𝐤𝐞𝐬𝐮𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐢𝐦𝐚𝐧 💋
12 stories
If Tomorrow Was Yesterday by riesyaw
riesyaw
  • WpView
    Reads 730
  • WpVote
    Votes 197
  • WpPart
    Parts 1
She counted on tomorrow. He was counting down his final days. Bagi Kasih Sahara, empat bulan menganggur selepas menggenggam Diploma Kejururawatan adalah satu tamparan realiti yang cukup perit. Di saat dia hampir berputus asa, sebuah peluang hadir dalam rupa sebuah kad perniagaan premium. Tugasnya mudah: menjadi private caregiver dan peneman kepada anak seorang peguam korporat kaya di Bukit Tunku. ​Dalam kepalanya, Sahara sudah bersedia untuk menghadap seorang pesakit kronik yang tipikal-kurus, cengkur, dan meratapi takdir. Namun, pertemuan pertama di patio rumah banglo itu mematikan segala prasangka. ​Firdaus Luthfi kelihatan terlalu biasa. Dia tenang, suka mengusik, dan memiliki sepasang mata yang sarat dengan kedamaian. Malah, dia meletakkan satu syarat pelik untuk meluluskan temuduga Sahara: gadis itu harus menjadi pengulas tak bertauliah untuk lakaran-lakaran misterinya. ​Hari berganti hari, rutin harian menyatukan dua jiwa ini dalam sebuah keserasian yang tidak dijangka. Di sebalik bebelan tegas Sahara dan usikan bersahaja Luthfi, ada rasa yang mula bercambah dalam diam. Ada debaran yang sengaja dikunci rapat daripada ulas bibir masing-masing. ​Sahara memilih untuk membisu, kerana dia percaya hari esok masih panjang untuk sebuah luahan. Luthfi memilih untuk menelan rasa, kerana dia tahu dia tidak punya hak untuk menjanjikan masa hadapan. ​Ketika Sahara akhirnya menyedari getaran halus pada jemari Luthfi dan kesan lebam yang cuba disembunyikan lelaki itu bukan sekadar kesan kelumpuhan biasa, jam waktu sudah berada di saat-saat akhir. ​Mampukah Sahara menerima hakikat bahawa tugasnya kali ini bukan untuk menyembuhkan, tetapi untuk menemani sebuah perjalanan pulang? Dan di sebalik berpuluh keping potret rahsia yang ditinggalkan, sempatkah sekeping hati yang ralat ini mempelajari erti melepaskan dengan sebuah senyuman? ©AYRIESYSYUHADA2026 Firdaus Luthfi & Kasih Sahara
ARUNIKA: KITA & WAKTU  by nathpages
nathpages
  • WpView
    Reads 1,678
  • WpVote
    Votes 559
  • WpPart
    Parts 8
"Tidak ada yang indah selain pertemuan langit dan senja." Pertemuan mereka tidaklah seistimewa mana, hanya dengan babak klise menjadi titik silang takdir mereka. Langit yang keras kepala, dan Senja yang tak mahu mengalah. Setiap hari ada saja pertelingkahan mereka sebagai bos dan pekerja. "Perempuan jenis apa kau ni!? Takkan buat air pun tak reti!?" Langit Baskara, si diktator yang membuatkan hidup Senja tak aman sejak hari pertama bekerja. Tuturnya sentiasa kasar disertai bersama wajah bengisnya. Kata senja, Langit tak ubah seperti singa jadian. "Encik ni hari-hari marah, tak penat ke? Mak saya kata orang selalu marah ni pendek umur." Senja Ayyara, si cantik molek yang sentiasa ceria. Mulutnya lancang menjawab setiap kali bertikam lidah dengan Langit. Bertemu dengan Langit bagaikan mimpi ngeri baginya. Tiada hari yang berlalu tanpa pergaduhan mereka. Kata orang, nama mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Langit dan Senja, mungkin ianya salah satu definisi untuk indah. Indah. Indah pada nama, namun tidak untuk takdir cinta mereka. Tatkala hati sudah bertaut, satu rahsia terbongkar yang memaksa kedua mereka menjauh. Keduanya memilih untuk pergi, membiarkan waktu menentukan segalanya. Dan pada akhirnya, waktu tidak dapat mengubah apa-apa, melainkan memberi luka yang paling dalam untuk Langit dan Senja. Luka yang takkan sembuh walau dengan waktu. Cover by @pplyoumayknow ALL RIGHT RESERVED COPYRIGHT 2023 ©aireenatasha
