Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
love🤍✨
19 stories
𝙷𝙴𝚁:𝙷𝙰𝚂𝚈𝙰 𝙴𝚁𝙸𝙽𝙰 𝚁𝙰𝙽𝙸𝙰 [OG] by thenuuruls
thenuuruls
  • WpView
    Reads 249
  • WpVote
    Votes 60
  • WpPart
    Parts 10
𝓱𝓲 𝓼𝔀𝓮𝓮𝓽𝓲𝓮🌷 Hasya Erina Rania,seorang gadis yang tegas,ramah,baik hati,pemurah namun disebalik semua itu terselit berjuta luka yang telah dipendam sejak remaja lagi.Dianggap menyusahkan keluarga,selalu dipersalahkan dan dimarahi tanpa sebab. Fatul Hulaif Irsyad,seorang lelaki yang tegas,fasih ilmu agama,menjaga tutur kata dan baik hati.Memiliki sebuah syarikat di usia yang muda tidak membuatkan dirinya menjadi seorang yang angkuh dan sombong. "Mungkin ini takdir saya"Hasya Erina Rania "Saya tahu hati kamu sudah terlalu banyak luka" Fatul Hulaif Irsyad. "Saya ikhlas menolong kamu,berusaha lawan sakit kamu"Fatul Hulaif Irsyad. "Terima kasih kerana telah menolong saya" Hasya Erina Rania. Datanglah berapa ramai pun perempuan hanya gadis bernama Hasya Erina Rania Binti Hud Eiman tetap pilihan Fatul Hulaif Irsyad Bin Faiz haikal. 𝓼𝓽𝓪𝓻𝓽:¹¹/¹¹/²ⁿ²⁴ 𝓮𝓷𝓭: / /
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 10,829,249
  • WpVote
    Votes 633,304
  • WpPart
    Parts 73
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR. Sehingga, apa yang lelaki itu lakukan dia langsung tidak kesah. Asalkan dia bahagia. Hingga ke suatu tahap. Dia Ain Suraya dilafazkan cerai dengan talak TIGA. Dia ketakutan. Kegelisahan. Mana tidaknya jika dia mempunyai anuptaphobia? Penyakit yang akan berasa gelisah jika dia tidak bersama dengan seseorang. Dia perlukan peneman! Tetapi siapa? "hei, sekali lagi kau langkah setapak dekat dengan aku. Pistol ni meletop dekat kepala kau. kalau berani dekatlah! "-SHARK "Mereka buang saya, boleh tak saya nak awak sayang saya dengan seikhlas hati awak. Cukup untuk seketika pun saya terima dengan seadanya..."-AIN SURAYA terkelu lidah lelaki itu mendengar permintaan Ain Suraya secara tib a-tiba. Siapa gadis ini yang merayu menadah cinta daripadanya? "Mafia macam kau tak layak jadi suami. Kau lebih layak jadi cina buta buat aku! "-FAJAR "aku bukan cina butalah, bodoh!"- SHARK Siapakah yang bakal menjaga Ain Suraya? Bakal adakah cinta yang ikhlas buatnya kali ini? "Kalau mereka buang kau, biar aku yang kutip!"-SHARK ⚠️COMEDY ROMANCE⚠️ Jika anda seorang yang mahukan cerita serius, ini bukan pilihan terbaik.
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,253,094
  • WpVote
    Votes 359,046
  • WpPart
    Parts 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
C | Poison by BungaLiliath
BungaLiliath
  • WpView
    Reads 431,001
  • WpVote
    Votes 912
  • WpPart
    Parts 4
♤1st Ariths Series♤ AKAN DIEDIT KEMBALI! Daniel Arsyan Ariths x Mawar Ariana Dendam? Dengki? Sebuah agensi keselamatan ditugaskan untuk merungkaikan kes berkaitan business kongsi gelap yang dijalankan di satu kelab malam. "Ini kes licik Amir. Kes pelacuran, dadah, pemerdagangan manusia dan jualan organ dalaman secara haram. Kes ni dah lama dalam siasatan polis tapi Amir bukan sembarangan orang, dia bijak hapuskan bukti dan jejak jenayah dia. Satu habuk pun polis tak dapat nak rungkai. Semenjak Sara masuk, lagi susah polis nak selinap masuk untuk menangkap Amir. Sebab tu kes ni di bawah Ariths Security sekarang. Dua tahun kes ni dibawah polis tapi laporan tetap sama. Amir tidak bersalah kerana tiada bukti kukuh" Mawar dibawa masuk ke dalam Ariths Security dengan kod nama Poison. Namun silat hanya kemahiran yang belum cukup digilap, hanya beralaskan pengalaman sahaja tidak cukup untuk Mawar lindungi mereka. Satu hari, sesuatu yang tidak diduga terjadi. Mawar dan Daniel terpaksa bersama kerana hanya sebotol air minum di bilik hotel. "So that's why that bitch enter that room. Untuk letak pil peransang. Tak sangka trick murahan macam tu jadi juga"-Aadyan Siapa musuh sebenar mereka? Sara Atisha kawan kepada Mawar atau Amir, masa lalu Daniel Arsyan Ariths? Atau ada bayang lain yang bersembunyi menunggu kehancuran keluarga Ariths? -Betrayal after betrayal- ✔️Action ✔️Romance ✔️Cliche ✔️Mature ✔️Perlukan sedikit air mata #1 fight (26/12/2024) (9-10/3/2025) (9/4/2025) #1 plot (26/12/2024) #3 malayromance (15/1/2025) #2 action (2/2/2025) #3 Malaysia (13/2/2025) Cerita ini milik BungaLiliath dan 100% karya sendiri.
C | Dark: Aadyan Rafael Ariths  by BungaLiliath
BungaLiliath
  • WpView
    Reads 608,078
  • WpVote
    Votes 1,395
  • WpPart
    Parts 8
♤2nd Ariths Series♤ Ebook | QassPublication Poison Spin-off Aadyan Rafael Ariths X Alia Rania "She don't have any other choices, it's either me or me. No other option" #1 Love (29 Oct 2024) (15 Jan 2025) (16 Jan 2025) Start: 31 December 2023 Finish: 4 April 2024 Ini adalah cerita milik BungaLiliath. 100% perah dari otak.
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,253,747
  • WpVote
    Votes 89,854
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.