuatu mula mekar. Bukan kerana dirancang, tetapi kerana kehadiran yang akhirnya terasa perlu. Mereka berbagi darah yang sama, tapi bukan impian yang sama. Dibesarkan penuh kasih oleh si ayah seperti bunga yang tumbuh mekar di taman. When Flowers Bloom mengisahkan tentang empat adik beradik yang memiliki kehidupan masing-masing. Dalam perjalanan hidup mereka yang semakin meningkat dewasa, saat itu mereka menemukan apa itu erti kebahagiaan dan cinta.
Farhat's  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 288,508
  • WpVote
    Votes 15,596
  • WpPart
    Parts 77
[Book 11] Short, not so short story. Kisah Uqael Farhat yang dibelenggu perasaan cinta tetapi status 'sepupu' membataskan segalanya. Dia terpaksa berundur demi melihat wanita yang dia cinta bersama lelaki lain kerana restu keluarga yang tidak berpihak kepadanya. Bagaimana cara dia dapat menghakis perasaan itu? Bagaimana dia dapat melupakan Fatima jika dari kecil mereka bersama? Tambah pula dengan kehadiran seorang gadis bernama Eleisha yang menjadi peneman di kala dia sunyi menanti Fatima. Patutkah dia terus mengikut kata hati atau membiarkan ego yang membuat pilihan? Benarkah perasaan yang ada buat Fatima adalah cinta, dan bukan obses? Dan benarkah perasaan buat Eleisha yang sehabis daya diabaikan itu bukan cinta? Di saat dia buntu dan keliru, dia menyakiti hati yang tulus berharap. Sehingga satu masa, hati itu mula mengalah dan mengundurkan diri. Dapatkah dia perbetulkan kesilapannya? Atau dia akan kehilangan kedua-duanya? [Sinopsis lengkap tersedia sebelum prolog]
My Husband Rayyan Adyan | COMPLETED  by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 347,942
  • WpVote
    Votes 12,203
  • WpPart
    Parts 69
RAYYAN ADYAN- Jejaka yang membenci semua wanita hanya kerana kecewa dengan perangai bekas kekasihnya. Dia mengambil masa selama 4 tahun untuk mengubah diri bagi menjadi seorang yang tidak mempunyai perasaan. Tetap kelihatan tenang, tidak banyak bicara dan tidak tertarik dengan semua perkara. Namun semuanya berubah setelah dia dengan tidak sengaja mengenali seorang wanita bernama NAYLA ALEENA. Wanita yang bernasib malang setelah kematian ibunya. Perkahwinan yang tak masuk akal diciptakan oleh Rayyan. Dia tanpa rasa bersalah telah mengheret Nayla ke dalam masalahnya. Akan tetapi, semuanya terpesong dari matlamat asal. Dari benci menjadi suka, dari perasaan suka menjadi cinta. RAYYAN ADYAN- "Abang mengaku itu memang abang, tapi itu sebelum abang kenal sayang dan abang menyesal cakap macam tu." NAYLA ALEENA- "Ceraikan saya!" Itu sahaja yang diucap oleh Nayla. Pengakhiran yang tidak dapat dijangka, rumah tangga yang hampir retak. Tetapi adakah Rayyan dapat mempertahankan atau adakah dia mula berputus asa dengan semua itu?
Bodyguard Seumur Hidup by cikwawabahar07
cikwawabahar07
  • WpView
    Reads 121,150
  • WpVote
    Votes 5,688
  • WpPart
    Parts 51
DAMIA INSYIRAH. Perkataan sinonim dengan gadis itu = keras kepala, ego, panas baran, sombong, bongkak dan kuat perasan. Anak kepada Tan Sri Azizi dan Puan Sri Afia. Nak dijadikan cerita, disebabkan wajah yang cantik menawan hati mak-mak mertua di Malaysia dan ketebalan dompet yang meruntun hati para teruna bermata duitan, Damia jadi sasaran cinta palsu manusia. Demi menjaga keselamatan dan hati Damia dari dikecewakan, Tan Sri Azizi dan Puan Sri Afia nekad mengupah seorang pengawal peribadi untuk gadis itu. RIAN AFLIQ. Lelaki yang dipertanggungjawabkan menjaga Damia. Berasal dari keluarga yang biasa-biasa namun ada rahsia yang bukan biasa-biasa yang disembunyikannya. EDWARD. Nah... Cuma watak antagonis yang muncul memeriahkan cerita. Antara sepuluh pewaris harta keluarga terkaya di Malaysia. Handsome. Rambut blonde. Mata biru. Gentle tapi... Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Damia dan Rian? Memang bukan gandingan yang baik. Kalau bergaduh, langit runtuh pun belum tentu nak berhenti bergaduh. Damia dengan rancangan gilanya, nak singkirkan Rian. Tapi iyalah kan... Kita merancang. Allah juga merancang. Tapi Allah lah sebaik-baik perancang. Achewaque! "Saya nak awak berhenti kerja." - DAMIA "Silap-silap awak yang merayu cakap 'Rian... Saya nak awak jadi bodyguard seumur hidup saya!' Hahaha!" - RIAN "And you will be?" - EDWARD "Mrs. Edward forever! Eh?" - DAMIA "You will. One fine day." - EDWARD Jangan risau semua. Ini kisah happy ending. Achewaque! Ikhlas dari author senget, Selamat membaca! Start : 2019 End : 2021
