⋆.˚⟡ ࣪ ˖
18 stories
[OG] Khayla's Ethereal Savior  by theFallera
theFallera
  • WpView
    Reads 8,643
  • WpVote
    Votes 761
  • WpPart
    Parts 18
[STAND ALONE] 「 ✦ KHAYLA RIVIENNA ✦ ZEFRAN KYLE ALEXANDRE ✦ 」 Khayla, seorang gadis kota yang hidup dalam kemewahan, dipaksa untuk meninggalkan rumah setelah ayahnya, Khalid, yang kejam dan tamakkan harta, mengusirnya bersama ibunya, Kamelia. Dalam perjalanan hidup baru mereka, mereka pindah ke sebuah kampung yang jauh dari keselesaan kota. Khayla yang terbiasa hidup mewah, menghadapi kesulitan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung. Hubungan dengan ibunya pun tidak seindah yang orang sangka, kerana Kamelia sering kali melupakan Khayla dan lebih fokus pada hubungan rumah tangga mereka yang hampir hancur dan menguruskan perniagaannya. ❝ Can you tell me? Kita dekat mana sekarang? Ni rumah siapa mommy? Are we going to live here...forever? ❞ -Khayla Rivienna. Di kampung, Khayla bertemu Semat, seorang petani yang awalnya dia benci. Namun, kerana terdesak untuk mencari wang, dia mula bekerja dengan Semat, yang akhirnya menjadi satu-satunya kawan yang dia ada. ❝ Mana ada orang pergi berkebun pakai heels, bengap. ❞-Semat. Rupa-rupanya, kehidupan di kampung tidaklah seteruk yang dia jangkakan. Dia suka kerana hati menjadi lebih tenang dan seronok. Namun, kebahagiaan itu tidak kekal lama. Semuanya berubah sekelip mata saat satu kejadian tragis terjadi. ❝ Mommy teringin nak rasa nasi goreng pattaya khayla, boleh? ❞-Kamelia Vivienna. Khaya terkedu. Ujian itu seakan-akan ada batu besar yang menghempap dirinya. Dunia juga seakan berhenti berputar. Khayla sangkakan dia dapat hidup dengan gembira bersama orang yang tersayang namun takdir berkata lain. Dan lebih menyakitkan, sehari selepas kisah hitam dirinya itu terjadi, dia dapat tahu satu kenyataan yang menambah remuk di dalam hati. ❝ Ikut Daddy balik, now! ❞ -Tuan Khalid Azri. Khayla bagaikan tiada arah tuju. Dia tidak mahu pulang ke kehidupan yang menyakitkan itu tetapi hatinya terlampau hancur oleh rasa kehilangan dan kekecewaan. Jadi akhirnya dia akur. ❝ Welcome
MIKHAEL by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 326,951
  • WpVote
    Votes 14,070
  • WpPart
    Parts 49
Under PROTECTOR SERIES ⋆͛︎ #1 SOLACE LOVE Leftenan Mikhael Russo. Jejaka bermata warna biru gelap yang jarang ditemui. Hidupnya ditemani senjata dan bahaya. Itu semua bukan perkara asing baginya. It's his life. Namun segalanya berubah bila hati Mikhael terpaut dengan seorang gadis. Hati leftenan yang beku itu mulai pecah satu persatu disebabkan seorang gadis. Arielle Iris. Gadis yang sedang menyambung pelajaran ke menara gading. Pertemuan pertama mereka berdua bagaikan sebuah penyatuan di Sepanyol. Bukan sekali tetapi tiga kali. "Did you know? They said if two persons meet each other three times, they are fated to be together." Ketika Mikhael lelah meneruskan tugasan, Arielle ialah penyelamatnya. Gadis itulah yang membantu Mikhael sejak pertemuan mereka, kekuatan Mikhael. "Aku sayang kau. If putting my life for you proves my loyalty, I will do it. I will do anything I can do for you." highest ranking : #1 in askar #1 in action-romance #1 in komando
Wicked Game | [OG] by Missliluna
Missliluna
  • WpView
    Reads 11,044
  • WpVote
    Votes 1,407
  • WpPart
    Parts 19
[ AFTERBURN SERIES II ] Eiser Sene X Zendaya Chantelle. Eiser Sene dan Zendaya Chantelle, dua CEO muda yang pernah bercinta di New York, kini hidup dalam kemewahan dan kejayaan, namun di sebalik pencapaian itu, hubungan mereka sedang menuju kehancuran. Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, perniagaan masing-masing menjadi penghalang terbesar. Waktu bersama semakin berkurang, dan rasa cinta semakin pudar. Ketika syarikat Eiser hampir muflis, Zendaya yang telah membina empayar perniagaannya sendiri merasa malu, bukan hanya kerana kegagalan suaminya, tetapi juga kerana dia seorang wanita yang berjaya. Dalam kemarahan dan kecewa, Zendaya menuntut cerai. Eiser yang kecewa setuju dengan permintaan Zendaya, namun mereka berdua bersetuju untuk menjalani satu tempoh sebulan penuh untuk 'membenci' satu sama lain sebagai langkah terakhir dalam hubungan mereka. "Bring over your lawyer and I'll bring mine." - ZENDAYA CHANTELLE Maka, bermulalah permainan emosi antara mereka yang semakin menjauhkan diri, meskipun tinggal di rumah yang sama. Namun, dalam tempoh yang penuh amarah itu, takdir memerangkap mereka. Seorang bayi kecil tanpa penjaga ditinggalkan di depan pintu rumah mereka. Tanpa pilihan lain, Eiser dan Zendaya terpaksa menjaga bayi tersebut, yang mula memberi mereka peluang untuk melihat sisi-sisi lain diri mereka. Keadaan yang penuh ketegangan berubah apabila bayi itu secara perlahan meruntuhkan tembok kebencian di antara mereka, memberi mereka ruang untuk berkomunikasi dan merawat satu sama lain. Dalam dunia yang penuh dengan manipulasi, ego, dan rahsia gelap, adakah cinta mereka mampu bertahan, atau akan hancur bersama impian dan harapan yang pernah mereka bina?
