Tentera
11 storie
THE COMMANDO'S SWEETHEART : MY LOVE (C)  di Limiamore
Limiamore
  • WpView
    LETTURE 7,285
  • WpVote
    Voti 253
  • WpPart
    Parti 42
"Jika kau bermimpi untuk setia kepada negara,pastikan kau belajar untuk setia kepada seorang perempuan yang bersama dengan kau dari kosong" - Arranella "Akan aku buktikan bahawa perempuan yang bersama aku sekarang merupakan salah satu sebab aku mampu sampai disini sekarang" Arvin SINOPSIS : Arrabella Dellaney Ashikin ialah seorang wanita muda berjiwa tenang yang membesar dalam dunia ketenteraan. Anak perempuan kepada Panglima TLDM Lumut, Perak, Panglima Ashikin, serta adik kepada Andrew Alden Ashikin, Arrabella membawa nama keluarga yang disegani. Berasal dari Sabah, dia memilih untuk menyembunyikan identiti sebenarnya dan menjalani kehidupan sederhana, jauh daripada bayangan pangkat dan kuasa keluarganya. Kehadirannya tanpa disangka telah menarik perhatian Arvin Immanuel, seorang calon Kursus Asas PASKAL yang juga berasal dari Sabah. Arvin melihat Arrabella sebagai wanita biasa-lembut, berprinsip, dan menjadi sumber ketenangan di tengah latihan keras yang menguji mental dan fizikal. Perasaan mula berputik, namun hubungan mereka tidak pernah semudah yang disangka. Segalanya berubah apabila Arvin mengetahui kebenaran yang mengejutkan-Arrabella bukan sekadar anak panglima, malah seorang Leftenan TLDM, anggota elit Pasukan Super Lynx, unit khas yang bakal digerakkan bersama PASKAL dalam satu misi berisiko tinggi. Rasa terkhianati, ego sebagai anggota latihan, dan jurang pangkat mencetuskan konflik antara mereka. Dalam dunia di mana arahan mesti dipatuhi dan emosi sering dikorbankan demi negara, Arrabella dan Arvin terpaksa memilih antara tanggungjawab dan perasaan. Saat peluru menjadi bahasa dan lautan menjadi saksi, mampukah cinta bertahan apabila kepercayaan diuji dan nyawa menjadi taruhan?
Dia Amanah Buatku | 𝐂 di flowerryian
flowerryian
  • WpView
    LETTURE 267,738
  • WpVote
    Voti 11,053
  • WpPart
    Parti 62
KARYA PERTAMA Arash Arjuna, seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disenangi ramai kerana akhlaknya yang murni. Dia diberikan didikan agama yang mencukupi tetapi setiap insan pasti mempunyai kekurangan tersendiri. Aleeya Mikayla, dia bekerja sebagai seorang pakar bedah jantung yang cemerlang. Dia dikurniakan keluarga yang bahagia pada mulanya tetapi berubah sekelip mata kerana satu tragedi hitam yang melanda keluarganya. "Saya memang hidup hanya untuk dipersalahkan ke? Saya tak mampu nak hadap." - Aleeya Mikayla "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Arash Arjuna - "Mungkin kau adalah jawapan pada semua doa yang aku langitkan." - Arash Arjuna "Saya tak sebaik yang awak fikirkan. Saya pun benci diri saya apatah lagi orang lain?" - Aleeya Mikayla Apa yang akan terjadi di antara mereka selepas ini? ⚠ cliche ⚠ typo di mana-mana ⚠ DILARANG PLAGIAT Start - 27/9/2024 End - 7/5/2025
ISTERI SEORANG TENTERA  di itswynaa
itswynaa
  • WpView
    LETTURE 458,198
  • WpVote
    Voti 18,829
  • WpPart
    Parti 48
[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis tersebut mencuba untuk masuk jarum. "It takes a strong women for a military man." - HARIZ JIBRAIL Itulah ayat yang sering dia jugakan untuk menolak gadis-gadis yang cuba mendekatinya. Baginya, tiada wanita yang akan dapat bertahan sebagai teman hidupnya. Tugas dia berhikmat pada negara sepanjang hidup. Dia tidak mahu menyiksa mana-mana wanita dengan risiko sebagai pejuang negara. "Aku nak kahwin dengan tentera. Tak langit, darat. Tak darat, laut." - SOFEA ADRIEANA Entah mengapa ayat ingin menikahi tentera