Hidup Lebih Baik
12 stories
TERNYATA KITA MAMPU MENCONTOHI SAHABAT NABI SAW by bukukarangkraf
TERNYATA KITA MAMPU MENCONTOHI SAHABAT NABI SAW
bukukarangkraf
  • Reads 6
  • Votes 0
  • Parts 5
Mereka bukan insan biasa. Para sahabat Nabi Saw adalah generasi terpilih yang sanggup mengorbankan harta, keluarga bahkan nyawa demi Allah dan Rasul-Nya. Di sebalik nama-nama besar seperti Abu Hurairah, Bilal bin Rabah, Umar, Abu Bakar, Khansa', Asma' dan ramai lagi, tersimpan kisah yang mampu mengetuk hati kita yang sering lalai dengan dunia. Buku ini menghidupkan kembali semangat juang mereka dalam bentuk cerita yang dekat dengan jiwa. Setiap kisah disertai ulasan, pengajaran, doa, dan amalan praktikal agar kita bukan sekadar membaca, tetapi turut merasai getar iman mereka. Di tengah hiruk-pikuk dunia moden, kisah-kisah ini hadir sebagai penawar, mengingatkan kita bahawa jalan menuju Allah terbuka untuk semua. Dengan amal yang sederhana tetapi ikhlas, ternyata kita juga mampu mencontohi sahabat Nabi Saw, agar hati kembali hidup dan iman kembali bernyala.
SAINTIS MUSLIM [TERBIT] by bukukarangkraf
SAINTIS MUSLIM [TERBIT]
bukukarangkraf
  • Reads 18
  • Votes 0
  • Parts 6
Sebelum lahirnya Isaac Newton dan Albert Einstein, dunia ilmu diterangi oleh tokoh agung peradaban seperti Al-Khawarizmi, Ibn Sina, Ibn al-Haytham, Al-Farabi, Al-Kindi, Ibnu Battuta dan ramai lagi. Kecemerlangan mereka bukan muncul dari ruang kosong tetapi berakar daripada sebuah tradisi suci iaitu warisan para nabi. Bagi tokoh ilmuwan tersebut, alam semesta adalah "kitab terbuka" yang menyingkap keagungan Tuhan, lalu setiap penemuan saintifik adalah penyaksian terhadap firman-Nya dalam kitab suci al-Quran. Saintis Muslim: Arkitek Dunia Moden bukan sekadar lembaran sejarah, tetapi panggilan jiwa untuk melahirkan arkitek masa hadapan iaitu insan beriman yang membina dunia dengan kebijaksanaan dan peradaban.
Berhenti Seketika, Tuhan Sedang Berbicara by bukukarangkraf
Berhenti Seketika, Tuhan Sedang Berbicara
bukukarangkraf
  • Reads 15
  • Votes 1
  • Parts 7
Karya ini mengajak pembaca untuk mengambil jeda dalam kehidupan yang penuh dengan hiruk-pikuk dan keresahan. Dengan berlandaskan dua surah dari Al-Quran, Surah Al-A'la dan Al-Ghasyiyah, buku ini membawa pembaca menyelami hikmah di sebalik setiap ujian dan perjalanan hidup. Melalui pendekatan tadabbur Al-Quran, penulis membimbing kita untuk melihat bagaimana Allah mendidik manusia melalui alam, wahyu, dan perjalanan dakwah Rasulullah SAW. Setiap ayat yang dikupas membawa refleksi mendalam tentang: - Bagaimana mencari ketenangan di tengah keresahan. - Mengapa setiap perjalanan hidup memerlukan fasa-fasa tertentu. - Pentingnya keyakinan terhadap takdir dan perancangan Ilahi. - Keutamaan untuk terus melangkah dan tidak berputus asa dalam dakwah dan kehidupan. Buku ini bukan sekadar bacaan, tetapi sebuah terapi jiwa yang membantu kita memahami bahawa dalam setiap langkah, Allah sentiasa membimbing dan berbicara dengan kita. Hanya apabila kita sudi berhenti seketika, mendengar, dan mengambil ibrah dari ayat-ayat-Nya.
Bounce Back Better by bukukarangkraf
Bounce Back Better
bukukarangkraf
  • Reads 22
  • Votes 0
  • Parts 8
Kisah 10 Wanita Terpuji Dalam Al-Quran. Kerana Mereka, Wahyu Turun Dari Langit Ketujuh. Wahyu tentang ujian dan cabaran serta bagaimana mereka menerima takdir yang Allah turunkan. Mereka tersakiti jiwa dan raga, kerana mereka juga insan biasa, seperti kita. Maka, tidak mengapa jika kita rasa tersakiti atau menangis atau down dengan ujian yang ditakdirkan. It's okay!