[C] Aryan: Her Biggest Heartbreak by flowerbeandee
flowerbeandee
  • WpView
    Reads 529,986
  • WpVote
    Votes 18,313
  • WpPart
    Parts 73
BOOK 1. [Unedited] Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepada dia. Sedangkan dia hanya mengakui dia bencikan Aryan Hameen. Darya bencikan Aryan. Luka yang lelaki itu tinggal begitu dalam. Curang. Bukan sekali, malah berkali-kali. Lantas, mengapa dia perlu memaafkan lelaki itu jika hatinya tidak ikhlas menerima setiap perbuatan menyakitkan dirinya itu? Darya buntu. Juga keliru. Dari awal lagi, dia sepatutnya tidak bertemu dengan Aryan. Kebenaran itu menyakitkan. Aryan Hameen, patah hati terbesar Nurdarya. status : in-editing started : 25/2/2024 completed: 14/9/2024
ASYRAF'S  [COMPLETED] by Aumey_
Aumey_
  • WpView
    Reads 980,733
  • WpVote
    Votes 34,890
  • WpPart
    Parts 50
𝘍𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺 ❗ 𝘼𝙡𝙨𝙤 𝙠𝙣𝙤𝙬𝙣 𝙖𝙨 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙈𝙞𝙡𝙞𝙠 𝘼𝙨𝙮. Tengku Asyraf Khair X Bunga Elaina. ⚠️ Contain harsh words ⚠️18+
AIDAR by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 249,540
  • WpVote
    Votes 9,820
  • WpPart
    Parts 37
Under PROTECTOR SERIES ⋆͛︎ #2 GREEDY LOVE Leftenan Muda Aidar Gael. Sempurna dari segi wajah dan badan. Ada masanya sengal, ada masanya dia tak boleh dicabar. Dia pernah menjalinkan hubungan dengan Ruby Harzen, gadis yang berasal dari keluarga berada. Hubungan mereka bergelar status suami isteri. Kerana satu salah faham, Ruby membawa dirinya pergi dari hidup Aidar. Dia menganggap perkahwinan mereka tamat di situ saja. Dia sangka dia tak akan berjumpa dengan Aidar lagi. Tapi kisah mereka belum tamat. "Kau memang tak malu kan?" "Ya, tak malu. Atau kau tak tahu perangai suami kau memang macam ni lepas kau larikan diri empat tahun yang lepas?" Siapa sangka Aidar berani mencarinya setelah empat tahun mereka berpisah? Dan lagi gila bila Ruby dapat tahu Aidar tak pernah lepaskan dia sebagai isterinya. "Kesayangan Aidar, jangan tinggalkan aku lagi." Dia ibarat permata. Permata yang paling bernilai dalam hidupnya. Aidar tak mahu kehilangan Ruby untuk kali kedua. Gadis itu, isterinya dan milik dia sampai bila-bila. Aidar akan berjuang untuk kembali berada di sisi Ruby. highest ranking : #1 for askar
LAYTH MAKEEN : HIS LOVESMITH by queessa
queessa
  • WpView
    Reads 208,295
  • WpVote
    Votes 9,422
  • WpPart
    Parts 66
Selama mana seorang gadis mampu mencintai seorang lelaki dalam diam? Dia Iman Sofea dan dia telah menyimpan perasaan cintanya pada Layth Makeen merangkap anak lelaki jiran sebelah sejak dia berumur 13 tahun. Ketika umurnya 14 tahun, mereka terpisah.Dia sangkakan perpisahan itu membuatkan cintanya pada Layth Makeen makin memudar tetapi tidak! Pertemuan semula diantara dia dan Layth Makeen membuatkan cinta yang sudah lama terpendam mekar semula. "Siapa ketua baru kita?" "Doktor Layth." Apabila umur sudah makin lanjut bertambah dengan dia yang perempuan maka banyak sahaja mulut yang bertanya. Tetapi mahu buat bagaimana hatinya hanya untuk Layth Makeen! "Layth tu dia kata dia single lagi." Memang single tetapi Layth Makeen itu sangat prejudis dan bencikan wanita! Bagaimana dia nak curi hati lelaki yang sangat anti pada makhluk bernama wanita?! Takdir tuhan telah menentukan, mereka