eleasyaas's Reading List
35 stories
Racing Flame by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 722,600
  • WpVote
    Votes 38,175
  • WpPart
    Parts 58
DAREEQ EZRA, seorang pelumba Formula 1 yang terkenal dengan gelaran 'Born Racer'. Seawal umur 18 tahun, dia mula mencipta sejarah sebagai pelumba paling muda yang meraih podium. Namun seiring umurnya meningkat, dia mula rasa tekanan dengan kerjaya dan kejayaan sendiri. Kesilapan sedikit mengundang kecaman orang. Dia mula hilang keyakinan. ZEANISSA, seorang gadis yang langsung tak tahu dengan dunia motorsport. Senang cerita, dia tak berminat. Disebabkan ajakan rakan-rakannya, dia akhirnya jejakkan kaki buat pertama kali di litar lumba. "Aku nak pergi dari sini. Aku tak nak duduk sini. Kau ada caranya?!" - Zeanissa Sakit yang dirasakan tidak terperi apabila dia dibenci dan diperlakukan teruk oleh rakan baik sendiri. Zeanissa benar-benar terluka. "Kau pernah cakap kau tak nak duduk dekat sini. Kau tanya aku caranya, and ini jawapan aku." - Dareeq Ezra Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba dia dilamar oleh si driver Mercedes AMG Petronas yang sangat popular dalam dunia Formula 1. Zeanissa mati akal. Namun memikirkan kesedihan yang sedang ditanggungnya, dia bersetuju. Untuk berkahwin dan ikut Dareeq ke Monaco. Perkahwinan yang pada mulanya hanya sekadar atas dasar kepentingan mereka perlahan-lahan menimbulkan perasaan yang melibatkan hati. Namun hubungan yang baru mekar seperti bunga perlahan-lahan layu. "Apa lagi yang abang tipu Zea? Apa lagi?!" - Zeanissa "Abang minta maaf. That freaking jealousy's eating me up. It's killing me inside." - Dareeq Ezra 📎story ni rekaan semata mata 📎maaf kalau grammar berterabur 📎light conflicts 📎update setiap hari 2 chapter JANJI Start : 04/09/2025
Menawan by babybreath05
babybreath05
  • WpView
    Reads 253,863
  • WpVote
    Votes 10,877
  • WpPart
    Parts 63
Orang kata perkahwinan itu manis, maniskah ia? Tidak bagi orang yang kahwin tanpa cinta malah kahwin demi keluarga. Begitu juga yang di rasa oleh Emiir Ibrani Elhaziq apabila dia perlu berkahwin dengan Nur Sofia Aurin tanpa kerelaan hati. Apabila dia tahu isterinya adalah kakak kepada Bella Kailani bekas kekasihnya hatinya sakit tetapi tidaklah dia berdendam cumanya dia kecewa malah takut untuk bercinta kembali. Trauma? Sudah tentu. "Cuba buka hati tu untuk saya, tolonglah." Nur Sofia Aurin. "Kalaulah semudah itu." Emiir Ibrani Elhaziq. Hari demi hari, kisah mereka ada sahaja yang tidak kena tetapi apa yang mereka boleh lakukan? Berpisah saat hati sudah mencintai, terutamanya Emiir Ibrani Elhaziq yang sudah jatuh ke dalam cinta Nur Sofia Aurin. Saat hati ingin meluahkan rasa tersebut satu kejadian membuatkan Nur Sofia Aurin tekad akan sesuatu. "Kita bercerai." Nur Sofia Aurin.
𝐂𝐡𝐨𝐬𝐞𝐧 𝐆𝐞𝐧𝐭𝐥𝐲 | 𝐂 by Liohayes
Liohayes
  • WpView
    Reads 496,957
  • WpVote
    Votes 27,709
  • WpPart
    Parts 34
Iris Jasmina. Dirinya dibenci ibu dan adik perempuannya tanpa sebab. Mungkin kerana pendidikannya tidak seperti adiknya, Puteri Qalisya yang bijak pandai. Namun di sebalik ketidakpandaiannya, Iris mampu berdikari sendiri. Keputusan Tan Sri Rahman untuk kahwinkan Puteri dengan pilihannya gagal saat Puteri bantah sekeras-kerasnya kerana dia masih punya dunia sendiri. Malah takut juga jika pilihan Tan Sri Rahman bukan seperti apa dia mahu. Kerana penolakan itu, Tan Sri Rahman mengutuskan untuk kahwinkah Iris dengan calon pilihannya. Mampukah Iris menolak? Apatah lagi bertemu dengan calon pilihan ayahnya yang ternyata... "Iffat. Dato' Iffat Hezryn. You can call me Iffat." Seorang Dato'?! Sukar untuk Iris percayai. Bagaimana pun, Iris dan Iffat menjalinkan hubungan suami isteri seperti biasa. Iffat yang tenang dan Iris yang lemah lembut. Adakah rumah tangga yang terbina kerana keluarga, akan bertahan sampai bila-bila? "Yes, she's nothing to you but she's my wife." -Dato' Iffat Hezryn.
