Nanti Baca
4 stories
Zariel:Budak Berhood Putih by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 166,098
  • WpVote
    Votes 18,224
  • WpPart
    Parts 96
Kata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel. sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada malam yang dingin itu. Nasibnya mulai berubah sebaik saja dia ditemui oleh seorang lelaki yang sedang memburu di hutan yang sama. Akibat kasihan akan nasib Zariel yang masih bayi itu, dia terus saja mengambil keputusan untuk membesarkannya. Setelah beberapa tahun, dia membesar menjadi seorang remaja & harus mengharungi pelbagai cabaran dalam kehidupannya termasuklah di sekolahnya. Bukan senang untuk menyembunyikan rahsianya itu. Walaupun begitu, dia seorang yang kuat & tabah menghadapi setiap cabarannya itu. Tapi semuanya berubah sebaik saja dia didapati memiliki kuasa yang sangat overpowered sehingga menarik minat para gurdian yang menjaga kerajaan itu. Bermula dari situ, dia telah dipilih untuk menerima tawaran ke sebuah akademi istimewa yang melatih orang sepertinya untuk membunuh para raksasa yang digelar sebagai Demoniac. Dia turut digelar dengan nama Budak Berhood Putih. Mampukah dia terus mengharungi segala cabaran itu & mengapa dia digelar dengan gelaran Budak Berhood Putih? Ikuti kisah Zariel dalam pengembaraannya untuk menghadapi setiap cabarannya itu.
Mr Pirate's | Og  by zeeraee
zeeraee
  • WpView
    Reads 14,303
  • WpVote
    Votes 919
  • WpPart
    Parts 42
#1st MR'S series ~ MR PIRATE'S Princess for Pirate~ Ayden Callisto Roys sebaris nama yang telah mengubah segala nasib malang dalam hidup seorang gadis bernama Tengku Elea Eclessie. Dia diberi nama gelarannya sebagai 'pirate' yang bermaksud hacker di dalam bahasa Francis. Kehebatannya dalam memecahkan rahsia tersirat yang menggelarkannya sebagai Mr Pirate. Pertemuan antara dia dan si gadis berlaku apabila Elea terdesak mencari kerja bagi menyara adiknya yang masih belajar. Mahu mengharapkan ibu bapanya? Ibunya meninggal dunia angkara suaminya sendiri manakala si bapa seorang kaki mabuk dan kaki judi. Tengku Elea hanya mendapat tawaran bekerja selama enam bulan sahaja. Pemergian gadis itu telah memberi kesan impak dalam diri si jejaka. Kenangan yang dicipta bersama sentiasa berlegar dalam fikirannya ketika itu hingga akhirnya Ayden bernekad untuk mencari Elea kembali dan melamarnya menjadi isteri kepadanya. Walaupun perit ujian yang perlu di hadapi ketika itu. Apabila berjaya mendirikan rumah tangga. Mereka tidak lari dari ujian dan masalah yang menimpa mereka. Mereka hanya perlu bersabar dan saling mempercayai satu sama lain. Sehingga suatu peristiwa yang membawa si gadis pergi dari hidup si jejaka. Ayden berusaha tanpa henti untuk membawa Elea kembali semula ke dalam hidupnya sehingga berjaya. Walaupun perit cabaran yang perlu dia hadapi ketika itu. "I'm Mr pirate. Pirate mean hacker in France. Aku pilih nama tu sebab aku minat tengok lanun waktu kecil. " "Hi abang Pirate. Ayy ayy capten! " Start : 6 October 2023 End :
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 6,053,076
  • WpVote
    Votes 421,463
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
Cinta Sampai Syurga [SLOW UPDATE] by Sanae_haruchiyo
Sanae_haruchiyo
  • WpView
    Reads 10,614
  • WpVote
    Votes 757
  • WpPart
    Parts 26
𝐍𝐀𝐒𝐇𝐀 𝐈𝐑𝐈𝐍𝐀, seorang gadis lemah lembut yang berasal dari keluarga sederhana. Dia memiliki kedai bunga, pemberian arwah kakaknya. Nasha seorang gadis yang ceria, dia lebih suka memendam dari meluahkan perasaannya. 𝐌𝐈𝐊𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒𝐘𝐀𝐇, seorang lelaki yang berasal dari keluarga yang berada. Dia terpaksa mengahwini tunang kembarnya Mikael Irshad, disebabkan ingin menjaga maruah keluarga. Dia juga bencikan Nasha dan menyalahkan Nasha atas kematian kembarnya. "Aku kahwin dengan kau sebab mummy je. Kau jangan pernah mimpi yang aku akan cintakan kau."-Mika Arasyah "Saya tak minta pun awak gantikan Mikael,"-Nasha Irina Bagaimana nasib Nasha Irina selepas bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bencikan dirinya? Start: 25/12/23 End: - Status: ongoing 𝐀𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍: 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐜𝐨𝐩𝐲 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐢𝐧𝐢, 100% 𝐦𝐲 𝐢𝐝𝐞𝐚. 💯my idea 𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐰𝐚𝐭𝐚𝐤, 𝐬𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐦𝐚𝐚𝐟. 𝐂𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐚𝐭𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐦𝐚𝐭𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐫𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚 ❤