BungaLily02
- Reads 14,575
- Votes 132
- Parts 8
Izara Ayla, seorang penyanyi muda yang sedang mencipta nama, tidak pernah menyangka kejayaan kecil yang dimilikinya akan menjadi titik mula kepada pengkhianatan paling menyakitkan. Dikhianati oleh mama angkat yang paling dipercayai - wanita yang melarikan diri bersama wang hasil titik peluhnya - Ayla kehilangan bukan sahaja kestabilan hidup, tetapi juga tempat bergantung.
Dengan hati yang terluka, Ayla membuat satu keputusan besar. Mencari keluarga kandung yang selama ini dikatakan telah membuangnya. Walaupun kata-kata mama angkatnya masih menghantui fikiran, Ayla enggan percaya takdirnya semudah itu. Di sebalik kelembutan wajah dan tutur katanya, Ayla menyimpan kekuatan yang tidak semua orang mampu lihat.
Athif Imran pula seorang pegawai Tentera Diraja Malaysia yang hidupnya terikat pada disiplin dan prinsip. Bagi Athif, cinta hanyalah satu kelemahan - sesuatu yang membuang masa dan hanya meninggalkan luka. Dia tidak pernah memberi ruang kepada mana-mana wanita untuk mendekati hatinya, kerana dia percaya... tidak ada apa-apa yang berbaloi untuk dipertaruhkan. Ada juga rahsia disebalik mata coklat itu...
Namun, pertemuan antara Ayla dan Athif mengubah lebih daripada yang mereka sangkakan.
Ayla, dengan keberanian dan kejujuran perasaannya.
Athif, dengan dinding hati yang semakin retak tanpa disedari.
"Apa yang bagusnya cinta ni pun aku tak faham... What is real love,anyway?" - Athif Imran
"Percaya atau tidak itu terserah pada awak. Yang saya tahu, saya sudah jatuh cinta dengan awak." - Izara Ayla
Mampukah Ayla mencairkan hati seorang lelaki yang tidak pernah percaya pada cinta?
Atau Athif akan terus menutup hatinya kerana sebab yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapa?
"You light up my darkness, my moon."
"You're the sunshine of my future, commando."
⚠️ Trigger Warning: Bahasa kesat / carutan