ARMY
23 stories
Cinta Hati Raid Mateen by AISHSUHAIMI
AISHSUHAIMI
  • WpView
    Reads 122,143
  • WpVote
    Votes 3,784
  • WpPart
    Parts 75
Di usianya yang masih awal, dia sudah bergelar tunangan orang. Namun, hanya untuk beberapa ketika. Dia diputuskan tanpa dia tahu yang dia sudah diputuskan. Kecurangan seorang lelaki bersama sahabatnya memberi kesan kepada hatinya. Ain Nadhirah, pilihannya. Aku terima dan aku reda. Dia bukan untuk aku. "Saya nak awak tahu, saya mencintai awak seorang saja, Aisy Afiya. Sayang tunggu ye. Habis training kita kahwin." - Amar Zuhal. Janji yang hanya tinggal janji. **** Namun, perginya dia bukan bermakna hatinya tidak layak dimiliki lelaki lain. Raid Mateen, seorang Kapten. Raid Mateen yang mulanya hanya seorang pendengar kepada Aisy Afiya mahukan hubungan yang lebih mesra. "Raid Mateen, bukanlah seorang yang sempurna. Tapi, dia akan cuba jadi sempurna untuk bidadari yang ditakdirkan untuknya." -Raid Mateen "Maksud Tuan Raid? Tuan Raid nak promot diri sendiri ke ni?" -Aisy Afiya "Macam tu lah lebih kurang. Cik Aisy berminat?" -Raid Mateen. Biarpun begitu, umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Sekali lagi, lelaki yang dicintainya pergi menghilang membuatkan hatinya sukar menerima lelaki lagi melainkan pilihan keluarganya. Iya, pilihan keluarga. Tetapi siapa je tahu jodoh yang tertulis, dia kembali. "Saya minta maaf. Saya tak ada niat untuk tinggalkan Cik Aisy. Saya minta sangat Cik Aisy percayakan saya. Percayakan keikhlasan saya untuk menghalalkan Cik Aisy." "Saya janji akan mencintai Cik Aisy sampai saya mati." Dalam mencari kebahagiaan, dugaan demi dugaan yang datang. Mampukah mereka menghadapinya dengan tenang? Akankah berkekalan mahligai yang dibina? Masih adakah peluang untuk Aisy Afiya merasakan kebahagiaan?
ZARITH'S: HER COMMANDO [C] by sdaniella___
sdaniella___
  • WpView
    Reads 1,118,179
  • WpVote
    Votes 46,704
  • WpPart
    Parts 82
Aiman Zarith x Aufyaa Imani [𓂀 ʙʟᴀᴄᴋ ᴅᴇᴍᴏɴ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ɪɪ 𓂀] ‼️WARNING‼️ - Might contain sensitive issues. Read on your own risks. Sinopsis: Aiman Zarith merupakan seorang anggota pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai VAT69. Serbuan yang dilakukan oleh pasukan yang diketuai Zarith enam tahun lalu di sebuah rumah pelacuran milik sebuah kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Venom telah menjadi titik pertemuan Zarith dan seorang gadis bersama seorang bayi perempuan. "Kau bawa anak kau ke tempat macam ni? Untuk apa? Untuk tengok aksi kau dengan jantan dalam bilik ni?" - Aiman Zarith Aufyaa Imani merupakan seorang gadis biasa yang lahir dari sebuah keluarga yang cukup harmoni. Kematian ibunya akibat kanser mengubah seorang ayah penyayang menjadi bengis, kaki pukul, kaki judi dan kaki minum. Kejadian satu malam yang mencambah kebencian dalam hati Aufyaa terhadap si ayah sehingga dia tidak lagi memerlukan sosok seorang ayah dalam hidupnya. "Aku tahu pandangan orang macam kau pada golongan lorong macam kami. Tapi kau langsung tak ada hak untuk menghina, terutama sekali anak haram yang kau sebut tu." - Aufyaa Imani Sepanjang enam tahun selepas serbuan di rumah pelacuran dan bubarnya Venom, Aufyaa menghabiskan waktunya mencari rezeki untuk menyara diri dan bayi yang dijaga. Sehinggalah takdir menemukan semula Zarith dan Aufyaa selepas enam tahun membawa haluan masing-masing. Takdir apa yang sudah tertulis untuk mereka sehingga mereka dipertemukan semula? Start: 11 MAY 2024 End: 24 MAY 2025
Hud Hudzaifah [OG] by maleekaa
maleekaa
  • WpView
    Reads 5,186
  • WpVote
    Votes 454
  • WpPart
    Parts 14
