Liyanaqilah14's Reading List
14 stories
HATI AKU MILIK DIA (C) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 815,453
  • WpVote
    Votes 25,054
  • WpPart
    Parts 44
Ean Zafran doktor pakar bedah di minta segera berkahwin gara-gara satu salah faham. Bagaimana dia mahu berkahwin kalau tiada calon isteri. Tanpa diduga seorang pakcik merisiknya untuk anak perempuannya. Untuk menguji keikhlasan, pekerjaan yang sebenar dirahsiakan. Lily Ayana pelajar universiti telah meminta ayahnya mencarikan dia seorang suami jika ayahnya itu takut dia tidak pandai menjaga maruah diri. Semua ini kerana satu fitnah menyebabkan dia membuat keputusan itu. Bertunang dengan seseorang yang misteri hanya tahu lelaki itu bekerja sebagai 'Pemotong daging' membuatkan Lily Ayana gelisah apabila hari pernikahan itu tiba. Namun pertama kali melihat lelaki itu pada hari pernikahan Lily Ayana jatuh cinta ❤. Pelahan-lahan segala rahsia mula terbongkar. Lily Ayana dan Ean Zafran bahagia bersama, sikap romantik dan penyabar lelaki yang bernama Ean Zafran membuatkan Lily Ayana semakin hari semakin mencintai lelaki itu. Namun dugaan besar datang menimpa mereka, apabila ibu mentua yang menjadi punca utama. Tidak mahu Ean Zafran di gelar anak derhaka, Lily Ayana membawa diri, biarlah hatinya yang terluka asalkan Ean Zafran tidak menanggung dosa besar. Bagi Ean Zafran, hatinya hanya di miliki oleh Lily Ayana. Walaupun beribu batu gadis itu membawa diri, hatinya akan setia mencintai isterinya sehingga akhir hayatnya. ⚠️SORRY TYPO AND TATABAHASA TERABUR
AKU MEMILIH DIA (C) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 1,236,609
  • WpVote
    Votes 39,701
  • WpPart
    Parts 50
Qaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' kurang di senangi, pada pendapat bapa Aisha Nafisa seorang pemburu tidak akan mampu memberi anak mereka kesenangan. Qaf Yusuff redha, dia membawa diri ke sebuah bandar besar. Pertemuan Qaf Yusuff dengan seorang jutawan Tan Sri Abdul Fattah telah mengubah segalanya apabila lelaki itu melamar dia untuk anak gadisnya. Qaf Yusuff menolak kerana dia berasa tidak layak menjadi menantu seorang jutawan.Bagi Tan Sri Abdul Fattah, dia tidak kisah tentang pekerjaan Qaf Yusuff kerana dia lebih melihat pada keperibadian berbanding harta benda. Pertemuan kali pertama dengan anak tunggal Tan Sri Abdul Fattah telah mengubah keputusan Qaf Yusuff. Sekeras mana pun Ayfa Zuelaikha menolak untuk di satukan dengan pemburu sesat itu, jika sudah tertulis itu jodohnya pasti akan bersatu jua. Saat tahu nama sebenar Qaf, Ayfa Zuelaikha jatuh cinta kerana baginya nama itu telah mencuri hatinya. Namun, saat bahagia mula menjelma kebahagiaan mereka di uji dengan dasyat. Satu peristiwa buruk telah menimpa Ayfa Zuelaikha sehingga menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan. Adakah Qaf Yusuff akan setia saat mengetahui isterinya kini seorang pesakit mental? Adakah perkahwinan mereka akan terus bertahan sehingga akhirnya? ⚠️ Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo
SAAT CINTA TERCIPTA (C) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 1,349,573
  • WpVote
    Votes 34,338
  • WpPart
    Parts 45
Percutian di sebuah Pulau meninggalkan kenangan pahit apabila Luis Esqandar di tangkap basah dengan seorang gadis yang dia tidak kenal identitinya. Mereka di paksa menikah dengan segera, jika tidak aib mereka akan disebarkan kepada umum. "Apa la malang, esok nak pergi sambung belajar hari ni kena berkahwin dengan makhluk asing daripada planet mana entah, lepas tu kena halau dengan abah." - Enees Hejira "Kau panggil aku makhluk asing? Kau yang masuk ke dalam bilik aku sampai ke kita kena tangkap basah sepatutnya aku yang panggil kau tu makhluk asing." - Luis Esqandar Selepas pertengkaran di jeti, mereka membuat haluan masing-masing. Beberapa