niyaebelyn's Reading List
6 stories
QAYDER : MR COLD by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 11,361,692
  • WpVote
    Votes 390,442
  • WpPart
    Parts 58
# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cuma mahu jadi dia dan impiannya cuma satu. Mahu menjadikan Airaa, gadis manis bertudung litup sebagai isteri. NAWRA ASYALAA pula seorang supermodel terkenal. Katanya dia punya bentuk tubuh yang lebih cantik dan curvy berbanding model biasa. Seksi. Kaya. Dilimpahi job modelling sentiasa. Orangnya diva yang amat. Satu peristiwa serangan ketika runaway untuk jenama butik paling mahal di Malaysia mempertemukan dia dengan seorang mamat kutub utara. Dingin dia negatif infiniti darjah celsius. Tapi malangnya, si hot Nawra Asyalaa terjatuh suka dengan si kutub utara, mamat ais tu. Asyalaa mula mencari dan terus mencari sehingga jumpa. Dan Nawra mula obses di akhirnya. "Boleh kita berkenalan?" -Asyalaa "Sorry. I hate orientation." -Qayder Wow. Jual mahal. I likey... Pelbagai cara Nawra cuba untuk pikat dan tundukkan polar bear dari kutub utara. Dari buat-buat dingin sama sehingga cubaan menggoda. Tapi tetap tak jalan. "Pakai seksi macam mat lampir berkemban. Fesyen apa ni mak cik?" -Qayder "F you!" -Asyalaa Oh. Polar bear dari kutub utara tu nak kahwin dengan Mira Filzah idaman hatinya. Okey. "Murah sangat ke harga diri kau?" -Qayder "I don't care because at last... you're mine." -Asyalaa Tapi hakikatnya... lelaki itu lebih berbahaya. Bukan hanya hot dan beku semata-mata. "Be careful with my temper. But watch out more for my tempting session as i won't make it easy on my prey." -Qayder. Okey. Okey mister 'tempter'. Saya pun sukakan cabaran.
Dalam Jagaan Devil [NOVEL] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 3,261,493
  • WpVote
    Votes 170,192
  • WpPart
    Parts 65
Top 1 [Amazing Romance Genre🏅] Top [ GOOD STORYLINE 🏅] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau duduk dengan syaitan, sudah semestinya dia akan membawa aku ke neraka." Kemunculan Rayden Hidayat dalam hidupnya membawa satu makna. Lelaki berdarah kacukan cina itu dilahirkan daripada keluarga kongsi gelap. Dia tidak menyangka perwatakan Rayden yang agak dingin dan serius dapat membawanya keluar daripada dunia suaminya. Setahun perkahwinan Hana dan Ziat telah didirikan. Namun ia runtuh kerana nafsu duit. Ziat sanggup menjual isterinya kepada sesiapa sahaja yang membayarnya dengan wang tunai yang banyak. Sejak kehadiran Rayden sebagai pelanggan, dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila setiap malam lelaki yang sama bakal menempah isterinya. "Saya takkan lari daripada sini. Syurga saya dibawah telapak kaki suami saya."-Hana. "Itu bukan syurga tapi neraka. Just choose one, follow me or continue to satiate the devil's appetite."-Rayden Namun kehadiran Rayden dalam hidup Hana bukanlah satu maksud yang sia-sia. Dia datang dengan hajat tiga tahun yang lalu. Dia muncul sebagai memori pahit Hana yang sudah lama dilupakan. Siapa Rayden? Bagaimana aku boleh lupa tentang orang yang paling penting dalam hidup aku? "Ikut aku balik Hana!" -Rayden Hidayat "Aku suami kau yang sah Hana. Kalau kau lebih pilih bekas suami kau yang dah murtad, kau berdosa besar. Tiada ciuman syurga bagi kau Hana. Datang pada aku sekarang!" -Ziat Mana yang harus aku pilih? Dalam jagaan siapa yang lebih selamat untuk aku menetap? "Cinta boleh buat kita ingat semuanya tapi cinta juga boleh buat kita lupa yang Maha Esa. Cinta memang kejam!"- Rayden Hidayat
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 2,524,487
  • WpVote
    Votes 140,131
  • WpPart
    Parts 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.
AFFAN_ADRA | In Editing by MissHumairah27
MissHumairah27
  • WpView
    Reads 653,488
  • WpVote
    Votes 25,129
  • WpPart
    Parts 94
Affan Adry x Afaf Adra 'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis bertubuh berisi, berpenampilan sederhana, dan penuh rasa rendah diri. Gummy smile-nya manis, tapi baginya tak cukup untuk menarik perhatian sesiapa. Jauh di sudut hati, dia menyimpan rasa pada seorang lelaki. Barista di kafe kegemarannya. Tapi dia tahu, lelaki sebaik itu mustahil untuk dimiliki. Hanya diari menjadi tempat untuk dia meluah. 'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.' 'Fii Amanillah the guy I odore the most' Affan Adry bin Mohd Fathi. Berkulit hitam manis, pemilik kafe yang sentiasa tenang dan berprinsip. Dalam diam, dia memerhati gadis itu dan mula menyimpan perasaan pada gadis itu. Di saat dia yakin untuk melamar, takdir menguji mereka dengan perpisahan yang menyakitkan. 'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa) Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula. 'Fi hifzillah fi amanillah' - saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA, Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa] Sebuah kisah tentang cinta yang dipendam dalam diam. Diungkap dalam doa dan diuji oleh takdir. Bertahun berlalu dan mereka sedar bahawa, cinta yang sebenar bukan milik kita, ianya amanah dari Allah.
