HAZZ
29 stories
Cinderella Milik Tuan Ceo | OG by syam1m1e
syam1m1e
  • WpView
    Reads 25,393
  • WpVote
    Votes 1,639
  • WpPart
    Parts 14
Karya ketiga by syamimie⏳️ Blurb: Sempurna? Jauh sekali. Dia membesar dengan serba kekurangan. Kekurangan yang pada awalnya hanyalah sekadar perkara biasa pada seorang Mirea Sofea. Namun, kekurangan yang ada pada dirinya mula menjadi bahan hinaan orang sekeliling. Sehinggakan dia berfikir bahawa dia adalah orang yang paling malang di dunia ini. Hari-harinya berjalan seperti biasa, memekakkan telinga tatkala dirinya menjadi umpatan orang. Padanya, dia mampu harungi semua ujian ini, sehinggalah satu malam yang mengubah segalanya. Zayn Evryn. Sempurna? Ya, cukup sempurna. Satu kejadian yang membawa pertemuan mereka berdua itu membuatkan dua jiwa meronta dalam tak rela. "Eh kau tak payah nak berlakon lah depan aku! Kau yang rancang semua benda ni kan?! Kau goda aku semalam sebab kau nak bolot semua harta aku kan?!" -Zayn Evryn "Encik merepek apa ni?! Saya tak kenal pun siapa Encik!! Kenapa Encik fitnah saya macam ni!!" -Mirea Sofea Setelah malam itu, masing-masing memilih untuk meneruskan hidup seperti biasa. Namun, munculnya kembali Zayn disisi Mirea membuatkan Mirea semakin gila. Bukan gila kerana lelaki itu berbuat jahat padanya, namun gila kerana perubahan mendadak lelaki itu. "Love me, Mirea Sofea..." -Zayn Evryn Bagaikan terhenti dunianya. Kelu lidah Mirea dengan pengakuan berani mati lelaki itu. Cinta? Mirea tidak kenal apa itu cinta. Dirinya yang serba kekurangan itu, layakkah dia untuk dicintai? Dan Zayn Evryn? Mengapa dia tiba-tiba sahaja meluahkan rasa cinta? Adakah ada sesuatu di sebalik perkenalan mereka itu sehinggakan Zayn sanggup mengejar cinta Mirea sebegitu rupa? Dan apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik semua ini sebenarnya? Start: 1/1/2026 End:
He Turned With A Ring by secretgirl21
secretgirl21
  • WpView
    Reads 755
  • WpVote
    Votes 30
  • WpPart
    Parts 24
Nureen dan Zakwan mula mengenali satu sama lain sejak usia tiga belas tahun. Daripada sekadar kawan sekolah yang suka bergaduh kecil, hubungan mereka perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam. Zakwan ialah lelaki yang sentiasa ada untuk Nureen - menjaga, mendengar dan mencintainya dengan cara yang paling sederhana. Namun cinta manusia tak pernah lari daripada ujian. Ketika Zakwan menjalani latihan rekrut, satu khilaf telah menghancurkan segala kepercayaan yang dibina bertahun-tahun lamanya. Kesilapan itu membuatkan Nureen memilih untuk pergi, meninggalkan Zakwan dengan rasa bersalah. Selepas tiga tahun,takdir menemukan mereka semula. Tetapi pertemuan itu tidak lagi sama seperti dulu. "Nureen,saya tahu saya salah. Awak masih marahkan saya ke?" suara Zakwan perlahan, penuh penyesalan. Nureen tersenyum hambar sebelum memandang lelaki itu dengan pandangan yang kecewa atas kekhilafan lalu Zakwan. "Aku tak marahkan kau, Zakwan.Tapi aku benci kau. Pada aku, kau dah lama mati." Kata-kata itu cukup untuk menghancurkan hati Zakwan. Namun lelaki itu tetap bertahan. "Nureen,tolong bagi saya peluang. Saya nak tebus segala dosa saya. Izinkan saya halalkan awak." Masalahnya, mampukah hati yang pernah hancur menerima cinta yang sama untuk kali kedua? start: 26.5.26 end:
