Nick_raf18's Reading List
6 stories
[ C ] | WHERE MOON MEETS DAWN [TERBIT] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 225,177
  • WpVote
    Votes 1,957
  • WpPart
    Parts 11
[PREORDER SEKARANG DI SHOPEE FAJAR PAKEER SEHINGGA 20/2/2026] SEQUEL FROM PERFECT TWO: NIRMALA KASIH HANAN Dalam dunia yang memuja darah dan keturunan, kebenaran sering dijatuhi hukuman. Satu tuduhan mampu meruntuhkan maruah, dan satu keputusan mampu memadam seluruh masa depan. Pada hari yang sepatutnya menyatukan cinta dan restu, langit hidupnya runtuh. Bukan kerana dosa, tetapi kerana asal usul yang tidak pernah dia pilih. Sejak itu, Aurora belajar bahawa hidup bukan tentang diterima, tetapi tentang bertahan walau diinjak tanpa belas. "If you dare force me, l'II make sure even your dead body won't speak for your justice." - Aurora lan Purnama hadir dengan ego yang menjengkelkan. Di sebalik selamba itu, dia menyimpan kesetiaan yang tidak banyak bicara dan disiplin yang hanya difahami mereka yang hidup dengan senjata dan arahan. Daripada pertemuan yang dipenuhi perbalahan. Daripada konflik keluarga dan tradisi keturunan, mereka diseret ke medan yang lebih gelap. Setiap misi membawa pulang sama ada tubuh, atau khabar duka. "Don't make me choose, sebab kau dan kerja dua-dua adalah tanggungjawab. Dan aku tak mampu khianati kedua-duanya." - lan Purnama Misi semakin berbahaya. Dan satu figura gelap muncul membawa persoalan yang menggugat segalanya. Apabila negara tidak lagi memberi keadilan, dia memilih untuk mencipta hukumnya sendiri. "Selamat tinggal, Viking. Aku harap satu hari nanti... bila giliran kau semua datang, kau akan tahu rasa hilang yang tak ada dalam manual operasi." - Sarkar Apa kehilangan yang mahu Sarkar wariskan, sehingga peperangan tidak lagi tentang musuh dan negara? Dan apabila giliran mereka tiba, siapakah yang akan pergi selamanya, ditelan kegelapan tanpa jejak? Bukankah cahaya paling bermakna lahir ketika segalanya gelap? Ketika fajar bertemu bulan, Aurora dan Purnama menyalakan dunia yang hampir tenggelam. "Dalam seribu medan, hanya pelukan langit yang bulan mahu kembali," START: 25/6/2025 END: 15/8/2025
𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬 [COMPLETED] by Cottoncandy_05
Cottoncandy_05
  • WpView
    Reads 1,100,955
  • WpVote
    Votes 49,118
  • WpPart
    Parts 52
First vol under 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [Not all love story is perfect like that damn fairy tales books] Tengku Shah Hayyes- Bakal CEO H.R company yang amat terkenal dengan sifatnya yang selalu keluar masuk kelab malam, kaki perempuan, mabuk sana sini dan selalu menganggur sahaja. Darya Amara- Seorang gadis yang dipandang sempurna kerana dilahirkan di dalam keluarga berada. Hakikatnya, kehidupan sebenar gadis itu bagaikan dikurung dalam sangkar burung oleh ibunya sendiri selepas satu insident buruk yang menimpa ketika dia berumur 10 tahun. Dua insan yang disatukan atas dasar keluarga. "𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐨𝐧𝐥𝐲 𝐨𝐧𝐞 𝐰𝐡𝐨 𝐜𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐯𝐞 𝐦𝐞" -𝒟𝒶𝓇𝓎𝒶 𝒜𝓂𝒶𝓇𝒶 Cinta? Love is the reason why there's pain. "𝐀𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐬𝐮𝐫𝐞? 𝐃𝐨𝐧'𝐭 𝐲𝐨𝐮 𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐲𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐚𝐜𝐭𝐮𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐜𝐡𝐨𝐬𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐫𝐨𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧" -𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓢𝓱𝓪𝓱 𝓗𝓪𝔂𝔂𝓮𝓼 Si gadis mengingatkan selepas dia berkahwin dengan Hayyes hidupnya akan berubah dan akhirnya dia dapat mengecapi bahagia yang dia inginkan. Tetapi sebaliknya, dia telah masuk ke dalam neraka ciptaan suaminya sendiri. Dapatkah Darya melalui hidupnya dengan normal semula? Atau akan ada seorang Knight in the shining armour datang menyelamatkannya. Start: 6 September 2022 End: 8 March 2025 Best Rankings✨ #1 in revenge #1 in arrange marriage #1 in tragedy #2 in plot twist #