Kitab Wanita Syurga by bukukarangkraf
Kitab Wanita Syurga
bukukarangkraf
  • Reads 15
  • Votes 1
  • Parts 8
Kisah 10 Wanita Terpuji Dalam Al-Quran. Kerana Mereka, Wahyu Turun Dari Langit Ketujuh. Wahyu tentang ujian dan cabaran serta bagaimana mereka menerima takdir yang Allah turunkan. Mereka tersakiti jiwa dan raga, kerana mereka juga insan biasa, seperti kita. Maka, tidak mengapa jika kita rasa tersakiti atau menangis atau down dengan ujian yang ditakdirkan. It's okay!
44 Fakta Penting Tentang Al-Quran by bukukarangkraf
44 Fakta Penting Tentang Al-Quran
bukukarangkraf
  • Reads 27
  • Votes 0
  • Parts 7
Himpunan sebahagian fakta penting tentang al-Quran yang patut diketahui oleh setiap Muslim. Walaupun topik-topiknya disaring daripada beberapa kitab ‘Ulum al-Quran, namun pengisisan, huraian dan gaya bahasanya telah dipermudahkan bagi menyantuni semua peringkat pembaca. Hasilnya, kita dapat menambah ilmu, mengukuhkan keimanan dan menjadi benteng jika berhadapan dengan tohmahan mahupun keraguan terhadap kitab wahyu ini.
Tadabbur & Aplikasi Surah Al-Kahf by bukukarangkraf
Tadabbur & Aplikasi Surah Al-Kahf
bukukarangkraf
  • Reads 60
  • Votes 2
  • Parts 7
Empat kisah utama yang disebutkan di dalam surah ini bukanlah sekadar hiasan ataupun rentetan sejarah, tetapi ia perlu dijadikan sebagal Ibrah. Kisah-kisah ini memberikan mesej tentang keimanan, ketakwaan, kesabaran, keadilan dan ujian hidup yang dihadapi oleh para nabi dan juga orang-orang yang beriman. Selain itu, di dalam Surah Al-Kahf ini juga mengandungi kisah tentang Dajjal, yang memberikan peringatan tentang bahaya godaan duniawi dan perlunya kelmanan yang kukuh untuk menentang kejahatan. Sebab itu Rasulullah SAW ada bersabda: "Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahf, dia akan dipelihara daripada Dajjal." -Riwayat Muslim Abu Daud, dan Ahmad Inilah keajaiban surah al-Kahf.
Alfu Sanatin: Garis Masa dari Khalifah Uthman ke Khilafah Uthmaniyyah by bukukarangkraf
Alfu Sanatin: Garis Masa dari Khalifah Uthman ke Khilafah Uthmaniyyah
bukukarangkraf
  • Reads 1,038
  • Votes 6
  • Parts 7
Sesuai dengan judulnya, Alfu Sanatin yang bermaksud "seribu tahun". Ia bukan penulisan sejarah biasa. Ia adalah kembara seribu tahun. Pembaca akan dibawa dari satu fasa ke satu fasa empayar Islam menelusuri garis masa yang seragam. Jika selama ini anda dapati sejarah Islam itu terpisah-pisah dan berpintal-pintal, maka Alfu Sanatin adalah pembaris yang meluruskannya. Ia akan membawa anda dari Madinah terus ke Kufah, meniti kerajaan Umayyah, menyaksikan tragedi Karbala yang berdarah, lalu terus ke Baghdad melihat Abasiyyah dan segala proses perkembangan mazhab dan fikrah.
Sayap Yang Tetap Terbang by bukukarangkraf
Sayap Yang Tetap Terbang
bukukarangkraf
  • Reads 122
  • Votes 0
  • Parts 8
"Terus berjuang walaupun lelah. Tetap berjalan walaupun mengah." Melalui kisah-kisah tentang kehilangan, kompleksiti hubungan keluarga, atau kegembiraan kecil dalam kehidupan harian, buku ini menyeru pembaca untuk terus berusaha dan mensyukuri setiap nikmat dan hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap cabaran. Sayap yang Tetap Terbang bukan sekadar bacaan, tetapi sebuah karya yang menginspirasikan untuk terus terbang tinggi walau apa jua rintangan yang dihadapi.
Yang Indah Selepas Patah by bukukarangkraf
Yang Indah Selepas Patah
bukukarangkraf
  • Reads 18
  • Votes 0
  • Parts 8
"Untuk Wanita yang Mahu Bahagia dan Mencintai Diri" Isu-isu yang dikupas dalam buku ini adalah untuk mendidik wanita melihat dari kaca mata sebenar, bukan kaca mata Cinderella yang menanti putera raja untuk menyelamatkan dirinya. Bahkan, dengan kepincangan yang ada, wanita sendirilah yang perlu bangkit dan membetulkannya dengan ilmu dan kefahaman yang bersumber daripada agama. Kita sama-sama berdiri dan menghasilkan rumah tangga harmoni dan meramaikan generasi ummah Muslim yang berkualiti. Buku ini untuk wanita yang mahu bahagia dan mencintai diri.