C | Bawa Dia Kembali  by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 171,461
  • WpVote
    Votes 15,527
  • WpPart
    Parts 52
Bawa Dia Kembali by viepixxa Kehidupan seorang Nufa Eldarya yang serba mewah berubah setelah peristiwa buruk yang menimpanya. Dia kehilangan segalanya dalam sekelip mata. Sejak itu, dia mengalami kemurungan dan tiada semangat hidup dalam dirinya. Lalu dia bertemu dengan seorang doktor yang bernama Ken Rafael. Figura lelaki itu selalu ada setiap kali Nufa ingin menamatkan hidupnya. Semakin dia cuba menjauh, semakin lelaki itu mendekat seakan percaya mereka ditakdirkan bersama. "Saya tak layak untuk awak. Awak terlalu banyak kelebihan sedangkan saya..." - NUFA ELDARYA "Walaupun awak ada kekurangan, saya ada untuk lengkapkan hidup awak." - KEN RAFAEL Remuk hati Nufa apabila keluarganya sanggup membuangnya dengan cara menjodohkan dia dengan orang lain. Namun Ken selalu meyakinkan bahawa semua akan baik-baik saja. "Kahwin dengan saya. Saya akan jaga awak tanpa batas waktu." - KEN RAFAEL Dikala Nufa sudah mula belajar menerima takdir, badai melanda yang membuatkan hubungan mereka goyah. Salah seorang harus pergi jika ingin bahagia. Lalu apakah pengakhiran mereka? DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
𝗟𝗮𝗳𝗮𝘇𝗸𝗮𝗻 𝗖𝗶𝗻𝘁𝗮𝗸𝘂 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮𝗺𝘂 ( og ) by nnnrynn
nnnrynn
  • WpView
    Reads 6,436
  • WpVote
    Votes 229
  • WpPart
    Parts 11
' 𝐓𝐈𝐌𝐄𝐋𝐈𝐍𝐄 𝗦𝗧𝗔𝗥𝗧 : 1 Jan 2025 𝗘𝗡𝗗 : ' 𝐎𝐅𝐅𝐈𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐎𝐍𝐆 Bahagia Milik Kita - Syamel 𝗛𝗮𝗻𝗻𝗮𝗵 𝗔𝘂𝗹𝗶𝘆𝗮 - Satu-satunya anak perempuan kepada Encik Abdullah dan Puan Hafizah. Hannah menetap di bumi Arab untuk tempoh yang panjang demi menamatkan pengajiannya, dan kini kembali dengan penuh ilmu serta pengalaman. Dia seorang gadis lemah lembut, bertutur sopan, dan sentiasa menjaga tingkah laku. Kehadirannya dikenali dengan keperibadian yang menjaga batas dan penampilan berhijab yang sempurna, memancarkan aura sopan dan menenangkan setiap mata yang memandang. 𝗭𝗮𝗳𝗿𝗮𝗻 𝗔𝗹-𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 - Seorang anggota Tentera Darat Malaysia dari unit Gerak Khas, memegang pangkat Leftenan Komander pada usia 25 tahun. Zafran pernah mengharungi kisah cinta pahit bersama Amanda, yang berakhir dengan pengkhianatan beberapa hari sebelum pernikahan mereka. Tambahan lagi, Amanda pernah menghina kerjayanya sebagai seorang tentera. Sejak peristiwa itu, Zafran menyimpan rasa takut untuk membuka hatinya semula. Dia bimbang cintanya akan diterima, tetapi bukan dirinya yang sebenar sebagai seorang tentera. Hari demi hari, Zafran cuba menyingkirkan segala kenangan lama... sehinggalah takdir mempertemukannya dengan seorang gadis bernama Hannah Auliya. Pertemuan mereka berlaku di sebuah majlis ilmu. Pandangan mereka bertaut dalam diam, dan benih rasa yang sukar diungkap mula bersemi. Zafran yakin, Hannah adalah anugerah daripada Yang Maha Esa, satu hadiah yang hadir tepat pada masanya untuk mengisi ruang hati. "Ibu... kalau ibu tolong hantarkan rombongan merisik untuk orang, boleh?" -Zafran Al-Azhar Dari lubuk hatinya, Zafran sedar dia belum sepenuhnya bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Namun, dia juga percaya bahawa sesuatu yang baik tidak harus ditangguhkan. "Buktikan lafaz cinta awak terhadap saya." -Hannah Auliya
ZAFRAN'S: His Precious Belle (C) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 2,323,179
  • WpVote
    Votes 100,574
  • WpPart
    Parts 57