sering meniti dibibirnya. Apabila dia ditemukan dengan Hariz Jibrail, seorang barista, dia terpikat dengan jejaka tersebut tanpa mengetahui kerjaya sebenar jejaka itu sebagai tentera laut. "Kau nak ke sampai tua jadi bujang? Tak ada seri nanti! Tak bersinar dimata dunia sebab bujang." - SOFEA ADRIEANA "Moon are alone too, but still shines." - HARIZ JIBRAIL Kalau dah namanya Hariz Jibrail, pasti ada aje alasannya. Tapi sifat Hariz yang itu juga membuatkan Sofea makin tertarik dengannya. Setelah dia melihat kegigihan gadis yang tidak pernah mengalah dalam mengambil hatinya, Allah mendetikkan rasa cinta pada gadis tersebut. "Jibrail. Nama malaikat yang diutuskan untuk sentiasa mendampingi Rasulullah. Dan aku Hariz Jibrail, Allah utuskan aku sentiasa mendampingi kau, Sofea Adrieana." Mahligai yang baru sahaja dibina kian dilanda ombak yang menimpa. Satu demi satu ujian diturunkan oleh Allah. Kuatkah Sofea Adrieana untuk memegang gelaran Isteri Seorang Tentera? Atau menyerah kerana lelah? 𓂃ֶָ֢𓍯𓂃 PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim
 QAID UZAIR: STILL LOVING YOU di CikInzzz
CikInzzz
  • WpView
    LETTURE 258,849
  • WpVote
    Voti 10,848
  • WpPart
    Parti 54
Bagaikan pelangi hilang separuh bentuk. Begitulah kisah cintanya. Sepanjang 27 tahun hidup di muka bumi ini, pelangi percintaannya masih belum berbentuk hemisfera yang lengkap. Ada saja dugaan dan halangan. Tapi apa yang boleh dilakukan? Hanya kepada Allah dia berserah. Ini bukan kali pertama dia putus cinta. Sudah masuk 7 kali! Nuryn tekad! No More Love. Nuryn Farhanah dan Qaid Uzait bertemu. Nuryn terkedu, Qaid terkesima. Bagi Nuryn, lelaki itu adalah cinta pandang pertamanya. Bagi Qaid, Nuryn adalah penyeri hidup zaman remaja. Pertemuan mereka kali ini bakal mengubah masa depan mereka. "Aku dah tak sanggup nak tahan keperitan dalam percintaan" - Nuryn "Aku janji dengan kau, aku akan berikan pelangi yang paling indah dalam kehidupan kau. Bukan lagi pelangi yang terputus di tengah jalan." - Qaid. Nuryn menolak. Qaid terus menarik. Lelaki itu akan pastikan wanita ini jatuh di dalam dakapannya. Dia akan jadi pelindung hati Nuryn Farhanah yang terulung. Kebahagiaan kini aku datang!
CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4 (UNEDITED) di moonjni
moonjni
  • WpView
    LETTURE 547,375
  • WpVote
    Voti 27,922
  • WpPart
    Parti 61
Pertemuan antara dua benua yang berbeza. Tetapi agama yang sama. "Saya akan jaga awak. Awak jangan risau" - Komander Nahdi Sayf. Janji. Janji yang menjadi pengikat mereka berdua. Malah menjadi pegangan buat seorang Komander. "Jangan. Aku harap kau lupakan aku dan cari perempuan lain. Aku tak layak untuk kau. Aku perempuan jahat" - Eva Alilah Rahsia yang disimpan membuatkan dirinya takut. Dia tidak mahu memusnahkan impian seorang lelaki itu. Dia mahu bersama dengan lelaki itu tetapi sayangnya ia agak mustahil. Start : 16 Oktober 2023 End : 1 March 2024 [Story ke-12]
MARIPOSA MILIK MIKHAEL | TERBIT di luvleytien
luvleytien
  • WpView
    LETTURE 2,289,695
  • WpVote
    Voti 19,109
  • WpPart
    Parti 12
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for my falling in love?" - Fawwaz Mikhael "I don't want a husband who honors me as a queen if he does not love me as a woman." - Yara Alyssa Start : 17 December 2023 End : 29 Jun 2024
Bunga Untuk Leftenan (COMPLETED) di humairaamaulana
humairaamaulana
  • WpView
    LETTURE 256,263
  • WpVote
    Voti 10,946
  • WpPart
    Parti 44
Leftenan Hud Azim × Bunga Sofea --- "Bunga itu bukan sekadar namanya, tapi sumber kekuatan untuk seorang perwira." ALERT 🚨 !!! BAHASA BELUM DIPERKEMASKAN DAN DIHALUSI.