AEYDEN RAIS | OG by Themiss_princess
Themiss_princess
  • WpView
    Reads 8,311
  • WpVote
    Votes 377
  • WpPart
    Parts 30
Perjalanan seorang gadis yang dijadikan tempat tempias marah sang ibu bukan mudah untuk Adelya Airis. Selepas kejadian itu, badannya tidak lagi lari dari lebam. Namun dengan adanya satu satunya abangnya yang sentiasa melindunginya daripada ibunya tidak menggekalkan badan Adelya kembali seperti dahulu. Tidak semestinya perbuatan baik akan balas dengan baik, kan? Ya, itu la yang terjadi kepada Adelya. Dia bagaikan terlepas dari mulut buaya termasuk ke kandang harimau. Perkahwinan yang dibina tanpa cinta dan ditentukan oleh ibu mertuanya, Tengku Faira. Membuatkan hidupnya kembali seperti dimana dia di dunia dendam ibunya. Walaupun sentiasa dipukul, dipijak, ditampar tetapi tetap terasa sakit, bukan? Dia juga manusia biasa namun ujiannya luar biasa. Meskipun badannya lemah namun Adelya tetap perlu mantaati suaminya. Sayang? Ya, dia menyanyangi suaminya, walaupun perkahwinannya diatur.
SECEBIS BAHAGIA | Slow update. by missraisha_
missraisha_
  • WpView
    Reads 11,217
  • WpVote
    Votes 1,082
  • WpPart
    Parts 18
"Sesal biar separuh nyawa takkan hilang..." Tengku Areena Rasila dibesarkan di dalam keluarga yang sedikit kucar kacir. Masa kecilnya tidak seindah orang lain. Trauma? sangat. Mengapa? kerana, dia adalah anak hasil daripada perjodohan kedua orang tua si bapa Tengku Ukail Ashraf. 12 tahun lalu, si bapa pernah membencinya sepenuh hati sehingga dia dilayan tidak ubah seperti kucing kurap yang tiada maruah. Kini, si bapa sesal separuh nyawa kerana, anak yang dia benci adalah hasil daripada seorang wanita yang dia nafikan cinta. "Tuan tak perlu bersusah payah untuk saya. Saya tahu nak cari duit macam mana." - TENGKU AREENA RASILA. START : 25.02.2026 END:
My Hot Lecturer ✔️ by Dniathira_107
Dniathira_107
  • WpView
    Reads 563,732
  • WpVote
    Votes 22,903
  • WpPart
    Parts 77
Hidup sebagai pelajar di kolej Matrikulasi bukan mudah. stress macam nak mati! Bagi Nuha Cara untuk menghilangkan stress itu adalah dengan mencuci Mata. Melihat lelaki hensem adalah cuci Mata yang bukan semua perempuan suka. ye, lagi elok jaga pandangan ye adik-adik. Hahaha. Kemunculan 4LHGB (4 Lecturer Hot Gila Babeng) menaikkan semangat para pelajar perempuan untuk belajar dan masuk Ke kubikel untuk belajar pada waktu lapang. P. Mateen, Zarif, Noah dan Dr Rian menjadi kegilaan para pelajar wanita termasuk lecturer wanita. Mereka bukan sahaja Kacak, malah bijak kerana bergelar lecturer pada usia yang muda. Angkara mereka juga, ramai pelajar yang akan beriadah pada waktu petang. Yelah, selalunya mereka akan terperap dalam bilik. Study, tidur, tidur, study. Macam takde life dah. Sampai pihak kolej aturkan pelbagai program supaya pelajar suka beriadah. Namun hampa yang diperoleh. Akhirnya kemunculan 4LHGB yang suka beriadah di waktu petang membuatkan masalah INI dapat diatasi dengan mudah. Nuha sukakan Dr Rian. Alih-alih terlekat dengan P. Mateen jugak. heh! tapi kisah Nuha bukanlah sweet macam nak rak. Kisah di sebalik Hidup P. Mateen meranapkan sekeping hati kecil Nuha. INI bukan kisah Nuha semata-mata. Tetapi kisah berkaitan kolej matrikulasi, 4LHGB, persahabatan, pengkhianatan dan.... Cinta ❣️ #1 Friendship (25/9/20) #2 Story (25/9/20) #12 Hate (25/8/20) #5 broken (12/11/20) #1 Hate (16/11/20) #2 broken (16/11/20)