Langit Vanilla  by pplyoumayknow
pplyoumayknow
  • WpView
    Reads 859
  • WpVote
    Votes 319
  • WpPart
    Parts 14
"Sometimes home is a person." She carries a love that fell apart, A heavy mind, a wounded heart, Seeking a quiet place to hide, To wash away the pain inside. He meets her with a teasing smile, Making her forget her grief awhile, Though younger by a year or two, His steady spirit pulls her through. No longer trapped in yesterday's pain, Beside his calm, she smiles again. Copyright 2026 ALL RIGHTS RESERVED
AKSARA: KITA & SEMESTA by nathpages
nathpages
  • WpView
    Reads 960
  • WpVote
    Votes 567
  • WpPart
    Parts 12
"Semesta suka bercanda hal-hal yang tidak lucu." Dia hanyalah jiwa yang tersesat di celah-celah takdir, hidup dalam tubuh yang masih bernafas namun hati yang telah lama mati. Sara Cempaka berjalan melalui hari-harinya seperti bayang yang tidak benar-benar wujud-ada, tetapi kosong. Tidak ada hari yang berlalu tanpa dia memikirkan niat ingin mati. Sehinggalah dia bertemu Aksa, seorang barista di kafe kecil di hadapan pejabatnya. Lelaki yang datang seperti cahaya senja yang tidak diundang, tenang, hangat, namun terlalu terang untuk dunia Sara yang telah lama gelap. "Manusia jarang sedar yang mereka tak selalu perlu buat semuanya seorang diri." Seperti ombak yang berulang kali menyentuh pantai walaupun tahu akan ditarik kembali ke laut, Aksa terus hadir dalam hidup Sara. Perlahan-lahan meretakkan sunyi yang selama ini dia bina, memaksa hatinya yang mati untuk kembali merasa sesuatu yang telah lama hilang. "You know, people always say things like... I would die for you. But no, Cik Sara, I will live for you. So please, please, I'm begging you, please don't give up. Please don't lose the battle. Please watch me live for you." Dan di antara kopi yang semakin sejuk dan senyuman yang tidak pernah diminta, Sara mula sedar yang kadangkala, semesta mempertemukan dua manusia bukan untuk dimiliki, tetapi untuk mengubah arah hidup satu sama lain. Cover by @pplyoumayknow Content Warning: This story is written for mature readers. It carries heavy themes of depression and suicide. Please read with care.
DISPARITY  by marevoilia
marevoilia
  • WpView
    Reads 459
  • WpVote
    Votes 177
  • WpPart
    Parts 5
Disparity (n.) a great difference or gap between two things, especially when it's unfair or notable. Aku jatuh cinta pada lelaki yang bersifat langit. Dia di atas, aku di bawah. Dua darjat yang tak pernah dijanjikan bertemu. Dia menggenggam salib, aku menadah tasbih. Dua iman, satu perasaan yang tak tahu ke mana harus pulang. Aku tahu, mencintainya adalah kesilapan. Tapi bagaimana bumi belajar membenci langit sedangkan hujan pun turun darinya? Cover by @pplyoumayknow
YN: Yunus & Nura by hazzaara
hazzaara
  • WpView
    Reads 339
  • WpVote
    Votes 56
  • WpPart
    Parts 10
"Muka saya macam muka orang jahat ke?" Dan selepas itu, bermulalah kisah dua orang manusia yang dimulai dengan Yunus yang disalah anggap dan Nura yang tersalah sangka. cover cantik letop kebabom, daripada @pplyoumayknow
Beautiful Lies  by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 11,981,624
  • WpVote
    Votes 485,924
  • WpPart
    Parts 84
Satu pertaruhan, dua jiwa. Di antara Aiden dan Melissa, siapa dulu yang bakal kecundang?
