dnasmig's Reading List
186 stories
Hey! Captain Zharyan Arayqarl by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 9,029
  • WpVote
    Votes 693
  • WpPart
    Parts 3
ZHARYAN ARAYQARL, anak kepada juruterbang hebat dan terkenal dari Zullian Airlines, Captain Zul Aaryan. Arayqarl, atau lebih mesra dipanggil Qarl, dilahirkan dengan karisma semula jadi yang sukar diabaikan. Wajahnya menawan, penuh senyum nakal yang selalu membuatkan ramai wanita terpikat, tetapi sikapnya yang playboy dan nakal itu menjadikan dia seorang yang sukar ditebak. Walaupun bersikap santai dan kadang-kadang kurang serius, Arayqarl mewarisi ketekunan dan kecekapan daddynya dalam menguruskan perkara penting. Dia bijak, tahu bila harus bergurau dan bila perlu tegas, tetapi prinsipnya jelas, jika dia rimas atau tidak berminat, hubungan itu tamat tanpa drama panjang. Namun, di sebalik sikap nakal dan playboynya, Arayqarl menyimpan satu rahsia kecil yang tiada siapa tahu, hatinya terpaut pada seorang perempuan. Sejak pertama kali bertemu, Arayqarl merasakan sesuatu yang tidak pernah dia alami sebelum ini, detik-detik bersama perempuan itu membuatkan hatinya sedikit tergugat. Siapakah perempuan yang mampu menembusi benteng playboy Zharyan Arayqarl ini?
LYUBOV TERAKHIR : CINTA TERAKHIR(C) by atrhyuni
atrhyuni
  • WpView
    Reads 45,898
  • WpVote
    Votes 2,032
  • WpPart
    Parts 58
pertunangan mereka pernah jadi harapan. Dua hati yang saling percaya, saling mencintai, dan saling berjanji untuk menua bersama. Tapi segalanya terhenti tanpa amaran. Saat Ayuni menghilang dari hidup Rayqal, membawa hati yang tak pernah sempat dijelaskan. di bumi asing, di bawah langit negara orang. Ayuni membuat keputusan. Satu keputusan yang merobohkan segalanya. Dia memutuskan pertunangan. Tanpa alasan. Tanpa perjelasan. Cuma tinggal sebaris pesanan ringkas yang Rayqal baca berulang kali selama bertahun: "I'm sorry, Rayqal. I can't continue this." Dan sejak itu, Rayqal hidup dalam pertanyaan. Apa salahnya? Apa kurangnya dia? Kenapa Ayuni memilih pergi? Soalan-soalan itu tidak pernah dijawab.Cuma tinggal diam. Yang semakin hari, semakin menyakitkan. Tapi takdir bukan sekadar permainan masa lalu. Beberapa tahun kemudian, Ayuni pulang ke Malaysia. Dan mereka bertemu semula di tempat yang berbeza, dalam hidup yang sudah berubah, tapi dengan hati yang masih menyimpan sisa cinta yang sama. Rayqal masih mencari jawapan. Ayuni pula masih cuba menyembunyikannya. Mereka saling mencintai. Tapi mampukan cinta itu hidup semula, jika ia terpaksa berpijak atas rahsia yang selama ini disembunyikan demi melindungi atau demi melarikan diri? Kerana untuk Rayqal, Ayuni bukan sekadar masa lalu. Dia adalah Lyubov terakhirnya. Dan Rayqal, tak pernah belajar cara untuk melupakan.