tahun berlalu mereka ditemukan semula. "Kenapa kau tiba-tiba muncul kau nak apa daripada aku?" Luis Esqandar "Ceraikan saya." - Enees Hejira "Kau ingat aku senang-senang ke aku nak melepaskan orang yang telah memalukan aku?" Luis Esqandar "Encik Es dapat malu, saya ni kena halau dengan abah dan terikat dengan status isteri Encik Es, sedangkan Encik Es bahagia dengan tunang tersayang." Enees Hejira Apabila mereka bertemu pasti ada saja yang menjadi isu untuk mereka bertengkar tetapi bila jauh hati masing-masing merindu. Hubungan mula akrab apabila Luis Esqandar memerlukan Enees Hejira untuk mencari adiknya yang hilang sejak bayi. "Bukan ke seorang isteri tu perlu sentiasa berada di sisi suaminya?" Enees Hejira "Aku tak perlukan kau di sisi aku." Luis Esqandar Mulut kata benci, hati kata rindu. Rindu yang sukar diungkapkan. ⚠️Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo
KESAYANGAN MR'S HACKER (C) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 679,875
  • WpVote
    Votes 27,617
  • WpPart
    Parts 45
STORY TERAWAL SORRY KALAU TATABAHASA AND ADA TYPO🌸🌸🌸 Sekian lama mereka tidak bertemu akhirnya mereka ditemukan semula dengan misi yang sama. "Aku sudah lama meninggalkan zaman hacker tu" - Irdina "Sampai hati ke kau nak tengok aku bankrupt?" Tengku Cash Marqeen "Yela.. Aku tolong first dan last. Selepas ini aku tak nak tolong kau lagi." Irdina Waktu pernikahan hampir tiba namun pengantin perempuan tidak munculkan diri. Akhirnya pesanan duka di terima, si pengantin ingin menarik diri pada saat akhir. "Why me? Adik tak nak kahwin abi. Adik tak nak." Irdina "Because you mylovely daughter. Please.. demi menjaga maruah mereka, terima lamaran ini." - Pak Ismail. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Tengku Cash Marqeen dan Irdina disatukan. Jika bertemu pasti mereka akan bertikam lidah dan mencari kesalahan antara mereka. Mampukah mereka mencipta cinta bersama dengan hubungan yang sedingin salju?
ISANARRA (C) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 1,558,092
  • WpVote
    Votes 47,660
  • WpPart
    Parts 46
(Kapten Airforce X Cik Pensyarah) KAPTEN TENGKU ISA ETHAN & ULYA INARRA ‼️ cerita ini rekaan semata-mata ‼️ idea saya sendiri ‼️ tiada kena mengena yang hidup dan meninggal dunia ‼️Tolong jangan terlalu serius apabila membaca cerita ini, ‼️Hanya sekadar hiburan dan ambil sebagai pengajaran Kerana satu misi mereka perlu berkerjasama, semakin Tengku Isa Ethan menjauh, Ulya Inarra datang mendekat, ada saja ideanya ingin menarik perhatian si jejaka sombong dan tegas itu. "Assalamualaikum.. Kapten" Ulya Inarra "Selepas semuanya selesai, pergi jauh daripada hidup aku dan anggap kita tak pernah kenal." Tengku Isa Ethan "Ala.. nak stay tak boleh ke?" Ulya Inarra "No." Tengku Isa Ethan Namun ada satu peristiwa hitam menimpa Ulya Inarra, Tengku Isa Ethan muncul ingin menjadi penyelamat. "Pergi la Isa, saya cacat, saya tak sempurna. Pergi la sejauhnya, saya merayu." Ulya Inarra "Aku tak nak ambil tahu semua tu. Aku akan tetap di sini." Tengku Isa Ethan. ⚠️Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo
MR DUDA ON DUTY by hashaulia_
hashaulia_
  • WpView
    Reads 22,179
  • WpVote
    Votes 730
  • WpPart
    Parts 19
Menjadi isteri bukan kerja mudah. Lagi-lagi bila baru seminggu kahwin, suami dah hilang tanpa khabar berita. Bukan sebab misi berbahaya. Bukan juga kerana tugas negara. Tapi... kerana alasan yang dia sendiri tak boleh terima. Serrafina tahu perkahwinan ini bukan atas dasar cinta. Jodoh pilihan keluarga, hati tak punya rasa. Jadi bila Haidar pergi, dia tak kisah. No feelings attached. Tapi mulut orang kampung? Lagi tajam dari api yang Haidar selalu padam. Dihina, dicaci, dipandang serong sehingga Serrafina nekad. Dia tinggalkan kampung, memulakan hidup baru di kota metropolitan. Dia bukan