Sipnosis: Pernah dengar tentang cinta pandang pertama? Itulah yang dirasakan Adella Catalina tatkala pertama kali berjumpa lelaki pujaannya, Leftenan Hud Hudzaifah. Hanya mendengar namanya saja, Adella sudah rasa berdebar tidak keruan. Setiap hari, setiap jam, gadis itu tak putus-putus mahu menarik perhatian lelaki itu. "Hud, awak rasa tak bumi ni bergoncang? Sebab hati saya rasa bergoncang bila ada dekat dengan awak!"-ADELLA CATALINA "Kau bukan hati bergoncang. Kau tu otak yang bergoncang. Bukan setakat bergoncang, dah jadi gempa bumi kut dalam otak kau. Itu yang tak betul."-HUD HUDZAIFAH Bermacam cara dicuba Adella untuk memikat hati Hud. Tapi gadis itu tak kenal istilah putus asa. Kalau dia mahu, dia tetap akan cuba. "Hud, saya ada buat nasi goreng untuk awak."-ADELLA CATALINA "Puih! Kau letak secubit garam ke kau letak satu bekas terus? Masin sangat ni, boleh kena darah tinggi aku."-HUD HUDZAIFAH Bahagia mereka terasa manis, namun tidak lama. Datang pula ujian yang melanda, menguji kesetiaan dan kepercayaan. Kadang manusia tak lari dari sifat dengki, dan pengkhianatan boleh muncul dari arah yang tidak disangka. "Aku tak tahu kau boleh jadi racun untuk aku. Kenapa kau buat aku macam ni?"-ADELLA CATALINA "Aku minta maaf."-? Tanpa diduga, keputusan yang dibuat oleh si 'dia' bakal menggoncang hidup Adella. Apakah keputusan itu? Mengapa 'dia' sanggup meruntuhkan kebahagiaan yang baru mula dirasa? ⚠️ Maafkan saya kalau tatabahasa semua tu teruk. Saya baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Minta maaf juga kalau cerita ini agak membosankan. Terima kasih kalau korang sudi singgah cerita yg cringe ni. Apa-apapun, happy reading 💞
Bunga Abadi [TERBIT]  by itsnicaaaaaa_
itsnicaaaaaa_
  • WpView
    Reads 285,893
  • WpVote
    Votes 6,670
  • WpPart
    Parts 22
Althaf Dailami - Seorang anggota PASKAU yang bernaung di bawah TUDM. Tegas dan komited dalam melaksanakan tugas. Siapa sangka, tugasnya menyebabkan dia kehilangan kekasih hati kerana kesibukan bekerja. "Salah aku sebab memetik bunga abadi yang bernama Arina Kaisara ni di taman orang lain." -Althaf Dailami Kekecewaan yang dirasainya menyebabkan Althaf nekad menerima pilihan hati ibunya. Namun, pinangannya ditolak oleh wanita itu. Dia tidak kecewa, tetapi hanya menerima hakikat bahawa cinta mungkin bukan miliknya. Anggun Laura - Seorang akauntan yang bekerja di bawah firma swasta. Telus dalam menjalankan tugas. Seorang gadis yang ayu dan ceria, mampu membuatkan sesiapa sahaja yang melihat terpesona. Di sebalik wajah ceria itu, menyimpan seribu satu sejarah hitam. Pengkhianatan kekal dalam ingatan membuatkan dia trauma untuk mengenali lelaki. "How could you..." -Anggun Laura Pertemuan secara tidak sengajanya dengan Althaf Dailami seakan memberi sinar harapan baru untuknya dan juga Althaf. Perkenalan yang singkat membawa kepada satu ikatan yang sah. "Anggun sudi tak jadi isteri Althaf?" -Althaf Dailami Saat bahagia mula dikecapi, masa lalu mula muncul kembali, meragut bahagia yang baru sahaja dibina. Akankah Anggun Laura menjadi bunga abadi milik Althaf? Benarkah cinta itu sebenarnya memang milik mereka? Start : Feb 24, 2025. End : June 15, 2025.
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,942,693
  • WpVote
    Votes 2,002
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
TUAH DHIZWAR : BORN TO BE A LEGEND by CINTA_MELUR
CINTA_MELUR
  • WpView
    Reads 63,793
  • WpVote
    Votes 151
  • WpPart
    Parts 4
UNEDITED Karya ini adalah fiksyen semata-mata. Nama, watak, tempat, pasukan atau kejadian yang dirujuk seperti VAT69, PDRM, atau lain-lain hanya digunakan sebagai latar rekaan. Sebarang persamaan dengan individu atau kejadian sebenar adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. P/s : Watak adalah berlapis, baca ikut urutan. First story
The Silent Killer by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 3,636,965
  • WpVote
    Votes 165,705
  • WpPart
    Parts 64
Ini tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!
Bunga Untuk Leftenan (COMPLETED) by humairaamaulana
humairaamaulana
  • WpView
    Reads 262,634
  • WpVote
    Votes 11,172
  • WpPart
    Parts 44
Leftenan Hud Azim × Bunga Sofea --- "Bunga itu bukan sekadar namanya, tapi sumber kekuatan untuk seorang perwira." ALERT 🚨 !!! BAHASA BELUM DIPERKEMASKAN DAN DIHALUSI.
Kau Yang Ku Nanti (COMPLETED) by humairaamaulana
humairaamaulana
  • WpView
    Reads 137,200
  • WpVote
    Votes 5,611
  • WpPart
    Parts 69
Leftenan komander Shafiq Ilham x Imaya Adelina "Penantian itu bermakna jika dia pengakhirannya." - + Sequel Bunga Untuk Leftenan ATTENTION - Sebelum baca cerita ni, pastikan khatam cerita Bunga Untuk Leftenan dahulu.