Ziyad Hayder ✔️ by _EISHA
_EISHA
  • WpView
    Reads 1,344,963
  • WpVote
    Votes 98,689
  • WpPart
    Parts 73
COMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripada bekas tunang dia. Kali kedua berjumpa, kena marah sebab terlanggar dia di lapangan terbang! ❝I dah terlanggar encik dan I dah minta maaf. Encik kenapa nak marah-marah I pula?❞ - Sarah Sofea Tidak Sarah sangka rupa-rupanya 'Mamat Kerek' yang Sarah tak suka itu merupakan abang kepada sahabat dia. Entah, mungkin ini merupakan pakej 'two-in-one'. Mahukan ayah, anak sekali dapat. ❝Abang kau duda?❞- Sarah Sofea ❝Yes duda... hot kan? Hm...❞- Tuan Zayra Hayder Tak dapat dinafikan, sejak-sejak Ziyad menjadi seorang lelaki yang bergelar 'single daddy' ini, aura dia lain macam! ❝Do not hate me too much little girl.❞ - Ziyad Hayder ❝Selisih malaikat 44!❞ - Sarah Sofea Jika sudah dinamakan jodoh, benci mana sekalipun, tetap akan ditakdirkan bersama! ❝Then let's make it halal.❞- Ziyad Hayder Ziyad dan Sarah secara tiba-tiba menjalinkan ikatan cinta. Semuanya berlaku tersangatlah tiba-tiba dan tidak disangka oleh kedua-dua belah pihak. Namun begitu, mereka bahagia sehinggalah... Covid-19. Jodoh, Ajal dan Maut semuanya di tangan Tuhan. Siapa kita hendak menentukan? Mereka sudah berpisah. Banyak sudah air mata yang mengalir kerana perpisahan yang tidak diinginkan. Namun, nama mereka berdua sudah tertulis di luh mahfuz. Berpisah macam mana sekalipun, pasti akan dipertemukan semula kerana takdir dan jodoh. ❝Assalamualaikum isteri...❞ - Ziyad Hayder ❝Aku tak suka lihat mereka bahagia.❞ ❝Sarah takut, abang.❞ - Sarah Sofea Mampukah mereka untuk mengharungi cabaran setelah mereka menjalinkan hubungan yang halal? All Rights Reserved ©_EISHA START : 9 OCTOBER 2021 END : 22 JUNE 2024 ©2021
INARA : His Eternal Love [TERBIT] by irenicmia
irenicmia
  • WpView
    Reads 6,821,002
  • WpVote
    Votes 91,459
  • WpPart
    Parts 17
[COMPLETE] [TERBIT] 1st romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH RUMAH PENERBITAN IDEA KREATIF Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harinya yang ceria kini berubah menjadi semakin berwarna apabila dia dipertemukan dengan lelaki dingin bernama Adrian Khalaf. Peribadi lelaki itu cukup membuatkan hatinya meronta-ronta ingin memiliki lelaki tersebut. "Miss whatever your name is, can you please leave me alone?" -ADRIAN KHALAF Pertemuan pertama mereka cukup membuatkan Adrian rimas dengan perangai si tipikal diva itu. Bagi Adrian, Inara bukanlah seseorang yang layak untuk berdamping dengannya. Perangai wanita itu tidak ubah seperti perigi mencari timba. Namun siapakah dia untuk melawan takdir? Setiap kali dia menidakkan perasaan yang menjentik tangkal hati itu, setiap kali itu jugalah dia mula berasa bingung dengan perasaannya. Dia keliru. Perasaan yang tidak pernah dirasakan olehnya. Dan sehinggalah satu peristiwa berlaku menyebabkan sisi lainnya hadir. Janjinya, Inara akan dijaga dengan sepenuh hati. Itu janjinya. Warning : Some people might love this story and found it cute, but some people will also say this story is so cringe. This is my first attempt in writings so please, cut me some slack. Thank you! ⚠️please note that this story is so cringey ⚠️extremely cliche ⚠️cringe ⚠️sexy storyline ⚠️no censored⚠️ highest ranking - ✿ 1st in #romance ✿ 1st in #novel ✿ 1st in #cinta ✿ 1st in #comedy ✿ 1st in #love ✿ 1st in #romantik ✿ 1st in #melayu