ZAQWAN DANISH : MON ADORE [C] by luziveleyn
luziveleyn
  • WpView
    Reads 93,692
  • WpVote
    Votes 4,936
  • WpPart
    Parts 51
Spin off His Last Love [ 𝐂𝐥𝐢𝐧𝐠𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] ⚠️ DILARANG MENGGUNAKAN NAMA CHARACTER TANPA KEBENARAN ⚠️ Karya kedua. Kisah Zaqwan Danish & Areena Lily. START: 16/12/2024 END: 01/06/2025
N.RAYQEEN : HIS LAST REVENGE [OG] by luziveleyn
luziveleyn
  • WpView
    Reads 18,672
  • WpVote
    Votes 1,018
  • WpPart
    Parts 17
Sequel His Last Love [ 𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] ⚠️ DILARANG MENGGUNAKAN NAMA CHARACTER TANPA KEBENARAN ⚠️ Karya ketiga Nial Rayqeen adalah diri Erwan Nial yang kedua. Hadir kerana dendam kepada Bunga Daliya yang sudah 2 tahun dia simpan. Kebodohan dan perangai Bunga yang semakin lama semakin melampau membuatkan Nial Rayqeen tekad untuk mengawal tubuh badan Erwan Nial untuk masa yang lama. Curang adalah pilihan. Tiada istilah curang adalah takdir. Sedangkan orang yang dulunya setia pun sekarang boleh berubah hati. Apatah lagi hati seorang perempuan yang bernama Bunga Daliya? Layakkah Bunga mendapat kemaafan dan peluang kali terakhir setelah dia sudah berjaya mengkhianati kesetiaan Erwan selama 6 kali berturut-turut? Maaf bukan benda yang mudah tetapi akan dimaafkan jika terlalu cinta meskipun kesalahannya boleh buat kita hancur sehancurnya. "Aku adalah Nial Rayqeen dan aku adalah aku. Aku tidak sebaik Erwan Nial yang selalu maafkan kau." - Nial Rayqeen. "Bagi balik suami aku!" - Bunga Daliya. "Penyesalan akan berlaku bila sudah kehilangan sesuatu yang bermakna." - Ersyad Daniesy. Dendam ini abadi. - Kehadiran Sara Nasuha dengan imej baru telah menarik perhatian Nial Rayqeen. Wanita itu kembali dengan berpakaian yang sopan dan bertudung. Dapatkah Bunga berubah setelah hadirnya Sara Nasuha sebagai penggantinya atau Bunga masih meninggikan ego? Kesalahan yang sama tidak mungkin tidak berulang tetapi ia mustahil jika sudah berubah demi orang yang kita sayang. START: 08/02/2025 END:
ERWAN N. : HIS LAST LOVE [C] IN EDITING by luziveleyn
luziveleyn
  • WpView
    Reads 322,931
  • WpVote
    Votes 11,968
  • WpPart
    Parts 51
[ 𝐡𝐚𝐭𝐞 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] C ⚠️ DILARANG MENGGUNAKAN NAMA CHARACTER TANPA KEBENARAN ⚠️ Karya pertama. Stand Alone. Perjumpaan secara tidak sengaja telah meraih pergaduhan di depan cafe gara-gara terlanggar yang melibatkan kemarahan seseorang. "Are you blind, young lady?" "Tak payah nak speaking sangat. Ni Malaysia bukan negara asing." "Ha memang. Kalau awak pergi negara luar, memang laku pun bahasa melayu awak tu. Lepastu dekat sekolah awak belajar bahasa melayu je ke?" "Dekat sekolah cakap bahasa melayu juga ke kau cakap bahasa cina?" "Whatever young lady, i'm already late. Sorry." - "Abang cintakan Bunga. Abang ikhlas nak jaga Bunga." - Muhammad Erwan "Tangan jijik kau tak layak sentuh aku walaupun tidak sengaja." - Nur Bunga "Macam mana rasa tidak dicintai oleh isteri sendiri, best? Memang patutlah kau kena macam tu yelah perampas mana hidup tenang betul tak bro?" - Nik Daniel Zafran "Sampai bila ii pun hidup kau takkan bahagia, Bunga." - Bella Madeena - "I love you, I'm sorry for torturing my heart to hate you when my heart already loves you completely." - Nur Bunga "Thankyou for loving me, may our love last until heaven." - Muhammad Erwan - "𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐦𝐚𝐚𝐟 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚, 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚." "𝐘𝐨𝐮 𝐚𝐫𝐞 𝐦𝐲 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐚𝐧𝐝 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐥𝐨𝐯𝐞, 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝" START : 04/07/24 END : 30/10/24 Heroin 🚩
Of Ruins and Roses by KaelAuren_
KaelAuren_
  • WpView
    Reads 81,320
  • WpVote
    Votes 4,341
  • WpPart
    Parts 120
Rayyan Harith tidak pernah lupa malam itu. Seorang pakar bedah muda. Dia menyaksikan sendiri tiga nyawa ditarik dalam satu kemalangan tragik-termasuk adik kandungnya sendiri. Namun yang paling menghantui hidupnya ialah, sepasang suami isteri yang gagal diselamatkannya... hingga meninggalkan seorang gadis yatim piatu. Gadis itu, kini bergelar wanita berdikari bernama Aira Humaira. Pemilik kafe comel bernama Pawse & Sip, tempat di mana manusia melepaskan lelah sambil membelai kucing sebagai penyembuh luka jiwa. Tuah, satu-satunya saksi bisu yang menjadi penguat Aira selama ini. Tanpa saling mengenali, Rayyan dan Aira ditemukan semula oleh takdir. Namun, rahsia masa lalu terus menghantui. Aira tidak tahu lelaki itu ialah doktor yang cuba sedaya upaya menyelamatkan ayahnya pada malam kejadian. Rayyan pula hidup dalam dilema-antara menyembunyikan identiti atau jujur dan kehilangan wanita yang perlahan-lahan dia cintai. Tatkala luka lama mula berdarah kembali, dugaan bertimpa. Hasutan, fitnah, keluarga yang menolak, kehilangan, perpisahan... hingga Aira dan Rayyan diuji antara percaya dan kecewa, antara menanti dan melepaskan. Akan adakah bahagia buat dua jiwa yang luka? Atau takdir sekali lagi memilih untuk memisahkan mereka? "𝙼𝚊𝚗𝚊 𝚔𝚊𝚞, 𝚜𝚊𝚢𝚊𝚗𝚐? 𝙹𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚝𝚒𝚗𝚐𝚐𝚊𝚕𝚔𝚊𝚗 𝚊𝚔𝚞." - Rayyan Harith. "𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚋𝚘𝚕𝚎𝚑. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚜𝚊𝚗𝚐𝚐𝚞𝚙. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚖𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚖𝚊𝚊𝚏." - Aira Humaira.
