mum_linz
- Reads 3,179
- Votes 75
- Parts 6
Di balik kilauan lampu kelab malam, Rania Putri hanyalah seorang balu yang terpaksa menelan maruah demi sesuap nasi. Baginya, malam adalah medan bertahan hidup. Dunia yang penuh bunyi muzik, asap rokok, dan pandangan mata yang tidak pernah jujur.
Kemunculan Dato' Haider Mateen, lelaki muda berpangkat tinggi dengan senyuman sinis dan dompet yang tak pernah kosong mengubah segalanya. Dia datang bukan sekadar pelanggan, tetapi pemburu yang tahu apa yang dia mahu. Dan buruannya adalah Rania. Wanita yang berjaya mengocakkan hati dan jiwa lelakinya kerana satu malam. Malam yang telah mengikat mereka berdua.
Namun, di sebalik jas mewah dan jam tangan Cartier, Haider menyimpan sebuah duka. Duka yang tiada sesiapa mengetahuinya.
Bila malam semakin larut, batas benci dan cinta mulai kabur. Rania sedar, dia sedang bermain dengan api. Dan api itu bernama Dato' Haider Mateen. Lelaki yang mampu memberi segalanya, tetapi juga merampas segalanya.