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,629,255
  • WpVote
    Votes 258,617
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
Takdir Dia by nurinnzulkifli
nurinnzulkifli
  • WpView
    Reads 363,678
  • WpVote
    Votes 12,045
  • WpPart
    Parts 82
Aisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang ramai. Tambah pula dengan harga yang murah! Pertemuan dengan Irfan Fakhri, anak bongsu Datin Fatiha yang merupakan salah seorang wanita tersohor yang menempah keknya, membuat hatinya jadi tak keruan. Jika mahu dibandingkan Fakhri dengan abangnya, Farhan, memang seperti langit dan bumi. Farhan beku, dingin. Fakhri pula baik dan sopan, bukan macam abangnya! Insiden yang 'hampir sama' menemukan Aisy dan Farhan, begitu jua menemukan Aisy dan Fakhri. "Weh, kau buta ke apa? Tak nampak aku tengah reverse kereta?" - Izz Farhan "Sorry, saya betul-betul tak sengaja! Awak okay?" - Irfan Fakhri Baik betul Fakhri, Aisy yang bersalah tapi dia pula yang minta maaf. Jatuh hati? Aisy keliru dengan perasannya. Kenapa semudah itu hatinya terbuka untuk mencintai lelaki? Selama ini, hatinya itu dibiarkan saja kosong tanpa penghuni. "Ri tak sayang Aisy. Kalau tak sayang, macam mana nak kahwin?" - Irfan Fakhri Rupanya dalam diam, Fakhri menyimpan rasa terhadap Fiya, tunang abangnya. Aisy pula bertepuk sebelah tangan dalam menyimpan rasa. Kecewa? Tidaklah sampai begitu sekali. Aisy percaya, apa yang digariskan oleh Tuhan itu baik-baik belaka. Siapa sangka, Aisy bertemu jodoh dengan Farhan. Namun, bahagia memang jauh dari sangkaannya. Farhan masih menyimpan hati terhadap Fiya. Dalam hatinya cuma Fiya, Fiya dan Fiya. Walaupun Fiya sudah menjadi adik iparnya sendiri. Ya, Fiya disatukan dengan Fakhri. "Kau jangan ingat kau dah menang." - Izz Farhan "Terima jelah kau tak ada jodoh dengan Fiya." - Irfan Fakhri Mampukah Farhan menerima kenyataan itu? Aisy pula, bahagiakah dia saat terasa dirinya semakin terpinggir? Mampukah dia bertahan ketika diuji buat kesekian kalinya?
Psiko [SUDAH TERBIT] by ordinary_girl98
ordinary_girl98
  • WpView
    Reads 201,278
  • WpVote
    Votes 5,217
  • WpPart
    Parts 14
Aku agak terkejut apabila ais krim sundae kegemaranku turut dihidang di atas meja. Sekali lagi Asyraf peka dengan apa yang aku suka. "Kalau suatu hari nanti kau jumpa orang yang kau suka.Aku nak kau jangan lupakan satu perkara." Asyraf bersuara kembali. "Apa dia?" "Jauh mana pun kau pergi, kau masih 'rama-rama' aku Mar. Dan aku akan pastikan hanya aku yang boleh patahkan sayap kau.Ingat tu." Asyraf melentokkan kepalanya di atas tapak tangan. Wajahnya yang sedikit senget dihiasi senyuman manis ketika mengutarakan ayat itu.Nada Asyraf mempunyai obsesi yang mendalam. ... Tiada apa yang luar biasa dalam hidup Mar kecuali dia dan ibunya menetap di kediaman rumah agam datuk Adam apabila ibunya bekerja di rumah itu sebagai pembantu rumah tetap sejak Mar kecil lagi.Kebetulan pula, datuk Adam dan datin Auni mempunyai seorang anak lelaki bernama Asyraf.Mereka membesar bersama di dalam rumah itu membuatkan Mar tidak ketinggalan untuk mengetahui bahawa Asyraf merupakan seorang penghidap Psychopath. Namun, keadaan menjadi pelik apabila Asyraf mencecah umur 21 tahun.Perangainya kelihatan licik dan segala tingkahnya mempunyai maksud tersirat sehinggalah terungkai apabila Mar mengetahui bahawa Asyraf cuba membunuh ayahnya sendiri iaitu datuk Adam. ... "Dan bila aku sedar je, perasaan ni membesar dan aku menjadi tamak.Aku tamak sebab aku nak sentuh kau.Aku tamak sebab aku nak diri kau.Jadi Mar beritahu aku..." Asyraf mendekatkan wajah kami dan memandang tepat kedalam anak mataku. "Perasaan apa yang aku rasakan sekarang?" Soalnya serius membuatkan jantungku tidak berhenti berdegup kencang.Aku membalas renungannya dengan lidah terkelu.