terpaksa berkahwin atas dasar menjaga aib. Perkahwinan mereka penuh dengan rasa bahagia walaupun Sofeyya tidak pernah mendengar lafaz cinta dari sang suami. Tetapi laut yang tenang juga bergelora inikan pula perkahwinan mereka. Fitnah dan dugaan yang hadir membuatkan Sofeyya mula berputus asa. "Abang, Feyya nak kita berpisah." "Will you be happy if i let you go?" Dia cintakan lelaki itu tetapi apa guna perkahwinan ini jika mereka bersikap seperti orang asing yang duduk di bawah satu bumbung yang sama! "Sebeci itukah Feyya pada abang?" "Ye! Feyya nak abang lenyap dari hidup Feyya. Feyya benci abang!" Cinta yang hadir bertukar menjadi benci yang bersulam. Tetapi benarkah ia benci atau ianya hanya rasa kecewa? Dan benarkah Makeen tidak mencintai isterinya atau ia hanyalah penipuan untuk mengkaburkan mata-mata yang ingin menghancurkan hidupnya? "Jika hanya dengan cara dibenci dan disakiti boleh menyelamatkan dia dari dendam manusia, aku akan gadaikan kebahagiaan aku untuk dia. Cause when you love someone their happiness is more important than yours." Start: 9/4/2024 End:
Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️ by escritordyanne
escritordyanne
  • WpView
    Reads 3,530,652
  • WpVote
    Votes 137,439
  • WpPart
    Parts 78
1st Addiction Series Tuan Emir El Tamir | Airis Felora ⚠️ Pembaca matang ⚠️ Plagiat dilarang keras Highest ranking: #1 in marriage #1 in malaywattpad #2 in wattpadmelayu #2 in action #2 in marriage #3 in malaystories Start : 11 November 2023 End : 21 Januari 2024
What If We Love Again (Like We Used To) : Ghost Of You | TERBIT by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 82,556
  • WpVote
    Votes 4,246
  • WpPart
    Parts 12
3rd Romance: What If Series Vol I. [ stand alone, terbit PBAKL2025 ] "Don't forget to include me..." Zarra dan Adriel, pernah hidup dalam kisah cinta yang sempurna. Atau sekurang-kurangnya, itulah yang mereka percaya. Namun, takdir dan ujian hidup telah meragut kebahagiaan mereka, meretakkan segalanya hingga hanya kepingan kenangan yang tersisa. Jurang mereka terlalu besar untuk dicamtumkan semula dan akhirnya... Zarra kehilangan satu-satunya cinta yang pernah dia miliki. Dan dengan itu, seluruh dunianya turut musnah. Sehingga sesuatu yang mustahil terjadi. Dia kembali. Satu hajat. Satu peluang. Satu cinta. Dan jika dia harus menggunakannya semua untuk lelaki itu, dia rela. Walaupun takdir cuba mengambil Adriel daripadanya, dia berjanji yang dia akan mencari jalan, tidak kira berapa kali dia harus melawan masa bahkan melawan dunia sekali pun. Tiba-tiba... Zarra diberi peluang kedua. Tetapi adakah peluang ini akan mengubah segalanya, atau hanya membawa mereka menuju pengakhiran yang sama? Dapatkah mereka mencintai sekali lagi apabila luka lama masih berbekas? Atau takdir hanya mahu menguji sejauh mana mereka sanggup berjuang. "Find me. Across the world or even through time, find me. Make me remember again. Save me, save us... because I can't." Takdir tidak pernah kejam. Hanya manusia yang sering lupa bagaimana untuk menerima takdir, dan dalam keengganan itu, mereka menjadi kejam terhadap diri sendiri. - Semenanjung Malaysia: RM34 Sabah/Sarawak: RM37 ⚠️ WIWLA Wattpad's Version is only for promotional purposes and is unedited version, it is not the same as physical novel.
+19 more