MI CUORE (OG) by atiyatya
atiyatya
  • WpView
    Reads 81,235
  • WpVote
    Votes 3,617
  • WpPart
    Parts 76
"Apabila dua hati yang terluka tinggal di bawah satu bumbung, siapa yang akan menyerah terlebih dahulu - dia yang membenci, atau dia yang disakiti?" Hairy Haider pernah mencintai sepenuh jiwa. Namun selepas kematian isterinya dalam satu tragedi, cintanya mati bersama wanita itu. Yang tinggal hanyalah seorang lelaki dingin, angkuh, dan penuh dendam terhadap dunia. Dipaksa berkahwin dengan Hanna Helina bukan sesuatu yang dia mahukan. Bagi Haider, gadis itu hanyalah beban yang dipaksa masuk ke dalam hidupnya. Tidak dialu-alukan. Tidak dihargai. Hanna pula tidak pernah meminta perkahwinan ini. Namun demi keluarga, dia taat. Dia cuba menerima takdir sebagai isteri kepada lelaki yang hanya tahu menyakitkan hati. Walaupun serumah, mereka tidur berasingan. Bertahun pun tidak, Hanna sudah tahu, cinta bukan sesuatu yang akan mudah dia terima dari lelaki itu. Namun dia tetap bertahan. Dia percaya, jika terus ikhlas dan sabar, mungkin tembok es yang membeku itu akan cair juga satu hari nanti. Tapi realitinya tak semudah harapan. Haider terus menyakiti. Terus mencemuh. Terus membandingkan dirinya dengan arwah yang tidak akan pernah dia kalahkan. Sementara Hanna berperang dengan air mata setiap malam, Haider pula berperang dengan bayang silamnya sendiri. Dia nampak segala kebaikan Hanna. Dia tahu dia kejam. Tapi terlalu banyak yang dia pendam. Terlalu takut untuk jatuh cinta lagi. Terlalu ego untuk memulakan. Sehinggalah satu malam yang sunyi, Hanna akhirnya akur pada takdir. "Saya dah penat hidup macam ni, lepaskan saya."
𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐇𝐀𝐓𝐈: 𝐋𝐔𝐓𝐇 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 | C  by aisysfea
aisysfea
  • WpView
    Reads 101,175
  • WpVote
    Votes 3,345
  • WpPart
    Parts 45
Book 1 | ᴍᴀᴛᴇᴇɴ sᴇʀɪᴇs Luth Mateen seorang lelaki yang berkerja di atas pelantar minyak di bahagian mechanical engineering. Seumur hidupnya hanya di habiskan di tengah laut seorang diri tanpa peneman sehinggalah dia dijodohkan oleh keluarganya. Di sebabkan suatu tregedi yang berlaku antara hubungan mereka Luth Mateen terpaksa memilih antara kerjaya yang di minati dan wanita yang dicintai. Haura Huwaina seorang penguam jenayah. Di lahirkan di dalam keluarga yang serba sempurna dan di tantang bagai minyak yang penuh.Perjodohan keluarga telah mengubah hidupnya seratus peratus. Angkara fitnah, dia memilih untuk pergi jauh daripada semua orang termasuklah suaminya dan dia memilih untuk memulakan hidup baru. Tetapi takdir telah mempertemukan mereka kembali. Keluarganya kecil mereka sentiasa di uji oleh kerana perbuatan manusia yang berhati busuk. Adakah pengakhiran yang bahagia yang mereka dapat atau derita untuk selama- lamanya? Cerita hanyalah rekaan semata- mata‼️ Character dan jalan cerita 💯 saya punya idea. Jika tersama semuanya hanya kebetulan.🥺✌️ ps:-maaf jika ada kesalahan tatabahasa atau ejaan Start- 3 March 24 Finish- 7 Desember 24