QALBU RAMADHAN - C by Leykaa_
Leykaa_
  • WpView
    Reads 23,205
  • WpVote
    Votes 1,381
  • WpPart
    Parts 44
'Cinta kita terbina atas cinta-Nya' Ramadhan Hauzan, lulusan terbaik Mesir yang tampan dan dikejar para gadis. Dia tidak yakin pada istilah pernikahan di usia muda, namun dia juga yang menyatakan hasrat untuk berumah tangga. Semuanya kerana seorang gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya meskipun dengan segala kekurangan yang terzahir pada pandangan mata. Gadis itu, Qalbu Nur. Baginya masih jauh perjalanannya sebagai seorang gadis yang mendambakan kejayaan di dunia. Namun perancangan Allah itu indah dikala Dia menghadirkan seorang jejaka dalam hidup gadis itu sebagai bahasa rindu-Nya. "Sudikah awak menjadi serikandi mahligai syurga buat saya, Qalbu?" - Ramadhan Hauzan. "Boleh... tapi dengan satu syarat. Saya nak kita kahwin sebelum bulan Ramadhan." - Qalbu Nur. Ikatan tanpa paksaan, penuh dengan kerelaan dua hati yang menyatu. Namun tetap saja niat suci itu diuji tatkala hubungan mereka diungkap tidak sepadan, pasangan yang tidak sempurna. Saat wanita pemilik hatinya dihina dan direndahkan maruahnya, di situ Ramadhan berdiri teguh mempertahankan sekeping hati agar tidak terus dilukai. "Saya dah gagal kejar cita-cita saya... Saya dah gagal banggakan mama dengan abah... Saya tak nak gagal sebagai seorang isteri juga..." -Qalbu Nur "Qalbu, pandang abang. Awak tak pernah gagal, sayang. Tak pernah walau sekali. Sayang isteri terbaik abang selamanya selagi dengan izin Allah," -Ramadhan Hauzan Setiap yang bercinta itu punya hati. Dan bila hati telah tawar dari rasa, bagaikan pena kehausan tinta. "Ya Allah... berdosakah diri ini andai aku ingin dilepaskan dari dirinya. Biarkan aku terbang bebas selayaknya yang pernah aku dambakan." - Qalbu Nur Sejauh mana erti setia mampu teguh buat si cahaya hati? Perkahwinan tanpa cinta, benarkah ia mampu bahagia hingga hujung usia? Atau mungkin berganti hati, ternoktah kisah di dunia?
Commando's: His Treasure (TERBIT) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 12,201,788
  • WpVote
    Votes 244,921
  • WpPart
    Parts 32
Book 2 ❗️❗️❗️Before baca story ni, you guys kena baca Mi Esposa dulu sebab cerita diorang berkait, supaya tak timbul salah faham❗️❗️❗️ Ramai yang tak baca book 1 then keliru dengan watak Rank 1 #Romance Rank 1 #Loyal Rank 1 #Askar Rank 1 #Komando Thariq Ridzuwan jejaka tinggi lampai yang berumur 25 tahun merupakan salah seorang tentera di bawah unit Grup Gerak Khas yang berpangkat Leftenan. Diatas usaha dan kegigihannya, dia berjaya melepasi semua latihan dan kursus kerjaya yang mempertaruhkan nyawa sehingga dia dinaikkan pangkat dalam beberapa tahun sahaja selepas rekrut. Dalam diam, namanya sering disebut didalam doa seseorang. Husniya Radwa seorang gadis yang dingin, kasar dan suka memberontak. Sifat dingin yang dipamerkan hanyalah untuk menutupi luka dihati. Perilaku kasar itu bukanlah untuk kesenangan melainkan agar dirinya tidak mudah dipermainkan. Zaman kanak-kanaknya tidak seindah anak-anak yang lain menyebabkan dia membesar menjadi seorang yang keras kepala. Thariq Ridzuwan-"A soldier doesn't fight because he hates what's infront of him, he fight because he loves what he left behind" Husniya Radwa-"Loyal because I appreciate you, not because I need you" She is talkactive, He is calm She is childish, He is mature She is careless, He is responsible She is sensitive, He is strong Hence, they proved "Opposite Attracts" They empower each other.
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,897,074
  • WpVote
    Votes 415,258
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
𝐇𝐈𝐒 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 𝐋𝐈𝐄𝐒 by Reinaxie
Reinaxie
  • WpView
    Reads 607,034
  • WpVote
    Votes 22,987
  • WpPart
    Parts 40
"𝐈𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐢𝐦𝐚𝐦 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫." - 𝐀𝐲𝐳𝐞𝐧 𝐌𝐮𝐤𝐡𝐫𝐢𝐳