perempuan lemah yang akan menangis sebab lelaki. Tapi dunia memang kecil. Dalam tempoh seminggu di tempat baru, dia dipertemukan semula dengan lelaki yang dia cuba lupakan. Dan lebih malang, dalam keadaan yang paling memalukan. Di mana? Di celah pintu grill. Dan siapa yang kena selamatkan dia? Suami sendiri. "Kau main apa dekat celah grill ni, Serra? Dah macam budak terencat akal aku tengok." - Haidar Bibir masing-masing terkunci. Hanya mata yang berbicara. Tapi yang pasti, bukan rindu yang Haidar rasa. Serrafina? Dia tekad. Kalau dah nasib asyik bertembung dengan Haidar, dia akan make sure lelaki tu bayar segala 'hutang' yang dia tinggalkan. Tak cukup dengan tersepit jari di celah pintu, Serra beli kucing-semata-mata untuk panggil bomba. Alasannya? Kucing panjat pokok tak pandai turun. "You know what, we have a big case more than this. Takkan kucing panjat pokok pun kau nak panggil bomba, cik? Common sense lah sikit." - Haidar "Kerja bomba memang menyelamatkan segala benda hidup, kan? This is your job. Just do it. Don't complain too much." - Serrafina Tak cukup dengan kucing, Serra beli pulak ular. Dan bila Haidar tangkap, Serra pula yang melalak nak balik. "Haidar, please. Give me back my Jojo. Nanti Oyen takde kawan." - Serrafina "Kau ada masalah mental ke?! Celah mana logiknya beli ular sebab nak buat kawan dengan kucing?!"
Dalam Hati Ada rindu by AshDinaRaa
AshDinaRaa
  • WpView
    Reads 1,497
  • WpVote
    Votes 74
  • WpPart
    Parts 30
Karya pertama saya. Kisah antara Warda dan Asyraf Nufail. Banyak kelemahan dala kisah ni tapi i'm proud! Hopefully kalian yang membaca dapat merasai keseronokannya. da... Bila kedegilan Warda membawa kepada kecewanya hati seorang lelaki. Sejak awalAsyraf Nufail memang cintakan gadis bernawa Warda. Namun cintanya tak bersambut. Tetapi takdir sudah tertulis yang mereka akan bersatu sebagai suami isteri. semua gara-gara kekecewaan yang dialamai Warda dalam percintaan. Walaupun Warda bersifar dingin, Asyraf Nufail tetap sabar melayan kerenah isterinya. Dia mencuba sedaya upaya menaruh cinta wanita bernama isteri. Tetapi sabar seorang lelaki itu ada hadnya. Sampai satu masa Asyraf Nufail hampir putus asa. Dia memilih untuk pergi membawa diri. Waktu itu barulah Warda sedar akankesilapan dirinya selama itu. Mulalah sesalan datang melanda. Masihkan ada ruang untuk Asyraf Nufail menerima Warda Inara? atau dia lebih rela pergi membina hidup baru? Semuanya dalam kisah Dalam Hati Ada Rindu.
Karl Untuk Manis by AshDinaRaa
AshDinaRaa
  • WpView
    Reads 14,394
  • WpVote
    Votes 950
  • WpPart
    Parts 36
Pertemuan kembali antara Karl dan Manis selepas 12 tahun terpisah. Kisah cinta lama kembali terukir. Namun, penderitaan yang di lalui Manis sepanjang 12 tahun itu menjadi penghalang untuk mereka menyemai kasih kembali. Manis lebih selesa menjalin hubungan persahabatan seperti sebelum ini. Demi rasa cintanya pada Manis, Karl sanggup mengabaikan perasaannya. Dia membantu Manis kembali bangkit dalam membina hidup demi kelansungan kehidupan Manis dan anaknya Maira dan Sophia. Haikarl ada bersama Manis saat suka dan duka. Sama-sama membantu Manis memulakan kehidupan barunya. Namun, gangguan dari Ikhmal bekas suami Manis membuatkan hidup Manis makin tertekan. Tak cukup dengan paksaan, Ikhmal menghasut anak mereka agar membenci Manis. Ini kerana Ikhmal tahu kelemahan Manis adalah anak-anaknya. Tekanan dari Ikhmal buat Manis berbelah bahagi mahu membuat keputusan sama ada menerima Ikhmal kembali demi kepentingan dan kebahagiaan anak-anak atau meneruskan kehidupan sendiri. Adakah Haikarl akan bertindak dan berusaha untuk mendapatkan Manis? Andai Haikarl mencuba adakah dia berjaya mendapatkan sekeping hati Si Manis pujaannya? Semuanya akan terjawab di dalam karya Karl Untuk Manis. "Kutemui cinta selepas derita"