Action Romantic Comedy
1 story
Onyx untuk Ejen Rolf [RAW] by authorsrikandi
authorsrikandi
  • WpView
    Reads 21
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 18
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut pada risiko, jangan bercampur urusan dengan penyangak. Dalam dunia penuh rahsia dan bahaya, Ejen Rolf, seorang perisik elit, menerima misi berisiko tinggi: menyelamatkan Adiputeri, aset penting agensi, yang telah diculik oleh kumpulan pengganas dan dibawa ke wilayah musuh. Adiputeri, atau lebih dikenali sebagai Onyx, memegang kunci kepada keselamatan negara. Jika maklumat rahsianya jatuh ke tangan yang salah, seluruh negara mungkin terancam. "Sebab kaulah aku ada kat sini, tau tak. Kalau tak, aku dah bercuti kat Malaysia sekarang ni." - Rolf "Tak sabar nak jumpa awek ke?" - Adiputeri "Mujur sangatlah orang macam aku ni nak ada awek. Lagi-lagi dengan kerja yang bahaya macam ni." - Rolf Namun, penyelesaian yang paling mengejutkan? Perkahwinan. Demi keselamatan dirinya dan negara, Adiputeri mencadangkan pernikahan, dan Rolf tidak menyangka ia akan menjadi sebahagian daripada misinya. Dalam perlumbaan melawan masa, Rolf mesti menggunakan segala kemahirannya untuk melindungi Adiputeri, menyelamatkan negara, dan mengungkap konspirasi yang lebih besar. Di sebalik perkahwinan mereka yang lahir tanpa cinta, Adiputeri dan Rolf mulai mengenal hati budi masing-masing. Dingin hati Rolf dicabar oleh keletah Adiputeri yang tidak pernah sunyi dari bicara. "Kalau cakap dengan orang macam kau ni, sampai sudah tak habis." - Rolf "Awak dah mengaku kalah ke tak boleh lawan debat dengan saya?" - Adiputeri