TENGKU ZAFRAN & IRENE ISABELLE START : 1 MARCH 2025 END : 7 JUNE 2025 The Grand Elite High School. Dua nama menjadi bualan para pelajar dan guru. TENGKU ZAFRAN ADHA. Pewaris TZ Security yang petah, genius, nakal dan tinggi egonya. IRENE ISABELLE. Pewaris Magical Musicworks berdarah campuran, cantik, bijak dan berprinsip tinggi. "So... you are Tengku Zafran? The second place?" -Irene "And you are... Irene Isabelle?" -Tengku Zafran Pertemuan mereka bukan kisah cinta pandang pertama, tetapi permulaan kepada satu perang kecil yang berpanjangan. Dua pelajar terhebat yang tidak pernah berhenti bersaing demi kedudukan nombor satu. Namun segalanya berubah apabila Irene tiba-tiba menghilang dua minggu sebelum SPM, selepas pemergian bapanya. Meninggalkan Tengku Zafran dalam tanda tanya yang tak pernah terjawab. 13 tahun kemudian, Irene kembali ke Malaysia... dan tanpa disangka, Tengku Zafran muncul semula dalam hidupnya. Bukan sebagai lawan lama, tetapi sebagai pengawal peribadinya. Irene menolak tapi lelaki itu mendekat. Niatnya jelas mahu melindungi Irene, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hanya disebabkan satu malam, semuanya musnah. Malam yang mengikat status mereka sebagai suami isteri dalam keadaan yang tak pernah mereka pilih. Irene terperangkap dalam trauma dan rasa hilang arah. Tengku Zafran pula dihimpit rasa bersalah, namun nekad untuk memperbaiki semuanya, walau tiada cinta antara mereka. "You ruined me, Zaf. Macam mana you nak expect I hidup dengan you?" -Irene "I know. And I don't deserve your forgiveness. But please Irene... let me spend the rest of my life trying to make things right. Even if it means giving up everything I have." -Tengku Zafran Tiada cinta. Hanya luka, janji dan ikatan. Mampukah dua jiwa yang pernah berlawan, akhirnya belajar untuk berdamai dalam satu ikatan? Dan mampukah cinta lahir... dari malam yang sepatutnya tak pernah berlaku?
OG || Mr OCD & Mrs Bimbo by stvrlightbear
stvrlightbear
  • WpView
    Reads 1,687
  • WpVote
    Votes 170
  • WpPart
    Parts 18
EMRIS ARDIAN & MELUNA NEERA "Hi, saya Mel. Selamat berkenalan" - Meluna "Maaf, saya dah cukup dosa untuk tambah dosa bersalaman dengan perempuan bukan mahram" - Emris (Sinopsis penuh di bahagian pertama) . . . All is by myself alone. Purely fictional. Do not compare this story with any other story. This is my own story and has nothing to do with other stories. If anything, it's just an accidental coincidence. If you don't like this storyline, you can stop immediately 🛑 No compulsion to keep reading. Please keep the positive vibes because I am also a normal human being💫 Happy reading readers🙈❤️ ⚠️cliche ⚠️sexy ⚠️18+ ⚠️uncensored ⚠️matured ⚠️love story ⚠️harsh words ⚠️more talking than action ⚠️fantasy > reality NO PLAGARISM ALLOWED❗️ READ AT YOUR OWN RISK❗️ NO HATE HERE❗️ Status: Ongoing Start: 27 Mac 2025 End: All right reserved @stvrlightbear
HIS : KAYLA JASMEEN by bungaummara
bungaummara
  • WpView
    Reads 989,865
  • WpVote
    Votes 40,123
  • WpPart
    Parts 59
Tengku Adrean Qays ~ He let her go once but now she's here again. He will prove that their story is far from over. Kayla Jasmeen ~ Her life was a battlefield of grief, yet she walked through it with quiet strength, planting hope where loss once reigned. Setelah beberapa tahun terpisah, hidup Kayla Jasmeen kembali huru hara apabila Tengku Adrean Qays muncul kembali. Bekerja di bawah Tengku Adrean adalah perkara paling terakhir dia mahu lakukan sekarang. Tapi apa yang dia perlu buat? "Awak masih tak berubah kan? Suka paksa orang?" - Kayla Jasmeen "Aku tak pernah berubah untuk orang yang aku sayang." - Tengku Adrean Qays Dari Tik Tok kini ke Wattpad, kita sama-sama baca kisah mereka ! Salam sayang, STILL