Pujaan Hati Jejaka Mafia by lilmisshz
lilmisshz
  • WpView
    Reads 716,075
  • WpVote
    Votes 20,775
  • WpPart
    Parts 73
π•Άπ–†π–—π–žπ–† π–•π–Šπ–—π–™π–†π–’π–† RAYDEN ARRAYAN Seorang jejaka tampan yang cukup digeruni banyak pihak. Dingin bak ais beku. Pertemuannya dengan gadis cantik bak bidadari telah menambat hatinya yang sekeras batu. Kehilangan buat sementara namun bertemu semula setelah sekian lama. ARIESHA ZASKIA Seorang gadis 24 tahun yang sopan, peramah dan lemah lembut. Dari dia berumur 12 tahun sudah hilang kasih kedua syurganya. Kehilangan Ibu nya yang meninggal dunia akibat barah otak menambahkan lagi perit dihati. Namun atas pesanan terakhir dari ibu nya yang membuatkan dia bangkit dan semangat untuk teruskan hidup. Tidak lama selepas ibunya pergi, kini ayahnya juga turut pergi meninggalkan dia. Ariesha menghadapi banyak liku kehidupan. Sahabat yang kekal dengannya lah menjadi penguat hatinya untuk meneruskan hidup sehingga berjaya. Namun satu pertemuan membuatkan dia mengenali seseorang. Lelaki asing bagi dia pada awalnya. Kehadiran jejaka itu sedikit sebanyak menambah cahaya dalam hidup Ariesha. Tanpa sedar cinta mula memutik. Tatkala bahagia sedang dikecapi. Namun sementara apabila masalah menimpa. Mampukah Ariesha menerima setiap ujian berat yang menimpa dalam hidupnya? Sekuat mana hatinya untuk menghadapi pelbagai rintangan? Mampukah Ariesha mencari cintanya semula setelah duka yang melanda? 'Because no one can hurt you'-Rayden Arrayan ⚠PLAGIAT DILARANG KERAS⚠ End : 21 May 2022
DIA ANAK POLIS, GUA ANAK MAFIA β€’ [C] by fieqashah
fieqashah
  • WpView
    Reads 33,148
  • WpVote
    Votes 1,766
  • WpPart
    Parts 37
(BOOK 1) βœ… COMPLETED~ 1/9/2023 "Sampai syurga.. Kita akan kekal sampai syurga. Dekat sana nanti sayang akan jadi bidadari abang." - Bella Batrisyia "Abang minta maaf.. Abang tak dapat teman sayang sampai sana. Abang banyak dosa sayang." - Addin Adrian Pertemuan semula antara Addin Adrian dan Bella Batrisyia bersaksikan dua pucuk pistol. Lebih daripada sedekad mereka terpisah. Sungguh menyedihkan. Pertemuan manis yang diharapkan menjadi kelat. Walaupun takdir sudah menyilangkan laluan mereka, jurang yang besar masih wujud. Perbezaan status mereka telah menghalang tali cinta untuk bersimpuh dengan sempurna. Lumrahnya, sudah tentulah anak seorang polis mustahil akan bersatu dengan anak seorang penjenayah kelas tinggi. Inilah perjalanan cinta antara anak polis dan anak buruan berharga pihak polis. Tidak kira sebesar mana tembok penghadang. Tidak kira sejauh mana perbezaan antara mereka. Cinta yang berpucuk kekal mekar berkembang tanpa layu. Kotoran duniawi tidak akan sesekali menggugat kesucian cinta mereka. Addin Adrian, Bella Batrisyia. Perjuangan, perpisahan dan pertemuan mereka tercatat di sini.
Mafia Itu Suamiku by RaraMierah
RaraMierah
  • WpView
    Reads 51,404
  • WpVote
    Votes 1,332
  • WpPart
    Parts 30
Aira Adriana tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Sebagai wanita moden yang berdikari, dia punya impian dan masa depan yang ingin dibina dengan usaha sendiri. Namun, semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan lelaki yang paling ditakutinya-Adrian Hayden, seorang mafia yang kejam dan penuh misteri. "Aku tak cintakan kau." "Kau akan jatuh cinta, cepat atau lambat." Perkahwinan ini bukan pilihan Aira, tetapi Adrian tidak pernah memberi ruang untuk dia melarikan diri. Dia mengawal segalanya-hidupnya, keputusannya, malah perasaannya sendiri. Namun, Aira bukan wanita yang mudah tunduk. Dia melawan, menolak, dan cuba mencari jalan keluar dari perangkap lelaki itu. Tapi Adrian bukan lelaki biasa. Setiap langkahnya dikira, setiap keputusannya penuh dengan rahsia. Dan semakin lama Aira mengenalinya, semakin dia sedar bahawa Adrian bukan sekadar seorang mafia... ada luka, dendam, dan sejarah kelam yang disembunyikan di sebalik mata tajamnya. Antara benci dan cinta, kuasa dan kebebasan, dendam dan kasih sayang, mampukah Aira bertahan dalam dunia gelap yang kini menjadi penjaranya? Atau... adakah dia akan jatuh dalam perangkap Adrian, bukan sebagai tawanan, tetapi sebagai wanita yang mencintainya?