C| MANUSKRIP by Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    Reads 321,296
  • WpVote
    Votes 16,551
  • WpPart
    Parts 53
Unedited version (may contain typos, repetition, and messy structure 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟 [PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku ambil. Kelak kau akan menyesal." Mula: 01/01/2024 Tamat: 28/09/2024
heartless to falling in love ( COMPLETE ) by adrieyanaa44
adrieyanaa44
  • WpView
    Reads 186,970
  • WpVote
    Votes 4,491
  • WpPart
    Parts 76
Cerita ini mengisahkan tentang perjalanan kehidupan Nur Haira Arelyne. Mempunyai keluarga kesayangannya dan rakan karib iaitu Ica Qaisara yang sentiasa dapat menyokong dari belakang. ini adalah cerita pertama saya, minta maaf jika ada kesalahan dari segi ejaan, imbuhan dll. By the way, ini tiada kaitan dengan yang hidup dan mati. Dan cerita ini adalah rekaan semata-mata.
Cinta Dibalik Tirai|OG| by FaaReina
FaaReina
  • WpView
    Reads 1,541
  • WpVote
    Votes 153
  • WpPart
    Parts 60
Genre: Dark romance, mafia, romance, thriller. Cinta Dibalik Tirai (Cinta Dan rahsia takkan selamanya tersembunyi) Iris Laurent, ketua polis yang terkenal dengan ketegasan dan keberaniannya, ditugaskan untuk membongkar dalang di sebalik rangkaian jenayah terbesar di Malaysia. Namun, tanpa dia sedar, setiap langkah yang diambilnya semakin mendekatkannya kepada lelaki yang tidak pernah menunjukkan wajah sebenar-Shadow, nama yang disebut dengan ketakutan oleh musuh dan dihormati oleh para pengikutnya. Di dunia gelap yang penuh dengan darah dan pengkhianatan, Haider, seorang ketua mafia yang licik, tidak pernah membiarkan sesiapa pun menyentuhnya-sehinggalah dia bertemu dengan seorang gadis yang tidak gentar akan bahaya. Iris. Mereka bertemu dalam keadaan yang tidak terduga, tanpa mengetahui identiti masing-masing. Hubungan mereka bermula dengan pertembungan yang penuh misteri dan ketegangan, sehingga tanpa sedar, hati mereka mula terpaut. Tetapi bagaimana jika kebenaran akhirnya terbongkar? Bagaimana jika Iris tahu lelaki yang mencuri hatinya adalah musuh yang selama ini dia buru? Dan bagaimana jika Haider terpaksa memilih antara cinta atau kuasanya? Di antara dunia terang dan gelap, ada satu garis tipis yang memisahkan cinta dan dendam. Dan mereka berdua sedang berdiri di atasnya.
MIKAEL: Overprotective Husband  by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 77,647
  • WpVote
    Votes 5,547
  • WpPart
    Parts 36
Apa perasaan kau bila suami kau terlalu overprotective sedangkan perkara yang normal boleh dianggap abnormal? pasti sakit kepala kan? "Abang. Saya rasa tak selesa bahagian perut-." - Nada Hania "What?! Isteri abang dah nak bersalin? Abang akan call ambulans!" - Iman Mikael. Wait, what? Isteri awak ni sakit perut sebab makan banyak bukan nak bersalin. Sejak bila pula baru mengandung boleh terus bersalin? Ingat mainan ke? Tapi dalam sakit kepalanya juga aku rasa gembira kerana dilayan manja dan penuh kasih oleh Mikael. Apa salahnya bila suami layan bagai permaisuri? "Abang bancuh susu untuk sayang. Tapi kenapa ceroi?" - Iman Mikael. "Bancuh susu lebihkan susu. Bukan air, suamiku." - Nada Hania. Entah bagaimanalah gelagat si Mikael ini. Mahu tahu?